Wednesday, 26 December 2018

2018 MELAKA BHG. 07 (Melaka River Walk)

November 2018

MELAKA, MALAYSIA
Banda Hilir

Bahagian 7: Sungai Melaka (1)
MELAKA RIVER WALK

HARI KEDUA (4)

Part 20: Cendol Jam Besar

Selepas melawat Dataran Belanda, kami bercadang untuk membuat Melaka River Walk. Tapi disebabkan cuaca yang panas, kita berehat sebentar untuk makan cendol di sebuah gerai di tepi Sungai Melaka.

Bulatan Zero Mile di Melaka
Bulatan ini dihiasi dengan patung Pelanduk Putih yang telah menendang anjing buruan Parameswara ke dalam sungai sewaktu pembukaan kota Melaka.
Pelanduk Putih
Replika Kincir Angin Belanda
Gerai Cendol yang kami kunjungi bernama Cendol Jam Besar. Ia sangat popular kerana ada ramai pengunjung ketika itu. Mujurlah kami tiba agak awal sedikit kerana pengunjung-pengunjung selepas kami terpaksa menunggu seketika untuk mendapatkan tempat duduk.

Gerai Cendol Jam Besar
Self-service. Kena ambil sendiri Cendol dan dibawa ke tempat duduk.
Gerai Cendol Jam Besar ini terletak bertentangan dengan Hard Rock Cafe Melaka. Bolehlah bayangkan yang kita minum-minum di HRC sana sambil minum Cendol.
Pemandangan Sungai Melaka dari kedai cendol
Kami berkongsi meja dengan sekumpulan pelancong Mat Salleh yang datang bersama Pemandu Pelancong mereka yang merupakan seorang wanita tempatan berketurunan Cina. Kelakar kita tengok rupa muka Mat-Mat dan Minah Salleh ini berkerut-kerut mencuba Cendol Durian.

Hidangan Cendol kami ~ Cendol Biasa dan Cendol Ais Kerim
Air Tembikai juga adalah hidangan istimewa di sini ~ dihidang dan diminum terus dari buah tembikai sendiri.

Part 21: Gereja St Francis Xavier

Selepas makan cendol barulah kami mula bersiar-siar di tepi sungai. Di sepanjang sungai ini ada bangunan yang dihiasi dengan lukisan-lukisan mural yang menarik. Jarang sebenarnya nak jumpa Orang Melayu berjalan makan angin menyusuri Sungai Melaka begini di tengah panas terik. Dah kita kata nak bercuti macam Orang Putih melawat Melaka, maka cuaca yang panas terik tak boleh dijadikan alasan...

Sekali-sekala, kelihatan bot-bot Melaka River Cruise berlayar membawa pelancong menyusuri sungai yang satu ketika dulu adalah sebuah pelabuhan yang sibuk di dunia.

Di beberapa tempat di sepanjang sungai, terdapat bangunan-bangunan lama yang dibina dari batu-bata Belanda.

Bangunan di tepi sungai yang dibina menggunakan batu-bata Belanda
Ada papan penerangan mengenai batu-bata Belanda pada dinding ini
Cerita mengenai batu-bata Belanda
Batu-bata Belanda dari dekat. Macam batu-bata biasa, cuma saiznya panjang sedikit.
Bandaraya Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai World Heritage City pada tahun 2008 bersama-sama Pulau Pinang yang telah kita lawati di awal tahun dulu. Kedua-dua bandaraya ini ada banyak peninggalan sejarah penjajahan. Jika Pulau Pinang dulu sangat tebal dengan peninggalan penjajah British, Melaka pula kaya dengan peninggalan penjajah Portugis dan Belanda.

Melaka World Heritage City
Penjajah Portugis turut mengembangkan agama Kristian di Melaka. Di bandaraya ini, masih terdapat beberapa buah gereja lama peninggalan mereka. Salah sebuah di antaranya ialah Gereja St Francis Xavier yang dibina di atas tapak sebuah gereja Portugis lama. Bangunan yang kelihatan sekarang walau bagaimanapun adalah sebuah bangunan baru yang dibina oleh mubaligh dari Perancis pada tahun 1845.

Gereja St Francis Xavier
Gereja ini dibuka pada tahun 1845
Papan tanda di depan Gereja St Francis Xavier

Part 22: Bastion Victoria

Di hadapan Gereja St Francis Xavier adalah peninggalan sebuah kubu lama Portugis yang kini dikenali sebagai Bastion Victoria. Binaan ini adalah pada asalnya Kubu St Domingo yang membentuk sebahagian dari kota pertahanan Fortaleza de Malacca.

Fortaleza de Malacca termasuk Kubu St Domingo telah berjaya ditawan Belanda pada 14 Januari 1641. Kubu ini mengalami kerosakan teruk dalam serangan tersebut namun telah diperbaiki semula oleh Belanda dan ditukar namanya kepada Bastion Victoria.

Runtuhan Bastion Victoria di depan Gereja St Francis Xavier
Tapak Bastion Victoria
Meninjau runtuhan Bastion Victoria dengan lebih dekat.
Ada moat yang dibina mengelilingi Bastion Victoria pada satu masa dulu.
Seperti runtuhan kota Melaka lain yang ditemui, Bastion Victoria dibina dari batu laterit.
Beginilah pemandangan Fortaleza de Malacca kalau ia masih wujud pada hari ini.
Penerangan mengenai Bastion Victoria
Fortaleza de Malacca telah dimusnahkan oleh Gabenor British yang bernama William Farquhar. Di sana-sini di sekitar kota Melaka hari ini, termasuklah di Bastion Victoria ini, kita dapat melihat beberapa kesan kubu pertahanan yang telah digali dan ditemui semula oleh Jabatan Warisan Negara. Bayangkanlah betapa hebatnya pemandangan kota Melaka hari ini jika Fortaleza de Malacca tidak dimusnahkan oleh British.

