Sunday, 21 May 2017

2017 UMRAH & HARAMAIN BHG. 21 (Madinah - KL)

April 2017

ARAB SAUDI
Makkah, Taif, Madinah & Madain Saleh

Bahagian 21: Madinah - Kuala Lumpur
PERJALANAN PULANG

HARI KETIGA BELAS

Part 90: Hari Terakhir Di Tanah Suci

Tak ada program ziarah diatur pada hari terakhir di Madinah yang juga merupakan hari terakhir kami di Tanah Suci. Program kami hari ini cuma bersolat Subuh dan Zohor di Masjid Nabawi dan berkemas-kemas untuk pulang.

Disebabkan kami perlu bertolak ke Lapangan Terbang sebaik lepas waktu Asar, Myself dan Husband hanya bersolat Asar di bilik. Namun bagasi kami perlu dikumpul dan diletakkan di lobi lif sebaik kembali ke hotel selepas bersolat Zohor di Masjid Nabawi.

Bagasi oren bersedia untuk pulang.
Bagasi oren sedang dibawa masuk ke dalam bas.
Bersedia untuk ke lapangan terbang.
Penerbangan pulang kami adalah menggunakan penerbangan Saudi Arabian Airlines yang dijadualkan berlepas dari Madinah terus ke Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam. Kami telah menaiki bas seawal pukul 4.30 petang. Namun disebabkan ada peraturan penumpang hanya boleh berada di Lapangan Terbang hanya paling awal 4 jam sebelum waktu penerbangan, driver bas enggan bertolak sehingga pukul 5.30 petang.

Walaupun kami dah bersedia seawal pukul 4.30 petang, driver bas enggan bergerak sehingga pukul 5.30 petang.
Menunggu bas bergerak
Kerja-kerja menurap jalan di depan hotel.
Akhirnya, lepas pukul 5.30 petang, barulah bas kami bergerak ke Lapangan Terbang. Oleh kerana ketika itu dah hampir masuk waktu Maghrib, jalan mula sesak dengan pejalan kaki yang menuju ke Masjid Nabawi. Memang sedih perasaan ketika itu kerana tak dapat bersama mereka berjalan menuju ke Masjid Nabawi untuk bersolat berjemaah.

Oleh kerana ketika itu dah hampir masuk Waktu Maghrib, ramai yang berjalan menuju ke Masjid Nabawi.
Memang sedih kerana tak dapat bersama mereka berjalan menuju ke Masjid Nabawi.
Perjalanan kami ke Tanah Suci kali ini berakhir di sini. Tak terasa yang kami sebenarnya dah berada di tanah yang penuh berkah selama 11 hari. Sepanjang perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Madinah, tak putus-putus Myself berdoa di dalam hati agar Allah murahkan rezeki kami untuk kembali lagi ke sini.

Myself dan Husband memang puas hati dengan perjalanan Umrah kami kali ini. Banyak tempat bersejarah baru yang kami lawati dan Umrah kami kali ini memang penuh penghayatan. Memang tercapai hasrat kami untuk beribadah sambil lebih menghayati sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam mengembangkan agama Islam. Semoga kunjungan kami yang akan datang, jika diizinkan Allah, akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Perkuburan Baqi'
Arah ke Lapangan Terbang Madinah
Menuju keluar dari Madinah.
Simpang ke Makkah dan ke Lapangan Terbang
Sempadan Tanah Haram Madinah.
Stesen Keretapi Madinah bagi perkhidmatan keretapi laju moden antara Makkah dan Madinah yang sedang dalam pembinaan.

Part 91: Lapangan Terbang Madinah

Prince Mohammed bin Abdulaziz International Airport adalah lapangan terbang baru Madinah yang baru dibuka pada tahun 2015. Ia memang sangat jauh berbeza dengan lapangan terbang lama yang kami gunakan sewaktu pulang ke Malaysia dari menunaikan Ibadah Haji pada tahun 2006 dulu.

Pesawat nak mendarat di Airport Madinah.
Lebuhraya menuju ke airport.
Macam ada ribut pasir lagi malam ini...
Lampu-lampu cantik berhampiran airport.
Nama rasmi airport di Madinah ini ialah Prince Mohammed bin Abdulaziz International Airport.
Disebabkan kami tiba awal di Lapangan Terbang, kami tak dibenarkan keluar dan diarahkan untuk menunggu sahaja di dalam bas sehingga waktu yang ditetapkan. Strict betul dia orang menguatkuasakan peraturan ini.

Tempat parking kereta di airport.
Bulatan berdekatan airport
Masjid Airport
Bangunan terminal penumpang
Masjid dan bangunan terminal penumpang ini dibina bertentangan.
Pemandangan sewaktu kami diminta menunggu di dalam bas.
Pramugari Saudia
Moden betul cara dia orang menarik troli ni.
Akhirnya dekat pukul 7 malam barulah kami dibenarkan keluar dari bas dan masuk ke bangunan terminal airport.

Hari betul-betul dah malam bila kami dibenarkan keluar dari bas.
Menguruskan bagasi untuk dibawa masuk ke dalam terminal.
Berkumpul untuk masuk ke lapangan terbang.
Menolak beg masuk ke airport
Pintu untuk perlepasan antarabangsa.
Sebaik masuk ke dalam, kagum melihat senibina Airport Madinah ni. Ia dibina menggunakan ilham dari pokok-pokok kurma.

Pemandangan di dalam Airport Madinah
Betul-betul dibina dengan ilham dari pokok kurma.
Pengurusan airport di Lapangan Terbang Prince Mohammed ini juga sangat bagus dan cekap. Urusan check-in berlangsung dengan mudah dan pantas walaupun ramai penumpang yang membuat check-in ketika itu.

Walaupun kami mendapat tempat duduk yang berterabur di dalam pesawat, kami dinasihatkan supaya tidak bimbang kerana ada 180 tempat kosong di dalam pesawat kami. Bila dah banyak tempat kosong begitu, bolehlah berpindah ke mana-mana tempat duduk yang sesuai kalau nak duduk bersama.


Beratur untuk check-in.
Bagasi oren sedang beratur untuk check-in.
Air Zamzam juga turut check-in bersama bagasi.
Wakil Muasasah perjalanan di Arab Saudi juga turut berada di lapangan terbang untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.
Selepas urusan Check-in selesai, kami bergerak beramai-ramai menuju ke bangunan masjid di Prince Mohammed Airport untuk menunaikan Solat Jamak Maghrib dan Isyak. Bungkusan makan malam juga diberikan kepada kami di sini.

Pemandangan sewaktu berjalan menuju ke Masjid Airport.
Masjid Airport
Pintu masuk ke Ruang Solat Lelaki. Pintu untuk Ruang Solat Wanita terletak di sebelah kanan.
Pancutan air di depan masjid.
Ruang Solat Lelaki.
Jemaah Indonesia di dalam masjid.
Chandelier
Ruang Solat Wanita di Masjid ini terletak di tingkat atas.
Pemandangan dari Ruang Solat Wanita
Dinner disediakan secara bungkus dan dimakan di luar Masjid Airport.
Sedap !!
Lepas makan malam, kami masuk semula ke bangunan lapangan terbang. Disebabkan masih ada masa lagi, kita berjalan-jalan dulu di dalam bangunan terminal ni...

Mesin-mesin Self Check-In di Airport Madinah
Gerai Kek dan Manisan
Pesawat kami, SV 828 dijangka berlepas mengikut jadual pada pukul 11.30 malam.
Tulisan Arab diselang-seli dengan Tulisan Rumi pada Display Monitor.
Airport di Madinah ni taklah sibuk sangat. Mungkin disebabkan peraturan yang menetapkan penumpang tak boleh berada di dalam lapangan terbang lebih dari 4 jam sebelum waktu penerbangan.
Potret Prince Mohammed bin Abdulaziz turut diabadikan di lapangan terbang ini.
Farmasi
Salah sebuah outlet makanan di Airport Madinah.
Information Counter
Waktu di Kuala Lumpur ketika ini adalah 2.18 pagi berbanding 9.18 malam di Madinah.
Restoran kegemaran ramai yang juga ada di Airport Madinah.
Fridge magnet yang menarik ada dijual di sini. Tapi harganya sangat mahal ~ SR20 (RM 24) sebuah.
Kaunter Promosi Madinah sebagai sebuah bandar pelancongan Islam.

Part 92: Penerbangan Pulang

Kami masuk ke Pintu Perlepasan pada pukul 10 malam. Selepas melalui pemeriksaan passport, semua penumpang dikehendaki melalui pemeriksaan sekuriti.

Laluan masuk ke pintu perlepasan.
Pemeriksaan sekuriti di Prince Mohammed Airport di Madinah sangat ketat. Ada saluran pemeriksaan berasingan yang disediakan bagi penumpang lelaki dan wanita. Pemeriksaan sekuriti bagi wanita dibuat di dalam sebuah bilik yang bertutup. Habis satu badan kita diraba oleh pegawai sekuriti wanita yang bertugas, sampaikan baju dalam pun dipicit dari luar untuk memastikan yang bra padding tu tak ada apa-apa bahan larangan disembunyikan di situ!

Pemandangan selepas melalui pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Prince Mohammed bin Abdulaziz di Madinah.
Pintu-pintu perlepasan
Pesawat kami, Saudi Arabian Airlines SV 828 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammed bin Abdulaziz di Madinah menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tepat pada pukul 11.30 malam.

Beratur masuk ke dalam pesawat.
Seperti yang diberitahu kepada kami sewaktu check-in tadi, ada 180 tempat kosong di dalam pesawat ini.
Penerbangan terus dari Madinah ke Kuala Lumpur memakan masa 8 jam 30 minit. Tidak seperti penerbangan datang ke Jeddah dari Kuala Lumpur dulu, Myself dapat tidur lena dalam pesawat ini. Mungkin disebabkan tubuh dah terlalu letih dengan pelbagai aktiviti yang dibuat setiap hari di Tanah Suci.

Sajian penerbangan yang dihidangkan sebaik pesawat meluncur di udara.
Boring betul bila Moving Map dalam pesawat ini tak berfungsi. Dahlah penerbangan ini lama ~ 8 jam 30 minit. Susahlah nak mengagak kita dah tiba di mana nanti.
Subuh menyinsing di luar pesawat. Myself agak kami sedang berada di India pada ketika ini.
Tidur lena dalam penerbangan pulang.
Pramugari Saudia sedang menghidangkan sajian penerbangan kedua kira-kira satu setengah jam sebelum mendarat.
Sajian penerbangan pilihan Myself.
Sajian penerbangan pilihan Husband.
Gula-gula perasa buah-buahan yang diberi kepada penumpang.
Kami duduk di tengah pesawat dalam penerbangan ini. Memang boring bila Moving Map dalam pesawat ini tidak berfungsi. Disebabkan sebahagian besar penerbangan kami juga adalah di sebelah malam, tak ada pemandangan menarik dapat dilihat dalam Forward Camera pesawat, sehinggalah ketika pesawat hampir mendarat di Kuala Lumpur.

Pemandangan awan tebal di Kuala Lumpur yang dilihat menerusi Forward Camera pesawat.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dah dapat dilihat dalam Forward Camera.
Runway di KLIA dah jelas kelihatan sekarang.
Selamat mendarat di KLIA
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT yang memberikan rezeki dan kemudahan bagi kami untuk membuat perjalanan ini. Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 1 tengahari, 17 April 2017.

Bersiap-sedia untuk turun dari pesawat.
Pramugari Saudia yang berasal dari Malaysia.
Memang sedih nak berpisah dengan Mutawwif dan ahli-ahli kumpulan sewaktu tiba di KLIA. Walaupun hanya 12 hari saja bersama, kami sangat mesra bagaikan satu keluarga.

Ucapan perpisahan dari Mutawwif. Terima kasih atas segala bimbingan yang diberi sewaktu di Tanah Suci.
Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan dan dapat bersama lagi pada satu hari nanti.
Perjalanan pulang ke rumah.
"Rindunya Abang kat Tam Tam!"


CATATAN PERJALANAN (UMRAH & HARAMAIN 2017):

CATATAN PERJALANAN UMRAH/HAJI LAIN: