Ogos 2022
PAHANG, MALAYSIA
Temerloh
Bahagian 5: Lanchang 3
PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN
KUALA GANDAH (1)
Part 13: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Star Attraction dalam lawatan kami ke Temerloh adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Dah lama kami bercadang nak melawat ke sini, namun ia hanya menjadi kenyataan sewaktu kami pulang dari satu lawatan kerja Myself di daerah Temerloh pada bulan Ogos 2022.
|
Arah ke Sanctuari Gajah Kuala Gandah |
|
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah |
|
Selamat Datang |
|
Pusat Pelawat di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah |
|
Aktiviti di Pusat Pelawat |
|
Arca di depan pusat pelawat |
Tak ada tiket masuk dikenakan untuk melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Pelawat cuma perlu mendaftar masuk dan menandatangani borang perakuan perlepasan indemnity sahaja. Maklumlah, kita akan masuk melawat ke sebuah kawasan pemuliharaan haiwan liar. Walaupun semua langkah keselamatan pelawat telah diambil kira oleh pihak Kerajaan, risiko serangan gajah masih ada.
|
Pendaftaran masuk |
|
Jom kita masuk ke dalam |
|
Peta kawasan konservasi |
|
Jadual aktiviti pelawat |
|
Modern art |
|
Lukisan gajah |
Walaupun tiada bayaran masuk dikenakan, pengunjung digalakkan untuk memberi sumbangan ikhlas bagi menyokong aktiviti konservasi yang dilaksanakan. Sumbangan boleh dibuat di kaunter pendaftaran di dalam Pusat Pelawat.
|
Sumbangan untuk menyokong aktiviti konservasi gajah boleh dibuat di kaunter ini. |
|
Ada khidmat Nature Tour Guide disediakan di sini untuk mereka yang berminat. |
Di pusat pelawat ini juga, ada disediakan pelbagai maklumat mengenai gajah kepada pengunjung.
|
Langkah-langkah untuk mengelakkan serangan gajah |
Di Pusat Pelawat ini, kita dapat melihat perbandingan saiz sebenar di antara Mammoth, Gajah Asia dan Gajah Pygmy. Walaupun ketiga-tiganya adalah gajah, mereka sebenarnya berasal dari 3 keturunan yang berbeza.
Mammoth, Gajah Asia dan Gajah Afrika berasal daripada keluarga Elephantidae. Tidak seperti Gajah Asia dan Gajah Afrika yang masih boleh dilihat pada hari ini, Mammoth telah pupus dari muka bumi disebabkan perubahan cuaca yang mendadak dan juga dari aktiviti perburuan yang melampau. Namun kewujudannya dapat dibuktikan menerusi fosil yang ditemui di serata tempat di seluruh dunia.
Mammoth terdiri dari beberapa spesies. Ada di antara mereka yang berbulu. Gajah Asia seperti di Kuala Gandah dikatakan mempunyai ciri yang lebih rapat dengan Mammoth berbanding Gajah Afrika melalui struktur gigi dan bukti DNA.
|
Perbandingan saiz sebenar gajah Mammoth, Gajah Asia dan Gajah Pygmy |
|
Maklumat perbandingan saiz gajah Mammoth, Gajah Asia dan Gajah Pygmy |
Gajah adalah haiwan yang kasar tetapi sensitif. Ia mempunyai kulit setebal 2.5 cm berbanding kulit manusia yang setebal 0.17 cm. Gajah akan mengibas telinga untuk menyejukkan badan. Satu fakta yang menarik ialah telinga Gajah Afrika mempunyai saiz 3 kali ganda berbanding telinga Gajah Asia. Gajah juga mempunyai 4 batang gigi geraham yang setiap satunya seberat 4 kg.
|
Kisah Gigi Gajah |
|
Kisah Belalai Gajah |
|
Fosil Mammoth yang dipamerkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. |
Satu fakta menarik lain yang kami pelajari di sini adalah asal usul nama Gajah. Perkataan Gajah berasal dari perkataan dalam Bahasa Sanskrit Kuno Garj yang bermaksud 'Guruh'. Ia melambangkan rasa kagum dan hormat manusia terhadap haiwan ini. Gajah juga tidak mempunyai pemangsa semulajadi. Tak ada haiwan yang sanggup berhadapan dan melawan haiwan sebesar gajah dengan sengaja kecuali manusia. Sekumpulan gajah boleh merayau dalam satu kawasan seluas 25 km2 dalam sehari untuk mencari makanan.
Bilangan gajah kini semakin kecil disebabkan pengurangan dan pemencilan habitat. Disebabkan inilah gajah kini dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Ancaman terbesar kepada gajah kini adalah jerat yang mendatangkan risiko, membunuh atau mencederakan mereka dan juga kematian akibat racun perosak.
|
Maklumat tentang gajah |
Gajah juga mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri. Di antaranya ialah ia merupakan mamalia yang paling lama bunting dan hanya melahirkan anak selepas 22 bulan. Gajah hidup berkumpulan dan boleh mengesan air dari jarak sejauh 19 km. Ia juga boleh dianggap sebagai Jurutera Hutan kerana membuka jalan untuk haiwan lain dan membantu penyebaran biji benih terutama untuk pokok berbuah berbiji besar. Gajah tidak boleh melompat tetapi pandai berenang.
|
Beberapa keistimewaan gajah |
Jika manusia menggunakan tangan untuk menzahirkan berbagai bentuk emosi, gajah menggunakan belalai untuk tujuan tersebut. Ibu gajah menyentuh dan mengusap anaknya menggunakan belalai. Ada ketikanya ibu gajah memberikan satu tamparan lembut dengan belalai untuk mengajar anaknya. Gajah juga sering melilit belalainya kepada belalai gajah lain sama seperti cara manusia berjabat tangan. Lilitan belalai anak gajah kepada ekor ibunya memberi gambaran seolah-olah mereka berpegangan tangan. Gajah menunjukkan kesedihan dengan cara menurunkan belalai ke bawah, bermata kuyu dan telinga yang terkulai.
|
Kisah gajah yang penuh emosi |
Gajah mempunyai ingatan yang kuat. Kawanan gajah akan melalui laluan yang sama untuk mencari makanan walaupun kawasan tersebut telah dibangunkan untuk tujuan perkampungan atau pertanian. Inilah yang sering menimbulkan konflik di antara gajah dengan manusia. Bayangkan kalau tiba-tiba gajah masuk ke dalam ruang tamu di rumah kita. Itu tandanya rumah kita terletak dalam laluan tradisi Sang Gajah!
Okey, selepas dah belajar serba-sedikit tentang gajah, marilah kita melihat Sang Gajah yang sebenar...
|
Jom pergi tengok Gajah... |
|
Jambatan yang perlu dilalui untuk menengok Gajah |
Walaupun dinamakan Kuala Gandah, sungai yang melalui pusat konservasi ini adalah Sungai Teris dan bukannya Sungai Gandah. Sungai Gandah yang sebenar adalah sebatang anak sungai yang terletak tidak jauh dari kawasan ini.
Nama Gandah pula berasal dari perkataan Orang Asli dari suku Che Wong yang menghuni kawasan ini. Ia adalah gabungan perkataan 'Ngan' (burung) dan 'Dah' (disumpah). Ia berasal dari kisah sepasang Burung Enggang yang dikenakan sumpahan untuk bersama sehidup semati.
|
Sungai Teris |
|
Pemandangan di seberang Sungai Teris |
Matlamat kami datang ke Kuala Gandah adalah nak melihat Elephant Show. Pertunjukan ini diadakan pada pukul 2.15 petang. Masih ada sedikit masa lagi sebelum show bermula, jadi kita isi perut dulu dengan makan tengah hari. Ada sebuah kafe disediakan di Pusat Konservasi Gajah ini. Makanan yang disediakan cuma makanan bungkus tetapi rasanya sedap.
|
Tepukan gemuruh diberi oleh penonton bila gajah mula masuk ke pentas |
|
Sang Gajah berarak masuk. Gajah yang kat belakang tu badan penuh bersalut lumpur. |
|
Penonton Pertunjukan Gajah |
|
Gajah Oren |
|
Pertunjukan Gajah bermula... |
Kita sambung kisah tentang Pertunjukan Gajah ini esok. Stay tune...
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN TEMERLOH (2022):
No comments:
New comments are not allowed.