ARAB SAUDI
Makkah, Taif, Madinah & Madain Saleh
Bahagian 18: Ziarah Madinah (4)
MASJID JUMAAH, BUKIT TSANIYATUL WADA', KUBU KAAB BIN ASYRAF, BUKIT TERBAKAR & KUBU URWAH BIN ZUBAIR
HARI KESEPULUH
Part 78: Masjid Jumaah
Ziarah sekitar Madinah diteruskan pada Hari Kesepuluh. Tempat pertama yang ditunjukkan kepada kami pada hari ini ialah Masjid Jumaah.
Masjid Jumaah |
Masjid Jumaah menandakan tempat pertama Rasullullah SAW mengimamkan Solat Jumaat selepas baginda berhijrah ke Madinah. Mengikut sejarah, selepas baginda Rasullullah SAW meninggalkan Quba' pada hari Jumaat untuk menuju ke Madinah, baginda telah ditahan oleh Bani Salim sewaktu baginda melintasi perkampungan mereka.
"Wahai Rasullullah, anda telah tinggal selama beberapa hari dengan saudara kami (penduduk Quba'), maka berilah kami sesuatu juga yang dapat kami banggakan sehingga Hari Kiamat sepertimana yang telah engkau berikan kepada mereka," rayu Bani Salim.
Di tapak masjid inilah Rasullullah SAW mendirikan Solat Jumaat baginda yang pertama sewaktu berhijrah ke Madinah |
Bagi memenuhi permintaan Bani Salim, Rasullullah SAW telah turun dari unta baginda dan menunaikan Solat Jumaat baginda yang pertama di sini. Solat ini disertai kira-kira 100 orang Muslim, yang termasuk di antara mereka keluarga Nabi sendiri yang terdiri dari Bani An-Najjar dan Bani Amir yang mengiringi perjalanan baginda dari Quba'.
Selepas menunaikan Solat Jumaat, Rasullullah SAW kembali menaiki unta baginda menuju ke kota Madinah.
Part 79: Bukit Tsaniyatul Wada'
Bila terdengar keberangkatan Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah menuju Madinah, kaum Ansar keluar
dari rumah-rumah mereka untuk menunggu kedatangan baginda. Mereka menunggu kedatangan Nabi SAW setiap
hari pada hari masih pagi. Jika panas sudah terik, mereka kembali pulang ke
rumah masing-masing.
Seperti biasa, pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun ke-14 kenabian (tahun pertama Hijrah, bertepatan 23 September 622 M), kaum Ansar keluar menunggu kedatangan Nabi SAW. Ketika panas sudah terik, mereka kembali ke rumah masing-masing.
Saat itu, ada seorang Yahudi sedang naik ke salah sebuah bangunan yang tinggi di Madinah untuk suatu keperluan. Tatkala dia melihat Rasulullah SAW dan sahabatnya, maka dia pun berseru: “Wahai orang-orang Arab, inilah orangnya yang kamu tunggu.”

Di kawasan inilah Nabi Muhammad SAW mula tiba di Madinah sewaktu hijrah. Bukit ini kini dikenali sebagai Bukit Tsaniyatul Wada' |
Mendengar Yahudi yang berteriak, kaum Muslimin bangkit mengambil senjata-senjata mereka, untuk menyambut kedatangan
Rasulullah SAW di tempat mereka yang merupakan daerah
berbatuan. Suara riuh dan takbir menggema di Bani Amr bin ‘Auf. Kaum muslimin
merasa sangat bahagia dan bersuka cita dengan kedatangan Rasulullah SAW. Mereka menyambut dan menghormati baginda sebagai seorang nabi.
Dari bangunan yang bagaikan sebuah kota inilah, Yahudi Bani Qainuqa' menjerit memberitahu penduduk Madinah tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW. |
Sebahagian kaum muslimin yang belum pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW menghormati Abu Bakar sebagaimana menghormati Nabi
SAW, karena menyangka dialah Nabi yang dimaksudkan. Ketika panas kian terik, Abu Bakar RA berdiri
dan Rasulullah SAW berteduh pada selendang Abu Bakar
RA. Ketika itu, barulah mereka mengerti siapa yang sebenarnya adalah Rasulullah SAW. Mereka pun berkumpul di sekitar Rasulullah
SAW, dan mengerumuninya.
Bangunan ini telah diperbaiki kini. Ini adalah satu lagi bukti usaha Kerajaan Arab Saudi yang kini semakin memulihara tapak-tapak warisan sejarah. |
Part 80: Kubu Kaab bin Asyraf
Persinggahan seterusnya ialah ke runtuhan kubu Kaab bin Asyraf yang terletak dekat sebuah kebun kurma. Kaab bin Al-Asyraf adalah seorang pemuka Yahudi dan ahli syair
warga Madinah yang dibunuh oleh seorang sahabat
Nabi SAW yang bernama Muhammad bin Maslamah RA. Dia dibunuh karena telah menulis puisi yang menghina
Nabi SAW.
Mutawwif bercerita tentang kisah Kaab bin Asyraf. |
Kawasan ini adalah bekas perkampungan Yahudi Bani Nadir yang diketuai oleh Kaab bin Asyraf. |
Setelah berita kekalahan kaum musyrikin Quraisy menghadapi
pasukan Islam di dalam Perang Badar sampai ke Madinah, maka Kaab
berkata: "Jika berita ini benar, maka berada di bawah tanah lebih baik
bagi kami daripada di atasnya.” Ertinya, dia merasa dirinya lebih baik
mati daripada hidup setelah kekalahan kaum kafir Quraisy. Lalu Kaab
bin Asyraf membuat syair-syair berisi ratapan atas kekalahan kaum
musyrikin tersebut. Di dalamnya juga termuat sindiran terhadap Nabi SAW dan kaum Muslimin. Lalu pergilah dia ke
Makkah untuk menampilkan puisinya dan turut berduka cita bersama kaum
musyrikin Makkah.
Runtuhan kubu Kaab bin Asyraf dari kejauhan. |
Pemandangan lebih dekat kubu Kaab bin Asyraf |
Tindakan Kaab menyokong kafir Quraisy dan menimbulkan hasutan untuk membenci orang Islam di Madinah melanggar Perlembagaan Madinah yang turut ditandatangani oleh Yahudi Bani Nadir yang diketuai oleh Kaab sendiri. Perjanjian ini melarang mereka untuk bersekongkol dengan orang kafir di Makkah, khususnya bangsa Quraisy.
Para penyembah berhala telah bertanya kepada Kaab, “Apakah agama kaum Muslim lebih baik daripada milik kami?” Walaupun Kaab bin Asyraf adalah tergolong dari masyarakat yang terpelajar, dia berkata kepada mereka, “Agamamu lebih baik dibandingkan kaum Muslim.” Kisah ini dicerita oleh Allah SWT di dalam Al Quran Surah An Nisa Ayat 51: "Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Al Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada jibt dan thaghut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekah), bahwa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman." Itulah sebabnya Allah SWT berfirman di dalam Al Quran bahawa Yahudi sanggup menjual agama mereka untuk keuntungan duniawi yang kecil.

Runtuhan kubu kediaman Kaab bin Asyraf. |
Rumah berhadapan kubu Kaab bin Asyraf. Mungkin ini adalah rumah seorang penduduk Yahudi Bani Nadir pada masa dahulu. |
Bila
Kaab pulang ke Madinah, dia memperhebatkan cercaannya dalam bentuk
puisi dan lagu yang menjatuhkan maruah wanita Islam pula. Suasana kebencian
semakin mendalam dan tidak lagi boleh ditolak-ansur. Maka Nabi SAW mengumpulkan para sahabat dan bertanya: "Siapakah yang mahu menangani Kaab bin Al-Asyraf karena dia sungguh telah mengganggu Allah dan RasulNya?”
Muhammad bin Muslamah, Abbad bin Bishr, Al-Haris bin Aws, Abu 'Abs bin Hibr dan Salkan bin Salamah menawarkan diri untuk menghapuskan Kaab bin Asyraf.
Muhammad bin Maslamah mula mengatur rancangan untuk membunuh Kaab sehingga dia tidak lagi lalu untuk makan dan minum. Bila Nabi Muhammad SAW datang menemuinya untuk bertanyakan khabar, Muhammad bin Maslamah memohon kebenaran dari Nabi untuk menggunakan helah bagi menjayakan rancangannya. Sebahagian dari perancangan tersebut adalah dia akan berbicara negatif tentang Nabi SAW di hadapan Kaab. Rasulullah SAW bersabda memberi keizinan: "Katakanlah apa yang kamu ingin!”

Bekas telaga di luar kubu Kaab bin Asyraf |
Satu lagi pemandangan runtuhan kubu |
Muhammad bin Maslamah dan rakan-rakannya datang menemui Kaab. Mereka mengadu kepada Kaab yang kononnya Nabi Muhammad telah menyusahkan mereka dengan menyuruh mereka besedekah. Kaab berkata dengan gembira, "Demi Tuhan, dia pasti akan lebih menyusahkan kamu pada masa hadapan."
Setelah Muhammad bin Maslamah mendapat kepercayaan Kaab bin Asyraf, dia meminta Kaab meminjamkan kepadanya gandum dan tamar. Kaab dengan kejinya meminta Muhammad bin Maslamah menyerahkan para wanita dan kanak-kanak sebagai cagaran. Kaab memprotes cadangan cagaran Kaab dan akhirnya Kaab bersetuju untuk menerima senjata sebagai cagaran. Kaab bersetuju untuk bertemu dengan Muhammad bin Maslamah dan rakan-rakannya pada satu hari tertentu untuk mengambil senjata tersebut sebagai cagaran.
Pada 14 Rabiul Awal Tahun 3 Hijrah, bulan mengambang sewaktu Kaab sedang berbaring dengan isterinya di dalam kubunya. Bila Muhammad bin Maslamah dan rakan-rakannya datang berseru kononnya untuk menyerahkan senjata yang diminta sebagai cagaran, Kaab terus menemui mereka walaupun dihalang oleh isterinya. Dia sangat bangga mendapat "penyokong-penyokong" baru dan tidak menyedari bahawa dia akan menjadi sasaran Orang Islam pada hari tersebut.
Muhammad bin Maslamah dan rakan-rakannya membawa Kaab berjalan jauh dari kubunya. Muhammad memuji-muji keharuman minyak wangi yang dipakai oleh Kaab dan berpura-pura mencium haruman di kepalanya. Muhammad memegang kedua-dua tangan Kaab dan kononnya menyuruh rakan-rakannya untuk turut mencium haruman yang dipakai Kaab. Kaab yang bangga dengan pujian Muhammad merelakan kedua-dua tangannya dipegang ke belakang sambil kepalanya dicium oleh mereka.
Meninggalkan kubu Kaab bin Asyraf |
Menuju ke destinasi ziarah yang seterusnya. |
Bila kedua-dua tangan Kaab dipegang erat oleh Muhammad dari belakang, dia mengarahkan rakan-rakannya untuk membunuh Kaab. Dengan serta merta mereka menikam Kaab dengan senjata yang dibawa. Muhammad bin Maslamah sendiri menghayun kapak ke perut Kaab. Sewaktu kapak mengenai tubuh Kaab, dia menjerit sekuat hati sehingga mengejutkan suku kaumnya dari tidur. Walau bagaimanapun Muhammad bin Maslamah dan rakan-rakannya dapat melarikan diri sebelum suku Bani Nadir menyedari apa yang berlaku.
Selepas kematian Kaab bin Asyraf, suku Bani Nadir datang menemui Nabi Muhammad SAW. Mereka menuduh Nabi sengaja membunuh Kaab disebabkan puisinya yang menghina baginda. Nabi sebaliknya mengingatkan mereka tentang perbuatan Kaab yang melanggar perjanjian yang dibuat. Mendengar penjelasan Nabi, Yahudi Bani Nadir hanya berdiam diri.
Part 81: Bukit Terbakar
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Kiamat tidak
akan berlaku sehingga muncul api dari tanah Hijaz yang menerangi bonggol-bonggol unta di Basrah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Basrah adalah kota Hauran yang jaraknya tiga marhalah dari Damsyik di daerah Syam. Lawatan kami yang seterusnya adalah ke bukit ini.
Menuju ke Bukit Terbakar |
Bukit Terbakar |
Pada bulan Jamadil Awal tahun 654 Hijrah, sebuah bukit di al-Harrah
al-Syarqiyyah dekat Madinah telah meletus dan mengeluarkan api dengan sangat dahsyat.
Para ahli sejarawan menyatakan bahawa ia diikuti dengan satu gempa bumi
dan beberapa gegaran yang menggoncangkan bangunan-bangunan. Gegaran
tersebut amat kuat sehingga meretakkan bumbung Masjid Nabawi dan mengeluarkan
bunyi rekahan.
Pemandangan bukit ke sebelah sini. |
Kesan-kesan lava yang terbakar di kaki bukit. |
Lava yang mengalir keluar dari bukit tersebut
diiringi dengan asap tebal yang menyelubungi seluruh atmosfera. Apabila
malam menjelang tiba, letupan yang kuat dan api yang terbit telah
menerangi seluruh bandar Madinah.
Bukit tersebut terus
mengeluarkan letusan-letusan kecil dalam tempoh 3 bulan sebelum ia
berhenti dan mati. Lavanya telah mengalir melitupi seluruh al-Harrah
al-Syarqiyyah dan terus mengalir menuju ke bandar Madinah namun ia
berhenti tidak jauh dari Masjid Nabawi. Kisah mengenai bukit terbakar ini telah diriwayatkan oleh Imam Nawawi RA.
Part 82: Kubu Urwah bin Zubair
Urwah bin Az-Zubair adalah seorang tabi’in yang mulia, seorang dari
Al-Fuqaha’ As-Sab’ah (tujuh tokoh fuqaha’/ulama) yang masyhur dalam
sejarah kaum muslimin, yang menjadi role model bagi umat Islam. Beliau terkenal dengan kesabarannya
yang tinggi di saat kakinya dipotong kerana penyakit.
Urwah bin Zubair sangat berilmu dan beramal. Dia banyak berpuasa di siang yang
panas dan menegakkan solat di tengah malam yang dingin. Lisannya
sentiasa basah dengan zikir kepada Allah SWT. Dia sentiasa bersama kitabullah dan membacanya. Dia membaca seperempat
Al-Quran dengan melihat mushaf pada siang hari. Bakinya dihabiskan pada malam hari. Dia membacanya dari dalam hatinya, tenggelam
dalam lautan malam. Tidak pernah dia meninggalkan kebiasaan ini semenjak
masa remajanya sehingga masa tuanya melainkan sekali saja, iaitu pada
peristiwa mengharukan ini.
Suatu ketika, pada masa pemerintahan Al-Walid bin Abdul Malik, Allah SWT hendak menguji Urwah bin Zubair. Khalifah telah mengundang Urwah bin Zubair ke
kota Damsyik. Dia memenuhi undangan itu dan diajaknya putera sulung
untuk bersama. Sesampainya di hadapan Khalifah, dia disambut dengan
begitu meriah dan gembira. Sang Khalifah memperlakukan Urwah dengan penuh
hormat dan melayaninya dengan begitu ramah.
Hingga akhirnya, datanglah ketetapan Allah SWT. Kala itu putera sulung Urwah masuk ke kandang kuda. Dia ingin melihat kuda-kuda pilihan milik Khalifah. Namun, tidak disangka, dia disepak oleh salah seekor kuda. Sepakan kuda itu begitu kuat hingga menyebabkan dia meninggal dunia.
Belum bersih tangan ayah ini dari menguburkan sang putera, salah satu kakinya terluka dan betisnya membengkak. Dengan cepat luka ini tersebar dan menjalar.
Dengan cepat, Khalifah mendatangkan seluruh doktor dari seluruh negeri untuk mengubati tetamunya itu. Para doktor sepakat untuk memotong kaki Urwah sampai ke betis sebelum menjalar ke seluruh tubuh yang akhirnya dapat meragut nyawanya.
Tidak ada cara lagi selain amputasi. Ahli bedah telah datang lengkap dengan pisau untuk memotong kakinya. “Sebaiknya kami memberi anda minuman memabukkan agar anda tidak merasakan sakit ketika diamputasi,” kata salah seorang doktor kepada Urwah.
“Tidak,” tolak Urwah. “Aku tidak akan menggunakan barang haram hanya untuk kesembuhan,” tegasnya.
“Kalau begitu, kami akan membius anda saja,” kata doktor.
“Aku tidak ingin kehilangan salah satu anggota badan tanpa merasakan sakit sehingga pahalanya hilang dariku,” sekali lagi Urwah menolak tawaran doktor.
Amputasi hampir dimulakan. Beberapa orang datang mendekatinya. “Apa yang mahu mereka lakukan?” tanya Urwah.
“Mereka hendak memegang anda agar anda tidak menggerakkan kaki karena sakit sehingga akan membahayakan anda,” jawab doktor.
“Jangan, cegahlah mereka. Aku tidak memerlukannya. Akan kubekali diriku dengan zikir dan tasbih.”
Akhirnya, sang doktor memulakan tugasnya. Sementara itu, Urwah tidak henti-hentinya mengucapkan, “Lailahaillallah. Allahu Akbar.” Ahli bedah terus melakukan pembedahan sambil Urwah terus bertahlil dan bertakbir. Akhirnya, proses amputasi pun selesai.
Setelah itu, minyak panas yang telah mendidih dituangkan untuk menghentikan darah yang mengalir dan menutup luka pada betisnya. Urwah pun pengsan untuk seketika dan terhentilah mulutnya dari bacaan Al-Quran pada hari itu. Itulah satu-satunya peristiwa yang menyebabkan Urwah meninggalkan kebiasaan yang dia lakukan semenjak remaja dahulu.
Bila Urwah tersedar, dia meminta kakinya yang telah dipotong. “Dialah yang membimbingku untuk membawaku melangkah ke Masjid di pertengahan malam. Sesungguhnya Dia mengetahui bahawa tidak pernah sekali pun aku membawamu pada hal-hal yang haram,” kata Urwah sambil membelek-belek kakinya itu.
Ketika Urwah dihantar menuju Madinah dan dikembalikan kepada keluarganya, segera dia berkata kepada mereka, “Jangan kamu bersedih atas apa yang kamu lihat. Allah SWT telah memberikan empat anak kepadaku dan mengambil seorang sahaja sehingga masih tinggal tiga orang. Sesungguhnya, segala pujian hanya milik Allah semata-mata. Allah SWT telah memberiku empat kekuatan dan mengambil satu darinya sehingga masih tertinggal tiga. Puji dan syukur hanya bagi Allah. Dia mengambil sedikit dariku dan masih banyak yang Dia tinggalkan untukku. Apabila Dia mengujiku sekali, kesihatan yang Dia kurniakan kepadaku masih lebih banyak dan lebih lama.”
Demikianlah kisah kesabaran Urwah bin Zubair. Kisah ini diceritakan kepada kami sewaktu kami menziarah sebuah kubu yang pernah menjadi kediaman beliau di Madinah.

Kota ini pernah menjadi tempat tinggal Urwah bin Zubair. |
Urwah bin Zubair adalah cucu kepada Khalifah Islam yang pertama, Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Ibunya adalah Asma binti Abu Bakar. |
Kubu Urwah bin Zubair juga diiktiraf sebagai sebuah tapak sejarah oleh Kerajaan Arab Saudi. |
Bersambung ke Bhg. 19...
CATATAN PERJALANAN (UMRAH & HARAMAIN 2017):
- Bhg. 1 [Hari 1] : Perjalanan Ke Tanah Suci
- Bhg. 2 [Hari 2] : Makkah Al Mukarramah (1) - Umrah Di Masjidil Haram
- Bhg. 3 : Makkah Al Mukarramah (2) - Aktiviti Seharian di Makkah Al Mukarramah
- Bhg. 4 [Hari 3] : Ziarah Makkah (1) - Masjid Siti Aisyah
- Bhg. 5 [Hari 4] : Ziarah Makkah (2) - Jabal Tsur, Arafah & Muzdalifah
- Bhg. 6 [Hari 4] : Ziarah Makkah (3) - Wadi Muhassir, Mina, Jabal Nur & Jaaranah
- Bhg. 7 [Hari 5] : Ziarah Taif (1) - Perjalanan Ke Taif & Masjid Abdullah bin Abbas
- Bhg. 8 [Hari 5] : Ziarah Taif (2) - Masjid Ku', Pasar Buah-Buahan & Miqat Qarnul Manazil
- Bhg. 9 [Hari 6] : Ziarah Makkah (4) - Ladang Unta, Hudaibiyah & Muzium Haramain
- Bhg. 10 [Hari 7] : Ziarah Makkah (5) & Perjalanan Ke Madinah - Masjid Jin, Perkuburan Ma'ala, Kawasan Abu Lahab & Wadi Qudaid
- Bhg. 11 : Madinah Al Munawwarah - Masjid Nabawi & Aktiviti Di Madinah Al Munawwarah
- Bhg. 12 [Hari 8] : Ziarah Madinah (1) - Masjid Quba', Ladang Kurma & Bukit Uhud
- Bhg. 13 [Hari 8] : Ziarah Madinah (2) - Masjid Khandaq, Pasar Kurma & Masjid Ghamamah
- Bhg. 14 [Hari 8] : Ziarah Madinah (3) - Ziarah Masjid Nabawi (Telaga Ha, Raudhah & Perkuburan Baqi')
- Bhg.15 [Hari 9] : Ziarah Madain Saleh (1) - Perjalanan Ke Madain Saleh & Hijaz Railway Museum
- Bhg. 16 [Hari 9] : Ziarah Madain Saleh (2) - Jejak Kaum Tsamud
- Bhg. 17 [Hari 9] : Ziarah Madain Saleh (3) - Pulang Ke Madinah
- Bhg. 18 [Hari 10] : Ziarah Madinah (4) - Masjid Jumaah, Bukit Tsaniyatul Wada', Kubu Kaab Bin Asyraf, Bukit Terbakar & Kubu Urwah Bin Zubair
- Bhg. 19 [Hari 11] : Ziarah Madinah (5) - Refuge of Faith Museum, Universiti Islam Madinah, Wadi Aqiq & Masjid Qiblatain
- Bhg. 20 [Hari 12] : Ziarah Madinah (6) - Sokaifat Bani Saedah & Muzium Rasullullah SAW
- Bhg. 21 [Hari 13] : Perjalanan Pulang