September 2022
PENANG, MALAYSIA (2nd VISIT 2022)
Tanjung Bungah, Entopia & George Town
Bahagian 3: Penang 2
ENTOPIA (1)
HARI KEDUA (1)
Part 6 : Entopia
Selamat Pagi, Pulau Pinang! Disebabkan macam semua tempat yang menarik di Penang kami dah pergi dalam trip yang sebelum ini, Myself dan Husband merancang nak melawat ke tempat-tempat yang disebut dalam internet yang kami belum pernah sampai sepanjang hari ini. On top of the list pagi ini adalah Entopia.
|
Pemandangan awal pagi dari Flamingo By The Beach Hotel |
|
Bot-bot nelayan |
|
Membawa anjing bersiar-siar di tepi pantai |
|
Bermain air di tepi pantai |
|
Bersiar-siar di tepi pantai |
Kita bersarapan dulu di Hotel Flamingo sebelum bergerak menuju ke Entopia. Masa makan ini kita dapat melihat betapa ramainya penginap di Hotel Flamingo. Baguslah begitu sebab ini menunjukkan ekonomi Malaysia dah kembali pulih. Memang kasihan kat hotel-hotel yang tak ada pengunjung langsung sewaktu pandemik dulu sehingga ada di antara mereka yang terpaksa ditutup.
|
Flamingo Cafe |
|
Suasana di Flamingo Cafe |
Entopia adalah muzium rama-rama dan serangga yang terletak di Teluk Bahang. Dari hotel, kami menaiki Grab menuju ke sana. Disebabkan kami tak membawa kereta ke Penang, kami banyak menggunakan Grab sebagai pengangkutan. Sambil naik Grab, kita bersembang-sembang dengan pemandu Grab. Rata-ratanya pemandu Grab mengakui pelancong dah ramai datang kembali ke Penang. Tapi suasana masih belum kembali semeriah dulu kerana pelancong-pelancong dari China masih belum dibenarkan keluar dari negara mereka. Suka tak suka memang perlu diakui yang pelancong dari China banyak menyumbang kepada industri pelancongan di negara kita. Tapi rasanya ia bukan spesifik semata-mata kepada Malaysia, malah banyak negara lain di seluruh dunia juga turut bergantung kepada pelancong dari China untuk memajukan industri pelancongan masing-masing. Maklumlah, penduduk dari Tanah Besar China sangat suka melancong dan suka berbelanja besar walau di mana mereka berada.
|
Naik Grab ke Entopia |
|
Perjalanan ke Entopia |
|
Bulatan Periuk Kera |
Entopia dibuka pada tahun 2016. Sebelum ditransformasi menjadi Entopia, ia dikenali sebagai Penang Butterfly Farm. Jika dulu tarikannya hanya rama-rama, ia kini turut menempatkan reptilia, serangga serta berbagai creepy crawlies yang lain sehingga menjadi sebuah tarikan pelancongan utama di Pulau Pinang.
|
Entopia |
|
Model serangga gergasi kat depan Entopia |
Tiket masuk ke Entopia tidak murah ~ RM 49 seorang untuk dewasa rakyat Malaysia. Kalau warga asing, harga tiketnya lebih mahal lagi. Tapi pada pandangan Myself, harga tiket ini sepadan dengan benda-benda yang dapat kita lihat di dalam Entopia. Kalau yang datang bersama keluarga, ada tiket pakej yang boleh dibeli.
|
Kaunter tiket Entopia |
|
Tiket masuk ke Entopia |
|
Pintu masuk ke Entopia |
|
Jom scan tiket masuk... |
|
Jaring rantai yang dipasang di pintu masuk untuk mengelakkan rama-rama terbang keluar. |
|
Suasana di sebalik pintu masuk |
|
Peta Entopia |
|
Penunjuk arah |
|
Bergambar di Entopia |
Part 7: Mystery Cave @ Entopia
Entopia terdiri dari beberapa bahagian. Sebagai permulaan, kita masuk dulu melawat ke Gua Misteri (Mystery Cave). Di sini kita akan dapat melihat pameran beberapa serangga dan reptilia hidup yang disimpan di dalam bekas-bekas kaca.
|
Jom masuk ke Mystery Cave... |
|
Suasana di dalam Mystery Cave |
|
Giant Asian Toad |
|
Halloween Vampire Crab |
|
Malayan Horned Frog |
|
Ini bukan katak betul, cuma patung katak yang dijadikan perhiasan |
Di tengah-tengah Mystery Cave ini ada petugas yang akan memperkenalkan kita dengan Scorpion (Kala Jengking). Scorpion berasal dari keluarga Arachnids dan satu fakta menarik tentang serangga ini ialah kala jengking betina bertelur dan menyimpan telur di dalam badan. Bila telur ini menetas, anak scorpion akan keluar dari badan ibu mereka sehingga memberi gambaran seolah-olah scorpion melahirkan anak. Kulit luar (exoskeleton) anak scorpion sangat lembut dan akan bersalin kulit beberapa kali sehingga mendapat kulit yang keras. Ibu scorpion akan menjaga anak mereka sehingga memiliki kulit yang keras dan boleh menjaga diri.
|
Petugas memberi penerangan tentang Kala Jengking |
Kulit scorpion juga boleh membalikkan cahaya ultraviolet. Oleh yang demikian, scorpion memang akan bersinar terang di bawah cahaya bulan di malam hari.
|
Kulit luar scorpion yang bersinar di bawah cahaya ultraviolet. |
|
Husband memegang scorpion |
Kata petugas ini lagi, sengatan scorpion secara umumnya tidak membunuh. Ia sekadar memberikan rasa sakit dan tidak selesa kepada manusia. Namun demikian, sengatan ini boleh menjadi merbahaya dan membunuh kalau orang yang disengat mempunyai alahan terhadap bisa scorpion seperti sesetengah orang yang mempunyai alahan kepada seafood.
