Friday, 21 December 2018

2018 MELAKA BHG. 02 (Menara Taming Sari)

November 2018

MELAKA, MALAYSIA
Banda Hilir

Bahagian 2: Melaka At A Glance
MELAKA DUCK TOURS & MENARA TAMING SARI

HARI PERTAMA (2)

Part 5: Melaka Duck Tours

Disebabkan kami tak ada aktiviti khusus yang dirancang pada petang hari pertama ini, kami memutuskan untuk menikmati pemandangan Bandaraya Melaka secara sepintas lalu. Antara aktiviti yang menjadi pilihan kami adalah Melaka Duck Tours.

Melaka Duck Tours unik kerana kita dibawa menaiki kenderaan dua alam (amphibious) untuk menikmati keindahan bandaraya Melaka dari darat dan lautan. Tempat permulaan Melaka Duck Tours ini adalah berhampiran Menara Taming Sari.

Tempat permulaan Melaka Duck Tours. Tiket boleh dibeli di sini.
Iklan Melaka Duck Tours
Kaunter Tiket Melaka Duck Tours. Harga tiketnya agak mahal RM 42 seorang bagi dewasa dan RM 21 bagi kanak-kanak.
Peta perjalanan Melaka Duck Tours.
Kenderaan Itik ini asal-usulnya digunakan oleh tentera Amerika Syarikat sewaktu Perang Dunia Kedua. Banyak jasanya kepada tentera ketika itu. Tapi bila perang tamat, terpaksalah Sang Itik mencari kerja baru. Ia sekarang banyak digunakan sebagai Duck Tours membawa pelancong bersiar-siar di beberapa kota ternama di serata dunia, termasuklah di Melaka.

Duck Tours yang boleh bergerak di darat dan di laut.
Pemandangan kenderaan Duck Tours dari belakang
Kami membeli tiket Duck Tours untuk perjalanan pukul 5 petang. Masa membeli tiket, kaunter tiket sangat lengang. Ingatkan tak ramailah orang yang nak naik Duck Tours ini sebab tiketnya mahal. Rupa-rupanya hampir penuh jugalah Kereta Itik ini pada petang itu.

Pemandangan Kereta Itik dari luar
Tepat pukul 5 petang, kita beramai-ramai dipanggil masuk ke dalam.
Pemandangan di dalam Duck Tours
Pemandu Duck Tours
Kami kurang bernasib baik sebab mendapat tempat duduk di sebelah sekumpulan pelancong dari Tanah Besar China. Excited betul dia orang ini naik Duck Tours. Tak henti-henti nak memberi ulasan selari sesama mereka dan nak mengambil gambar sampai tak sedar mengganggu orang lain.

Duck Tours memulakan perjalanan
Pahlawan Walk Market
Mahkota Parade
Perjalanan Duck Tours ini kurang menarik pada pandangan kami kerana laluannya adalah ke luar dari bandar Melaka. Maklum sajalah kerana arah tujuannya adalah nak masuk ke Selat Melaka.

Menyeberang ke Pulau Melaka
Pemandangan sewaktu menyeberang ke Pulau Melaka
Kenderaan Duck Tours membawa kita ke sebuah kawasan pembangunan baru bernama Melaka Gateway yang terletak di atas sebuah pulau kecil buatan manusia yang dinamakan Pulau Melaka. Disebabkan ia masih dalam pembinaan, pemandangan di sini tidaklah begitu menarik.

Pembangunan baru yang dinamakan The Riviera
The RIviera ini dibina menyerupai suasana di Macau
Satu-satunya pemandangan menarik dalam Melaka Duck Tours ini adalah Masjid Selat yang dibina menyerupai sebuah masjid terapung di dalam Selat Melaka. Di sini jugalah Kenderaan Itik ini masuk ke dalam laut untuk membolehkan kita menikmati pemandangan dari Selat Melaka pula.

Duck Tours membuat penukaran pemandu untuk masuk ke dalam laut.
Bergerak menuju ke arah laut.
Masjid Selat dibuka pada tahun 2016 dengan rekabentuk senibina yang moden. Rekabentuk masjid ini menarik kerana selain mempunyai kubah yang berciri Timur Tengah, ia juga menggabungkan ciri-ciri binaan tradisional Melayu terutama pada menaranya. Selain untuk beribadah dan menikmati keindahan senibinanya, pelawat juga sering berkunjung ke sini untuk menikmati keindahan matahari terbenam di Selat Melaka.

Pemandangan Masjid Selat sewaktu Duck Tours nak bergerak masuk ke dalam laut.
Masjid Selat
Mula bergerak ke dalam laut
Kereta Itik berlayar di laut
Pemandangan Masjid Selat dari tengah Selat Melaka
Bagi yang pertama kali mencuba Duck Tours, pengalaman menaiki kenderaan yang boleh bergerak di darat dan di laut ini memang sangat menguja. Setelah masuk ke dalam laut, Duck Tours membawa kami berlayar berhampiran Pelabuhan Melaka yang penuh dengan kapal layar dan beberapa buah kapal besar.

Sewaktu di zaman kegemilangannya, Pelabuhan Melaka adalah sebuah pelabuhan yang sibuk dengan kapal dagang yang datang dari seluruh dunia. Peranan Pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan terbesar di Malaysia kini telah diambilalih oleh Pelabuhan Klang di Negeri Selangor. 

Pemandangan sewaktu Duck Tours berlayar di Selat Melaka
Rumah Api di tengah laut
Pulau-pulau kecil di Selat Melaka
Persisiran pantai Selat Melaka
Memancing di persisiran pantai
Jambatan yang menghubungkan Bandaraya Melaka dengan Pulau Melaka
Satu lagi pemandangan jambatan yang sama
Kerja-kerja penambakan laut
Pemandangan Masjid Selat dari kejauhan
Mentari sedang mula terbenam di Selat Melaka
Kapal-kapal layar
Kapal besar
Duck Tour berpatah balik ke arah Masjid Selat
Pengunjung-pengunjung ke Masjid Selat yang menunggu nak melihat Kenderaan Itik naik ke darat.
Landasan untuk Duck Tour naik kembali ke darat di sebelah Masjid Selat
Naik kembali ke darat
Selepas kembali ke darat, kenderaan Duck Tour akan berhenti sebentar di tepi masjid untuk mencuci air garam yang terlekat pada badannya. Ini adalah kerana air masin dari laut ini berpotensi untuk merosakkan jalan raya jika tidak dibersihkan.

Duck Tour berhenti sebentar untuk mencuci air garam selepas naik semula ke daratan.
Semburan air automatik untuk mencuci badan Duck Tour
Melintasi kembali kawasan pembangunan The Riviera di Melaka Gateway
Pemandangan bangunan yang menempatkan hotel penginapan kami Hotel Hatten Place, Elements Mall dan Hotel Doubletree By Hilton dari jambatan yang menghubungkan Bandaraya Melaka dengan Pulau Melaka

Part 6: Menara Taming Sari

Selepas melihat Melaka dari laut, apa kata kalau kita melihat Melaka dari Menara Taming Sari pula? Menara Taming Sari ini adalah satu-satunya binaan Gyro Tower yang terdapat di Malaysia. Ia membawa pengunjung melihat keindahan Melaka dari aras 80 meter dari aras laut.

Menara Taming Sari
Menara Taming Sari berfungsi seperti sebuah lif panorama. Setelah naik setinggi 80 meter dari bumi, ia akan berputar 360 darjah untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan keseluruhan Bandaraya Melaka sebelum turun kembali ke bumi. Keseluruhan perjalanan hanya memakan masa kira-kira 7 minit.

Pemandangan dari bawah sewaktu Taming Sari berputar 360 darjah di udara.
Tiket untuk naik ke Menara Taming Sari boleh dibeli di kaki menara ini. Harga tiket bagi rakyat Malaysia adalah RM 17 seorang bagi dewasa dan RM 15 seorang bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun. 
Pintu masuk ke Menara Taming Sari
Buskers di hadapan Menara Taming Sari
Tiket untuk naik ke Menara Taming Sari boleh dibeli di sini. Sebotol air minuman percuma turut diberi bersama tiket yang dibeli.
Lepas beli tiket, kita masuk barisan menunggu untuk masuk ke Taming Sari. Secara kebetulan sewaktu kami masuk ke dalam barisan, Si Taming Sari sedang berada di udara. Excited wehh, tengok Si Taming Sari ini turun ke bumi!

Taming Sari sedang turun ke bumi
Penumpang-penumpang sedang keluar dari Taming Sari
Penumpang masuk dan keluar dari Taming Sari mengikut pintu yang berbeza.
Penumpang sedang masuk ke dalam Taming Sari
Penumpang berkerusi roda juga boleh masuk ke dalam Taming Sari
Taming Sari dilengkapi dengan penghawa dingin dan boleh memuatkan 66 orang penumpang pada satu-satu masa. Untuk mengoptimakan muatan, penumpang akan diminta duduk di kerusi mengikut giliran masuk.

Pemandangan di dalam Taming Sari. Setiap penumpang disediakan kerusi tempat duduk.
Bergambar kenangan di dalam Taming Sari
Husband pun nak bergambar di dalam Taming Sari
Pemandangan sebelum Taming Sari bergerak naik.
Replika Keris Taming Sari yang merupakan keris milik pahlawan Melayu bernama Hang Tuah pada masa dahulu.
Pemandangan sewaktu Taming Sari bergerak naik ke atas.
Semua pengunjung teruja sewaktu Si Taming Sari bergerak naik ke atas. Pergerakannya tidaklah cepat sangat, cukup selesa untuk kita menikmati pemandangan di sekitar.

Pendakian Taming Sari dah semakin tinggi sekarang.
Replika kapal Portugis Flor de la Mar di tepi Sungai Melaka
Tiba di kemuncak, Taming Sari akan berputar 360 darjah beberapa kali untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan keseluruhan Bandaraya Melaka. Pemandangan sekitar memang indah, lebih-lebih lagi kerana matahari sedang mula terbenam ketika itu.

Pemandangan Kawasan Sejarah Melaka dari puncak Taming Sari
Dataran Pahlawan
Pemandangan menghala Pulau Melaka
Jambatan berhampiran Pulau Melaka
Pelabuhan Feri ke Dumai, Indonesia
Sungai Melaka
Mentari terbenam di Selat Melaka
Kapal-kapal berlabuh di Selat Melaka
Kuning keemasan
Hotel Casa Del Rio di tepi Sungai Melaka
Kolam renang di bumbung hotel Casa del Rio
Kawasan bersejarah Melaka
Kolam Renang Awam
Turun kembali ke bumi
Berjalan keluar dari Taming Sari
Ramai penumpang sedang beratur nak naik ke Taming Sari sewaktu kami berjalan keluar.
Pengalaman naik ke Menara Taming Sari memang menyeronokkan. Myself memang recommend anda naik Menara Taming Sari ini. Kalau anda terpaksa memilih di antara Duck Tour ataupun Taming Sari ketika berkunjung ke Melaka, pilihlah naik ke Taming Sari.

Part 7: Jalan Kota

Perancangan selepas naik Menara Taming Sari adalah membuat Melaka River Cruise. Kami sengaja memilih untuk naik cruise ini di sebelah malam kerana pemandangan di Sungai Melaka dikatakan sangat indah di sebelah malam.

Disebabkan masih ada masa yang terluang, kami berjalan kaki menuju ke Sungai Melaka dengan menyusuri bangunan-bangunan lama di tepi Jalan Kota. Mengikut keterangan yang tertulis pada beberapa tembok bangunan di sini, bangunan-bangunan merah ini pada asalnya dibina oleh Orang Belanda tetapi telah melalui pembaikan dan pembaharuan di bawah pemerintahan British.

Pemandangan di Jalan Kota
Jalan Kota kini ditutup kepada kenderaan bermotor. Ia hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki, beca dan basikal sahaja. Bangunan-bangunan di sepanjang jalan ini juga kesemuanya telah ditukar fungsi menjadi muzium.

Kesemua bangunan di Jalan Kota kini telah ditukar menjadi muzium.
Muzium Islam Melaka ini pada asalnya adalah bangunan lama Majlis Agama Islam Melaka. Bahagian bawah bangunan ini dibina oleh Belanda manakala bahagian atas bangunan ini pula dibina oleh British.
Di hadapan Muzium Islam Melaka telah ditemui sebahagian lagi jajaran kubu pertahanan yang dinamakan sebagai Bastion Wilhelmus. Bastion ini dikenali sebagai St Lago sewaktu zaman pemerintahan Portugis.

Kesan jajaran tembok Kota Lama Melaka
Papan keterangan mengenai penyelidikan dan penggalian semula Kota Lama Melaka
Tangga naik ke Bukit St Paul yang menempatkan sebuah gereja lama Portugis di atasnya.
Pemandangan menghala ke Taman Bunga Merdeka
Muzium Senibina Malaysia
Penghujung Jalan Kota
Beca-beca Hello Kitty
Pusat Pemerintahan Belanda pada masa dahulu.

 Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN MELAKA (2018):