Friday, 27 February 2026

2026 UMRAH KE-7 BHG. 07 (Makkah - Madinah)

Februari 2026

ARAB SAUDI
Makkah, Madinah & Badar

Bahagian 7: Makkah - Madinah
HARAMAIN HIGH SPEED RAILWAY

Part 23: Meninggalkan Makkah

Selepas 6 hari berada di kota Makkah, dah tiba masa untuk kami menuju ke Madinah. Kami dijadualkan bertolak ke Madinah selepas Zohor. Maka semua Jemaah kumpulan kami diminta untuk meletakkan bagasi masing-masing di luar bilik hotel sebelum pukul 2 pagi. Pekerja hotel seterusnya akan mengambil bagasi kami untuk dimuatkan ke dalam bas.

Bagasi yang dikumpul di luar bilik. Saja ambil gambar bagasi orang lain untuk menunjukkan suasana. 😄
Satu perkara yang diwajibkan untuk semua Jemaah yang hendak meninggalkan kota Makkah adalah membuat Tawaf Wada'. Menyesuaikan dengan waktu kami akan bergerak ke Madinah, kumpulan kami diminta untuk menyelesaikan Tawaf Wada' sebelum Solat Zohor.

Keluar dari hotel untuk membuat Tawaf Wada'
Pemandangan pagi di persekitaran Masjidil Haram
Mungkin hari ini adalah Hari Gaji kerana ada ramai pekerja kelihatan berkumpul dekat ATM Bank Al Rajhi 
Saluran longkang di sekeliling Masjidil Haram. Kalau di Qatar dulu, saluran sebegini adalah saluran air-cond.
Laluan termudah (walaupun jauh) untuk pergi ke tempat permulaan Tawaf di Masjidil Haram adalah menerusi Ramp yang terletak di tepi Istana Raja Saudi yang terletak di atas Bukit Ajyad. Maka ke sanalah kami melangkah.
 
Berjalan ke ramp di penghujung Masjidil Haram
Kerja-kerja pembersihan memang giat dilaksanakan pada pagi-pagi begini
Parade of the Cleaning Machines
Sekali-sekala kita paling juga ke belakang untuk melihat suasana di sana
Vacuum cleaner besar yang digunakan untuk pembersihan
Disebabkan kerja-kerja pembersihan giat dilaksanakan pada waktu pagi begini, pintu menuju ke kawasan Mataf dari ramp ditutup pula. Maka terpaksalah kita membuat detour masuk melalui kawasan Saei.

Pintu masuk di atas ramp ditutup untuk kerja-kerja pembersihan
Menyusuri Istana Raja Saudi untuk masuk menerusi kawasan Saei di Masjidil Haram
Istana Raja Saudi di sebelah Masjidil Haram
Pemandangan perpustakaan (bangunan berwarna kuning) yang didirikan di atas tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW dari depan pintu masuk ke kawasan Saie
Pintu masuk ke kawasan Saei
Jemaah yang sedang melaksanakan ibadah Saie dari Safa menuju ke Marwah
Kawasan berlampu hijau di kawasan Saie di mana lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak.
Paling mencabar nak melintas di sini kerana semua kerusi roda yang membuat Saie ditolak dengan begitu laju sekali
Melintas laluan Saie dari Marwah kembali ke Safa pulak
Kami juga menempah Buggy untuk membuat Tawaf Wada' pagi ini. Memandangkan slot masa yang ditempah adalah pukul 9.30 pagi dan ketika itu masih awal lagi, kita pergi ke kawasan Mataf untuk melihat Kaabah buat kali terakhir sebelum berlepas ke Madinah.

Petugas-petugas Masjidil Haram sedang membantu Jemaah yang ingin membuat pendaftaran penggunaan Buggy
Sayangnya, kita dah tak boleh pergi hampir ke balkoni di Mataf Aras 1 ini untuk melihat Kaabah dari dekat. Ada bongkah-bongkah yang berat diletakkan di sepanjang balkoni untuk menghalang kita berbuat begitu.

Pemandangan Kaabah dari Mataf Aras 1
Dengan sistem aliran Jemaah yang diamalkan di Masjidil Haram sekarang, memang dah semakin sukar kita nak melihat pemandangan Kaabah dari dekat.
Bila dah dekat dengan masa yang ditetapkan, barulah kami masuk ke kawasan Buggy.

Pintu masuk ke kawasan Buggy. Tiket tempahan Buggy perlu ditunjukkan di sini.
Lorong ke kawasan Buggy di tingkat atas
Pemeriksaan tiket Buggy sekali lagi
Perlu ke kiri kalau nak naik Buggy untuk Tawaf dan ke kanan untuk Saie
Buggy yang menunggu untuk membawa Jemaah membuat Tawaf
Pemandangan umum dari dalam Buggy
Pemandangan Masjidil Haram dari kawasan Buggy
Buggy
Pemandangan Menara Jam dari tempat Buggy
Pemandangan tipikal sewaktu keluar dari tempat Buggy
Tawaf Wada' seharusnya menjadi langkah akhir bagi pengunjung yang hendak meninggalkan Makkah. Kita tidak digalakkan untuk membuat aktiviti bersuka-ria bergambar-gambar dan tidak seharusnya membuat aktiviti shopping selepas Tawaf Wada'. Gambar-gambar yang Myself tunjuk dalam entry ini adalah koleksi dari beberapa pengalaman membuat Tawaf dengan Buggy sebelum Tawaf Wada'. Sengaja Myself kumpul dan susunkan semula di sini sebagai kenangan.

Keluar dari Masjidil Haram menerusi Pintu Saei
Berjalan pulang ke hotel selepas Tawaf Wada'
Menara Jam Makkah
Kami diminta untuk check-out dari hotel sebelum pukul 12.30 tengahari. Untuk kemudahan urusan, Myself dan Husband memilih untuk lunch sendiri di Food Court Makkah Tower. Kalau sebelum ini kami pernah makan di Burger King, kita makan di Mcdonald's pula kali ini.
 
Mcdonald's di Makkah Tower
Lunch hari ini
Suasana di Food Court Makkah Towers
Keluarga Arab yang berkongsi makan secara tradisional
Selepas lunch, kami terus ke lobi Hotel Makkah Towers untuk check-out.

Lobi Hotel Makkah Towers
Check-out dari hotel

Part 24: Haramain High Speed Railway (Makkah - Madinah)

Disebabkan telah membuat Tawaf Wada', kami juga dah tak boleh lagi bersolat berjemaah di Masjidil Haram. Lagi pun kami nak membuat Solat Qasar & Jamak Zohor dan Asar sebelum bertolak ke Madinah. Oleh itu, terpaksalah kami menunggu Solat Zohor berjemaah di Masjidil Haram selesai dahulu. Selepas itu barulah kami pergi bersolat di luar bangunan Masjidil Haram.

Sub-lobby Tower 5 di Makkah Towers Hotel
Terpaksa menunggu di sub-lobby ini sehingga Solat Zohor berjemaah selesai di Masjidil Haram
Myself dan Husband memilih untuk membuat perjalanan ke Madinah menggunakan Haramain High Speed Railway (Haramain HSR). Memandangkan perjalanan standard dalam pakej Umrah kami ke Madinah adalah dengan menggunakan bas, ada bayaran tambahan dikenakan kepada kami. Kami juga turut meminta khidmat pengiring dari hotel ke Stesen HSR Makkah dan dari Stesen HSR Madinah ke hotel di sana. 

Maka selepas dah selesai solat, kami menunggu pula pengiring yang akan membawa kami ke Stesen HSR Makkah di sub-lobby Tower 6, Hotel Makkah Towers. Pengiring yang akan membawa kami adalah Ustaz Anas. Kami cuma membawa diri sahaja naik HSR ke Madinah kerana bagasi akan dibawa bersama dengan bas.

Mengikut Ustaz Anas ke stesen teksi
Ustaz Anas membawa kami ke stesen teksi yang terletak di basement Masjidil Haram.

Turun ke basement Masjidil Haram
Tak tahu pun tentang kewujudan tempat ini sebelum tiba di sini
Banyak teksi menanti di sini
Perjalanan dengan teksi dari Masjidil Haram ke Makkah Station mengambil masa kira-kira setengah jam.
 
Naik teksi ke Makkah Station
Terowong
Pemandangan di dalam terowong
Memang sayu nak meninggalkan kota Makkah yang mulia ini. Jauh di dalam hati, Myself panjatkan doa semoga kami akan dapat datang ke sini berkali-kali lagi. Sejujurnya Myself berpuas hati dan bersyukur dengan pengalaman berkunjung ke Makkah pada kali ini kerana kami tidak ditakdirkan jatuh sakit teruk seperti pengalaman sebelum ini. Cuma sedikit ralat kerana tidak mampu bersolat 5 waktu di Masjidil Haram setiap hari disebabkan waktu solat yang terlalu hampir antara satu sama lain dan kami tidak mampu nak duduk beriktikaf lama-lama di dalam masjid. 

Myself dan Husband juga sepakat, kalau ditakdirkan kami berpeluang datang lagi ke Tanah Suci, tak boleh datang waktu winter. Kena datang pada musim yang lain di mana waktu antara solat tidak begitu singkat seperti sekarang.

Menara Jam Makkah
Hotel Fairmont di Makkah Royal Clock Tower
Penjaja-penjaja di kaki lima
Masih menuju ke Makkah Station
Tiba di Makkah Station
Kami tiba agak awal di Makkah Station pada pukul 2 petang sedangkan tren HSR kami ke Madinah dijadualkan berlepas pada pukul 4.20 petang. Tapi tak mengapalah sebab rasa selesa juga menunggu di stesen ini.

Mengikut Ustaz Anas masuk ke stesen
Siling yang cantik di Stesen Makkah
Melangkah masuk ke dalam stesen
Pemandangan di dalam stesen
Husband bergambar kenangan dengan Ustaz Anas
Ustaz Anas meninggalkan kami selepas menunjukkan arah ke mana kami perlu pergi untuk menaiki tren nanti. Ini bukanlah kali pertama kami menaiki HSR ke Madinah. Kami juga menaiki HSR pada perjalanan yang lepas. Cuma bezanya dulu kami naik Business Class dan kali ini kami nak mencuba kelas Ekonomi pula.

Kalau naik Business Class, ada Lounge menunggu yang disediakan. Bila naik kelas Ekonomi seperti ini, kita cuma menunggu di kerusi-kerusi yang disediakan sahaja. Disebabkan masa untuk berlepas masih lama lagi, kami memilih berjalan-jalan untuk menikmati suasana di dalam stesen.

Jadual ketibaan dan perlepasan Tren HSR
Tren kami yang bernombor 162 akan berlepas dari Platform 9
Tempat menunggu yang disediakan
Petugas Andalusia sedang menguruskan Jemaah Pakej Premium yang telah termasuk pergerakan ke Madinah dengan HSR
Stesen HSR Makkah kelihatan agak sepi. Ada banyak premis perniagaan yang kosong tanpa penyewa. Ini mungkin disebabkan bilangan penumpang HSR yang masih belum memberangsangkan pada masa sekarang. Maklum sajalah kerana laluan HSR kini hanya berkhidmat di antara Makkah - Jeddah - King Abdullah Economic City - Madinah. Banyak bandar-bandar besar lain di Arab Saudi termasuk ibu negaranya Riyadh yang tidak dihubungi dengan HSR.

Restoran Subway
Dunkin Donuts
Dunkin Donuts dah menjadi restoran fast food favourite Husband di Arab Saudi sebab ada menawarkan minuman Karak Tea
Menunggu Karak Tea di Dunkin Donuts
Pada pukul 4 petang, semua penumpang HSR Tren 162 dipanggil masuk ke dalam.
 
Beratur untuk masuk ke dalam tren
Pintu untuk tren ke Madinah
Bergerak masuk
Pintu masuk ke platform
Menuju ke Platform 9
Tren ke Madinah dah menunggu di sana
Bergambar dulu dengan tren
Pemandangan di dalam koc Kelas Ekonomi
Selfie dulu sebelum bergerak ke Madinah
Tepat pukul 4.20 petang, tren HSR kami bergerak meninggalkan Stesen Makkah menuju ke Madinah. Ramai juga penumpang dalam tren ini. Koc kami misalnya memang full house.

Pemandangan dari dalam tren
Pemandangan sewaktu tren mula keluar dari Stesen Makkah
Kota Makkah
Masih pemandangan kota Makkah dari dalam tren
Makkah
Pinggiran kota Makkah
Tren mula bergerak laju setelah meninggalkan kota Makkah, tetapi tak tahu berapa kelajuannya pada masa itu kerana TV yang sepatutnya memaparkan informasi tren tidak berfungsi.

Tren bergerak laju menuju ke arah Jeddah
TV yang sepatutnya memaparkan informasi tren tidak berfungsi pada masa ini
Secara keseluruhannya, perjalanan HSR dengan Kelas Ekonomi menuju ke Madinah juga sangat selesa. Cuma tiadalah makanan dan minuman percuma yang disajikan kepada penumpang seperti di dalam Kelas Business dulu. Kalau nak beli makanan atau minuman, ada koc kafetaria yang disediakan. Tempat duduknya juga selesa, walaupun seat di Kelas Ekonomi tidak sebesar di Kelas Business. Susunan seat dalam Kelas Ekonomi adalah 2-2 berbanding 2-1 dalam Kelas Business.

Lebuhraya yang menghubungkan Makkah dengan Jeddah
Banyak gunung batu diperhatikan di dalam perjalanan
Sebuah bandar kecil yang dilalui dalam perjalanan dari Makkah menuju ke Jeddah
Sama seperti seat di Kelas Business, seat di dalam Kelas Ekonomi juga tidak boleh dipusing. Sebahagian seat dalam setiap koc menghadap ke hadapan manakala sebahagian seat lain pula menghadap ke belakang. Alhamdulillah, kami bernasib baik mendapat seat menghadap ke depan pada kali ini.

Mentari yang memancar terik di luar sana
Pemandangan padang pasir
Dah hampir sampai ke Jeddah sekarang
Pinggiran kota Jeddah
Pemandangan di pinggir kota Jeddah
Kawasan perumahan
Sebuah wadi yang kering berhampiran Jeddah
Menghampiri pusat bandar Jeddah
Lalu di dalam terowong
Menghampiri Stesen Jeddah
Stesen HSR Jeddah
Jeddah
Macam tak ada orang turun dan naik HSR di Stesen Jeddah ini
Perjalanan dari Makkah ke Jeddah tidak lama. Cuma memakan masa 10-15 minit. Tren juga cuma berhenti beberapa minit sahaja di Jeddah Station. Kemudian bermulalah perjalanan panjang selama kira-kira 2 jam 30 minit menuju ke Madinah.
 
Jeddah
Pinggiran kota Jeddah
Pemandangan padang pasir
Tren HSR membuat satu lagi persinggahan singkat di King Abdullah Economic City. Ada juga penumpang yang turun dan naik di stesen ini. Sewaktu kami menaiki HSR ke Madinah 2 tahun lepas, stesen ini masih belum digunakan.

King Abdullah Economic City
Stesen King Abdullah Economic City
Stesen King Abdullah Economic City
Ada orang yang turun dan naik di Stesen King Abdullah Economic City ini
Meninggalkan Stesen King Abdullah Economic City
Hari dah semakin petang bila tren kami meninggalkan King Abdullah Economic City. Disebabkan ketika itu masih musim dingin, malam juga menerpa dengan sangat cepat.

Perjalanan kini adalah menuju ke bahagian utara Arab Saudi
Bandar kecil yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Madinah
Tiang-tiang pencawang elekrik di tengah padang pasir
Pandangan pencawang elektrik dengan lebih dekat
Padang pasir yang terletak lebih jauh ke utara ini kelihatan macam sangat sejuk
Perkampungan di tengah perjalanan
Pemandangan mentari yang sedang terbenam
Langit yang berwarna kuning keemasan
Gunung-gunung batu
Selepas 2 jam 40 minit perjalanan dari kota Makkah, kami tiba di kota Madinah.

Pemandangan di pinggir kota Madinah
Stesen minyak
Satu lagi pemandangan di pinggir kota Madinah
IKEA di kota Madinah
Pemandangan dalam tren sewaktu menghampiri Stesen Madinah

Part 25: Tiba Di Madinah

Tren kami tiba di Stesen Madinah pada pukul 6.40 petang yang merupakan waktu Maghrib pada ketika itu.

Bersiap-sedia nak keluar dari tren di Stesen Madinah
Pemandangan di Stesen Madinah
Stesen HSR di Madinah ini berganda-ganda lagi besar dari stesen di Makkah. Jauh sungguh kita kena berjalan menuju ke pintu keluar dari stesen.
 
Tren HSR yang membawa kami dari Makkah ke Madinah
Porter perkhidmatan kerusi roda bersedia nak mengambil penumpang dari dalam tren
Stesen Madinah
Bergambar kenangan di Stesen Madinah
Haramain HSR
Banyak tren sedang parking di Stesen Madinah malam ini
Belum sampai-sampai ke bangunan terminal masa ni
Sampai ke bangunan terminal yang sebenar
Potret Putera Mahkota Arab Saudi (Mohammed bin Salman Al Saud) dan ayahnya yang merupakan Raja Arab Saudi sekarang (King Salman bin Abdulaziz Al Saud) 

Part 28: Menuju Ke Kota Madinah

Petugas Andalusia yang bernama Ustaz Firdaus telah sedia menunggu kami di bangunan Terminal Stesen Madinah untuk membawa kami ke hotel.