|
Beginilah rupa scorpion di bawah cahaya bulan yang terang |
|
Keterangan tentang scorpion |
Lepas dah melihat scorpion, kita tengok pulak serangga-serangga lain yang ada di sini.
|
Pengunjung-pengunjung ke Mystery Cave |
|
Brazilian Salmon Pink Birdeater. Hmmm, kenapa nama dia begitu? Adakah dia betul-betul boleh memakan burung? |
Part 8: Tiger Falls @ Entopia
Entopia juga mempunyai beberapa ruang landskap yang menarik. Sebaik keluar dari Mystery Cave kita akan bertemu dengan air terjun buatan yang dinamakan Tiger Falls.
|
Kawasan Tiger Falls |
|
Air Terjun |
|
Kemuncak air terjun |
|
Laluan pejalan kaki mengelilingi Tiger Falls |
|
Pengunjung menikmati keindahan Tiger Falls |
|
Pemandangan dari belakang Tiger Falls |
|
Kolam ini juga dipenuhi Ikan Koi |
|
Keindahan yang mendamaikan |
Part 9: Butterfly Release @ EntopiaTepat pukul 10.30 pagi, ada program Butterfly Release diadakan dekat pintu masuk ke Entopia. Anak rama-rama yang baru menetas dari pupa yang dikumpul pada hari sebelumnya akan diberi kepada pengunjung untuk dilepaskan di dalam taman Entopia. Bilangan rama-rama yang dilepaskan juga bergantung kepada bilangan pupa yang menetas pada hari sebelumnya.
|
Staff Entopia bersedia nak membuat program Butterfly Release |
|
Penerangan tentang kitar hidup rama-rama |
|
Mengagihkan rama-rama yang hendak dilepaskan kepada pengunjung |
|
Cawan plastik yang berisi rama-rama |
|
Nampak tak rama-rama dalam cawan? |
Selepas penerangan diberi, pengunjung beramai-ramai melepaskan rama-rama yang diberi. Disebabkan rama-rama ini baru keluar dari kepompong dan ini pertama kali nak terbang bebas, pengunjung diingatkan supaya tak memaksa rama-rama terbang. Malah kita juga diajar cara untuk memegang rama-rama untuk mengelakkan kepaknya patah atau tercabut. Peluang untuk mereka hidup sangat tipis kalau kepak rama-rama ini patah atau tercabut. Tapi hakikatnya umur rama-rama memang tak panjang, hanya 1-2 minggu saja.
|
Beramai-ramai melepaskan rama-rama terbang bebas |
|
Rama-rama yang mengibarkan kepak buat pertama kali |
|
Rama-rama hinggap kat lengan |
|
Seekor lagi hinggap kat beg. Memang sah rama-rama suka kat kita. Hihihi!! |
|
Lama duduk kat tangan kita tak mahu terbang-terbang |
|
Terpaksa letak rama-rama ini pelan-pelan kat daun pokok berhampiran |
|
Rama-rama yang hinggap kat daun |
Part 10: Home Tree @ EntopiaLepas aktiviti Butterfly Release, kami sambung kembali lawatan ke belakang Tiger Falls tadi. Di sini ada sebuah pokok buatan bersaiz besar yang dinamakan Home Tree.
|
Sambung melawat ke belakang Tiger Falls |
|
Home Tree |
|
Satu lagi pemandangan Home Tree |
Di kaki Home Tree ini ada banyak tumbuhan dan bunga-bungaan. Bila dah banyak bunga, banyak jugalah rama-rama yang berterbangan.
|
Bunga-bungaan di kaki Home Tree |
|
Banyak rama-rama berterbangan kat sini |
|
Belangkas yang sukar berpisah |
Part 12: Aroma Trail @ Entopia
Dari Dragon Path kita masuk ke Aroma Trail. Seperti namanya, tempat ini dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang berbau harum. Tengok gambar tumbuh-tumbuhan kat sini...
|
Aroma Trail |
|
Kena buka face mask kalau nak menikmati haruman tumbuh-tumbuhan kat sini. |
|
Suasana di Aroma Trail |
|
Tumbuhan herba yang sering diguna dalam masakan |
|
Lupa nama tumbuhan yang berjurai-jurai ini |
Tengok lagi pemandangan kat sini... Ada banyak juga rama-rama di sini.
Melawat ke Entopia memerlukan kita memerhati dengan teliti kalau nak melihat serangga-serangga yang dipamerkan.
|
Hide and Seek Corner |
|
Belalang |
Lepas itu kita masuk melawat ke ruang yang dinamakan Butterfly Life Cycle untuk mempelajari kitaran hidup rama-rama.
|
Butterfly Life Cycle |
|
Pemandangan di dalam Butterfly Life Cycle |
Kalau pandangan kita tajam, kita akan dapat melihat telur rama-rama dan pupa di seksyen ini. Malangnya, mata Myself memang tak tajam. Tak nampak pun pupa ataupun telur rama-rama pada tumbuh-tumbuhan kat sini. Jenuh rasanya kita dah jegil biji mata, tapi tetap tak nampak-nampak. Haihh!
|
Mencari telur rama-rama di dalam Butterfly Life Cycle |
|
Restoran Tapestree |
Di sebelah restoran ini, kita masuk ke kawasan pameran muzium serangga yang dinamakan Cocoon.
|
Pintu masuk ke Cocoon |
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN PENANG (2nd Visit 2022):
No comments:
New comments are not allowed.