ARAB SAUDI
Makkah, Taif, Madinah & Madain Saleh
Bahagian 20: Ziarah Madinah (6)
SOKAIFAT BANI SAEDAH & MUZIUM RASULLULLAH SAW
HARI KEDUA BELAS
Part 87: Pasar Nabi
Program Ziarah Hari Ke-12 yang merupakan hari kedua akhir kami di Madinah dan Tanah Suci dimulakan selepas Solat Asar. Pada petang ini kami dibawa melawat ke dua buah destinasi utama: Sokaifat Bani Saedah dan Muzium Rasullullah SAW yang kedua-duanya terletak berhampiran Masjid Nabawi. Selepas Solat Asar, kami berkumpul di depan Pintu 21 untuk memulakan ziarah.
Bergerak menuju ke Sofaikat Bani Saedah. |
Hotel-hotel mewah berhampiran Sofaikat Bani Saedah |
Sebelum tiba di Sofaikat Bani Saedah kita akan bertemu dulu dengan Pasar Nabi. Pasar ini dibangun untuk memenuhi keperluan kaum Muhajirin
yang berhijrah ke Madinah yang kebanyakan mereka memiliki pekerjaan utama sebagai pedagang.
Oleh kerana pasar terbesar dan terlengkap pada saat itu dimiliki kaum Yahudi dari
Bani Qainuqa', maka Rasulullah mengambil inisiatif agar kaum Muslimin juga memiliki
pasar sendiri yang bebas dari sewaan kepada Yahudi Bani Qainuqa'.
Pasar Nabi |
Untuk merealisasikan pasar tersebut, Rasulullah SAW menemui warga
Bani Saedah (kaum Saad bin Ubadah) dan meminta mereka untuk menyerahkan tanah kosong yang pada mulanya disediakan untuk tanah perkuburan.
Permintaan Nabi dipenuhi oleh Bani Saedah, dan akhirnya Nabi menjadikan tempat tersebut
sebagai tempat perniagaan bagi umat Islam.
Kesibukan di Pasar Nabi |
Peniaga di Pasar Nabi |
Jika orang yang berniaga di Pasar Yahudi dipungut sewa, mereka yang berniaga di
pasar kaum Muslimin ini tidak dikenakan sewa. Akibatnya dalam masa yang singkat, para pedagang yang pada mulanya berniaga di Pasar
Yahudi segera berpindah ke pasar umat Islam.
Membeli-belah di Pasar Nabi |
Part 88: Sokaifat Bani Saedah
Sokaifat Bani Saedah adalah tempat berhimpun milik Bani Saedah. Ia terletak tidak jauh dari Pasar Nabi kerana pasar itu adalah tempat kediaman Bani
Saedah pada zaman tersebut. Tempat ini terkenal kerana ketika Rasul wafat dan belum
dimakamkan, para sahabat telah berkumpul di sini untuk membicarakan peralihan
kepemimpinan agar tidak terjadi kekosongan.
Sokaifat Bani Saedah |
Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan sebarang wasiat mahupun pesanan tentang calon pengganti sebelum baginda wafat. Baginda memberi kebebasan kepada Umat Islam untuk memilih calon khalifah sendiri bagi meneruskan pemerintahan negara Islam. Oleh itu, umat Islam telah mengadakan rundingan dan persetujuan tanpa menetapkan calon terlebih dahulu.
Taman di Sokaifat Bani Saedah |
Sebelum jenazah Nabi dikebumikan, Kaum Muhajirin dan Kaum Ansar berhimpun di Sofaikat Bani Saedah untuk berbincang dan melantik Khalifah. Bila berita tersebut sampai ke pengetahuan Umar bin Al-Khattab, dia meminta Abu Bakar As-Siddiq untuk menyertai perhimpunan tersebut bagi mengelakkan perpecahan di kalangan kaum Muhajirin dan Ansar yang gagal mencapai kesepakatan tentang calon khalifah. Bagi mengelakkan perselisihan dari berlanjutan, Saidina Abu Bakar As-Siddiq mencalonkan Saidina Umar bin Al-Khattab mewakili kaum Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili kaum Ansar sebagai khalifah.
Di sinilah umat Islam berkumpul untuk mencari calon pengganti Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan baginda. |
Namun, kedua-dua Umar dan Abu Ubaidah menarik diri. Malah, mereka mencalonkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah. Akhirnya, Saidina Abu Bakar As-Siddiq dibai'ah dalam syura menjadi khalifah pertama berpandukan fakta beliau pernah diminta oleh Rasullullah SAW untuk mengimamkan solat sewaktu baginda sedang uzur.
Di sini jugalah Saidina Abu Bakar As-Siddiq dilantik menjadi Khalifah Umat Islam yang pertama |
Bai'at pertama ini disebut Bai'at Saqifah, sebab persetujuan
dan pernyataan setia itu hanya dilakukan oleh para pemuka yang hadir dalam
pertemuan di Saqifah (Sokaifat Bani Saedah). Selanjutnya, pada hari berikutnya diadakan bai'at kedua yang
disebut Al-Baiah Al-Ammah (Bai'at Umum) oleh umat Islam. Peristiwa ini
dilaksanakan di Masjid Nabawi. Pada kesempatan itu hampir semua penduduk Madinah
menyatakan persetujuan mereka.
Mendengar Mutawwif menceritakan sejarah pelantikan Khalifah Islam yang pertama di Sokaifat Bani Saedah ini. |
Zubair bin Awwam dan beberapa pemuka Bani Hasyim tidak
memberikan bai'at pada pertemuan di Saqifah kerana ketika itu, mereka sibuk menguruskan
jenazah Rasulullah. Mereka hanya berbai'at pada bai'at yang kedua. Namun begitu, Ali
bin Abi Talib hanya memberikan bai'at enam bulan kemudian, iaitu setelah wafatnya
Fatimah, isterinya yang juga puteri Rasulullah SAW.
Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hasyim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar kerana mereka berpandangan Ali lebih berhak mewarisi Nabi kerana dia adalah keluarga terdekat Nabi. Mereka juga berpandangan Saidina Ali menentang pelantikan Abu Bakar kerana dia tidak berbai'at kepadanya ketika itu.
Sikap Ali yang demikian sebenarnya adalah untuk menjaga perasaan isterinya. Ini adalah kerana setelah Nabi wafat dan Abu Bakar diangkat menjadi khalifah, Fatimah telah bertanyakan harta warisan Rasulullah SAW. Abu Bakar menjawab bahawa setiap rasul tidak pernah meninggalkan warisan bagi keluarganya. Demikian juga halnya dengan Nabi SAW. Mendengar jawaban ini Fatimah merasa kurang senang, dan tidak mahu membai'at Abu Bakar. Untuk menjaga perasaan isterinya, Ali Bin Abi Talib juga tidak melakukan bai'at sehingga Fatimah meninggal dunia.
Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hasyim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar kerana mereka berpandangan Ali lebih berhak mewarisi Nabi kerana dia adalah keluarga terdekat Nabi. Mereka juga berpandangan Saidina Ali menentang pelantikan Abu Bakar kerana dia tidak berbai'at kepadanya ketika itu.
Sikap Ali yang demikian sebenarnya adalah untuk menjaga perasaan isterinya. Ini adalah kerana setelah Nabi wafat dan Abu Bakar diangkat menjadi khalifah, Fatimah telah bertanyakan harta warisan Rasulullah SAW. Abu Bakar menjawab bahawa setiap rasul tidak pernah meninggalkan warisan bagi keluarganya. Demikian juga halnya dengan Nabi SAW. Mendengar jawaban ini Fatimah merasa kurang senang, dan tidak mahu membai'at Abu Bakar. Untuk menjaga perasaan isterinya, Ali Bin Abi Talib juga tidak melakukan bai'at sehingga Fatimah meninggal dunia.
Kucing menjamu selera dengan Roti dan Nasi Arab di tepi Sokaifat Bani Saedah. |
Part 89: Muzium Rasullullah SAW
Selepas mempelajari sejarah pelantikan Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah pertama di Sokaifat Bani Saedah, kita berkunjung pula ke Muzium Rasullullah SAW yang terletak berhampiran. Muzium ini adalah salah sebuah di antara beberapa buah muzium yang terdapat di sini.
Muzium Rasullullah SAW |
Pintu masuk ke Muzium Rasullullah SAW |
Pada mulanya, kami tidak dibenarkan masuk ke muzium kerana pegawai muzium memberitahu pelawat perlu ditemani penterjemah rasmi yang ketika itu sedang membawa satu kumpulan pengunjung melawat ke dalam muzium. Mutawwif kami tidak berpuas hati kerana dia juga fasih berbahasa Arab dan boleh menjadi penterjemah kepada kami. Selepas Mutawwif berbincang dengan seorang pegawai atasan muzium, barulah kami dibenarkan masuk.
Pemandangan sebaik masuk ke dalam muzium. |
Ayat Al Quran di dalam Surah Al Fath yang mengesahkan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa khabar gembira kepada orang-orang yang beriman. |
Muzium ini terdiri dari beberapa bahagian yang menceritakan riwayat kehidupan Rasullullah SAW.
Pelan Lantai Muzium Rasullullah SAW |
"Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam" [Al Quran, Surah Al Anbiya' : Ayat 107]. |
Nabi Muhammad juga memiliki beberapa gelaran yang termasuk Ahmad, Al-Mahi ("Yang Menghapus" kerana dia adalah orang yang Allah utus untuk menghapus
kekufuran), Al-Hasyir ("Yang Mengumpulkan" di mana manusia akan
dikumpulkan di bawah kakinya) dan Al-'Aqib ("Penghujung" di mana tiada
nabi setelah Nabi Muhammad SAW).
NABI MUHAMMAD SEBAGAI RASUL KE SELURUH ALAM
Kemudian, kita masuk ke ruang pameran yang menceritakan kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul ke seluruh alam. Pameran dimulakan dengan sejarah kelahiran Rasullullah SAW.
Gelaran-gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW. |
NABI MUHAMMAD SEBAGAI RASUL KE SELURUH ALAM
Kemudian, kita masuk ke ruang pameran yang menceritakan kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul ke seluruh alam. Pameran dimulakan dengan sejarah kelahiran Rasullullah SAW.
Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul |
Pameran mengenai salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW. |
Salasilah keluarga Nabi Muhammad SAW boleh dikesan sehingga kepada Nabi Ibrahim AS melalui Nabi Ismail AS. |
Gua Hira' di mana Nabi menerima wahyu yang pertama. |
Pada usia 12 tahun, Nabi Muhammad sudah mula berniaga sebab ketika itu dia telah diajak berdagang ke negeri Syam oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Selepas dewasa, baginda berdagang membawa barang dagangan Siti Khadijah, seorang saudagar wanita yang akhirnya menjadi isteri baginda.
Sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW |
Sejarah kehidupan Nabi di zaman kanak-kanak. |
Surah Ad-Dhuha Ayat 6-11 menceritakan kisah kehidupan Nabi di zaman kanak-kanak. |
[6] Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungi(mu).
[7] Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
[8] Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
[9] Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang.
[10] Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdik(nya).
[11] Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur).
Pada suatu malam, tepatnya pada malam
17 Ramadhan, malaikat Jibril mendatangi Nabi Muhammad yang sedang
menyendiri di Gua Hira'. Pada saat itulah, Nabi Muhammad menerima wahyu
yang pertama. Wahyu itu adalah Surah Al-Alaq ayat 1 sehingga 5. Ketika
itu, Nabi Muhammad berusia 40 tahun dan telah menikah dengan Siti Khadijah.
Surah Al-Alaq : Ayat 1-5 berbunyi:
[1] Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan,
[2] Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
[3] Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia.
[4] Yang mengajar manusia dengan pena.
[5] Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Setelah itu, wahyu dari Allah SWT turun secara bertahap dalam jangka
waktu 23 tahun. Wahyu Allah tersebut dikumpulkan dalam kitab yang
bernama Al-Quran. Selain Al-Quran, kaum Muslim juga memiliki pegangan
atau pedoman hidup yang diberi nama As-Sunnah. As-Sunnah atau Al-Hadis
merupakan segala perkataan, tindakan dan persetujuan dari Nabi Muhammad SAW.
Kisah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama di Gua Hira'. |
Perawakan dan keperibadian Nabi Muhammad SAW turut diceritakan di dalam muzium ini.
Seksyen ini menceritakan perawakan dan keperibadian Nabi Muhammad SAW. |
Koleksi-koleksi riwayat mengenai perawakan dan keperibadian Nabi Muhammad SAW |
HIJRAH KE MADINAH
Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah SWT. Wahyu tersebut adalah Ayat 30, Surah
Al-Anfal. Ayat tersebut memberitakan kepada Nabi tentang pakatan yang dilakukan
oleh Orang Musyrikin Makkah terhadap Nabi. Nabi seterusnya diperintah agar
segera berhijrah ke Madinah.
Surah Al-Anfal, Ayat 30 berbunyi:
[30] Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan tipu daya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka membuat tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya.
Untuk mengelabui kaum Quraisy, Rasulullah memutuskan untuk menempuh jalan yang berbeza dari jalan yang biasa digunakan penduduk Makkah untuk menuju ke Madinah. Rasulullah SAW juga memutuskan untuk berangkat bukan pada waktu yang biasa.
Laluan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah |
Jalan yang ditempuh Rasul setelah keluar dari rumah baginda adalah menempuh Gua Tsur yang berjarak sekitar 6-7 km di
selatan Makkah, sedangkan Madinah berada di sebelah utara Makkah.
Di Gua Tsur ini,
Rasulullah dan Abu Bakar tinggal selama kira-kira tiga hari.
Selanjutnya, baginda mengambil laluan ke arah barat menuju Hudaibiyah. Kemudian, menuju arah Madinah dan berhenti di sebuah kawasan di Al-Jumum dekat wilayah Usfan. Lalu, bergerak ke arah barat dan berpusing ke perkampungan Ummu Ma'bad serta berhenti di wilayah Al-Juhfah.
Selanjutnya, baginda menuju Tsanniyat al-Murrah, Mulijah Laqaf, Muwijaj Hujaj dan Bath Dzi Katsir sehingga tiba di Dzu Salam. Di sini, baginda berputar ke arah barat sebelum meneruskan perjalanan ke arah Madinah dan berhenti di daerah Quba'. Di sinilah baginda mendirikan Masjid Quba' yang merupakan masjid pertama yang didirikan Rasullullah SAW.
Selepas bertolak dari Quba', Rasullullah bersama umat
Islam lainnya melaksanakan solat Jumaat. Untuk memperingati peristiwa
itu, dibangunkan sebuah masjid di lokasi ini yang dinamakan Masjid Jumaah. Setelah
itu, barulah Rasullullah SAW menuju Madinah.
Di muzium ini juga, kita dapat melihat model Masjid Nabawi yang pertama sekali dibina di Madinah. Binaannya sangat simple berbanding masjid yang ada sekarang.
Selanjutnya, baginda mengambil laluan ke arah barat menuju Hudaibiyah. Kemudian, menuju arah Madinah dan berhenti di sebuah kawasan di Al-Jumum dekat wilayah Usfan. Lalu, bergerak ke arah barat dan berpusing ke perkampungan Ummu Ma'bad serta berhenti di wilayah Al-Juhfah.
Selanjutnya, baginda menuju Tsanniyat al-Murrah, Mulijah Laqaf, Muwijaj Hujaj dan Bath Dzi Katsir sehingga tiba di Dzu Salam. Di sini, baginda berputar ke arah barat sebelum meneruskan perjalanan ke arah Madinah dan berhenti di daerah Quba'. Di sinilah baginda mendirikan Masjid Quba' yang merupakan masjid pertama yang didirikan Rasullullah SAW.
Perbandingan Laluan Hijrah Nabi (berwarna kuning) berbanding laluan yang biasa digunakan oleh orang Arab ketika itu untuk berulang-alik antara Makkah dan Madinah (berwarna Merah). |
Di muzium ini juga, kita dapat melihat model Masjid Nabawi yang pertama sekali dibina di Madinah. Binaannya sangat simple berbanding masjid yang ada sekarang.
Model Masjid Nabawi yang pertama sekali dibina. |
Masjid ini dibina terbuka, berdinding bata dan berlantaikan tanah. |
Pindaan yang dibuat kepada Masjid Nabawi selepas turun wahyu yang menukar arah kiblat dari Baitulmaqdis ke Masjidil Haram. |
Bentuk tiang dan binaan asal Masjid Nabawi. |
Dua orang isteri Nabi, Siti Aishah dan Saudah mempunyai rumah yang berdekatan dengan masjid. |
Model rumah Siti Aishah dan Saudah |
Model rupa sebenar rumah kediaman Nabi Muhammad SAW turut disediakan di dalam muzium ini. Rasa nak menangis bila melihat betapa simple sekali rumah kediaman manusia yang paling agung di dunia ini.
Model rumah kediaman Nabi Muhammad SAW yang sangat simple. |
Bila melihat model ini, barulah kita lebih memahami bagaimana Nabi Muhammad SAW dapat dikebumikan di rumah baginda sendiri selepas baginda wafat. |
Satu lagi ruang pameran menarik di dalam Muzium Rasullullah SAW |
KEHIDUPAN SEHARIAN RASULLULLAH SAW
Segala tentang Nabi Muhammad, termasuk perjalanan kehidupan seharian baginda ditunjukkan kepada kita di dalam muzium ini.
Pameran kehidupan seharian Rasullullah SAW. |
Selepas Solat Subuh, Nabi akan melawat para isteri baginda dan bermesyuwarah dengan para sahabat mengenai urusan pentadbiran Madinah. |
Nabi juga akan berkunjung ke pasar dan menziarah keluarga dan rakan-rakan. |
Ada kalanya baginda juga akan berkunjung ke kebun buah-buahan. Bila berkunjung ke rumah isterinya, baginda akan membantu dalam urusan rumahtangga. |
Nabi gemar melayan kanak-kanak dalam perjalanan ke masjid untuk Solat Zohor. Baginda juga akan mengajar agama kepada para sahabat selepas Solat Asar dan pulang ke rumah selepas Solat Maghrib untuk menghabiskan masa bersama isteri baginda. |
Selepas Solat Isyak, Nabi akan kekal duduk di tempat baginda sehinggalah wanita yang terakhir keluar meninggalkan Masjid. Selepas itu barulah baginda berziarah ke rumah sahabat-shabat baginda. Rasullullah juga akan bangun di tengah malam untuk menunaikan solat-solat sunat. |
RASULLULLAH SEBAGAI SEORANG SUAMI
Rasulullah SAW adalah juga seorang suami yang sangat meninggikan kedudukan para isterinya dan amat menghormati mereka. Baginda sentiasa membantu para isterinya dalam melaksanakan urusan rumahtangga dan menasihatkan kaum lelaki untuk melayan isteri mereka dengan baik.
Gambaran rumah kediaman para isteri Nabi. Setiap isteri Rasullullah SAW mempunyai rumah mereka masing-masing. |
Bagaimana Nabi melayan isteri-isteri baginda. |
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." |
MADINAH DI ZAMAN RASULLULLAH SAW
Pada zaman Nabi, saiz kota Madinah hanya sebesar Masjid Nabawi yang ada sekarang, termasuk dengan dataran marmar di sekelilingnya. Ia adalah sebuah oasis pertanian.
Sebagaimana di Makkah, Madinah juga dihuni oleh berbagai suku kaum. Walau bagaimanapun, keadaan di Madinah sedikit huru-hara dengan permusuhan yang sengit di antara dua suku terbesar - Aws dan Khazraj. Madinah juga memiliki sejumlah warga Yahudi, yang menyebabkan penduduk Madinah lebih dekat dengan agama Samawi dan lebih mudah menerima agama Islam.
Gambaran pemandangan sekitar Madinah pada hayat Rasulullah SAW |
Bentuk geografi sekitar Madinah |
PEPERANGAN DI ZAMAN NABI
Peperangan yang terjadi selama masa penyebaran Islam
khususnya pada zaman Nabi Muhammad SAW adalah pilihan terakhir yang harus dipilih
oleh kaum Muslimin untuk mempertahankan Islam dari
musuh-musuhnya dan mencegah terjadinya ancaman bagi keselamatan kaum Muslimin.
Ada 27 peperangan yang berlaku di zaman Rasullullah SAW. |
Perang yang pertama di dalam Islam adalah Perang Badar. |
Perang yang pertama terjadi di dalam Islam adalah Perang Badar di mana tentera Islam yang hanya berjumlah 313 orang
berhadapan dengan kaum kafir Quraisy yang berjumlah 1000 orang.
Melihat
jumlah tentera lawan yang tiga kali ganda lebih besar, Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, menangkanlah pasukan hamba-Mu. Bila umat yang kecil binasa,
maka akan berjayalah agama berhala di muka bumi dan tidak akan ada orang
yang menyembah-Mu”.
Ketika itulah turun wahyu yang memerintahkan agar Nabi mengerahkan orang-orang Mukmin untuk bertempur. Allah memberi jaminan bahawa 20 orang Mukmin yang sabar akan dapat membinasakan 200 orang musuh, dan 100 orang mukmin akan dapat mengalahkan 1000 orang kafir, sebab orang kafir tidak memiliki pegangan yang teguh.
Nabi segera mengambil segenggam pasir dan melemparkannya ke arah musuh sebagai isyarat perintah menyerang. Sesaat kemudian orang-orang Mukmin melakukan penyerangan. Angin berhembus kencang dengan menerbangkan debu-debu ke arah musuh. Keadaan ini sangat membantu kaum muslimin dan kemenangan yang dijanjikan Allah pun menjadi kenyataan.
Dalam perang ini, hanya 14 orang tentera Islam yang syahid. Di pihak kafir pula 70 orang tewas termasuk tokoh-tokoh seperti Abu Jahal bin Hisyam, Utbah bin Rabian, Syaibah bin Rabi’ah, dan Umaiyah bin Shilt.
Ketika itulah turun wahyu yang memerintahkan agar Nabi mengerahkan orang-orang Mukmin untuk bertempur. Allah memberi jaminan bahawa 20 orang Mukmin yang sabar akan dapat membinasakan 200 orang musuh, dan 100 orang mukmin akan dapat mengalahkan 1000 orang kafir, sebab orang kafir tidak memiliki pegangan yang teguh.
Nabi segera mengambil segenggam pasir dan melemparkannya ke arah musuh sebagai isyarat perintah menyerang. Sesaat kemudian orang-orang Mukmin melakukan penyerangan. Angin berhembus kencang dengan menerbangkan debu-debu ke arah musuh. Keadaan ini sangat membantu kaum muslimin dan kemenangan yang dijanjikan Allah pun menjadi kenyataan.
Dalam perang ini, hanya 14 orang tentera Islam yang syahid. Di pihak kafir pula 70 orang tewas termasuk tokoh-tokoh seperti Abu Jahal bin Hisyam, Utbah bin Rabian, Syaibah bin Rabi’ah, dan Umaiyah bin Shilt.
Lokasi bersejarah dalam Perang Badar. |
Kisah Perang Badar |
Walaupun ada 27 peperangan yang dicatatkan di zaman Rasullullah, hanya 7 sahaja yang benar-benar berlaku. Yang lainnya dapat dielakkan dengan perjanjan damai atau penarikan diri dari pihak musuh. |
10 SAHABAT YANG DIJAMIN MASUK SYURGA
Rasulullah SAW mempunyai sahabat-sahabat terbaik
yang dijamin masuk ke syurga dan itu menambah kemuliaan
mereka. Mereka adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Saad bin Abi Waqqas, Abdurrahman bin Auf, Abu Ubaidah bin Jarrah, Thalhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam dan Sa’id bin Zaid.
Nama 10 sahabat yang dijamin oleh Rasullullah SAW akan masuk ke dalam syurga dicatatkan pada tiang ini. |
Sepuluh sahabat ini adalah manusia terbaik di kalangan
kaum Quraisy, susuk terbaik di kalangan pemeluk Islam generasi awal,
terbaik di kalangan kaum Muhajirin (yang berhijrah ke Madinah), terbaik di
kalangan pasukan Perang Badar dan terbaik di kalangan para pembai’at
Rasulullah SAW.
Abu Bakar As-Siddiq dan Saad bin Abi Waqqas |
Abu Bakar As-Siddiq adalah seorang pedagang Quraisy yang selalu menjaga kehormatan diri. Dia adalah seorang yang
kaya, berpengaruh serta memiliki akhlak yang mulia. Sebelum
datangnya Islam, tak seorang pun pernah menyaksikan
Abu Bakar minum arak ataupun menyembah berhala. Dia tidak pernah
berdusta. Begitu banyak kemiripan di antara beliau dengan Rasulullah
sehingga beliau dilantik menjadi khalifah pertama setelah
Rasulullah wafat. Rasulullah selalu mengutamakan Abu Bakar di kalangan para sahabatnya yang antara lain Hadis Nabi ada menyebut: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat niscaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar".
Saad bin Abi Waqqas pula adalah orang pertama yang terkena panah fisabilillah, seorang yang keislamannya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah dan kukuh pada keislamannya.
Saad bin Abi Waqqas pula adalah orang pertama yang terkena panah fisabilillah, seorang yang keislamannya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah dan kukuh pada keislamannya.
Umar bin Al-Khattab dan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah |
Umar bin Al-Khattab masuk Islam setelah bertemu dengan
adiknya Fatimah dan suami adiknya Said bin Zaid pada tahun keenam
kenabian. Sebelum Umar, telah ada 39 orang lelaki dan 26 wanita yang
masuk Islam. Di kalangan kaumnya, Umar terkenal sebagai seorang yang pandai
berbincang, berdialog, memecahkan permasalahan serta bersikap kasar.
Setelah Umar masuk Islam, dakwah dilakukan secara
terang-terangan. Di saat hijrah juga, Umar adalah segelintir orang
yang berhijrah dengan terang-terangan. Dia sengaja berangkat pada siang
hari dan melewati gerombolan orang Quraisy. Ketika melewati mereka, Umar
berkata: "Aku akan meninggalkan Makkah dan menuju Madinah. Siapa yang
ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi
yatim, sila menghalang aku di belakang lembah ini!” Mendengar
perkataan Umar, tak seorang pun berani mengikut apalagi mencegah
Umar. Banyak pendapat Umar yang dibenarkan oleh Allah dengan menurunkan
firmanNya seperti di saat peristiwa kematian Abdullah bin Ubay (Surah At-Taubah, Ayat 84),
ataupun di saat penentuan layanan terhadap tawanan Perang Badar di mana
pendapat Umar dibenarkan Allah dengan turunnya Surah Al Anfal, Ayat 67-68.
Surat At-Taubah : Ayat 84 adalah larangan menyembahyangkan jenazah orang munafik seperti berikut:
[84] Dan janganlah engkau (Muhammad) melaksanakan solat untuk seseorang yang mati di antara mereka (orang-orang munafik), selama-lamanya dan janganlah engkau berdiri (mendoakan) di atas kuburnya. Sesungguhnya mereka ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.
Dalam Perang Badar, Rasullullah SAW sependapat dengan Abu Bakar untuk mengampuni para tawanan Perang Badar dan menerima tebusan dari mereka. Umar Al Khattab pula mencadang untuk membunuh para tawanan itu atas sebab ancaman dari mereka. Ayat Al Quran Surah Al Anfal : Ayat 67-68 membenarkan pendapat Umar seperti berikut:
[67] Tidaklah wajar, bagi seorang nabi mempunyai tawanan sebelum dia dapat melumpuhkan musuhnya di bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
[68] Sekiranya tidak ada ketetapan terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana (tebusan) yang kamu ambil.
Sahabat yang lain, Abu Ubaidah bin Al-Jarrah pula terpaksa membunuh ayahnya dalam Perang Badar, sehingga Allah
menurunkan ayat Al Quran, Surah Al Mujadilah : Ayat 22:
[22] Engkau (Muhammad) tidak akan mendapatkan satu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapanya, anaknya, saudaranya atau keluarganya. Mereka itulah orang-orang yang dalam hatinya telah ditanamkan Allah keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari Dia. Lalu dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Merekalah golongan Allah. Ingatlah sesungguhnya golongan Allah itulah yang beruntung.
Dalam perang Uhud, Abu
Ubaidah mencabut besi tajam yang terkena pada kedua rahang
Rasulullah, dan dengan berbuat begitu beliau rela kehilangan giginya. Abu
Ubaidah mendapat gelaran dari Rasulullah sebagai pemegang amanat umat,
seperti dalam sabda baginda: “Tiap-tiap umat ada seorang pemegang amanat,
dan pemegang amanat umat ini adalah Abu Ubaidah bin Al-Jarrah.”
Usman bin Affan dan Abdurrahman bin Auf |
Usman bin Affan adalah
seorang yang sangat dermawan. Dia pernah membiayai seluruh persiapan pasukan perang seorang diri. Setelah kaum Muslimin berhijrah,
di saat kesulitan mendapat air, Usman telah membeli telaga dari seorang Yahudi
untuk kepentingan kaum Muslimin.
Abdurrahman bin Auf adalah seorang pedagang yang berjaya, namun meninggalkan semua harta yang telah dia usahakan sekian
lama pada saat berhijrah. Setelah berada di Madinah, beliau kembali menjadi seorang
yang kaya raya dan pada saat beliau meninggal dunia, wasiatnya adalah agar
setiap peserta perang Badar yang masih hidup mendapat 400 dinar,
sedang yang masih hidup saat itu sekitar 100 orang termasuk Ali
dan Usman. Beliau juga berwasiat agar sebahagian hartanya diberikan kepada Ummahatul Muslimin, sehingga Aisyah berdoa: “Semoga Allah memberi minum
kepadanya air dari mata air Salsabil di syurga”.
Ali Bin Abi Talib dan Said bin Zaid |
Ali bin Abi Talib adalah
pemuda pertama yang masuk Islam. Dia juga dengan begitu berani telah menggantikan Rasulullah
di tempat tidur baginda pada saat Hijrah. Ali yang dinikahkan oleh
Rasulullah SAW dengan puteri kesayangannya Fatimah, sangat sederhana
kehidupannya.
Said bin Zaid yang merupakan adik
ipar Umar bin Al-Khattab adalah orang yang dididik oleh seorang ayah yang memperoleh hidayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka, seperti halnya Salman
Al Farisi dan Abu Dzar Al Ghifari. Ramai orang yang lemah berkumpul
di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan serta
penghilang rasa lapar, karena Said adalah seorang sahabat yang dermawan.
Az-Zubair bin Al-Awwam dan Talhah bin Ubaidullah |
Az-Zubair bin Al-Awwam masuk Islam pada usia 15 tahun dan hijrah pada usia 18
tahun, dengan siksaan yang diterima dari bapa saudaranya sendiri. Kepahlawanan
Az-Zubair bin Al-Awwam yang pertama terlihat dalam Perang Badar saat dia berhadapan
dengan Ubaidah bin Said bin Al-Ash. Az-Zubair berjaya menombak kedua matanya sehingga akhirnya Ubaidah tersungkur tidak bergerak
lagi dan hal ini membuatkan pasukan Quraisy ketakutan. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Setiap nabi memiliki pengikut
pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah Az-Zubair bin Al-Awwam.” Az-Zubair bin Al-Awwam adalah suami kepada Asma binti Abu Bakar yang
menghantarkan makanan pada Rasul saat baginda berhijrah bersama ayahnya.
Thalhah bin Ubaidullah terkena lebih dari 70 tikaman atau panahan serta
jari tangannya putus dalam Perang Uhud. Namun Thalhah yang berperawakan tegap serta sangat
kuat inilah yang melindungi Rasulullah di saat-saat genting. Beliau
memapah Rasulullah yang tubuhnya telah berdarah menaiki Bukit Uhud yang
berada di hujung medan pertempuran di saat kaum Musyrikin pergi meninggalkan
medan peperangan karena menyangka Rasulullah telah wafat. Rasulullah pernah berkata kepada para sahabatnya, "Orang ini
termasuk yang gugur dan barang siapa yang senang melihat seorang yang
syahid berjalan di muka bumi, maka lihatlah Thalhah".
Bukit Uhud |
Nabi sentiasa mengajar para sahabat bersikap baik dan berbelas kasihan. |
KHULAFA AL-RASYIDIN
Khulafa Al-Rasyidin bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka adalah waris kepimpinan Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda. Perlantikan mereka dibuat secara syura (perbincangan para sahabat) atau pilihan khalifah yang sebelumnya.
Khulafa Al-Rasyidin terdiri dari Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Al-Khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. |
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, seandainya baginda diperbolehkan mengangkat seorang kekasih selain Allah, sudah pasti baginda akan memilih Abu Bakar. |
Disebabkan ketegasannya, syaitan menghindar apabila berjumpa dengan Umar Al-Khattab. |
Keutamaan akhlak Usman bin Affan membuatkan malaikat malu kepadanya. |
Kedudukan Ali bin Abi Talib di sisi Nabi Muhammad SAW adalah seperti kedudukan Harun di sisi Musa. |
KEWAFATAN RASULLULLAH SAW
Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida' atau Haji
Perpisahan, Nabi Muhammad SAW telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya,
hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan
bersatu dengan tatanegara Islam.
Seksyen Kewafatan Rasullullah SAW |
Pada akhir bulan Safar tahun 11 H, Nabi SAW mula mengeluh
sakit kepala. Baginda merasakan kesakitan yang berat. Oleh kerana sakitnya semakin
berat, Nabi SAW memerintahkan Abu Bakar untuk menjadi imam kepada masyarakat. Abu Bakar menjadi imam solat selama beberapa hari di masa hidup Rasulullah.
Di saat akhir hayatnya, Rasullullah SAW telah meminta Abu Bakar As-Siddiq untuk mengimamkan solat. |
Pada hari Isnin, bulan Rabiul Awal tahun 11 H, Nabi SAW wafat.
Hari itu adalah waktu dhuha yang penuh kesedihan. Bumi kehilangan orang yang paling mulia yang pernah menginjakkan
kaki di atasnya.
"Dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan. Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaan-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas". [Al Quran, Surah Ad-Dhuha: Ayat 4-5]. |
Berita di pagi duka itu tersebar di kalangan para sahabat.
Dunia terasa gelap bagi mereka. Hati-hati mereka bergoncang, tidak percaya bahawa kekasih
mereka telah tiada hingga ada di antara mereka yang menyanggahnya. Umar berteriak,
“Rasulullah SAW tidak wafat! Beliau tidak akan pergi hingga Allah memerangi
orang-orang munafik!”
Abu Bakar memerintahkan
Umar duduk. Namun Umar menolak duduk. Orang-orang mula beralih dari Umar
menuju Abu Bakar. Maka berkata Abu Bakar, "Barang siapa di antara kamu yang
menyembah Muhammad SAW, maka Muhammad telah wafat. Barang siapa yang menyembah Allah,
maka Allah Maha Hidup dan tidak akan wafat".
Kemudian Abu Bakar membacakan firman
Allah, “Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul; sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun. Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.” (Al Quran, Surah 'Ali Imran : Ayat
144).
Barang siapa yang menyembah Muhammad SAW, maka Muhammad telah wafat. Barang siapa yang menyembah Allah, maka Allah Maha Hidup dan tidak akan wafat |
Nabi Muhammad SAW mengecam dan melaknat
orang-orang Yahudi yang menjadikan kuburan para nabi sebagai masjid. Lalu
baginda melarang kubur baginda dijadikan berhala yang disembah.
Pameran mengenai tempat pemakaman Rasullullah SAW. |
Rasullullah SAW dimakamkan di Masjid Nabawi bersama dua orang sahabat baginda: Abu Bakar As-Siddiq dan Umar bin Al-Khattab. Satu fakta menarik ialah ketiga-tiga mereka wafat pada usia 63 tahun. |
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid!” |
Antara pesanan Nabi Muhammad SAW kepada umatnya adalah supaya kita mencintai sunnah baginda. Di akhir hayatnya, baginda berpesan, "Wahai umatku, kita semua tertakluk kepada kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taatlah dan bertakwalah kepadaNya. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti dia mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan bersama-sama masuk ke syurga bersamaku".
Orang yang mencintai Nabi akan masuk ke syurga bersama-sama Nabi. |
Jika anda berkesempatan, Myself memang recommend anda untuk melawat ke Muzium Rasullullah SAW. Dengan melihat pameran di sini, kita akan lebih mengenali dan mencintai Rasullullah. Kita juga akan lebih memahami perjalanan hidup manusia yang sangat agung ini.
Kiosk kecil di pintu keluar muzium yang menjual barangan cenderamata. |
Bersambung ke Bhg. 21...
CATATAN PERJALANAN (UMRAH & HARAMAIN 2017):
- Bhg. 1 [Hari 1] : Perjalanan Ke Tanah Suci
- Bhg. 2 [Hari 2] : Makkah Al Mukarramah (1) - Umrah Di Masjidil Haram
- Bhg. 3 : Makkah Al Mukarramah (2) - Aktiviti Seharian di Makkah Al Mukarramah
- Bhg. 4 [Hari 3] : Ziarah Makkah (1) - Masjid Siti Aisyah
- Bhg. 5 [Hari 4] : Ziarah Makkah (2) - Jabal Tsur, Arafah & Muzdalifah
- Bhg. 6 [Hari 4] : Ziarah Makkah (3) - Wadi Muhassir, Mina, Jabal Nur & Jaaranah
- Bhg. 7 [Hari 5] : Ziarah Taif (1) - Perjalanan Ke Taif & Masjid Abdullah bin Abbas
- Bhg. 8 [Hari 5] : Ziarah Taif (2) - Masjid Ku', Pasar Buah-Buahan & Miqat Qarnul Manazil
- Bhg. 9 [Hari 6] : Ziarah Makkah (4) - Ladang Unta, Hudaibiyah & Muzium Haramain
- Bhg. 10 [Hari 7] : Ziarah Makkah (5) & Perjalanan Ke Madinah - Masjid Jin, Perkuburan Ma'ala, Kawasan Abu Lahab & Wadi Qudaid
- Bhg. 11 : Madinah Al Munawwarah - Masjid Nabawi & Aktiviti Di Madinah Al Munawwarah
- Bhg. 12 [Hari 8] : Ziarah Madinah (1) - Masjid Quba', Ladang Kurma & Bukit Uhud
- Bhg. 13 [Hari 8] : Ziarah Madinah (2) - Masjid Khandaq, Pasar Kurma & Masjid Ghamamah
- Bhg. 14 [Hari 8] : Ziarah Madinah (3) - Ziarah Masjid Nabawi (Telaga Ha, Raudhah & Perkuburan Baqi')
- Bhg.15 [Hari 9] : Ziarah Madain Saleh (1) - Perjalanan Ke Madain Saleh & Hijaz Railway Museum
- Bhg. 16 [Hari 9] : Ziarah Madain Saleh (2) - Jejak Kaum Tsamud
- Bhg. 17 [Hari 9] : Ziarah Madain Saleh (3) - Pulang Ke Madinah
- Bhg. 18 [Hari 10] : Ziarah Madinah (4) - Masjid Jumaah, Bukit Tsaniyatul Wada', Kubu Kaab Bin Asyraf, Bukit Terbakar & Kubu Urwah Bin Zubair
- Bhg. 19 [Hari 11] : Ziarah Madinah (5) - Refuge of Faith Museum, Universiti Islam Madinah, Wadi Aqiq & Masjid Qiblatain
- Bhg. 20 [Hari 12] : Ziarah Madinah (6) - Sokaifat Bani Saedah & Muzium Rasullullah SAW
- Bhg. 21 [Hari 13] : Perjalanan Pulang