Ogos 2022
PAHANG, MALAYSIA
Temerloh
Bahagian 3: Lanchang 1
TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG
Part 11: Temerloh Titik Tengah Semenanjung
Dalam perjalanan balik ke KL, Myself dan Husband telah singgah melawat ke Temerloh Titik Tengah Semenanjung. Inilah lokasi yang terletak betul-betul di tengah-tengah Semenanjung Malaysia. Ia berada di kawasan Lanchang di dalam daerah Temerloh.
|
Temerloh Titik Tengah Semenanjung |
Tak susah nak mencari Temerloh Titik Tengah Semenanjung ini sebab ia terletak betul-betul di tepi jalan besar Lanchang. Tetapi disebabkan kedudukannya yang sebegitu juga, senang nak terlepas dari pandangan. Satu setback kepada tempat ini ialah ia tidak mempunyai tempat parking kereta yang proper. Kereta kita kena parking betul-betul kat tepi jalan besar.
|
Selamat Datang ke Temerloh Titik Tengah Semenanjung |
Sebaik masuk ke kawasan Temerloh Titik Tengah Semenanjung ini, kita akan bertemu dengan sebuah kafetaria. Di sini jugalah kita kena membeli tiket masuk. Bayaran tiket yang dikenakan adalah RM5 seorang.
|
Bangunan Kafetaria |
|
Pemandangan di dalam kafetaria |
|
Di sinilah kita membeli tiket masuk |
|
Tiket masuk |
Ada sebuah taman yang menarik di Temerloh Titik Tengah Semenanjung ini. Di sekitar taman juga ada disediakan berbagai props untuk kegembiraan pengunjung-pengunjung yang gemar nak bergambar dengan berbagai-bagai aksi.
|
Taman yang menarik |
|
Tempat Permainan Kanak-kanak |
|
Landskap yang menarik |
|
Props untuk bergambar |
|
Peta Taman Temerloh Titik Tengah Semenanjung |
Monumen Titik Tengah yang sebenar terletak di atas bukit di seberang kolam besar yang dibina di tengah taman. Monumen beserta taman ini adalah sebahagian dari projek East Coast Economic Region (ECER) untuk memajukan kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.
|
Monumen Titik Tengah terletak di seberang kolam besar sana |
|
Monumen Titik Tengah Semenanjung |
|
Mengintai Monumen Titik Tengah yang terletak di seberang kolam |
|
Basikal yang boleh dikayuh konon-kononnya nak pergi ke seberang kolam |
Kolam besar di taman ini berfungsi sebagai kolam takungan terutama pada musim hujan sebelum air dilepaskan. Ia juga merupakan habitat semulajadi bagi beberapa spesies ikan tempatan seperti Haruan, Sepat dan Puyu. Tebing kolam ini distabilkan dengan sistem tanah bertetulang yang dapat melindungi ekosistem flora dan fauna di dalam kolam. Huh, ilmiah betul cara penulisan kita! Ini sebenarnya adalah fakta yang kita baca dari papan keterangan kat tepi kolam.
|
Kolam besar di taman Temerloh Titik Tengah Semenanjung. |
|
Cantik juga pemandangan di taman ini di tengah hari begini |
|
Kucing oren yang cukup manja dengan Husband |
|
Marah juga kat Husband sebab melebih-lebih melayan kucing oren ini. Janganlah beri harapan palsu kepada Oren macam kita nak bela dia. Cukuplah dengan Tam Tam yang seekor kat rumah tu! |
Mari kita berjalan di persiaran pejalan kaki yang mengelilingi kolam ini. Matlamat kita ialah nak menuju ke Monumen Titik Tengah yang dibina di atas bukit di seberang sebelah sana.
|
Laluan pejalan kaki yang dibina mengelilingi kolam |
|
Kolam besar yang menjadi habitat kediaman beberapa spesis ikan tempatan |
Terdapat dua buah kolam buatan di dalam taman ini. Kolam yang lebih kecil berfungsi sebagai perangkap sedimen.
|
Kolam kecil yang berfungsi sebagai perangkap sedimen |
|
Cuaca sangat panas pada ketika ini. Menyesal tak bawak topi. |
|
Pemandangan kolam besar dari seberang sini pulak |
Di kaki bukit di bawah monumen ada sebuah taman lagi dengan beberapa props tambahan untuk bergambar.
|
Welcome |
|
Rehat sekejap melepaskan lelah |
|
Arah bandar-bandar di negeri Pahang |
Taman ini juga ditanam dengan beberapa spesies pokok hutan tropika seperti Mempat, Keruing, Pelawan dan Merawan Siput Jantan. Pokok-pokok ini walau bagaimanapun masih belum besar. Itulah yang menjadikan suasana di taman ini panas pada waktu-waktu begini. Kalau pokok-pokok ini dah besar nanti, pasti banyak tempat teduh yang akan menjadikan taman ini lebih menarik.
|
Pokok yang ditanam di taman ini masih belum cukup besar untuk menjadi tempat berteduh. |
|
Hiasan menarik di dalam taman |
|
Bunga yang ditanam di dalam taman |
Ada juga beberapa kandang yang mempamerkan beberapa jenis haiwan yang kecil di dalamnya.
