November 2018
MELAKA, MALAYSIA
Banda Hilir
Bahagian 3: Night In Melaka
MELAKA RIVER CRUISE (NIGHT) & SKYDECK
HARI PERTAMA (3)
Part 8: Melaka River Cruise (Night)
Salah sebuah tarikan pelancongan yang popular di Melaka adalah Melaka River Cruise. Cruise ini bermula dari pukul 9 pagi - 11.30 malam. Untuk menyaksikan keindahan sebenar Melaka, kita disarankan untuk membuat Cruise di sebelah siang dan malam kerana pemandangan di kedua-dua waktu ini sangat berbeza. Untuk hari pertama di Melaka ini, kami membuat Cruise di sebelah malam.
|
Menyusuri bangunan di Quayside menuju ke jeti Melaka River Cruise |
Harga tiket Melaka River Cruise di sebelah siang dan malam tidak berbeza. Tetapi kadar tiket yang berbeza dikenakan jika membuat Cruise pada hari biasa (Isnin-Khamis) dan hujung minggu (Jumaat-Ahad). Kadar tiket dewasa adalah RM 13 seorang pada hari biasa dan RM 18 pada hujung minggu. Kadar hujung minggu turut dikenakan jika membuat Cruise pada cuti umum dan musim cuti persekolahan.
|
Pemandangan dari jeti Melaka River Cruise |
|
Menunggu Cruise bermula |
|
Bergambar sebelum memulakan Cruise. |
|
Tiket Melaka River Cruise |
Bot cruise ini banyak. Jadi tak perlu menunggu lama sebelum memulakan Cruise.
|
Berjalan masuk ke dalam bot Cruise. |
|
Pemandangan di dalam bot Cruise |
|
Bot-bot yang berlabuh di tepi jeti |
|
#i@SungaiMelaka |
|
Memulakan Melaka River Cruise |
|
Hotel Casa del Rio di pinggir Sungai Melaka |
|
Welcome To Historic City Of Melaka |
|
Pemandangan di bawah Jambatan Tan Kim Seng |
|
Hard Rock Cafe Melaka |
Bersama bandaraya George Town di Pulau Pinang yang kita lawati dulu, Melaka juga telah diisytiharkan sebagai UNESCO World Heritage pada tahun 2008. Ada banyak bangunan lama dan bersejarah di bandaraya ini terutama di sepanjang Sungai Melaka kerana sungai ini adalah sebuah pelabuhan yang sibuk di dunia pada masa dahulu.
|
Bangunan-bangunan bersejarah di tepi Sungai Melaka |
|
Banyak bangunan di tepi Sungai Melaka telah diubahsuai menjadi kafe dan hotel-hotel kecil. |
Pemandangan malam Melaka River Cruise memang mengkagumkan kerana kita melewati beberapa buah jambatan yang dipasang dengan lampu-lampu yang indah.
|
Jambatan Chan Koon Cheng |
|
Jambatan Kampung Jawa |
|
RC Hotel |
|
Mural-mural menarik |
|
Jambatan Pasar |
|
906 Riverside Hotel |
|
Jambatan Hang Tuah |
|
Jambatan Old Bus Station |
|
Eye On Melaka di Pirates Theme Park |
|
Swiss Garden Hotel Melaka |
|
Melintasi Eye On Melaka di Pirates Theme Park |
Sebuah jambatan yang menarik perhatian ialah Jambatan Datuk Mohd Zin yang lampu perhiasannya sentiasa bertukar-tukar warna.
|
Jambatan Datuk Mohd Zin |
|
Lampu di Jambatan Datuk Mohd Zin ini sentiasa bertukar-tukar warna. |
|
Jambatan Monorail |
|
Monorail |
Perjalanan Melaka River Cruise berakhir di Kampung Morten. Walaupun kampung ini dinamakan sempena seorang Pesuruhjaya Tanah British yang bernama Frederick Joseph Morten, Kampung Morten adalah sebuah perkampungan Melayu tradisional.
|
Kampung Morten |
|
Pemandangan malam berhampiran Kampung Morten |
|
Jambatan Kampung Morten |
|
Jambatan Kampung Morten ini juga sentiasa bertukar warna di malam hari. |
|
Kampung Morten |
|
Restoran Melayu di Kampung Morten |
Bot Melaka River Cruise akan berpatah balik ke Jeti selepas tiba di Restoran Melayu Kampung Morten.
|
Titik akhir Melaka River Cruise |
|
Tapak Sungai Melaka International Festival |
|
Cruise berpatah balik di sini |
|
Air sungai berkocak bila bot-bot River Cruise saling berselisih |
|
Menyusuri laluan Monorail. Monorail ini dimiliki oleh theme park berhampiran. |
|
Hotel Swiss Garden |
|
Jeti berhampiran Hotel Swiss Garden |
|
Pokok-pokok Bakau di tepi sungai |
|
The Shore |
|
Jambatan Hang Tuah yang dihiasi dengan lampu-lampu warna pelangi. |
|
Jambatan Pasar |
|
Mural-mural menarik |
|
Restoran Line Clear Kg. Jawa |
|
Kembali ke pangkalan |
|
Lagi mural yang menarik |
|
Kafetaria di tepi sungai |
|
Gadis-gadis Malaysia |
|
Bastion Middelburg |
|
Kincir Air Kesultanan Melaka |
|
Jeti menurunkan penumpang Melaka River Cruise |
|
Cruise berakhir di sini |
|
Bergambar kenangan selepas Melaka River Cruise |
Part 9: Dinner di Gerai Ros/Abu
Perut dah lapar selepas tamat Cruise. Jadi kami terus saja mendapatkan gerai berhampiran untuk makan malam. Ketika bertanya kepada pemilik gerai, kami diberitahu yang gerai ini menjual pelbagai makanan goreng dan seafood. Nak order Asam Pedas pun boleh. Bila dengar saja ada Asam Pedas dijual, terus kami bersetuju untuk dinner di sini.
|
Gerai Makan Ros/Abu di Dataran Sungai Melaka. |
|
Gerai ini adalah cawangan gerai seafood yang terkenal di Umbai. |
|
Pilihan seafood segar. |
|
Hidangan dinner kami yang simple dan sedap. |
Selepas berjalan seharian, dah tiba masa untuk pulang ke hotel. Kami menggunakan khidmat Grab untuk balik ke Hatten Place. Mudah sungguh menggunakan khidmat Grab di Melaka, sebaik order saja terus dah ada kereta yang menunggu.
|
Menunggu Grab di depan kapal Flor de la Mar. |
Part 10: Skydeck
Kami tak terus balik ke bilik sebaik sampai ke Hotel Hatten Place. Kami sebaliknya masuk ke Elements Mall di sebelah untuk melawat ke Skydeck yang merupakan observation deck yang tertinggi di Melaka. Bayaran RM 15 seorang dikenakan untuk melawat ke Skydeck, tetapi bagi penginap di Hotel Hatten Place seperti kami, kita boleh melawat ke Skydeck secara percuma pada bila-bila masa. Cuma tunjukkan saja kunci bilik kepada petugas di sini, dah boleh terus naik ke atas.
|
Kaunter Tiket Skydeck di Tingkat Bawah Elements Mall |
|
Skydeck @ Hatten City, Melaka |
|
Dalam lif naik ke Skydeck |
|
Skydeck terletak di Tingkat 44. |
|
Waktu operasi Skydeck |
|
Lobi di Skydeck |
Ada sebuah restoran mewah di Skydeck. Walaupun nampak mahal, kami perhatikan ada ramai pengunjung makan di sini. Di sekeliling restoran ini ada disediakan ruang pemerhatian yang terbuka. Dari sini, kita boleh menikmati keindahan kota Melaka 360 darjah keliling, tanpa sebarang halangan.
|
Dinding kaca di sekeliling Skydeck |
|
Bergambar di Skydeck |
|
Restoran mewah di Skydeck (kiri). |
|
Pemandangan malam kota Melaka |
|
Yang ini adalah pemandangan malam di kawasan Pulau Melaka |
|
Restoran mewah di Skydeck |
|
Lagi pemandangan malam kota Melaka |
Selepas dah puas melawat Skydeck, barulah kami turun ke bawah. Macam banyak tempat pelancongan seumpamanya yang lain (contoh: Menara Kuala Lumpur dan Menara Taming Sari), kita akan dipaksa melalui kedai cenderamata sebelum keluar.
|
Perbandingan ketinggian Skydeck dengan bangunan-bangunan tinggi yang lain di dunia. |
|
Maklumat Skydeck |
Selepas itu barulah kami kembali ke Hotel Hatten Place. Secara kebetulan kami bertembung dengan sekumpulan pelancong dari Tanah Besar China yang baru tiba dan nak menginap di hotel ini. Demi ketenangan, kita biarkanlah mereka naik lif ke atas terlebih dulu...
|
Seven Eleven di sebelah pintu masuk ke Hotel Hatten Place dari Elements Mall |
|
Pintu masuk ke Hatten Place |
|
Lobi Hatten Place di Tingkat Bawah. Tapi ini bukan lobi utama, lobi utamanya terletak di Tingkat 12. |
|
Pelancong-pelancong dari Mainland yang baru tiba untuk menginap di hotel. |
|
Ucapan Selamat Datang dalam pelbagai bahasa dunia di lobi Hatten Place |
|
The place to be... |
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN MELAKA (2018):