Thursday, 11 May 2017

2017 UMRAH & HARAMAIN BHG. 11 (Madinah)

April 2017

ARAB SAUDI
Makkah, Taif, Madinah & Madain Saleh

Bahagian 11: Madinah Al Munawwarah
MASJID NABAWI & AKTIVITI DI MADINAH AL MUNAWWARAH

Part 56: Masjid Nabawi

Aktiviti utama kami setiap hari di kota Madinah adalah bersolat lima waktu sehari semalam di Masjid Nabawi. Namun begitu, perjalanan berulang-alik dari hotel ke masjid ini tidaklah hectic seperti berulang-alik ke Masjidil Haram di Makkah.

Pemandangan di Kota Madinah yang suram berjerebu kerana ribut pasir.
Pace di Kota Madinah juga secara umumnya sangat tenang berbanding dengan kota Makkah. Kalau di Makkah kami perlu keluar awal sejam untuk mendapat tempat yang selesa untuk bersolat di Masjidil Haram, di sini kami tak perlu keluar seawal begitu. Di sini juga tak ada masalah laluan ke masjid yang ditutup kerana kesesakan.

Kebanyakan agensi Umrah menjadikan Madinah sebagai destinasi pertama Jemaah mereka bila sampai ke Tanah Suci. Tak ramai yang terus membawa jemaah mereka ke Makkah seperti kami. Selepas beberapa hari di Madinah, barulah mereka dibawa ke Makkah. Selalunya, kumpulan-kumpulan ini akan bergerak meninggalkan Madinah selepas waktu Zohor dan kumpulan-kumpulan yang baru pula akan tiba di Madinah di sebelah malam. Kerana itulah Masjid Nabawi paling lapang pada waktu Solat Asar setiap hari.

Lorong di depan hotel yang perlu kami lalui untuk berulang-alik ke Masjid Nabawi setiap hari.
Masjid Nabawi yang terletak di Madinah adalah masjid yang kedua penting di dalam Islam selepas Masjidil Haram di Makkah. Ia juga adalah masjid yang kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram.

Masjid Nabawi juga adalah masjid kedua yang didirikan oleh Rasullullah SAW, selepas Masjid Quba' yang didirikan sewaktu Nabi mula tiba di Madinah. Ia didirikan di tempat unta tunggangan Nabi menghentikan perjalanannya. Lokasi masjid ini asalnya adalah tempat penjemuran kurma milik anak yatim dua bersaudara, Sahl dan Suhail bin 'Amr, yang kemudian dibeli oleh Rasullullah untuk didirikan masjid dan tempat kediaman baginda.

Masjid Nabawi
Awalnya, masjid ini berukuran sekitar 50 m x 50 m, dengan tinggi bumbungnya sekitar 3.5 m. Rasullullah turut mendirikan bangunan masjid ini dengan tangan baginda sendiri, bersama-sama dengan para sahabat dan kaum muslimin. Tembok di keempat-empat sisi masjid ini dibina dari batu-bata dan tanah, sedangkan atapnya terbuka ke langit begitu sahaja. Selama sembilan tahun pertama, masjid ini tidak diterangi di malam hari. Hanya di waktu Isyak, diadakan sedikit pencahayaan dengan cara membakar jerami.

Pemandangan di Dataran Masjid Nabawi
Payung-payung di Dataran Masjid Nabawi dibuka pada sebelah siang sebagai perlindungan untuk Jemaah.
Pemandangan di bawah payung di Masjid Nabawi.
Pemandangan payung di Dataran Masjid Nabawi ini pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.
Masjid Nabawi pernah diperbesarkan di zaman Rasullullah SAW sendiri. Batu asas pertama pembesaran masjid ini diletakkan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW. Batu yang selanjutnya (kedua, ketiga, keempat dan kelima) diletakkan masing-masing oleh para sahabat yang terdiri dari Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. 

Pembinaannya kemudiannya dikerjakan secara gotong-royong sehingga selesai. Pagarnya dari batu tanah setinggi kira-kira 2 m. Tiang-tiangnya dibuat dari batang kurma dan atapnya pula dari pelepah kurma. Halamannya ditutup dengan batu-batu kecil dan kiblatnya menghadap ke Baitulmaqdis kerana ketika itu perintah Allah untuk menghadap kiblat ke Kaabah belum diturunkan.

Masjid ini mempunyai tiga buah pintu di sebelah kanan, kiri dan belakang. Panjang masjid ditambah menjadi 60 hasta dan kelebarannya 60 hasta. Masjid yang dibina pada tahun 1 Hijrah ini dibina dengan serba sederhana tanpa sebarang hiasan. Di kawasan masjid didirikan rumah Siti Aisyah yang kemudian dijadikan tempat pemakaman Rasullullah SAW dan kedua sahabatnya.

Payung di dataran masjid ditutup pada waktu Maghrib.
Pemandangan selepas payung-payung ditutup sepenuhnya.
Pembesaran Masjid Nabawi juga sedang giat dijalankan, tetapi tidak seperti di Masjidil Haram, pembinaannya tidak mengganggu ruang masjid yang sedia ada.
Rumah kediaman Nabi dibina melekat kepada salah sebuah dinding masjid. Kediaman Nabi tidak besar dan tidak lebih mewah dari keadaan masjidnya, dan tentu sahaja lebih tertutup. Selain itu, ada bahagian yang digunakan sebagai tempat kediaman sahabat-sahabat Nabi yang tidak berkeluarga dan banyak menghabiskan masa beriktikaf di masjid. Orang-orang ini dikenali sebagai Ahlul Suffah.

Salah sebuah pintu masuk utama ke ruang solat lelaki di Masjid Nabawi.
Pemandangan di ruang solat lelaki berhampiran kawasan Raudhah.
Rak penyimpanan kasut di luar pintu masuk.
Pemandangan ruang solat lelaki di luar waktu solat.
Kelas percuma untuk mengajar bacaan Al Fatihah dengan betul. Ia boleh disertai oleh sesiapa saja jemaah yang berminat.
Tidak seperti di Masjidil Haram, ruang solat lelaki dan wanita dipisahkan dengan jelas di Masjid Nabawi. Ada pintu-pintu khusus yang disediakan bagi kegunaan jemaah wanita. Ketika kami berada di sana, jemaah kurang ramai berada di Madinah kerana ketika itu luar waktu puncak. Oleh yang demikian, sentiasa terdapat ruang kosong untuk bersolat di masjid ini, walaupun kita tiba ketika hampir nak masuk waktu solat.

Laluan masuk ke ruang solat wanita.
Pemandangan di ruang solat wanita di Masjid Nabawi.
Walaupun negara mereka mungkin sedang bergolak sekarang, ia tidak menghalang kumpulan Jemaah dari Iraq ini datang ke Tanah Suci.
Selain payung di Dataran Masjid, kubah Masjid Nabawi juga mengkagumkan. Kubah ini boleh dibuka untuk membolehkan udara sejuk di luar masuk ke dalam masjid di saat cuaca panas. Myself berkesempatan melihat kubah ini dibuka beberapa kali sewaktu berada di dalam masjid.

Pemandangan kubah dari dalam Masjid Nabawi.
Pemandangan dari dalam masjid ketika kubah dibuka.
Bersolat di Masjid Nabawi juga mempunyai beberapa kelebihan berbanding bersolat di tempat lain. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda: "Solat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih utama daripada 1,000 solat di masjid lainnya selain Masjidil Haram. Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 solat di Masjid lainnya".

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda di dalam sebuah hadis lain: "Barangsiapa bersolat 40 solat (yakni, solat fardu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya, ditulis baginya (pertama) terpelihara dari neraka dan (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau, menjadi orang munafik)". Maka, sewaktu di Musim Haji, Jemaah juga akan dibawa tinggal di Madinah paling kurang 8 hari untuk membolehkan mereka bersolat berjemaah 40 waktu tanpa ketinggalan di masjid ini.

Pemandangan selepas solat di hadapan sebuah pintu masuk ke Masjid Nabawi.
Pemandangan di Pintu 25 yang dikhususkan bagi Jemaah Wanita selepas solat.
Pintu No. 25

Part 57: Hotel Mubarak Silver

Hotel penginapan kami di Madinah adalah Hotel Mubarak Silver. Ia terletak tidak jauh dari Pintu 25 Masjid Nabawi yang merupakan pintu masuk utama bagi wanita. Ini kali kedua kami menginap di sini. Kali pertama adalah sewaktu menunaikan Umrah pada tahun 2013  yang lalu.

Mubarak Silver Hotel
Pemandangan dari pintu masuk ke hotel. Lorong di depan sana adalah laluan terus menuju ke Pintu 25 yang merupakan pintu masuk utama bagi wanita di Masjid Nabawi.
Pemandangan di depan hotel ke arah sana.
Pemandangan di depan hotel ke arah sini pula.
Walaupun sama-sama bertaraf 3 bintang, bilik penginapan kami di Mubarak Silver Hotel jauh lebih selesa berbanding bilik penginapan di Burj Al Sultan Hotel di Makkah. Rasa heaven sangat bila dapat menginap di sini ketika itu.

Bilik penginapan kami di Mubarak Silver Hotel. Kalau di Burj Al Sultan yang sangat sempit itu, tak boleh nak ambil gambar bilik begini.
Heaven!!
Lobi lif di Tingkat 5, Hotel Mubarak Silver.
Pemandangan bandar Madinah dari bilik hotel kami. Rasa-rasanya sama macam pemandangan sewaktu kami menginap di hotel ini dulu. Adakah kami menginap di bilik yang sama juga?
Pemandangan di arah bawah sana pulak
Sewaktu kami menginap di sini, sebahagian besar tetamu hotel ini adalah Jemaah Umrah Indonesia. Mereka datang dalam kumpulan yang besar, lazimnya melebihi 100 orang dalam satu kumpulan dan ada juga yang mencecah sehingga 200 orang. Bila tiba waktu untuk mereka bergerak ke mana-mana, memang ada 5-6 bas menunggu di luar hotel untuk membawa mereka ke destinasi.

Lobi Hotel Mubarak Silver di Madinah
Ruang Menunggu di Lobi Hotel Mubarak Silver.
Kiosk menjual makanan ringan di bucu lobi hotel.
Husband bergambar kenangan dengan petugas di kiosk yang sangat friendly.
Di hotel ini jugalah kami dapat berkenalan dengan Ustaz Mursyid yang merupakan pemilik agensi umrah kami, Mursyid Alharamain Travel & Tours. Tak sangka muda lagi Ustaz ni rupanya!

Kata Ustaz Mursyid, syarikatnya baru beroperasi selama 4 tahun. Dalam tempoh tersebut walau bagaimanapun, dah beribu kumpulan Umrah diuruskannya. Kata Ustaz Mursyid, dia menubuhkan syarikat ini sebaik sahaja selepas dia grad dari Universiti Islam Madinah.

Husband bergambar kenangan dengan Ustaz Mursyid.
Di Hotel Mubarak Silver, makanan kami tidak disediakan di dewan makan seperti ketika di Makkah. Makanan dibungkus dan dihantar terus ke bilik. Bagus juga begitu sebab tak payah nak berebut lif ke dewan makan dengan jemaah dari Indonesia yang begitu ramai tu! Makanan ini diorder oleh Syarikat Mursyid Alharamain dari sebuah restoran di luar dan cukup prompt dihantar ke bilik. Selalunya ia dah sampai di luar pintu bilik sebelum kami keluar bersolat ke masjid lagi!

Makanan dibungkus dan dihantar terus ke bilik.
Ada Coffee Corner yang disediakan khusus untuk kumpulan kami bagi membancuh minuman panas jika diperlukan.
Makanan yang disediakan adalah makanan Melayu dan rasanya memang sangat sedap. Cuma kami gusar dengan portion makanannya yang sangat besar, maklumlah saiz Arab walaupun makanan Melayu!
Beg oren striking yang diberi percuma oleh Syarikat Mursyid Alharamain ini juga boleh double-function sebagai meja makan bagi kami berdua.
Makanan yang disediakan memang sentiasa sedap.
Nasi Goreng dan Sosej Sambal yang sangat marvellous untuk breakfast.
Pekerja restoran yang datang menghantar makanan untuk kumpulan kami.

Part 58: Jatuh Sakit Di Madinah

Madinah terletak jauh ke utara di Arab Saudi dan cuaca di sini sedikit sejuk berbanding di Makkah. Di samping itu, ribut pasir yang melanda menyebabkan debu-debu pasir halus sentiasa berterbangan di udara. Cuaca begini menyebabkan ramai jemaah umrah termasuk kami berdua jatuh sakit sewaktu berada di Madinah.

Disebabkan kami tak membawa ubat demam dan selsema yang secukupnya dari Malaysia dan tak mahu kesihatan mengganggu perjalanan seharian kami di sini, kami berdua berkunjung ke sebuah farmasi untuk mencari ubat sewaktu balik dari Masjid pada suatu hari selepas menunaikan Solat Isyak berjemaah.

Di Makkah dan juga di Madinah, ubat walau seringan Panadol tidak dijual sewenang-wenangnya di kedai-kedai biasa seperti di Malaysia. Apa juga jenis ubat, semuanya hanya dijual di Farmasi. Farmasi yang kami kunjungi bernama Al Nahdi dan ia terletak tidak jauh dari Masjid Nabawi.

Farmasi Al Nahdi
Farmasi ini sangat besar. Pelbagai ubat, peralatan perubatan dan bahan-bahan farmaseutikal dijual di sini.
Pharmacist Arab yang melayan kami cukup seronok bercakap dalam Bahasa Melayu dengan kami. Walau kami bercakap dalam Bahasa Inggeris dengannya, dia tetap nak bercakap Melayu dengan kami. Bukan apa, bimbang juga kalau dia silap bagi instruction makan ubat kepada kami, maklumlah dia bukan fasih sangat bertutur dalam Bahasa Melayu pun.

Pegawai farmasi yang seronok nak bercakap dalam Bahasa Melayu dengan kami.
Ubat yang dijual di Madinah memang sangat mahal. Ubat selsema, demam dan sakit tekak ini keseluruhannya berharga lebih SR120. Ubat-ubat ni tak berkesan sangat dengan kami, tapi cukuplah untuk membolehkan kami bertahan sehingga balik ke Malaysia. Lepas balik dan mendapat rawatan doktor di klinik di Malaysia, barulah selsema dan batuk yang kami alami betul-betul sembuh.

Mahal ubat-ubat ni. Harganya lebih SR120.

Part 59: Makan Malam Di Restoran Arab

Mengikut itinerari asal, pada satu malam di Madinah, kami akan dibawa berkelah makan malam di sebuah kebun kurma. Walau bagaimanapun, aktiviti ini tidak dapat diteruskan kerana tidak lagi dibenarkan oleh pihak berkuasa di Arab Saudi. Seperti juga larangan berkunjung ke ladang unta di Hudaibiyah dulu, kami juga tak faham kenapa larangan ini dibuat.

Sebagai menggantikan program ini, kami dibawa makan malam di sebuah restoran Arab di bandar Madinah. Selepas Solat Isyak di Masjid Nabawi pada satu malam, kami dibawa ke restoran dengan menaiki bas.

Pemandangan malam di bandar Madinah
Disebabkan kami dah punya pengalaman makan di restoran Arab begini sewaktu di Kuwait, ia tidaklah begitu mengujakan kami. Tapi bagi ahli-ahli kumpulan yang tak pernah makan di restoran begini, ia menjadi satu pengalaman baru.

Bagaimana nak sebut nama restoran ni? Al Mua'zim??
Restoran ini agak sibuk kerana ia adalah salah sebuah dari beberapa restoran Arab tradisional yang mempunyai ruang makan untuk keluarga. Maknanya, kaum perempuan boleh makan di sini. Kami diberitahu tak banyak restoran Arab tradisional yang membenarkan perempuan makan di sana. Selalunya, hanya lelaki saja yang boleh makan di restoran.

Kami bertuah pada malam itu kerana sewaktu kami tiba, ada satu rombongan jemaah yang juga berasal dari Malaysia sedang meninggalkan restoran. Jadi tak perlulah menunggu lama untuk mendapat tempat makan di dalam restoran.

Pemandangan di depan restoran
Ruang makan restoran terletak di tingkat atas.
Pemandangan di dalam restoran
Restoran ini tidak menyediakan kerusi dan meja makan macam di restoran-restoran biasa. Yang ada cuma beberapa bilik kecil yang boleh menempatkan keluarga-keluarga makan di dalamnya. Semua orang duduk bersila makan di sini. Hanya ada kusyen-kusyen kecil yang disediakan untuk bersandar sambil menunggu makanan dihidang atau nak berehat lepas dah kekenyangan.

Ruang-ruang makan keluarga yang disediakan di dalam restoran.
Berterabur kasut di luar bilik makan. Kalau kat Jepun, pasti kasut ni dah disusun cantik-cantik kat tepi bilik.
Menunggu makanan dihidang
Makanan yang dihidangkan adalah Nasi Arab. Tapi ada pilihan daging ayam ataupun daging unta. Disebabkan kumpulan kami tak konfiden nak mencuba makan unta, kami memilih untuk makan ayam. Tapi ada juga ahli kumpulan yang mencuba makan unta. Rasa setara dengan daging lembu, kata mereka.

Hidangan makan malam kami.
Hidangan daging unta di bilik depan. Rasa macam daging lembu, kata mereka.
Disebabkan sukar nak makan terus dari dulang, Husband meminta sebuah pinggan dari petugas restoran. Namun dia diberitahu, tak ada pinggan makan di restoran ini. Teringat pengalaman makan di sebuah restoran di Jepun dulu. Disebabkan kami tak reti makan pakai chopstick, kami meminta sudu dan garfu dari pekerja restoran dan diberitahu mereka tak menyediakan sudu dan garfu di sana.

Walau tak ada pinggan makan di sini, Husband ditawarkan bekas pembungkus makanan sebagai ganti. Terus saja Husband belasah makan dalam bekas itu untuk menggantikan pinggan.

Bekas pembungkus makanan yang diberi kepada Husband sebagai ganti pinggan makan.
Turun semula ke bawah selepas dah habis makan.
Dapur memasak restoran ini terletak di tingkat bawah.
Berjalan kembali mendapatkan bas


 Bersambung ke Bhg.12...


CATATAN PERJALANAN (UMRAH & HARAMAIN 2017):