|
Kandang-kandang yang mempamerkan haiwan-haiwan kecil |
|
Burung |
|
Silver Pheasant |
|
Golden Pheasant |
|
Guinea Pigs |
Dekat kandang-kandang haiwan ini turut dipamerkan mesin getah lama. Mesin getah ini juga ada kat kampung kita di Perak masa dulu-dulu. Teringat pengalaman melihat makcik di kampung menggunakan mesin ini sewaktu kita kecil-kecil dahulu. Selepas susu getah ditoreh dari pokok getah, ia akan dikeringkan untuk dijadikan getah keping. Getah keping ini akan digelek di mesin-mesin ini sebelum dijual kepada peraih getah
|
Mesin getah lama |
|
Mesin di sebelah kiri digunakan untuk menggelek getah keping untuk menipiskannya manakala mesin di sebelah kanan pula digunakan untuk memberikan corak bunga kepada kepingan getah untuk memastikan getah tidak melekat bila ditindih-tindih antara satu sama lain. |
|
Telaga hiasan yang dibuat dari tayar terpakai |
Kita berjalan lagi ke depan untuk melihat pameran lukisan pulak. Dari apa yang Myself baca, lukisan-lukisan ini adalah karya seorang pelukis jati dari negeri Pahang yang bernama Aza. Beliau berasal dari Jerantut.
|
Pameran lukisan di depan sana |
|
Sketches by Aza |
|
Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur |
|
Lanchang, Pahang |
|
Taman Negara |
|
Jalan Petaling, Kuala Lumpur |
|
Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang |
|
Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang |
Pada zaman pemerintahan British, Kampung Batu Belimbing di Daerah Lipis di Pahang telah ditetapkan sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menjalankan sebuah kajian bagi menentukan titik tengah Semenanjung Malaysia yang sebenar. Sebanyak tiga kaedah telah digunakan bagi menjalankan kajian tersebut iaitu kaedah bentuk rupa bumi Semenanjung Malaysia, jisim Semenanjung Malaysia dan hitungan matematik.
Daripada tiga kaedah yang digunakan, kaedah hitungan matematik merupakan yang paling sesuai kerana kaedah tersebut menghasilkan nilai satu titik konklusif dengan menggunakan formula nilai purata koordinat. Hasil daripada kajian tersebut mendapati lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia terletak di bawah salah sebuah pondok Madarasah Darul Ulum di Kampung Paya Siput berhampiran dengan Pekan Lanchang, Temerloh, Pahang.
Ekoran itu, pihak JUPEM telah membina sebuah monumen bagi menanda titik tengah Semenanjung Malaysia manakala sebuah monumen ikonik dibina berhampiran dengan monumen JUPEM bagi memudahkan kerja cerapan dilakukan.
|
Sejarah pencarian Titik Tengah Semenanjung Malaysia |
|
Monumen ini menandakan kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia yang ditemui di bawah sebuah pondok di Madarasah Darul Ulum di Kampung Paya Siput yang terletak di sini pada satu masa dahulu. |
Now kita tengok pulak monumen ikonik Titik Tengah yang dibina berhampiran.
|
Monumen ikonik Temerloh Titik Tengah Semenanjung |
|
Maklumat tentang Temerloh Titik Tengah Semenanjung |
|
Peta kedudukan Temerloh Titik Tengah Semenanjung: 3.4943° N, 102.2210° E |
Memandangkan Islam adalah agama rasmi di Malaysia, pancang-pancang pada monumen ikonik ini dibina condong ke arah kiblat. Enam pancang luar (berwarna emas) melambangkan Enam Rukun Iman dalam Islam manakala lima pancang dalam (berwarna kelabu) pula melambangkan Lima Rukun Islam.
|
Monumen ikonik (kiri) dan monumen sebenar (kanan) Temerloh Titik Tengah Semenanjung |
|
Berdiri di tengah-tengah Semenanjung Malaysia |
Pada sekeliling monumen ini, ada tertulis jarak bandar-bandar utama di Malaysia dari titik tengah ini. Satu fakta menarik yang pernah Myself baca ialah pada zaman British, jarak antara bandar dikira berdasarkan kedudukan Pejabat Pos yang terdapat di bandar tersebut. Menarik, bukan?
|
Jarak Kuala Lumpur, Seremban, Putrajaya dan Shah Alam dari titik tengah Semenanjung Malaysia |
|
Jarak kota-kota di sebelah utara: Ipoh, Kangar, Georgetown dan Alor Setar |
|
Kota-kota di Timur Laut: Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Kota Bharu dan Labuan |
|
Kota di sebelah timur: Kuantan |
|
Kota-kota di arah selatan: Johor Bahru dan Kuching |
|
Kota di Barat Daya: Melaka |
|
Pemandangan dari monumen ikonik Temerloh Titik Tengah Semenanjung |
Matahari dah semakin meninggi dan masih ada lagi tempat berhampiran yang ingin kami pergi. Maka, dah tiba masa untuk kami meninggalkan Temerloh Titik Tengah Semenanjung...
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN TEMERLOH (2022):
No comments:
New comments are not allowed.