Friday, 20 February 2026

2026 UMRAH KE-7 BHG. 03 (Masjidil Haram)

Februari 2026

ARAB SAUDI
Makkah, Madinah & Badar

Bahagian 4: Makkah
MASJIDIL HARAM

Part 8: Masjidil Haram

Tumpuan umat Islam setiap kali berkunjung ke kota Makkah adalah Masjidil Haram yang merupakan masjid tertua di dunia. Dalam bahasa Arab, Masjidil Haram bererti masjid yang dihormati atau dimuliakan. Masjidil Haram terletak di tengah-tengah kota Makkah. Sejak tahun ke-8 kerasulan Nabi Muhammad SAW, baginda menjadikan Masjidil Haram sebagai tempat ibadah umat Islam. Oleh yang demikian, masjid ini menjadi tumpuan umat Islam dari berbagai penjuru dunia untuk melakukan ibadah haji, umrah, solat dan menuntut ilmu. Mereka juga datang daripada pelbagai mazhab.
 
Sesuai dengan fungsinya mengumpulkan jemaah dari seluruh dunia, sudah tentulah Masjidil Haram menjadi masjid yang terbesar di dunia. Dengan keluasan kira-kira 400.8 ribu meter persegi, ia dapat menampung sehingga 4 juta jemaah dalam satu-satu masa.

Masjidil Haram
Masjidil Haram menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk beribadah di dalamnya
Pemandangan Masjidil Haram dari hadapan hotel penginapan kami, Hotel Makkah Towers
Satu lagi pemandangan Masjidil Haram dari hadapan hotel penginapan kami, Hotel Makkah Towers
Masjidil Haram kini mempunyai 262 pintu masuk selaras dengan banyak fasa pembinaan dan perluasan seiring peredaran zaman. Pintu-pintu ini dibina khas bagi memudahkan para pengunjung meneruskan aktiviti mereka terutama ketika waktu puncak seperti bulan Ramadan atau Musim Haji. Akan tetapi dari banyaknya pintu di Masjidil Haram ini, ada 45 pintu biasa yang dibuka selama 24 jam sehari dan juga 5 pintu masuk utama. Pintu-pintu masuk utama pada Masjidil Haram mudah dikenali kerana ada menara-menara tinggi yang dibina padanya.

Pintu masuk utama ke Masjidil Haram
Gambaran pintu masuk utama selaras dengan perluasan Masjidil Haram yang terkini
Pintu utama Masjidil Haram yang terletak paling hampir dengan hotel penginapan kami yang bernama Makkah Towers adalah Pintu King Fahd (Pintu 79).

Pintu King Fahd yang merupakan pintu utama Masjidil Haram yang terdekat dengan hotel penginapan kami.
Pemandangan Pintu King Fahd di waktu malam
Selaras dengan pertambahan jemaah yang datang berkunjung setiap tahun juga, pihak pengurusan Masjidil Haram sentiasa menambahbaik aliran pergerakan jemaah di dalam masjid. Umpamanya kini, tingkat bawah Masjidil Haram dikhususkan bagi jemaah yang sedang berihram sahaja untuk memudahkan mereka menyempurnakan rukun ibadah Haji dan Umrah. Jemaah yang datang ke masjid sekadar untuk melaksanakan ibadah solat ataupun Tawaf Sunat akan diarahkan oleh pihak berkuasa masjid untuk naik ke tingkat atas.

Pemasangan papan tanda sebegini adalah sebahagian usaha terkini dari pihak pengurusan Masjidil Haram untuk memudahkan pergerakan jemaah.
Kami bertuah kerana dapat menginap di Hotel Makkah Towers kali ini. Ini adalah kerana pintu keluar dari hotel ini setentang dengan Pintu 84 yang merupakan salah sebuah pintu escalator untuk naik ke tingkat atas masjid.

