Monday, 24 October 2022

2022 PENANG (2nd VISIT) BHG. 01 (ETS KL - PEN)

September 2022

PENANG, MALAYSIA (2nd Visit 2022)
Tanjung Bungah, Entopia & George Town

Bahagian 1: Arrival
PERJALANAN KE PULAU PINANG

Part 1: Percutian Terpaksa Ke Pulau Pinang

Pada bulan April 2022 dulu, Myself telah datang ke Penang untuk bertugas. Macam biasa, bila kita pergi outstation, Husband akan menemani. Sebagai appreciation kepada Husband, kita belilah tiket flight Business Class dari Penang balik ke KL. Maklumlah masa itu PKP baru tamat dan syarikat-syarikat penerbangan termasuk Malaysia Airlines berlumba-lumba menawarkan tiket murah, termasuklah untuk perjalanan Business Class. Hajat asalnya tiket Husband memang kita belanja tetapi tiket yang sendiri punya, Myself cadang nak claim balik dari ofis.

Ingat tak yang masa selepas PKP dulu, memang hangat isu kat media tentang syarikat-syarikat penerbangan yang menukar jadual penerbangan sesuka hati? Kami juga terjebak dengan isu ini ketika itu. Perjalanan pulang kami sepatutnya adalah dengan penerbangan pada pukul 7 malam. Tiba-tiba dapat pulak mesej yang penerbangan kami telah diawalkan ke pukul 3 petang. Macam mana nak balik dengan penerbangan itu sebab meeting Myself baru sangat bermula pukul 3 petang? Disebabkan timing perjalanan yang tak sesuai, kami balik ke KL menggunakan ETS.

Mulanya kami cuma nak minta refund saja dari MAS sebab kami tak boleh nak mengambil penerbangan yang diubah waktu itu. Tapi kami diberitahu, ada penalti yang akan dikenakan sebab tiket kami adalah tiket promosi yang tertakluk dengan berbagai syarat. Harga tiket yang dibeli adalah RM 308 seorang dan penalti yang dikenakan adalah RM 300. Ini bermakna kami cuma dapat balik refund RM 8 seorang sahaja ketika itu. Tak puas hati sungguh masa tu! Dahlah MAS yang suka-suka tukar timing flight, nak denda kita pulak bila minta refund!

Walau bagaimanapun, MAS ketika itu mempunyai polisi membolehkan semua tiket penerbangan ditunda sekali atas dasar Covid-19 yang masih melanda. Kami boleh open tiket kami dan menggunakannya semula sebelum 31 Disember 2022. Setelah berfikir panjang, kami mengambil keputusan untuk mengambil tawaran ini. Tapi bila pulak tarikh yang sesuai nak pergi ke Penang lagi dengan berbagai komitmen yang ada? Lagipun macam dah rata habis semua tempat menarik kat Penang kami dah pergi. 

Timbang punya timbang dan tilik punya tilik, akhirnya kami membuat keputusan untuk pergi bercuti ke Penang pada Cuti Hari Malaysia. Maka menjadilah perjalanan yang Myself anggap sebagai Percutian Terpaksa ke Pulau Pinang. Memang terpaksa sebab tiket balik dari Penang ke KL dah ada. Cuma terpaksa pergi ke Penang untuk menggunakannya. Haihh!

HARI PERTAMA (1)

Part 2: ETS Business Class (KL Sentral - Butterworth)

Mulanya Myself dan Husband terfikir juga nak naik flight ke Penang. Tapi disebabkan kenangan flight yang ditukar waktu sesuka hati dulu masih bersarang di hati, kami membuat keputusan naik ETS saja ke Pulau Pinang. Biarlah balik dari Penang saja kita naik flight. Maka selepas berkunjung ke Pejabat Malaysia Airlines di Nu Sentral untuk confirmkan semula tiket yang open dulu, kami singgah di Kaunter Tiket KTM di KL Sentral yang bersebelahan. Terus beli tiket keretapi ke Butterworth pulak.

Disebabkan dah seronok beberapa kali naik ETS Business Class sebelum ini, ETS Business Class terus menjadi pilihan kali ini. Perkhidmatan ETS Business Class ini cuma ada pada tren ETS Platinum yang terpilih. Bagi perjalanan ke Butterworth, ETS Business Class ini berada dalam ETS Platinum yang berlepas dari KL Sentral pada pukul 11.08 pagi. Maka pada hari kejadian, seawal pukul 9.30 pagi, kami bertolak ke KL Sentral dengan menaiki Grab.

Naik Grab ke KL Sentral
Tiba di KL Sentral
Jom masuk ke dalam...
Suasana di KL Sentral sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
Disebabkan kita memegang tiket Business Class, kita dijemput untuk menunggu di Ruby Lounge KTM. Ruby Lounge ini terletak di tingkat atas dari tempat menunggu tren yang biasa itu ~ setentang dengan Food Court KL Sentral.

Jom naik ke atas... Ruby Lounge terletak di tingkat atas sana
Pintu masuk ke Ruby Lounge
Pemeriksaan tiket untuk masuk ke Ruby Lounge
Ruby Lounge ini tidaklah semewah MAS Golden Lounge di KLIA sana. Cuma ada kerusi yang besar dan selesa untuk menunggu tren. Tak ada hidangan makanan di sini, cuma ada mesin minuman air panas yang boleh digunakan pada bila-bila masa secara percuma.

Suasana di Ruby Lounge
Kerusi yang besar dan selesa untuk menunggu tren
Mesin minuman panas
Minum teh sambil menunggu tren
Ruby Lounge ini berdinding kaca. Kita dapat melihat pemandangan tempat menunggu KTM yang biasa di bawah dari sini. Sebelum berkenalan dengan perkhidmatan ETS Business Class, kami juga selalu menunggu tren di bawah sana.

Bila tren ETS kita tiba, penumpang dijemput turun ke platform menggunakan lif khas. Tapi lifnya tak besar, sedangkan penumpangnya ramai. Beraturlah sekejap menunggu giliran nak menggunakannya...

Lif dari Ruby Lounge terus ke platform
Sambil menunggu lif kita bersembang dengan petugas KTM di Ruby Lounge. Kata staff ini, trend sekarang ramai penumpang naik tren dari KL ke Haadyai di Thailand. Mereka akan naik ETS sehingga ke Padang Besar di Perlis. Dari sana selepas membuat pemeriksaan passport, mereka akan meneruskan perjalanan dengan Keretapi Thailand. Kata petugas ini, KTM ada membuat promosi khas perjalanan ke Haadyai 2 Hari 1 Malam bersama Keretapi Thailand sewaktu Hari Kebangsaan baru-baru ini. Sambutannya memang hebat menyebabkan KTM merangka nak membuat satu lagi promosi sewaktu Cuti Deepavali akan datang... Boleh juga kita cuba satu hari nanti.

Tren bersedia untuk berlepas
Petugas KTM yang ramah dan sedia membantu
Husband nak naik tren
Suasana di dalam ETS Business Class
ETS Business Class dari KL Sentral ke Butterworth agak full house hari ini. Mungkin disebabkan ramai seperti kami yang mengambil kesempatan bercuti weekend panjang sempena Hari Malaysia.
 
Tempat duduk kami dalam ETS Business Class
Tepat mengikut jadual, ETS kami berlepas meninggalkan KL Sentral menuju ke Butterworth.

Memulakan perjalanan
Stesen Sungai Buloh
Ada sajian yang dihidangkan dalam perjalanan bagi penumpang ETS Business Class. Sajian pertama adalah Nasi Goreng Kampung yang turut disertakan dengan red bean bun dan muffin. Sedap juga Nasi Goreng ini. Cuma disebabkan ketika itu kami baru juga lepas breakfast dan masih belum lapar, tak dapat nak menghabiskannya.

Sajian rel yang pertama
Pilihan minuman panas turut disajikan
Sajian rel yang pertama
Nasi Goreng Kampung, Red Bean Bun dan Muffin
Perjalanan dengan ETS menuju ke Butterworth memakan masa kira-kira 4 jam. Disebabkan tren ini adalah perkhidmatan Platinum, ia hanya berhenti di stesen-stesen utama sepanjang perjalanan.

Perhentian ETS Platinum dalam perjalanan dari KL Sentral ke Butterworth
Pemandangan dalam perjalanan
Sungai Kinta
Masjid Toh Puan Hatijah di Batu Gajah, Perak
Menghampiri Stesen Ipoh
Sajian rel kedua dihidangkan kepada penumpang ETS Business Class selepas meninggalkan Stesen Ipoh. Sajian kali ini cuma hidangan ringan ~ kacang, Kit Kat dengan minuman kotak.

Gunung batu kapur selepas meninggalkan Ipoh
Sajian rel kedua
Hidangan ringan
Setiap tempat duduk dalam ETS Business Class ada personal monitor masing-masing. Masa di awal kemunculan ETS Business Class ini, ada pilihan movie yang ditayangkan. Walau bagaimanapun, sekarang dah tak ada tayangan movie. Sebaliknya kita boleh surfing internet secara percuma dalam monitor ini.

Surfing internet sambil-sambil menikmati hidangan ringan
Satu pemandangan menarik dalam perjalanan menuju ke Butterworth ialah apabila tren melintasi Tasik Bukit Merah. Pemandangannya tetap indah walaupun dalam cuaca mendung begini.

Tasik Bukit Merah
Pemandangan yang indah walaupun cuaca mendung
Cuaca memang mendung sepanjang perjalanan kami dari KL Sentral tadi
Seperti yang dijadualkan, kami tiba di Stesen KTM Butterworth pada pukul 3.30 petang.

Kawasan perindustrian Prai
Pemandangan sewaktu menghampiri Stesen Butterworth
Pemandangan Jambatan Pertama Pulau Pinang
Tren ETS tiba di Stesen Butterworth
Keluar dari tren
Keluar dari kawasan penumpang di Stesen Butterworth
Stesen Butterworth
Dari Stesen KTM Butterworth, kami berjalan menuju ke bangunan Penang Sentral untuk naik feri menyeberang ke George Town. Sewaktu kami tiba di sini pada tahun 2018 dulu, bangunan Penang Sentral masih dalam pembinaan. Oleh itu, ada bas shuttle percuma yang disediakan untuk menaiki feri di Terminal. Bangunan ini dah siap dan dah digunakan sekarang. Malah ada laluan pejalan kaki disediakan untuk membolehkan kita berjalan ke sana dari Stesen KTM Butterworth. Laluan ini walau bagaimanapun masih bersifat sementara kerana laluan yang sebenar masih belum siap lagi.

Bangunan Penang Sentral
Laluan sementara menuju ke Penang Sentral dari Stesen KTM Butterworth
Arah ke Terminal Feri
Menuju ke Terminal Feri di Penang Sentral
Kaunter tiket bas ekspres di Penang Sentral
Sambil berjalan menuju ke Terminal Feri, kita tengok-tengok sekeliling apa yang ada di Penang Sentral...

Pemandangan di dalam bangunan Penang Sentral
Suasana di dalam Penang Sentral
Terminal Feri di Penang Sentral
Feri iconic yang membawa penumpang dan kenderaan menyeberang dari George Town ke Butterworth dan sebaliknya dah tak ada lagi sekarang. Perkhidmatan ini kini dah digantikan dengan feri penumpang laju macam feri yang membawa penumpang menyeberang ke Pulau Langkawi dari Kuala Perlis.

Oleh kerana perkhidmatan ini baru diperkenalkan, ia adalah percuma kepada rakyat Malaysia sehingga 31 Disember 2022. Tunjukkan saja kad pengenalan di kaunter dan kita akan diberikan tiket percuma untuk menaiki feri ini.

Kaunter tiket feri
Notis tambang percuma kepada rakyat Malaysia
Tiket feri
Jom jalan ke sana mendapatkan tempat menunggu feri
Beratur nak naik feri
Rupa paras feri laju yang membawa penumpang menyeberang ke George Town
Penumpang masuk ke dalam feri
Suasana di dalam feri
Perjalanan dengan feri laju ini menyeberang dari Butterworth ke George Town cuma memakan masa 10 minit. Disebabkan feri ini bertutup sepenuhnya, tak terasa pun angin laut yang bertiup seperti masa kita naik feri lama. Aiseyy, memang miss sungguh feri lama yang iconic itu. Myself memang betul-betul berharap feri lama yang menjadi icon Pulau Pinang itu dapat dikembalikan perkhidmatannya pada masa hadapan.

Pemandangan dari dalam feri laju menuju ke George Town
Jambatan Pulau Pinang
Suasana yang memang suram dan muram macam nak hujan, ditambah dengan tingkap feri yang memang dah sedia kelabu
Sampai ke George Town
Perhentian feri laju ini di sebelah George Town adalah Swettenham Pier yang sering digunakan oleh kapal-kapal cruise.


Bersambung ke Bahagian 2...



No comments: