November 2018
MELAKA, MALAYSIA
Banda Hilir
Bahagian 9: Jonker Walk (2)
MAKAM HANG KASTURI & MAMEE JONKER HOUSE
HARI KEDUA (6)
Part 29: Jalan Hang Jebat (Jonker Walk)
Nama sebenar Jonker Walk ialah Jalan Hang Jebat. Jonker Street adalah nama yang digunakan pada zaman penjajah. Ketika itu, kawasan ini didiami oleh Baba Nyonya (kaum Cina Peranakan) yang kaya raya di mana mereka turut menjalankan perniagaan mereka di sini.
|
Jonker Gallery |
|
Tart Nanas yang popular di Jonker Street |
|
Proses Pembuatan Tart Nanas |
|
Permulaan Jonker Walk |
Satu ketika dulu Jonker Street terkenal dengan kedai-kedai barangan antik. Tapi kini pelbagai barangan dapat dibeli di sini. Setiap hujung minggu pula ada Pasar Malam yang dibuka di sini. Tapi disebabkan kami datang di sebelah siang, tak dapatlah nak menikmati suasana Pasar Malam itu walaupun kami sebenarnya memang datang ke Melaka pada hujung minggu.
|
Pemandangan di Jonker Street |
|
Suasana di Jonker Street |
Disebabkan Jonker Street terletak di Chinatown, memang tak banyak kedai makanan Halal di sini. Bila bertemu dengan sebuah kedai yang menjual Kuih Bahulu tradisional, terus Husband mengajak kita masuk minum-minum di situ.
|
Kedai Bahulu dan kuih-kuih tradisional Melayu di Jonker Street |
|
Minum petang sambil menikmati Bahulu Tradisional |
Kuih Bahulu di sini walau bagaimanapun dijual dalam set 10 biji. Jenuh pulak kami berdua nak menghabiskannya. Bila ternampak ada dua orang budak perempuan yang juga singgah di kedai ini tengah berkira-kira nak membeli Bahulu, terus Husband mempelawa bahulu kami yang tak terhabis tu kepada mereka. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, mereka menerima pelawaan kami. Kami pun gembira juga sebab taklah merasa bersalah membazir tak habis makan Bahulu.
|
Pemandangan dalam kedai bahulu |
|
Selain Bahulu, ada banyak kuih tradisional Melayu lain yang juga dijual di sini. |
|
Alat membuat Bahulu tradisional |
|
Terasa macam suasana Hari Raya pulak bila melihat balang-balang kuih begini. |
|
Di Jonker Street juga banyak terdapat makanan Nyonya yang dijual |
|
Kawasan Bebas Asap Rokok. |
Part 30: Makam Hang Kasturi
Di Jonker Street turut terdapat makam seorang pahlawan Melayu yang bernama Hang Kasturi. Hang
Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu adalah
sahabat yang sangat akrab seawal usia 10 tahun dan sentiasa bersama dalam
semua pekerjaan. Mengikut keterangan yang diberi di makam ini, mereka berlima telah pergi berguru dengan seorang
petapa di Bukit Pancalusa yang bernama Aria Putera dengan hasrat ingin
menjadi hulubalang terbilang di Nusantara.
|
Makam Hang Kasturi |
|
Pemandangan Makam Hang Kasturi |
Setelah
tamat perguruan, Hang Kasturi dan sahabatnya kembali ke kampung halaman
dan telah menunjukkan kehebatan ilmu persilatan yang dimiliki dengan
menewaskan seorang yang mengamuk di kampung mereka. Keberanian dan sifat
kepahlawanan mereka telah menarik minat Bendahara yang turut menyaksikan
peristiwa tersebut. Kelima-lima sahabat ini akhirnya menjadi hulubalang
kesayangan Sultan Melaka.
|
Larangan melakukan amalan-amalan Syirik dan Khurafat di Makam Hang Kasturi |
|
Kisah Lima Bersaudara |
|
Pemandangan makam dari sisi |
Part 31: Mamee Jonker House
Sebagai rakyat Malaysia, selain Mee Maggi, pasti anda juga kenal dengan mee segera Mamee. Kilang mee segera Mamee terdapat di Melaka. Jadi memang wajar Mamee mempunyai muziumnya sendiri yang dinamakan Mamee Jonker House di Jonker Street ini.
|
Kedai-kedai berhampiran Mamee Jonker House |
|
Pemandangan menghala ke Mamee Jonker House |
|
Mamee |
|
Karikatur besi berhampiran Mamee Jonker House |
Konsep Mamee Jonker House adalah seperti Muzium Mee Ramen yang terkenal di Jepun. Ia sesuai untuk dilawati oleh semua peringkat umur.
|
Pemandangan di dalam Mamee Jonker House |
|
Pelbagai produk Mamee dijual di sini. Zaman kita dah berlalu... masa di sekolah rendah dulu, inilah snek kegemaran kita. |
|
Mamee Monster |
|
Kenangan bersama Mamee Monster |
Di pintu masuk ke Mamee Jonker House ini ada sebuah galeri yang menunjukkan proses penghasilan Mamee.
|
Galeri proses penghasilan Mamee |
|
Mixing |
|
Rolling |
|
Slitting |
|
Steaming |
|
Cutting & Seasoning Shower |
|
Frying |
|
Cooling |
|
Packaging |
Ada sebuah mini muzium mengenai sejarah dan evolusi produk Mamee. Muzium ini dinamakan The World of Good Taste.
|
The World of Good Taste |
Mamee Jonker House juga mempunyai sebuah restoran makanan Halal yang dinamakan Mamee Cafe. Jangan bimbang, ia bukan menyajikan Mamee semata-mata. Ada berbagai pilihan makanan tempatan yang nampak sedap di sini seperti Nasi Ayam, Nasi Lemak, Mee Goreng, Cendol dan berbagai lagi. Sayang kami tak tahu kewujudan restoran ini tadi. Kalau tidak pasti kami dah lunch kat sini!
|
Mamee Cafe |
|
Ruang penyediaan makanan di Mamee Cafe |
|
Pelbagai sajian makanan Halal yang nampak sedap ada di sini. |
|
Dinding klasik di Mamee Cafe |
|
Tandas di belakang Mamee Cafe |
|
Bungkusan Mamee yang menghias dinding Mamee Cafe |
Mamee Jonker House terdiri dari dua tingkat. Bahagian atas Mamee Jonker House menempatkan pelbagai aktiviti yang boleh disertai seisi keluarga.
|
Selamat Datang |
|
Pelbagai aktiviti keluarga disediakan di tingkat atas. |
|
Jom kita naik ke atas... |
|
Potato Chips ini juga adalah produk dari Mamee |
Ada workshop yang dinamakan Lil Monster Kitchen di sini. Kanak-kanak boleh mereka sendiri bekas noodle cup mereka di sini. Lepas noodle cup dah siap, boleh pulak mencipta perisa Mamee sendiri menggunakan pelbagai seasoning dan dried condiments yang disediakan.
|
Ruang menunggu di luar Lil Monster Kitchen |
|
Lil Monster Kitchen |
|
Kanak-kanak dan ibu bapa mereka boleh melukis dan mereka sendiri noodle cup Mamee di sini. |
|
Tekun mencipta bekas noodle sendiri |
|
Pelbagai seasoning dan dried condiments disediakan di belakang sana untuk mencipta perisa Mamee kita sendiri. |
|
Pemandangan Mamee Jonker House dari luar. |
CATATAN PERJALANAN MELAKA (2018):