Pintu No. 84 yang terletak betul-betul bertentangan dengan Hotel Makkah Towers
Pemandangan Pintu No. 84 di waktu malam
Ruang solat untuk lelaki di luar masjid berhampiran Pintu No. 84
Pemandangan di ruang solat di luar bangunan Masjidil Haram sebelum Solat Subuh bermula
Ruang solat untuk wanita yang disediakan di luar bangunan Masjidil Haram
Pemandangan di ruang solat untuk wanita di luar bangunan Masjidil Haram
Bergambar kenangan di depan Pintu No. 84
Escalator untuk naik ke tingkat atas masjid di Pintu No. 84
Pemandangan dari escalator di waktu sesak
Keberkahan ibadah di Masjidil Haram sangat luar biasa. Bayangkan, pahala dengan sekali solat di sini sahaja adalah setara dengan 100,000 kali solat di masjid lainnya! Selain menjadi kiblat dan rumah ibadah pertama di muka bumi, tempat ini adalah zon aman yang penuh keberkahan. Menurut kebanyakan ulama, keistimewaan ini tidak hanya terdapat di dalam masjid sahaja, bahkan meluas ke sehingga ke seluruh kawasan Tanah Suci Makkah.

Dari Ibnu Az-Zubair bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sekali solat di masjidku ini lebih utama daripada 1,000 kali solat di masjid lainnya kecuali Masjidil Haram dan sekali solat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 kali solat di masjidku ini.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

Suasana di laluan utama di dalam Masjidil Haram
Pemandangan umum di ruang solat lelaki di Masjidil Haram
Satu lagi pemandangan tipikal di ruang solat lelaki di Masjidil Haram
Dengan saiz yang amat besar, semestinya sistem audio yang cekap dan kompleks merupakan satu komponen penting di Masjidil Haram. Apatah lagi untuk menyampaikan azan, iqamah, bacaan doa dan khutbah. Menurut Saudi Press Agency (SPA), sistem audio di Masjidil Haram mempunyai lebih 8,000 pembesar suara termasuk di halaman dan jalan raya di sekitarnya. Malah, terdapat lebih 120 jurutera dan juruteknik yang bertanggungjawab terhadap sistem tersebut.
 
Ruang solat wanita di dalam Masjidil Haram dikepung dengan rak-rak simpanan Al Quran yang tinggi seperti ini
Bergambar di hadapan sebuah kawasan solat wanita di Masjidil Haram
Pemandangan di laluan masuk ke ruang solat wanita
Pemandangan umum di ruang solat wanita
Pemandangan di kawasan saf hadapan ruang solat wanita
Menunggu waktu solat dimulakan
Sewaktu kami berkunjung ke sana, Tanah Suci Makkah dan Madinah sedang mengalami Musim Dingin. Namun begitu tak adalah salji yang turun di sini walaupun kedua-dua Makkah dan Madinah terletak jauh ke utara dari Garisan Khatulistiwa. Suhu ketika itu berada di sekitar 17-21'C. Iklimnya sangat nyaman dan tidak terasa langsung bahang kepanasan dari padang pasir di sekitar. Namun begitu udara yang kering tetap menyebabkan kita terbatuk-batuk. Kami juga sangat bersyukur kerana dengan adanya bekalan ubat yang diberi percuma dan juga yang dibeli dari Farmasi Andalusia sebelum berlepas, tidaklah kami mengalami batuk yang sengsara seperti di perjalanan Umrah yang lalu.

Namun demikian, satu cabaran yang pasti dirasai oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Tanah Suci pada musim ini ialah sela waktu yang sangat singkat antara solat. Secara umumnya, beza waktu solat di antara Zohor / Asar / Maghrib adalah sekitar  jam, manakala beza waktu antara Maghrib dan Isyak pula adalah sekitar 1½ jam. Walaupun kami menginap di hotel yang berdekatan dengan masjid, perjalanan keluar-masuk masjid tetap mengambil masa hampir 30 minit dengan mengambilkira saiz masjid yang sangat besar dan keadaan yang bersesak-sesak setiap kali keluar dan masuk ke masjid. Kita juga perlu keluar awal kira-kira sejam sebelum masuk waktu solat untuk membolehkan kita mendapat tempat bersolat yang selesa. Kalau tiba di pintu masjid kurang dari 30 minit sebelum masuk waktu solat, kita akan berdepan pula dengan risiko diarahkan oleh pihak keselamatan masjid ke pintu masuk yang lebih jauh disebabkan ruang solat telah penuh di pintu yang terdekat.