Perigi lama
Jajaran tembok kota
Juga jajaran Tembok Kota

Part 23: Bersiar-siar Di Tepi Sungai

Kawasan di sekitar Sungai Melaka adalah penempatan-penempatan tradisional yang telah wujud sejak di zaman penjajah.  Salah sebuah penempatan tradisional ini ialah Kampung Jawa yang mengikut rekod sejarahnya telah pun wujud sewaktu Portugis menjajah Melaka pada tahun 1511.

Jambatan Chan Koon Cheng
Jambatan ini juga dikenali sebagai Ghost Bridge kerana ramai orang membunuh diri dengan terjun dari jambatan ini pada masa dahulu.
Bangkai kereta yang dijadikan hiasan pada bangunan di tepi Sungai Melaka
Bangunan ini adalah sebenarnya sebuah Flea Market (Pasar Karat).
Mural pada bangunan Pasar Karat
Walaupun Kampung Jawa telah menjadi kawasan penempatan moden yang dihuni berbagai kaum, suasana tradisi sewaktu kampung ini wujud di zaman Portugis masih dapat dirasakan di sini.

Berjalan menuju ke Kg Jawa
Jambatan Kg Jawa
Jambatan ini adalah sebuah jambatan pejalan kaki
Tangga naik ke jambatan
Restoran Line Clear di Kampung Jawa
Lorong di Kampung Jawa
Bot Melaka River Cruise melintasi Kampung Jawa
Jalan Jawa
Lorong di tepi sungai
Madarasah Kg Jawa
Pemandangan di dalam Madrasah
Tidak lama dulu, Sungai Melaka adalah sungai yang kotor dan tercemar sehingga usaha dilaksanakan oleh Kerajaan Melaka untuk membersih dan mencantikkan sungai ini. Usaha Kerajaan Melaka ini wajar dipuji kerana Sungai Melaka kini telah menjadi antara tarikan pelancongan yang popular di sini. 

Terdapat juga kawasan berhampiran sungai ini yang dibiarkan secara semulajadi. Beberapa rumah kampung yang dibina dari kayu masih dapat dilihat di tepi sungai bersama pokok-pokok bakau. Sebuah jambatan persiar kaki turut dibina ke tengah sungai untuk mengekalkan suasana tersebut. Malah kita dapat melihat biawak air yang berjemur di tepi sungai ketika melalui persiaran pejalan kaki ini.

Rumah kayu di tepi sungai
Satu lagi pemandangan rumah kayu di tepi sungai
Berehat sekejap di tepi tiang
Mengambil gambar di tepi sungai
Biawak Air
Mural etnik di Malaysia
Opera Cina dan Tarian Singa
Laluan persiaran kaki yang dibina di tengah sungai
Kuda Kepang
Etnik dari Malaysia Timur
Multicultural Melaka
Terus berjalan menyusuri sungai

Part 24: Masjid Kampung Hulu

Disebabkan hari telah pun tengahari, kami membuat keputusan untuk menyeberang ke seberang sana sungai menggunakan Jambatan Pasar.

Mural menarik pada sebuah kedai Cendol di seberang sungai
Jambatan Pasar
Tangga naik ke Jambatan Pasar
Pemandangan di atas Jambatan Pasar
Pemandangan dari atas jambatan
Bot Melaka River Cruise yang ceria
Riverside Hotel
Lukisan mural yang tampak hidup di seberang sungai
Malangnya kami tak bertemu dengan kedai makan yang sesuai. Kami sebaliknya bertemu dengan Masjid Kampung Hulu yang dikatakan sebagai masjid yang tertua di Malaysia. Binaan masjid ini unik kerana ia menggabungkan elemen senibina Melayu dan Cina pada bangunannya. Jadi kita singgah sebentar kat sana...

Masjid Kampung Hulu
Ukiran menarik pada bumbung Masjid
Menara Masjid Kampung Hulu
Bumbung masjid dibina menyerupai bangunan bumbung pagoda
Masjid ini dikatakan sebagai masjid yang tertua di Malaysia
Menyusuri sungai kembali ke arah Banda Hilir

Part 25: Makan Tengahari Di RC Hotel

Kami terus menyusuri Sungai Melaka sehingga sampai ke sebuah boutique hotel yang bernama RC Hotel. Sewaktu menjenguk ke dalam, kami ternampak hidangan buffet makanan tengahari yang disediakan di restorannya. Selepas bertanya dan mendapati harganya terjangkau, kami memutuskan untuk lunch di sini sahaja.

RC Hotel
Buffet Lunch di RC Hotel
Pemandangan di restoran RC Hotel
Jom makan...
Lunch yang simple tapi sedap
Lepas makan, kita berehat sebentar di lobi hotel sambil merangka perjalanan exploring Melaka kami yang seterusnya. Memandangkan kami dah berada di sebelah sini sungai, kami membuat keputusan untuk terus saja berkunjung ke kawasan Jonker Street yang berhampiran.

Lobi di RC Hotel
Pemandangan ke arah restoran dari lobi hotel
Kita berehat kejap...


Bersambung ke Bahagian 8...


CATATAN PERJALANAN MELAKA (2018):