Januari 2025
MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[QATAR: Doha, Inland Sea, Lusail & Pearl Island]
Bahagian 3: Qatar
DOHA (Katara Cultural Village)
HARI KEDUA (1)
Part 10: Jalan-Jalan Pagi Di Doha
Rise and Shine, Selamat Pagi Doha! Program Hari Kedua pada hari ini dimulakan dengan sarapan pagi di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town.
![]() |
Pemandangan pagi dari tingkap bilik penginapan kami |
Pada bulan Januari seperti ini, Solat Subuh di Doha masuk sekitar pukul 5 pagi dan Syuruk sekitar pukul 6.20 pagi. Sarapan pagi di Hotel Doubletree pula bermula pada pukul 6 pagi. Maka kami turun bersarapan setiap hari pada pukul 6.30 pagi.
![]() |
Satu lagi suasana di Restoran L2 |
![]() |
Buffet Sarapan Pagi di Restoran L2 |
![]() |
Egg Station |
![]() |
Pilihan breakfast kami |
Selain makanan yang disediakan di kaunter buffet, ada juga beberapa makanan panas seperti French Toast dan Pancake yang boleh disediakan made to order.
![]() |
French Toast |
Selepas bersarapan, sementara menunggu Adik datang untuk mengambil kami bagi memulakan lawatan Hari Kedua, kami bersiar-siar di kawasan sekitar hotel.
![]() |
Bersiar-siar di sekitar hotel |
![]() |
Penanda arah |
![]() |
Bangunan-bangunan di sekitar Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town |
Hari Kedua kami di Qatar adalah Hari Jumaat yang merupakan cuti hujung minggu seperti Hari Ahad di Malaysia. Oleh itu, suasana di pusat bandar Doha sedikit sunyi. Keadaan ini menjadi lebih sunyi kerana banyak jalan di sekitar kawasan Corniche dekat hotel penginapan kami ditutup sementara sempena pertandingan Doha Marathon yang berlangsung pada pagi ini.
![]() |
Jalan-jalan pagi di Doha |
![]() |
Posing-posing pagi |
![]() |
Kenderaan perlu berhenti sebab ada orang pakai jubah nak melintas jalan di sini. Hahaha!! |
Kalau anda menyangka negara Timur Tengah seperti Qatar adalah sebuah tempat yang panas dan penuh dengan padang pasir, anda memang salah. Cuaca pada musim dingin seperti ketika kami di sana pada akhir bulan Januari sangat nyaman, malah lebih dingin dari di Malaysia. Suhu siang berada pada sekitar 21'C manakala suhu di sebelah malam pula adalah di sekitar 14'C. Bunga-bunga juga banyak berkembang ketika itu.
Tetapi jika kita datang berkunjung ke Timur Tengah pada musim panas sekitar bulan Jun-Ogos setiap tahun, memanglah suhunya sangat panas ~ sekitar 45'C dan boleh mencapai sehingga 50'C.
![]() |
Bunga-bunga yang banyak berkembang di Doha |
![]() |
Bau-bau wangi dari bunga yang sedang berkembang mekar juga sangat menyegarkan |
![]() |
Restoran mewah Orient Pearl berhampiran kawasan Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town |
![]() |
Pancutan air yang cantik mengikut gaya Morocco di depan restoran |
![]() |
Posing lagi di kota Doha |
![]() |
Laluan untuk basikal dan lelaki yang berjalan memakai jubah di Doha. Hahaha!! |
![]() |
Bunga-bunga cantik yang ditanam di tepi jalan |
![]() |
Posing-posing lagi di Doha |
![]() |
Pokok lalang begini banyak ditanam sebagai perhiasan di negara-negara Timur Tengah. Masa kat Kuwait dulu pun ada banyak lalang begini. |
Satu landmark menarik berdekatan hotel penginapan kami adalah National Museum of Qatar yang senibina bangunannya berbentuk seperti bunga Desert Rose. Teringin juga kita nak melawat ke dalamnya tetapi hasrat ini tidak diteruskan kerana kesuntukan masa di samping harga tiketnya yang mahal (QAR 50 atau RM 60) bagi bukan warga Qatar. Hanya warga Qatar boleh melawat ke dalam muzium ini secara percuma.
![]() |
National Museum of Qatar |
![]() |
Bangunan National Museum of Qatar yang diilhamkan dari bunga Desert Rose |
![]() |
Kolam di depan muzium |
![]() |
Arah ke pintu masuk muzium |
![]() |
Perhiasan kapal tradisional di perkarangan National Museum of Qatar |
![]() |
Pemandangan kapal dari sudut yang lain |
Sebelum minyak dan gas asli ditemui, ekonomi Qatar banyak bergantung kepada industri mutiara seperti juga di Dubai. Oleh itu satu tribute kepada penyelam mutiara turut diletakkan di perkarangan muzium ini.
![]() |
Gambaran penyelam mutiara di depan kapal |
![]() |
Gambaran proses kutipan mutiara yang menjadi nadi ekonomi Qatar di masa lampau. |
Part 11: Katara Cultural Village
Tepat pukul 8.30 pagi seperti yang dijanjikan, Adik datang mengambil kami di hotel untuk menuju ke Katara Cultural Village.
![]() |
Trafik pagi Jumaat di Doha |
![]() |
Perkhidmatan penghantaran makanan di Doha yang dinamakan sebagai Talabat |
![]() |
Talabat yang Tak Lambat. Hehehehh!! |
![]() |
Seperti di Kuwait City dahulu, ada banyak kawasan hijau di sekitar Doha |
![]() |
Stesen bas di Doha |
![]() |
Bangunan kerajaan |
![]() |
Pintu masuk ke stesen Doha Metro |
Satu pengalaman yang kami perhatikan di Doha ialah pemandu di sini sangat tidak sabar. Mereka gemar memandu dengan laju dan tidak menghormati pejalan kaki. Mereka juga sangat gemar membunyikan hon. Sebaik saja lampu isyarat bertukar menjadi hijau, hon pasti berbunyi untuk mendesak pemandu di hadapan cepat-cepat bergerak.
![]() |
Kota kosmopolitan |
![]() |
Terowong |
![]() |
Menuju ke Katara Cultural Village |
Katara Cultural Village adalah sebuah pusat kebudayaan, seni dan makanan di Doha. Landmark utamanya adalah sebuah bangunan cawangan pusat membeli-belah mewah di Paris yang bernama Galeries Lafayette.
![]() |
Katara Cultural Village |
![]() |
Galeries Lafayette di Katara Cultural Village |
![]() |
Salah sebuah pintu masuk ke Galeries Lafayette |
![]() |
Arah ke tempat parking di bawah bangunan Galeries Lafayette |
Sesuatu yang menarik di Doha ialah semua parking awamnya disediakan secara percuma walaupun di tempat yang mewah seperti di Katara Cultural Village. Petak parking yang disediakan juga besar kerana kereta orang Arab selalunya memang bersaiz besar macam Land Rover.
![]() |
Tempat parking kereta di Katara Cultural Village |
![]() |
Satu lagi suasana di tempat parking Katara Cultural Village |
![]() |
Keterangan mengenai Katara Cultural Village |
![]() |
Escalator naik ke atas dari tempat parking |
![]() |
Pintu masuk ke Galeries Lafayette dari tempat parking |
Disebabkan hari masih awal pagi ketika itu, banyak kedai seperti Galeries Lafayette masih belum dibuka. Ia bukanlah suatu masalah kepada kami sebab kita cuma nak berjalan-jalan dan bukan nak bershopping di sini.
![]() |
Menjenguk ke dalam Galeries Lafayette yang serba mewah |
![]() |
Kawasan hijau di sana adalah Katara Hills Park yang merupakan sebuah taman awam |
Bangunan di Katara Cultural Village ini memang mewah. Walaupun kebanyakannya adalah imitation kepada bangunan-bangunan sebenar di Paris, ia ditiru dengan bersungguh-sungguh sehingga kita merasa benar-benar seakan berada di Paris sewaktu berjalan di sini.
![]() |
Tengok dari jauh pun kita dah tahu betapa mahal harga perhiasan bunga kaca ini. |
![]() |
Menjamu mata melihat keindahan bangunan Galeries Lafayette |
![]() |
Sentuhan kemewahan kota Paris di Doha |
![]() |
Bergambar di korridor mewah Galeries Lafayette |
Disebabkan hari masih awal pagi juga, tidak ramai pengunjung berada di Katara Cultural Village ketika itu. Adik sebenarnya memilih membawa kami melawat ke sini pada pagi ini kerana kekangan masa. Maklum sajalah kerana hari itu adalah Hari Jumaat dan banyak tempat di Doha ditutup sempena cuti hujung minggu. Kami juga perlu mengambil kira waktu solat Jumaat yang masuk di Doha pada pukul 11.40 pagi ketika itu. Selain itu, Adik telah membuat aturan untuk kami membuat aktiviti Desert Safari selepas Solat Jumaat nanti.
![]() |
Katara Cultural Village yang sunyi kerana hari masih awal pagi |
![]() |
Berjalan-jalan di Katara Cultural Village |
![]() |
Bangunan berbentuk kotak hadiah yang besar di Katara Cultural Village |
Kita jalan-jalan lagi untuk menikmati keindahan secebis suasana kota Paris di Katara Cultural Village.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ada sebuah bulatan dengan kolam air yang cantik di tengah-tengah Katara Cultural Village. Walau bagaimanapun pemandangannya sedikit cacat kerana ada pembinaan sedang dibuat di situ bagi satu event besar yang dirancang.
![]() |
Bulatan dengan kolam air di tengah-tengah Katara Cultural Village |
Jika seksyen di bahagian depan tadi dibina meraikan kebudayaan French, seksyen di bahagian belakang ini pula dibina meraikan kebudayaan Arab. Bangunan-bangunan di belakang sini semua dibina mengikut rekabentuk senibina Arab.
Nama Katara yang digunakan berasal dari Catara, nama yang digunakan oleh seorang ahli geografi purba bernama Claudius Ptolamaeus bagi merujuk Semenanjung Qatar pada ketika itu.
![]() |
Pintu gerbang menuju ke seksyen kebudayaan Arab |
![]() |
Suasana Arab di Katara Cultural Village |
![]() |
Pokok zaitun yang ditanam di Katara Cultural Village |
![]() |
Katara Information Centre |
![]() |
Jalan-jalan di Seksyen Arab Katara Cultural Village |
Bangunan-bangunan di Seksyen Arab ini banyak digunakan sebagai pejabat-pejabat persatuan dan juga kedai-kedai milik persendirian.
![]() |
Suasana di Seksyen Arab |
![]() |
Jalan-jalan di bawah khemah |
![]() |
Qatar Fine Arts Association |
![]() |
Posing dengan bangunan Arab |
![]() |
Posing dengan pintu Arab |
![]() |
Khemah-khemah yang dipasang memberi perlindungan dari sinaran terik matahari |
![]() |
Saluran-saluran air dibina ditepi bangunan untuk menyejukkan suasana |
![]() |
Air yang mengalir di dalam saluran ini sentiasa dikawal supaya tidak kering dan tidak melimpah dalam sebarang keadaan |
Di belakang bangunan Seksyen Arab ini, ada dibina sebuah Greek Amphiteater yang juga kelihatan seperti bangunan Coliseum di Rome dari luar.
![]() |
Amphiteater |
![]() |
Suasana di tepi Amphiteater |
![]() |
Rupa paras Amphiteater yang kelihatan seperti Coliseum dari bahagian luar |
![]() |
Pintu masuk ke Amphiteater |
![]() |
Pelancong India yang beriya-iya berposing di pintu masuk Ampitheater sampai mengganggu orang yang keluar-masuk. |
![]() |
Gambar kita di pintu masuk ke Amphiteater |
Amphiteater ini dibuat dari marmar. Sebelum Qatar terpilih menjadi tuan rumah FIFA World Cup 2022 dan stadium-stadium dibina bagi kejohanan tersebut, ia adalah satu-satunya venue yang boleh menampung bilangan penonton yang ramai. Kerana itulah sambutan bagi meraikan kejayaan Qatar dipilih sebagai tuan rumah FIFA World Cup 2022 pada tahun 2010 diadakan di sini.
![]() |
Katara Amphiteater |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Amphiteater ini dibina terbuka menghadap ke arah laut. Di penghujungnya ada dibina sebuah kolam pancutan air. Maka ke sanalah pula kita pergi melawat...
![]() |
Pancutan air di penghujung Amphiteater yang menghadap ke laut |
![]() |
Berehat di tepi fountain |
![]() |
Tangkap gambar dulu di sini... |
![]() |
Cantik dan mendamaikan |
![]() |
Pandangan menghala ke Amphiteater dari tepi fountain |
![]() |
Close-up sikit |
Di sela masa yang tinggal dalam lawatan kami ke Katara Cultural Village ini, Adik mengajak kami minum-minum di kafe favouritenya. Kami hanya mengikut cadangan Adik.
![]() |
Kafe Mamic, tapi ini bukan kafe yang dimaksudkan... |
![]() |
Restoran Feeh Al 'Aafia |
![]() |
Pandangan Restoran Feeh Al 'Aafia dari sisi |
Kafe yang dimaksudkan oleh Adik bernama Boho Social yang terletak di atas bukit. Kaget kita melihat tangga yang perlu didaki untuk naik ke kafe ini...
![]() |
Tangga naik ke Kafe Boho Social |
![]() |
Pemandangan di kaki tangga |
![]() |
Bangunan yang kelihatan seperti tanduk di sebelah sana adalah Katara Towers |
![]() |
Pemandangan tangga yang scary tinggi untuk dipanjat... |
Jangan risau, ada lif sebenarnya disediakan untuk pengunjung naik ke Kafe Boho Social. Ia terletak di sebalik tangga yang scary itu...
![]() |
Lif untuk naik ke kafe Boho Social |
![]() |
Lobi lif di atas tangga |
![]() |
Pemandangan pantai Katara Beach selepas keluar dari lif |
![]() |
Chedi Katara Hotel |
![]() |
Bergambar dengan berlatar belakangkan Chedi Katara Hotel dan Katara Beach |
![]() |
Posing lagi... |
Selepas dah puas bergambar barulah kita masuk ke kafe Boho Social.
![]() |
Kafe Boho Social |
![]() |
Suasana di outdoor seating Kafe Boho Social |
Seperti yang diceritakan Adik kepada kami tadi, pemandangan dari Kafe Boho Social ini memang sangat mengkagumkan.
![]() |
Pemandangan Katara Cultural Village dari Kafe Boho Social |
![]() |
Pemandangan Katara Beach dan Doha Skyline seperti yang dilihat dari Kafe Boho Social |
![]() |
Katara Beach |
![]() |
Satu lagi pemandangan di Katara Beach |
![]() |
Doha skyline |
![]() |
Menikmati minuman di Kafe Boho Social |
Kami tak dapat nak berlama-lama di Kafe Boho Social kerana perlu pulang ke tempat kediaman Adik untuk menunaikan Solat Jumaat. Sebelum pulang, sempat juga kita menjenguk ke ruang interior seating kafe ini yang sangat mengkagumkan.
![]() |
Ruang interior seating Kafe Boho Social yang sangat mengkagumkan |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kami berjalan perlahan-perlahan menuju kembali ke tempat parking di bawah Galeries Lafayette.
![]() |
Bunga-bunga cantik yang ditanam di dalam pasu di Katara Cultural Village |
![]() |
Menuju kembali ke tempat parking |
![]() |
Golden Mosque di Katara Cultural Village |
![]() |
Kedai cokelat mewah Chac'late di sebelah Galeries Lafayette |
![]() |
Lorong di depan Galeries Lafayette ini dinamakan sebagai 21 High Street |
Walaupun mentari telah mula memancar terik ketika itu, suasana berjalan di sekitar Katara Cultural Village sangat nyaman. Rupa-rupanya ada aircond yang berhembus dari lantai untuk menyejukkan suasana sekeliling.
![]() |
Binaan-binaan seperti penutup longkang di Katara Cultural Village ini adalah sebenarnya lubang-lubang aircond |
![]() |
Lubang-lubang aircond di sekitar Katara Cultural Village |
![]() |
Pandangan lebih dekat lubang aircond |
![]() |
Lubang-lubang aircond ini menjadikan suasana di sekitar sejuk dan nyaman |
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):
- Bhg. 01 (Hari-1) : Qatar (Kuala Lumpur - Doha)
- Bhg. 02 (Hari-1) : Doha (Souq Waqif)
- Bhg. 03 (Hari-2) : Doha (Katara Cultural Village)
- Bhg. 04 (Hari-2) : Inland Sea (Desert Safari)
- Bhg. 05 (Hari-2) : Doha (Doha Corniche)
- Bhg. 06 (Hari-3) : Lusail (Lusail Marina & Place Vendôme)
- Bhg. 07 (Hari-3) : Pearl Island (Qanat Quartier & Porto Arabia)
- Bhg. 08 (Hari-4) : Doha (Civic Plaza & Doha Metro)
- Bhg. 09 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 1)
- Bhg. 10 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 2)
- Bhg. 11 (Hari-4) : Doha (Old Doha Port)
- Bhg. 12 (Hari-5) : Oman (Doha - Muscat)
- Bhg. 13 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Souq)
- Bhg. 14 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Fort)
- Bhg. 15 (Hari-6) : Nizwa (Al Aqur & Misfat Al A'briyeen)
- Bhg. 16 (Hari-7) : Dibab (Bimmah Sinkhole & White Sands Beach)
- Bhg. 17 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Shab)
- Bhg. 18 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Tiwi)
- Bhg. 19 (Hari-7) : Muscat (Oman Avenues Mall)
- Bhg. 20 (Hari-8) : Muscat (Muscat City Tour)
- Bhg. 21 (Hari-8) : Muscat (Sultan Qaboos Mosque)
- Bhg. 22 (Hari-8) : Muscat (Bait Al Zubair Museum)
- Bhg. 23 (Hari-8) : Muscat (Mutrah Tour)
- Bhg. 24 (Hari-8) : Pulang (Muscat - Doha - Kuala Lumpur)