Cara yang terbaik untuk membolehkan kita bersolat 5 waktu di Masjidil Haram ketika itu adalah beriktikaf sebelum bermula waktu Asar sehingga selesai waktu Isyak. Namun demikian, disebabkan kita belum sampai ke tahap wali ataupun sufi dan telah pun berusia emas begini, sakit pinggang sehingga ke tahap ekstrim tidak dapat dielak bila beriktikaf lama di dalam Masjid. Pengalaman Myself sendiri, terpaksa menelan beberapa biji pain killer untuk menahan kesakitan ini. Untuk meredakan kesakitan, Myself dan Husband akhirnya memutuskan untuk beriktikaf di Masjid sama ada bagi Solat Asar & Maghrib sahaja ataupun Maghrib & Isyak sahaja setiap hari.

Pada hari kedua di Makkah, Myself terpaksa bersolat Subuh di bumbung masjid kerana ruang solat di tingkat pertama telah penuh.
Pemandangan Menara Jam Makkah dan Hotel Makkah Towers dari bumbung Masjidil Haram
Disebabkan keadaan di dalam Masjidil Haram yang sentiasa sesak setiap kali selepas solat, sukar untuk Myself dan Husband menetapkan tempat pertemuan untuk kembali ke hotel bersama-sama di dalam ataupun di luar pintu bangunan Masjid sendiri. Ini adalah kerana seringkali kita akan diarahkan oleh pegawai keselamatan masjid keluar menerusi pintu-pintu yang berlainan untuk mengelakkan kesesakan.

Disebabkan faktor ini, Myself dan Husband menetapkan tempat pertemuan kami selepas solat adalah di depan Restoran KFC di hadapan Hotel Makkah Towers. Tanpa mengira kita keluar dari pintu yang mana, kami akan terus sahaja menuju ke sana. Dari situ barulah kami bergerak bersama-sama masuk ke Hotel Makkah Towers untuk sarapan, makan tengahari dan juga makan malam.
 
Restoran KFC di depan Hotel Makkah Towers
Tempat pertemuan yang kami tetapkan di hadapan Restoran KFC
Menunggu Husband di depan Restoran KFC

Part 9: Air Zamzam

Satu keistimewaan kota Makkah juga adalah di sinilah letaknya Telaga Zamzam. Lokasi sebenar telaga ini adalah di bahagian tenggara Kaabah dengan kedalaman 43 meter. Telaga ini kini tidak lagi boleh dimasuki selaras dengan pembesaran Masjidil Haram yang turut meliputi pembesaran kawasan Mataf untuk melakukan Tawaf. Air dari telaga ini disimpan di dalam tong-tong khas yang ditempatkan di seluruh masjid untuk kegunaan Jemaah. Ada juga sebahagiannya yang disalur ke paip-paip di lokasi yang tertentu di dalam Masjidil Haram. 

Tong-tong yang berisi Air Zamzam begini dapat ditemui di serata tempat di seluruh Masjidil Haram
Air Zamzam, yang bersumber dari telaga di kawasan Masjidil Haram merupakan air terbaik di muka bumi. Ia adalah penawar bagi segala penyakit, mengenyangkan, dan keberkesanannya bergantung kepada niat si peminum. 

Part 10: Berbuka Puasa Di Masjidil Haram

Pada setiap Hari Isnin dan Khamis yang merupakan hari-hari yang sunat untuk Umat Islam berpuasa, Masjidil Haram turut menganjurkan iftar yang ringkas. Saprah plastik yang panjang dibentang di depan para jemaah dan setiap jemaah juga diberi sebuah pack iftar yang terkandung di dalamnya sebotol kecil air minuman, buah tamar dan sebekas yogurt untuk berbuka puasa. Roti bun juga turut diberi kepada jemaah. Pack iftar inilah yang disediakan oleh Yayasan Hadiyah melalui sumbangan yang diterima. Sebaik sebelum solat berjemaah Maghrib bermula, secepat kilat saprah plastik ini digulung kembali oleh petugas masjid untuk membolehkan jemaah bersolat seperti seadanya.

Plastik saprah sedang dibentang untuk iftar di Masjidil Haram
Plastik saprah
Roti bun sedang diedar kepada Jemaah
Pack iftar pula sedang diedar kepada Jemaah
Pack iftar yang disediakan untuk Jemaah. Sebahagian penyediaan pack iftar ini dibiayai menerusi sumbangan kepada Yayasan Hadiyah yang merupakan NGO rasmi Kerajaan Arab Saudi.
Kandungan pack iftar
Husband bergambar bersama Bonhar, seorang pelajar dari Mindanao, Philippines yang sedang menuntut di Jordan.
Bersedekah Air Zamzam di dalam masjid
Pack iftar juga diberi kepada Jemaah Wanita di Masjidil Haram tetapi tiadalah plastik saprah dibentang seperti di tempat Jemaah Lelaki. 

Pack iftar yang juga diberi kepada Jemaah Wanita
Pemandangan sewaktu hampir masuk waktu Solat Maghrib di Ruang Solat Wanita di Masjidil Haram

Part 11: Solat Jumaat Di Masjidil Haram

Satu pengalaman istimewa lain yang kami lalui adalah bersolat Jumaat di Masjidil Haram. Kalau di waktu-waktu solat yang lain kita perlu keluar seawal sejam sebelum masuk waktu, kita perlu keluar lebih awal 2 jam sebelum Solat Jumaat. Ini adalah kerana hari Jumaat adalah cuti hujung minggu di Arab Saudi dan ramai penduduk tempatan juga akan datang mengambil kesempatan bersolat di Masjidil Haram.
 
Walau keluar seawal 2 jam pada Hari Jumaat ketika itu, Myself tetap tidak mendapat tempat untuk bersolat di ruang biasa. Kita diarahkan oleh pegawai keselamatan masjid untuk bergerak lebih jauh ke dalam. Rupa-rupanya Allah SWT nak memberikan Myself tempat bersolat yang lebih baik. Bila kita sedang lalu di kawasan Mataf (kawasan untuk membuat Tawaf) dengan harapan nak menuju ke bangunan extension Masjidil Haram, secara kebetulan pihak berkuasa masjid sedang membuka ruang solat tambahan untuk wanita di situ. Maka dapatlah Myself bersolat betul-betul menghadap Kaabah di Mataf Aras Pertama pada Hari Jumaat tersebut.

Bersolat Jumaat di Mataf Aras Pertama
Seperti Solat Subuh yang mempunyai 2 laungan Azan di kota Makkah dan Madinah, Solat Jumaat juga mempunyai 2 laungan Azan. Cuma bezanya Azan Pertama bagi Solat Subuh dilaungkan sejam sebelum masuk waktu Subuh yang sebenar. Azan Pertama bagi Solat Jumaat pula dilaungkan 30 minit sebelum masuk waktu sebenar bagi Solat Jumaat. Khutbah Jumaat akan terus dibaca selepas laungan Azan Kedua sebaik masuk waktu Solat Jumaat.

Suasana sewaktu Jemaah sedang bergerak keluar dari Masjidil Haram selepas selesai Solat Jumaat
Suasana di luar Masjidil Haram selepas selesai Solat Jumaat
Pemandangan menghala ke bahagian lain di luar Masjidil Haram selepas selesai Solat Jumaat


 Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN (UMRAH KE-7) 2026 :
  • Bahagian 01 : Ketibaan (KL - Jeddah)
  • Bahagian 02 : Makkah (Makkah Hotel & Towers)
  • Bahagian 03 : Makkah (Masjidil Haram)
  • Bahagian 04 : Makkah (Umrah Di Masjidil Haram)
  • Bahagian 05 : Makkah (Masy'aril Haram : Jabal Tsur, Padang Arafah & Jabal Rahmah)
  • Bahagian 06 : Makkah (Masy'aril Haram : Wadi Muhassir, Mina & Masjid Ji'ranah)
  • Bahagian 07 : Makkah - Madinah (Haramain High Speed Rail)
  • Bahagian 08 : Madinah (Masjid Nabawi)
  • Bahagian 09 : Madinah (Masjid Quba', Jabal Uhud & Ladang Kurma)
  • Bahagian 10 : Badar (Telaga Al Rawha & Telaga Syifa)
  • Bahagian 11 : Badar (Tapak Perang Badar, Makam Syuhada Badar & Jabal Malaikat)
  • Bahagian 12 : Madinah (Hop On Hop Off Bus)
  • Bahagian 13 : Madinah (Meninggalkan Madinah)
  • Bahagian 14 : Pulang (Madinah - KL)

No comments: