ARAB SAUDI
Makkah, Taif, Madinah & Madain Saleh
Bahagian 4: Ziarah Makkah (1)
MASJID SITI AISYAH
HARI KETIGA
Part 18: Ziarah Kota Makkah
Kami juga dibawa berziarah ke tempat-tempat bersejarah sewaktu di Kota Makkah. Walaupun ada di antara tempat-tempat ini yang pernah dikunjungi sebelum ini, lawatan kali ini memberikan kami perspektif yang berbeza. Selain menunaikan Umrah di Kota Makkah, Pakej Umrah Khas yang kami ikuti ini membawa pesertanya mendalami sejarah tempat-tempat yang dilalui. Banyak info baru yang kami perolehi sewaktu mengikut ziarah ini dan Myself akan cuba berkongsi segala maklumat dan pengalaman yang diperolehi di dalam blog ini.
Program Ziarah di dalam pakej kami. |
Baik di Makkah ataupun di Madinah, Program Ziarah diadakan setiap hari. Memang Myself akui program kami agak ketat sehingga sukar nak mencari masa untuk bershopping. Namun itu tak menjadi masalah bagi kami kerana kami bukan kaki shopping dan memang niat kami ingin mendalami sejarah Islam di Tanah Suci.
Program Ziarah bermula pada pukul 7 pagi setiap hari dan berakhir sebelum waktu Zohor untuk membolehkan kita bersolat di Masjid. Memandangkan kami tiba di Makkah pada awal pagi Hari Kedua perjalanan, program Ziarah hanya dimulakan pada Hari Ketiga untuk membolehkan kami menyelesaikan ibadah Umrah dan berehat pada Hari Kedua. Kami dibawa berziarah menggunakan bas yang besar. Memang selesa sekali kerana kumpulan kami tak ramai, hanya 18 orang. Boleh conquer satu seat seorang dalam bas kalau nak berbuat begitu.
Bas tiba di depan Hotel Burj Al Sultan untuk memulakan Ziarah pada Hari Ketiga. |
Part 19: Perjalanan Ke Tanaim
Program Ziarah kami yang pertama adalah ke Masjid Saidatina Aisyah di sebuah tempat yang bernama Tanaim (disebut: Tana'im) yang terletak kira-kira 7.5 km dari kota Makkah. Ia adalah Tanah Halal terdekat bagi penduduk kota Makkah yang ingin menunaikan Umrah. Oleh yang demikian, ahli rombongan yang berhasrat hendak menunaikan Umrah sekali lagi pada hari ini, dinasihatkan untuk membawa pakaian Umrah bersama dalam ziarah ini.
Memulakan Program Ziarah. |
Laluan keluar dari kawasan Al Misfalah di mana letaknya hotel kami, Burj Al Sultan. |
Pemandangan di Kota Makkah. |
Khidmat Kereta Jenazah percuma |
Sebuah pusat membeli-belah di Makkah |
Perjalanan meninggalkan kota Makkah menuju ke Tanaim adalah melalui gunung-gunung batu. Dalam perjalanan, Mutawwif membawa kami mengimbau kembali saat di mana Nabi Ibrahim AS menerima perintah dari Allah SWT untuk meninggalkan isteri dan anaknya, Siti Hajar dan Nabi Ismail AS di kawasan yang tandus dan gersang ini.
Beginilah keadaan Makkah sewaktu Nabi Ibrahim AS meninggalkan isteri dan anaknya, Siti Hajar dan Nabi Ismail AS pada masa dahulu. |
Kota Makkah telah makmur sekarang. Ini adalah juga berkat doa dari Nabi Ibrahim AS sewaktu dia meninggalkan isteri dan anaknya di sini dahulu. |
Menara Jam Makkah di sana boleh juga dijadikan panduan arah kiblat sewaktu kita bermusafir ke Makkah kerana Kaabah terletak betul-betul bersebelahan dengannya. |
Merentasi gunung batu menuju ke Tanaim. |
Signboard arah ke Masjid Siti Aisyah |
Part 20: Masjid Siti Aisyah
Dalam suatu riwayat, Siti Aisyah telah datang bersama Nabi Muhammad SAW menunaikan Haji. Namun ketika itu dia sedang uzur kedatangan haid. Jadi dia hanya melaksanakan Haji sahaja sedang rombongan Nabi yang lain telahpun melakukan kedua-dua Haji dan Umrah.
Selepas dia suci dari haid, Siti Aisyah memohon kepada Nabi untuk turut mengerjakan Umrah. Lalu Nabi Muhammad mengarahkan saudara lelaki Siti Aisyah yang bernama Abdurrahman bin Abu Bakar untuk menghantar beliau ke Tanaim untuk melaksanakan Umrah. Masjid Siti Aisyah ini didirikan di tempat di mana beliau berniat untuk melaksanakan Umrah.
Pemandangan Masjid Siti Aisyah dari tempat parking bas. |
Husband merakam video sewaktu Mutawwif memberi penerangan tentang sejarah Masjid Aisyah. |
Penjaja di Masjid Aisyah |
Walau kami pernah beberapa kali berkunjung ke sini sebelum ini, Myself dan Husband tidak pernah berkesempatan untuk mengexplore seluruh kawasan Masjid Aisyah memandangkan kedatangan kami adalah untuk berihram bagi membuat Umrah semata-mata.
Memandangkan kami tidak membuat Umrah pada hari ini, kami mengambil kesempatan untuk explore seluruh kawasan masjid sewaktu anggota kumpulan lain yang hendak membuat Umrah membuat persiapan seperti memakai pakaian Ihram dan membuat Solat Sunat Ihram. Bagi yang tidak membuat Umrah, kami mengambil kesempatan membuat Solat Duha di sini.
Masjid Siti Aisyah |
Berjalan beramai-ramai ke bangunan masjid. |
Ruang solat untuk wanita |
Korridor di depan Ruang Solat Wanita |
Pemandangan di korridor depan Ruang Solat Lelaki |
Pemandangan Ruang Solat Lelaki di Masjid Siti Aisyah |
Khusyuk mengadap Ilahi. |
Sempadan Tanah Halal dan Tanah Haram ditandakan dengan jelas di luar Masjid Siti Aisyah. Bagi yang ingin menunaikan Umrah, perlu dipastikan yang mereka berniat sebelum masuk ke Tanah Haram.
Bergambar di depan masjid |
Jambatan Pejalan Kaki di depan Masjid Aisyah. |
Gerbang ini menandakan sempadan Tanah Haram dan Tanah Halal. |
Penghujung Tanah Haram |
Tugu kecil di tepi jalan ini juga menandakan sempadan Tanah Halal dan Tanah Haram di Masjid Aisyah. |
Satu lagi penanda permulaan Tanah Haram |
Di sana juga ada satu lagi penanda. |
Part 21: Kisah Sahabat Nabi: Khubaib Bin Adi
Selain sejarah Siti Aisyah yang menunaikan Umrah dari sini, Tanaim juga menyimpan kisah sedih seorang Sahabat Nabi yang bernama Khubaib Bin Adi yang mati dalam mempertahankan agama Islam. Kisah ini diceritakan oleh Mutawwif kepada kami dalam perjalanan pulang dari Tanaim ke Makkah.
Mutawwif bercerita tentang kisah Khubaib bin Adi |
Pada tahun ke-3 Hijrah, beberapa utusan dari kabilah Udal dan Qarah
datang menemui Rasulullah SAW. Mereka telah
mendengar tentang Islam dan meminta Rasulullah mengirim utusan untuk mengajarkan Islam kepada mereka.
Rasulullah mengutus 10 orang sahabat untuk memenuhi permintaan tersebut.
Ashim bin Tsabit dilantik sebagai ketua mereka.
Namun di suatu tempat, di antara Usfan dan Makkah, kelompok kecil ini
diintai oleh sekitar 100 pemanah dari Bani Lihyan. Bila mengetahui hal
tersebut, Ashim segera memerintahkan teman-temannya agar segera
berlindung ke sebuah bukit kecil di sekitar daerah tersebut.
Bas berhenti mengisi minyak di Tanaim |
Ashim dan rakan-rakannya berhasil mengelabui pasukan pemanah musyrik
tersebut. Namun Allah SWT berkehendak sebaliknya. Biji-biji kurma yang mereka
bawa sebagai bekal dari Madinah, tercicir sepanjang jalan, sehingga memberi
petunjuk kepada kedudukan rombongan Ashim. Akhirnya kesepuluh sahabat itu pun ditangkap.
"Kami berjanji tidak akan membunuh seorang pun di
antara kalian jika kalian menyerah," teriak salah seorang musyrik yang
mengepung mereka.
"Kami tidak akan menerima perlindungan orang kafir. Ya Allah, sampaikan berita kami kepada Nabi-Mu," jawab Ashim tegar.
Terowong menuju ke Kota Makkah |
Rombongan musyrik menyerang dan berjaya membunuh Ashim dan
enam sahabat lain, hingga tinggallah Khubaib bin Adi, Zaid bin Datsinah
dan seorang sahabat. Orang-orang musyrik itu kemudian menangkap dan
mengikat ketiga-tiga mereka.
Namun sahabat yang tidak diketahui namanya
itu telah memberontak sambil berteriak, "Ini adalah pengkhianatan
pertama!" serunya sambil berusaha melawan. Dia akhirnya mati syahid.
Pemandangan di pinggir kota Makkah |
Khubaib dan Zaid dibawa ke Makkah dan dijual sebagai hamba. Sementara
itu, Bani Harits yang selama ini menyimpan dendam kesumat terhadap
Khubaib, mendengar berita tertangkapnya Khubaib. Mereka memang berdendam kepada Khubaib kerana dia telah membunuh Harits
bin Amir, seorang pemuka Makkah pada perang Badar. Maka Khubaib yang dijadikan hamba telah dibeli oleh mereka.
Setiap hari sahabat Ansar yang terkenal dengan sifat bersih, pemaaf, teguh keimanan dan taat beribadah ini
menerima siksaan dari Bani Harits. Hingga suatu hari seorang puteri keluarga Bani Harits berteriak terkejut, memberitakan bahawa hamba yang sekaligus tawanan
mereka sedang santai dan memakan buah anggur. Padahal buah
tersebut sedang di luar musim di Makkah dan Khubaib pula diikat tangannya
dengan rantai besi. Itu adalah rezeki dari Allah yang diberi kepada Khubaib, sepertimana rezeki buah-buahan pernah diberikan kepada Siti Maryam, ibu Nabi Isa AS.
Keluarga Al-Harits juga menakut-nakutkan Khubaib dengan berita
bahawa saudara sekaligus sahabatnya, Zaid yang juga dibeli keluarga
Makkah lainnya, telah dibunuh dengan cara ditusuk
tombak dari lubang dubur hingga tembus ke dadanya!
Replika bekas Air Zam Zam di zaman dahulu kala |
Namun berita
kejam ini ternyata tidak berjaya membuat hati Khubaib
ketakutan, apalagi berpaling dari keimanan. Sebaliknya, hal ini telah membuat dirinya lebih pasrah terhadap ketentuanNya. Akhirnya keluarga
Al-Harits putus asa. Mereka memutuskan untuk segera membunuh
tawanan yang tegar itu.
Sebelum pembunuhan dijalankan, Khubaib memohon agar dibenarkan untuk bersolat terlebih dahulu. Maka Khubaib mendirikan solat dua rakaat. Selesai bersolat, Khubaib menoleh kepada para orang yang mengawasinya sambil berkata, "Seandainya bukan kerana dikira takut mati, sudah pasti aku akan menambah jumlah rakaat solatku." Khubaib adalah Muslim pertama yang melakukan solat sunat ketika akan menghadapi kematian.
Sebelum pembunuhan dijalankan, Khubaib memohon agar dibenarkan untuk bersolat terlebih dahulu. Maka Khubaib mendirikan solat dua rakaat. Selesai bersolat, Khubaib menoleh kepada para orang yang mengawasinya sambil berkata, "Seandainya bukan kerana dikira takut mati, sudah pasti aku akan menambah jumlah rakaat solatku." Khubaib adalah Muslim pertama yang melakukan solat sunat ketika akan menghadapi kematian.
Kehijauan di Kota Makkah |
Khubaib disalib pada sebuah tiang. Tanpa sedikit pun rasa
belas kasihan, pasukan pemanah menghujani beliau dengan anak panah. Dalam
keadaan demikian, seorang pemuka Quraisy menghampiri Khubaib dan berkata,
"Sukakah engkau jika Muhammad menggantikanmu sementara engkau sihat dan bersenang lenang bersama keluargamu?"
"Demi Allah," jawab Khubaib, "Tak sudi
aku bersama anak isteriku selamat menikmati kesenangan dunia, sementara
Rasulullah terkena musibah, walau oleh sepotong duri!"
"Demi
Allah, belum pernah aku melihat manusia lain, seperti halnya
sahabat-sahabat Muhammad terhadap Muhammad," kata Abu Sufyan suatu hari,
mengenai para sahabat Rasulullah.
Makkah |
Tanpa ampun lagi, pedang Bani Harits menghabisi riwayat Khubaib. Namun sebelum rohnya meninggalkan jasad, Khubaib sempat berucap, "Ya Allah, kami telah menyampaikan tugas
dari Rasul-Mu, maka mohon disampaikan pula kepadanya esok, tindakan
orang-orang itu terhadap kami."
Setelah itu, orang-orang musyrik
meninggalkan tubuh Khubaib dalam keadaan tetap tersalib di tiangnya.
Sementara itu burung-burung pemangsa yang sejak tadi berputar-putar menanti habuan, tiba-tiba juga meninggalkannya. Rupanya Allah tidak
redha hambaNya yang taat itu menjadi mangsa burung-burung pemakan
bangkai.
Allah tidak menolak doa yang dipanjatkan oleh Khubaib. Rasulullah
yang ketika itu berada di Madinah secara mendadak mengutus Miqdad bin
Amar dan Zubair bin Awwam untuk segera menyusul ke tempat Khubaib
disalib. Padahal ketika itu tak seorang pun orang Madinah yang
mengetahui peristiwa malang tersebut.
Setiba di tempat yang
dimaksudkan, mereka mendapati Khubaib telah tiada. Senyum kedamaian terukir di wajahnya.
Dengan menahan kedukaan yang mendalam, kedua utusan tadi melepaskan Khubaib dari tiang salib dan membawa serta
memakamkannya di suatu tempat yang sehingga ke saat ini tak seorang pun
mengetahuinya.
Part 22: Tiba Kembali Ke Kota Makkah
Tiba di Makkah, bas menurunkan kami di dalam sebuah terowong di bawah Masjidil Haram. Kata Mutawwif, dia sengaja meminta bas menurunkan kami di sini untuk menunjukkan tempat ini. Jika ada VIP yang berhasrat untuk berkunjung ke Masjidil Haram, di sinilah tempat perhentian kenderaan mereka.
Terowong di bawah Masjidil Haram |
Terowong ini sering digunakan oleh VIP yang berkunjung ke Masjidil Haram |
Dari terowong ini, kami menaiki sebuah escalator naik ke Dataran Masjidil Haram. Memang canggih sungguh Masjidil Haram ini sebenarnya. Ada banyak rahsia yang tak diketahui orang kebanyakan dalam pembinaannya.
Escalator menuju ke Dataran Masjidil Haram. |
Bangunan Makkah Clock Tower yang kelihatan sangat majestic bila dilihat dari sudut ini. |
Dari sini, kami berjalan pulang ke hotel untuk berehat dan seterusnya bersiap-siap untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjidil Haram.
Bersambung ke Bhg. 5...
CATATAN PERJALANAN (UMRAH & HARAMAIN 2017):
- Bhg. 1 [Hari 1] : Perjalanan Ke Tanah Suci
- Bhg. 2 [Hari 2] : Makkah Al Mukarramah (1) - Umrah Di Masjidil Haram
- Bhg. 3 : Makkah Al Mukarramah (2) - Aktiviti Seharian di Makkah Al Mukarramah
- Bhg. 4 [Hari 3] : Ziarah Makkah (1) - Masjid Siti Aisyah
- Bhg. 5 [Hari 4] : Ziarah Makkah (2) - Jabal Tsur, Arafah & Muzdalifah
- Bhg. 6 [Hari 4] : Ziarah Makkah (3) - Wadi Muhassir, Mina, Jabal Nur & Jaaranah
- Bhg. 7 [Hari 5] : Ziarah Taif (1) - Perjalanan Ke Taif & Masjid Abdullah bin Abbas
- Bhg. 8 [Hari 5] : Ziarah Taif (2) - Masjid Ku', Pasar Buah-Buahan & Miqat Qarnul Manazil
- Bhg. 9 [Hari 6] : Ziarah Makkah (4) - Ladang Unta, Hudaibiyah & Muzium Haramain
- Bhg. 10 [Hari 7] : Ziarah Makkah (5) & Perjalanan Ke Madinah - Masjid Jin, Perkuburan Ma'ala, Kawasan Abu Lahab & Wadi Qudaid
- Bhg. 11 : Madinah Al Munawwarah - Masjid Nabawi & Aktiviti Di Madinah Al Munawwarah
- Bhg. 12 [Hari 8] : Ziarah Madinah (1) - Masjid Quba', Ladang Kurma & Bukit Uhud
- Bhg. 13 [Hari 8] : Ziarah Madinah (2) - Masjid Khandaq, Pasar Kurma & Masjid Ghamamah
- Bhg. 14 [Hari 8] : Ziarah Madinah (3) - Ziarah Masjid Nabawi (Telaga Ha, Raudhah & Perkuburan Baqi')
- Bhg.15 [Hari 9] : Ziarah Madain Saleh (1) - Perjalanan Ke Madain Saleh & Hijaz Railway Museum
- Bhg. 16 [Hari 9] : Ziarah Madain Saleh (2) - Jejak Kaum Tsamud
- Bhg. 17 [Hari 9] : Ziarah Madain Saleh (3) - Pulang Ke Madinah
- Bhg. 18 [Hari 10] : Ziarah Madinah (4) - Masjid Jumaah, Bukit Tsaniyatul Wada', Kubu Kaab Bin Asyraf, Bukit Terbakar & Kubu Urwah Bin Zubair
- Bhg. 19 [Hari 11] : Ziarah Madinah (5) - Refuge of Faith Museum, Universiti Islam Madinah, Wadi Aqiq & Masjid Qiblatain
- Bhg. 20 [Hari 12] : Ziarah Madinah (6) - Sokaifat Bani Saedah & Muzium Rasullullah SAW
- Bhg. 21 [Hari 13] : Perjalanan Pulang