Berjalan dengan Ustaz Firdaus keluar dari Stesen Madinah
Suasana di hadapan Stesen Madinah
Satu lagi suasana di luar hadapan Stesen Madinah
Kenangan di hadapan Stesen Madinah
Hari dah malam ketika kami tiba di Madinah
Penumpang yang menunggu kenderaan masing-masing di hadapan Stesen Madinah
Pick-up area di hadapan Stesen Madinah
Pemandangan menghala Stesen Madinah dari Pick-up Area
Ustaz Firdaus sedang mencarikan teksi untuk membawa kami ke hotel
Kami menggunakan teksi sahaja untuk bergerak pergi dari Stesen HSR kali ini. Maklum sajalah sebab kita naik tren Kelas Ekonomi. Sewaktu naik Kelas Business HSR dulu, ada kereta mewah GMC yang menunggu kami. Tetapi pengalaman kesukaran berurusan direct dengan pemandu GMC yang cuma tahu berbahasa Arab pada ketika itu membuatkan kami memilih menempah khidmat pengiring dari Andalusia untuk membawa kami naik teksi pada kali ini.

Inilah teksi yang akan membawa kami ke hotel di Madinah. Mewah macam GMC juga 😊.
Berbual dengan Ustaz Firdaus yang peramah dalam perjalanan menuju ke hotel.
Kedai di pinggir kota Madinah
Menara Masjid Nabawi dah kelihatan di depan sana
Terowong menuju ke arah Masjid Nabawi
Kami melalui banyak kawasan hotel penginapan sewaktu menuju ke hotel kami. Ingatkan hotel kami juga terletak di situ. Rupa-rupanya hotel-hotel ini terletak di selatan Masjid Nabawi. Hotel kami sebaliknya terletak di utara Masjid Nabawi.

Arah kiblat di Masjid Nabawi adalah menghala ke selatan. Kerana itulah kebanyakan agensi Umrah dari Malaysia termasuk Andalusia memilih hotel di bahagian utara Masjid Nabawi sebagai penginapan untuk jemaah mereka. Bila datang dari arah utara, tidaklah kita datang dari arah depan Imam di dalam Masjid Nabawi kalau kita ditakdirkan lewat sampai ke masjid atas sebarang sebab.

Kata Ustaz Firdaus kepada kami lagi, kadar sewaan hotel di Madinah akan naik mencanak-canak sewaktu di bulan Ramadan tidak lama lagi. Hotel yang biasanya mempunyai kadar sewa SAR 700-800 / malam boleh mencapai SAR 2,000 di bulan Ramadan. Kerana itulah harga pakej Umrah Ramadan menjadi mahal. Tak boleh dielak kerana kadar sewa hotel sendiri dah menjadi mahal.

Hotel-hotel yang terletak di selatan Masjid Nabawi
Lagi pemandangan hotel yang terletak di selatan Masjid Nabawi
Gerai-gerai Street Food di utara Masjid Nabawi
Lagi pemandangan jemaah yang sedang menikmati Street Food di utara Masjid Nabawi
Hotel penginapan kami di Madinah adalah Al Ritz Al Madina yang terletak kira-kira 2 blok dari pintu utama di bahagian utara Masjid Nabawi.

Hotel Al Ritz Al Madina
Pintu masuk ke Hotel Al Ritz Al Madina
Lobi di Hotel Al Ritz Al Madina
Perhiasan di lobi Hotel Al Ritz Al Madina
Kiosk makanan ringan di lobi Hotel Al Ritz Al Madina
Reception Counter di Hotel Al Ritz Al Madina
Bergambar kenangan dengan Ustaz Firdaus di lobi hotel
Kalau di Makkah dulu kami mendapat bilik penginapan di Aras 11, bilik penginapan kami di Madinah pula adalah di Aras 12. Bilik penginapan di Madinah ini pula adalah sebenarnya bilik berempat walaupun kami cuma menginap berdua. 

Bilik penginapan di Hotel Al Ritz Al Madinah
Bilik di Hotel Al Ritz Al Madinah ini tidak semewah bilik di Hotel Makkah Towers dulu
Makan malam tidak disediakan di hotel untuk kami pada malam itu kerana peruntukan dinner adalah sebenarnya sewaktu dalam perjalanan dengan bas ke Madinah. Cuma makan malam bungkus sahaja yang diberi kepada kami malam itu. Alhamdulillah kerana bagasi kami juga sampai bersama Jemaah kumpulan kami yang menaiki bas kira-kira sejam selepas kami tiba di hotel di Madinah.


Bersambung ke Bahagian 8...


CATATAN PERJALANAN (UMRAH KE-7) 2026 :

No comments: