ARAB SAUDI
Makkah, Taif, Madinah & Madain Saleh
Bahagian 13: Ziarah Madinah (2)
MASJID KHANDAQ, PASAR KURMA & MASJID GHAMAMAH
HARI KELAPAN (2)
Part 63: Masjid Tujuh
Khandaq bererti 'parit'. Dalam sejarah Islam, Khandaq adalah peristiwa penggalian parit pertahanan sehubungan
dengan peristiwa pengepungan kota Madinah oleh kafir Quraisy bersama
dengan sekutu-sekutu mereka yang terdiri dari Yahudi Bani Nadir, Bani Ghathfan dan
lain-lainnya.
Jalan ini dibina di atas bekas Parit Perang Khandaq |
Pada saat Rasulullah SAW mendengar kafir Quraisy bersama
sekutu-sekutunya akan menggempur kota Madinah, Rasulullah SAW
bermusyawarah dengan para sahabat, mencari jalan untuk mempertahankan serangan tersebut.
Pada waktu itu, seorang sahabat Nabi yang bernama Salman Al Farisi memberikan saranan supaya Umat Islam membuat benteng pertahanan berupa parit, yang mana usul tersebut telah diterima oleh Rasulullah SAW. Maka digalilah parit pertahanan tersebut
di bawah pimpinan Rasulullah SAW sendiri. Peristiwa pengepungan kota
Madinah ini terjadi pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah.
Peninggalan perang Khandaq yang ada kini hanyalah berupa lima
buah pos yang dulunya berjumlah tujuh buah semuanya. Menurut sebahagian riwayat,
tempat tersebut adalah bekas pos penjagaan. Rasulullah SAW pernah singgah dan bermalam di pos-pos ini.
Pos-pos ini kemudian berkembang menjadi masjid-masjid kecil yang berjumlah
tujuh bangunan. Masjid-masjid inilah yang kemudian dikenali sebagai Masjid
Sab’ah (Masjid Tujuh).
Parit Perang Khandaq dibina mengelilingi bukit ini. |
Masjid Tujuh |
Pada hari yang ditetapkan, Allah SWT mengirim tentera Malaikat yang tidak terlihat dan
mengirim angin kencang yang memporak-perandakan orang kafir sehingga mereka lari lintang-pukang. Perkara ini diceritakan di dalam Al Quran (Surah Al-Ahzab Ayat 9): "Wahai orang-orang yang beriman,
kenangkanlah nikmat Allah SWT yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu
didatangi tentera (Al-Ahzab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut
(yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat
melihatnya. Dan (ingatlah) Allah SWT sentiasa melihat apa yang kamu lakukan".
Untuk mengenang jasa mereka, masjid-masjid dibina dan diberi nama mengikut lokasi dan nama sahabat yang menempati pos pertahanan tersebut: Masjid Salman al-Farisi, Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Masjid Umar, Masjid Usman, Masjid Ali, Masjid Saad bin Muaz dan Masjid Fatah.
Untuk mengenang jasa mereka, masjid-masjid dibina dan diberi nama mengikut lokasi dan nama sahabat yang menempati pos pertahanan tersebut: Masjid Salman al-Farisi, Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Masjid Umar, Masjid Usman, Masjid Ali, Masjid Saad bin Muaz dan Masjid Fatah.
Salah sebuah runtuhan Masjid Tujuh |
Masjid Fatah |
Part 64: Pasar Kurma
Kemudian kami dibawa singgah di Pasar Kurma pula.
Pasar Kurma |
Satu lagi pemandangan di Pasar Kurma |
Kumpulan kami membeli-belah kurma di kedai ini. |
Terdapat lebih banyak pilihan kurma di sini berbanding dengan yang dijual di Ladang Kurma tadi. Ini adalah kerana kurma yang dijual di sini bukan saja berasal dari Madinah sedangkan pusat jualan di Ladang Kurma hanya menjual kurma yang dihasilkan di ladang itu sendiri.
Kurma yang telah siap pack banyak dijual di sini. |
Ada juga kurma yang dijual mengikut timbangan. |
Pelbagai pilihan kurma dan kacang-kacang. |
Part 65: Masjid Ghamamah
Kami dibawa pulang ke hotel untuk membuat persediaan bagi bersolat Zohor di Masjid Nabawi selepas bershopping di Pasar Kurma. Dalam perjalanan pulang, kami melintasi Masjid Ghamamah.
Masjid Ghamamah didirikan untuk mengenang beberapa peristiwa penting di masa kehidupan Rasulullah SAW. Ia dipanggil Masjid Ghamamah (bermaksud: Awan Mendung), kerana di sinilah Rasulullah SAW melaksanakan Solat Istiskah (solat untuk meminta hujan).
Masjid Ghamamah didirikan untuk mengenang beberapa peristiwa penting di masa kehidupan Rasulullah SAW. Ia dipanggil Masjid Ghamamah (bermaksud: Awan Mendung), kerana di sinilah Rasulullah SAW melaksanakan Solat Istiskah (solat untuk meminta hujan).
Pada masa dahulu di saat kemarau melanda Madinah, penduduk kota meminta kepada Nabi untuk berdoa meminta hujan. Nabi melakukan solat meminta hujan di sini. Setelah solat, Nabi segera berdoa meminta hujan kepada Allah. Kemudian Allah mengabulkan doa Nabi. Sebaik Nabi selesai memohon, tiba-tiba Kota Madinah diselimuti oleh awan gelap dengan hujan lebat.
Masjid ini juga disebut sebagai Masjid Id (Masjid Hari Raya) karena lokasi tempat masjid ini berdiri merupakan tempat Nabi Muhammad SAW melaksanakan solat hari raya di empat tahun terakhir kehidupan baginda.
Masjid Ghamamah |
Ketika Najasyi wafat, tak ada sesiapa pun yang bersedia mempimpin solat jenazah baginya. Maka Rasullullah mensolatkan jenazahnya secara ghaib. Peristiwa ini merupakan satu-satunya peristiwa di mana Rasullullah SAW melakukan solat ghaib atau solat jenazah tanpa kehadiran jenazah yang disolatkan.
Di sinilah Rasullullah membuat solat memohon hujan, solat Hari Raya di empat tahun terakhir kehidupan baginda dan melakukan Solat Ghaib untuk jenazah Raja Habsyah yang bernama Najasyi. |
Tidak jauh dari Masjid Ghamamah adalah tempat yang dinamakan As Sabqa. Namanya diambil sempena kegunaan tempat tersebut yang dijadikan
medan lumba kuda dan lumba lari para sahabat zaman Rasulullah pada masa dahulu. Ada sebuah masjid yang pernah didirikan di sini pada masa dahulu.
Kawasan As Sabqa |
Kawasan ini sekarang terletak di permulaan terowong Jalan Abu Bakar as-Siddiq di Madinah. Masjid ini telah pun diruntuhkan dan termasuk di dalam kawasan pembinaan terowong.
Terowong di bekas kawasan Masjid As Sabqa |
Masjid Ghamamah terletak sangat hampir dengan Masjid Nabawi dan juga hotel penginapan kami. Namun begitu, jika kita tidak tahu sejarah tentang masjid ini, kita pasti hanya akan berlalu di depannya sahaja seperti di dalam perjalanan Umrah kami sebelum ini. Bila dah tahu banyak sejarah begini, memang kita akan lebih menghargai kehadiran kita di kota Madinah ini.
Perjalanan pulang ke hotel. |
Pemandangan dalam perjalanan pulang |
Ziarah kami pada sesi pagi berakhir di sini kerana kami perlu pulang ke hotel bagi membuat persiapan untuk bersolat Zohor di Masjid Nabawi. Di sebelah petang nanti, selepas selesai Solat Asar, program ziarah akan disambung di sekitar Masjid Nabawi.
Masjid Nabawi |
Bersambung ke Bhg. 14...
CATATAN PERJALANAN (UMRAH & HARAMAIN 2017):
- Bhg. 1 [Hari 1] : Perjalanan Ke Tanah Suci
- Bhg. 2 [Hari 2] : Makkah Al Mukarramah (1) - Umrah Di Masjidil Haram
- Bhg. 3 : Makkah Al Mukarramah (2) - Aktiviti Seharian di Makkah Al Mukarramah
- Bhg. 4 [Hari 3] : Ziarah Makkah (1) - Masjid Siti Aisyah
- Bhg. 5 [Hari 4] : Ziarah Makkah (2) - Jabal Tsur, Arafah & Muzdalifah
- Bhg. 6 [Hari 4] : Ziarah Makkah (3) - Wadi Muhassir, Mina, Jabal Nur & Jaaranah
- Bhg. 7 [Hari 5] : Ziarah Taif (1) - Perjalanan Ke Taif & Masjid Abdullah bin Abbas
- Bhg. 8 [Hari 5] : Ziarah Taif (2) - Masjid Ku', Pasar Buah-Buahan & Miqat Qarnul Manazil
- Bhg. 9 [Hari 6] : Ziarah Makkah (4) - Ladang Unta, Hudaibiyah & Muzium Haramain
- Bhg. 10 [Hari 7] : Ziarah Makkah (5) & Perjalanan Ke Madinah - Masjid Jin, Perkuburan Ma'ala, Kawasan Abu Lahab & Wadi Qudaid
- Bhg. 11 : Madinah Al Munawwarah - Masjid Nabawi & Aktiviti Di Madinah Al Munawwarah
- Bhg. 12 [Hari 8] : Ziarah Madinah (1) - Masjid Quba', Ladang Kurma & Bukit Uhud
- Bhg. 13 [Hari 8] : Ziarah Madinah (2) - Masjid Khandaq, Pasar Kurma & Masjid Ghamamah
- Bhg. 14 [Hari 8] : Ziarah Madinah (3) - Ziarah Masjid Nabawi (Telaga Ha, Raudhah & Perkuburan Baqi')
- Bhg.15 [Hari 9] : Ziarah Madain Saleh (1) - Perjalanan Ke Madain Saleh & Hijaz Railway Museum
- Bhg. 16 [Hari 9] : Ziarah Madain Saleh (2) - Jejak Kaum Tsamud
- Bhg. 17 [Hari 9] : Ziarah Madain Saleh (3) - Pulang Ke Madinah
- Bhg. 18 [Hari 10] : Ziarah Madinah (4) - Masjid Jumaah, Bukit Tsaniyatul Wada', Kubu Kaab Bin Asyraf, Bukit Terbakar & Kubu Urwah Bin Zubair
- Bhg. 19 [Hari 11] : Ziarah Madinah (5) - Refuge of Faith Museum, Universiti Islam Madinah, Wadi Aqiq & Masjid Qiblatain
- Bhg. 20 [Hari 12] : Ziarah Madinah (6) - Sokaifat Bani Saedah & Muzium Rasullullah SAW
- Bhg. 21 [Hari 13] : Perjalanan Pulang