Sunday, 23 December 2018

2018 MELAKA BHG. 04 (A Famosa)

November 2018

MELAKA, MALAYSIA
Banda Hilir

Bahagian 4: Sejarah Bermula (1)
DATARAN PAHLAWAN, MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN & A FAMOSA

HARI KEDUA (1)

Part 11: Sarapan Pagi Di Hatten Place

Rise and Shine! Selamat pagi Kota Melaka. Alhamdulillah cuaca amat baik pagi ini. Taklah risau sebab kami memang memang plan nak berjalan exploring Kota Melaka sepanjang hari ini.

Pemandangan awal pagi dari bilik penginapan kami di Hatten Place
Pemandangan kapal layar di awal pagi
Koridoor di depan bilik di Hatten Place
Pemandangan dari lobi lif
Lif turun ke bawah
Sarapan pagi disediakan di sebuah restoran di Tingkat 12. Disebabkan hotel ini ada ramai penginap pada hari itu, terpaksalah kita beratur sekejap menunggu tempat duduk di restoran. Sesuatu yang Myself dan Husband nak puji sangat mengenai Hotel Hatten Place ialah pelayan-pelayan di restoran ini (dan juga keseluruhan pekerja di hotel ini) sangat attentive dan profesional.

Berjalan ke restoran untuk breakfast
Pemandangan di luar restoran
Hatten Place juga sangat menjaga keselesaan pengunjungnya. Disebabkan ada ramai pengunjung dari Tanah Besar China pada hari itu, Hatten Place menyediakan ruang makan berasingan yang khusus bagi mereka. Ada pekerja restoran yang bertugas mengiring dan melayan mereka ke ruang tersebut. Excited pengunjung-pengunjung dari Mainland ini bila dilayan macam VIP begitu. Kita yang pengunjung lain juga menarik nafas lega sebab boleh breakfast dengan aman pada pagi itu.

Suasana di dalam restoran
Makanan yang disediakan untuk breakfast juga sangat sedap.
Continental Breakfast yang juga sangat sedap
Pemandangan di lobi pendaftaran hotel di awal pagi

Part 12: Dataran Pahlawan

Selepas sarapan, kami menggunakan khidmat Grab menuju ke Dataran Pahlawan.

Hatten Place & Elements Mall
Mahkota Parade
Tiba di Dataran Pahlawan
Tangga di Dataran Pahlawan
Tahukah anda di padang Dataran Pahlawan inilah berlangsungnya suatu perhimpunan raksasa pada 20 Februari 1956 untuk menyambut kepulangan Rombongan Merdeka dari London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman? Dalam perhimpunan itu, beliau mengumumkan tarikh kemerdekaan negara kita dari British yang bakal diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.

Padang Dataran Pahlawan
Di sinilah tarikh kemerdekaan Malaysia dari British pada 31 Ogos 1957 diumumkan. Pengumuman ini dibuat oleh Tunku Abdul Rahman pada 20 Februari 1956.
Teringat cerita dari arwah Ayah yang dia turut menghadiri perhimpunan itu di sini pada ketika itu.
Pemandangan padang di Dataran Pahlawan
Pemandangan kawasan bersejarah Melaka dari Dataran Pahlawan
Berjalan di tengah padang
Replika keris Taming Sari
Kami berjalan merentas padang Dataran Pahlawan untuk menuju ke kawasan bersejarah Melaka. Di seberang padang ini ada beberapa buah sekolah yang pada asalnya dibina sebagai sekolah-sekolah mubaligh Kristian. Senibina bangunan sekolah-sekolah ini juga menarik kerana bercirikan senibina Eropah pada masa itu.

Sekolah di seberang Dataran Pahlawan
Sekolah-sekolah di seberang Dataran Pahlawan ini pada asalnya dibina sebagai sekolah mubaligh Kristian.
Salah sebuah sekolah tersebut ialah Sekolah Sacred Heart Canossian Convent.
Sekolah ini dibuka pada tahun 1905.
Hotel Equatorial (kiri) dan Hatten Hotel (kanan) di penghujung Dataran Pahlawan. Bangunan di sebelah Hotel Equatorial adalah Sekolah Menengah St Francis Institution.
Di penghujung sebelah kiri Dataran Pahlawan adalah Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan yang dibina untuk memperingati sejarah kemerdekaan Malaysia. Bangunan ini yang dibina pada tahun 1911 adalah pada asalnya Kelab Melaka. Ia digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan British. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini pada asalnya adalah bangunan Kelab Melaka yang dibina pada tahun 1911.
Pintu masuk ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Part 13: A Famosa

Kalau disebut tentang Melaka, pasti kita akan teringatkan kota A Famosa yang dibina oleh Portugis pada masa dahulu. Kota A Famosa yang menjadi simbol permulaan sejarah penjajahan bangsa asing di Malaysia terletak betul-betul di sebelah Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

A Famosa
Keterangan mengenai kota A Famosa
Melaka telah ditakluk oleh Portugis pada tahun 1511 di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Setahun kemudian pada tahun 1512, Portugis telah membina sebuah kota pertahanan di Melaka kerana sering diserang oleh pengikut-pengikut Sultan Mahmud Shah dan kemudiannya oleh pihak Aceh dan Johor selama lebih seabad.

Peta Kota Melaka
Walaupun tembok Kota Melaka telah dirobohkan oleh British, ada beberapa bangunan yang dulunya terletak di dalam tembok kota yang masih berdiri sehingga sekarang.
Pokok Melaka
A Famosa adalah antara tinggalan binaan Eropah yang tertua di seluruh Asia. Pemerintah Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kota selebar 3 meter mengelilingi Bukit Melaka dengan menggunakan sisa runtuhan dari istana, masjid dan makam-makam. Sebuah menara tinjau setinggi 40 meter turut didirikan di penjuru tembok barat kota pertahanan Melaka.

Porta de Santiago ini adalah satu-satunya pintu kota A Famosa yang masih tinggal.
Pemandangan Porta de Santiago dari tepi
Meriam di tepi Porta de Santiago
Apabila Belanda mengambil alih pemerintahan Portugis di Melaka pada tahun 1641, mereka telah membaiki dan menambah besar kota pertahanan yang dibina oleh Portugis ini dan mengukir jata 'VOC' (Verenigde Oostandische Compagnie ~ Syarikat Hindia Timur Belanda) pada pintu gerbangnya beserta dengan inskripsi 'ANNO 1670' untuk menandakan tahun ia siap diperbaiki.

Ukiran di atas Porta de Santiago ini telah dibuat oleh Belanda sewaktu mereka mengambil alih kota A Famosa dari Portugis.
Pemandangan lebih dekat ukiran yang dibuat oleh Belanda di atas pintu Porta de Santiago.
Meriam
Sekitar tahun 1790, Belanda telah menyerahkan Melaka kepada British secara sementara. Ini adalah kerana Belanda sedang berperang dengan Perancis yang dipimpin oleh Napoleon Bonaparte dan kedudukan mereka tidak menentu di Eropah. Penyerahan Melaka dibuat atas persefahaman bahawa ia akan dipulangkan semula kepada Belanda oleh British apabila perang di Eropah tamat.

Pusat pentadbiran dan rumah-rumah pembesar Belanda terus digunakan oleh pemerintah British. Pada masa yang sama Francis Light telah membuka Pulau Pinang pada tahun 1786. Bimbang akan kebangkitan Melaka apabila diserahkan semula kepada Belanda disebabkan kota pertahanan dan pelabuhannya yang baik, pihak British di bawah pimpinan William Farquhar bertindak memusnahkan keseluruhan kota pertahanan Melaka. Teguran daripada Lord Minto dan Sir Stamford Raffles dapat mematahkan usaha ini, namun hanya pintu kota dan rumah-rumah di sekitarnya sahaja yang sempat diselamatkan.

Porta de Santiago di A Famosa ini adalah Warisan Kebangsaan Malaysia
Pemandangan bahagian atas pintu kota Porta de Santiago
Satu lagi pemandangan bahagian atas Porta de Santiago
Bergambar di dalam A Famosa
Pemandangan dari dalam kota menghala ke luar
Sebahagian batuan asal binaan A Famosa masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.
Lantai A Famosa
Sebelum Portugis mendirikan A Famosa, ada sebuah kubu Melayu berdiri di sini. Kubu ini telah dimusnahkan oleh Portugis dan digantikan dengan kota yang dinamakan Fortaleza de Malacca. Kota ini memakan masa 76 tahun untuk disiapkan (1512-1588). Alfonso de Albuqurque amat berbangga dengan kota ini dan menggelarkannya sebagai 'A Famosa' yang bermaksud 'Terkenal (Famous)'.

Binaan kota A Famosa dibuat menggunakan batu laterit yang merupakan sejenis batu yang banyak terdapat di pinggiran pantai dan pulau-pulau di negeri Melaka. Selain kota pertahanan, Portugis turut menggunakan batu laterit untuk membina gereja milik mereka.

Sebahagian runtuhan Fortaleza de Malacca yang masih tinggal
Kesan jajaran tembok kota
Batuan laterit yang digunakan sebagai tembok kota
"Kalau roboh Kota Melaka, papan di Jawa saya gantikan..."


 Bersambung ke Bahagian 5...


CATATAN PERJALANAN MELAKA (2018):