September 2022
PENANG, MALAYSIA (2nd VISIT 2022)
Tanjung Bungah, Entopia & George Town
Bahagian 5: Penang 4
NASI KANDAR JAFFAR & MEOWSEUM
HARI KEDUA (3)
Part 19: Persinggahan Singkat Di Escape
Sebuah tarikan baru yang popular di Pulau Pinang pada masa sekarang adalah taman permainan extreme yang dinamakan Escape. Ia cukup popular dengan pengunjung-pengunjung muda. Disebabkan Escape terletak betul-betul di sebelah Entopia, kami berjalan kaki dulu ke sana sebelum pulang ke hotel.
Escape Penang |
Suasana di depan Escape Penang |
Surf Board |
Niat kami datang ke Escape sekadar nak melihat-lihat. Tidaklah kami nak mencuba permainan di dalam Escape yang extreme itu. Tapi disebabkan tiket masuknya sangat mahal (RM160 seorang), kami membatalkan niat nak masuk ke situ. Terus kami memanggil Grab untuk balik saja ke hotel.
Kaunter Tiket |
Pintu masuk ke kawasan permainan Escape |
Part 20: Nasi Kandar Jaffar
Myself dan Husband memang ada satu rahsia ... walau dah berkali-kali datang ke Penang, kami tak pernah mencuba Nasi Kandar yang begitu sinonim dengan pulau ini. Jadi selepas berehat sebentar di hotel dan menunaikan solat jamak Zohor dan Asar, kami keluar lunch ke sebuah restoran nasi kandar yang terletak tidak jauh dari Hotel Flamingo By The Beach.
Jalan-Jalan Cari Makan |
Restoran nasi kandar yang ingin dikunjungi terletak di depan sana |
Pasar & Kompleks Makan Tanjung Bungah |
Arah ke restoran nasi kandar |
Restoran Nasi Kandar Jaffar |
Ini memang pengalaman pertama kami makan Nasi Kandar. Malah kami tak ada gambaran pun bagaimana rupa Nasi Kandar yang sebenar. Mujurlah sewaktu kami tiba, ada beberapa pengunjung sedang beratur nak membeli nasi kandar. Bolehlah kita belajar macam mana nak buat order Nasi Kandar. Hahaha!!
Beratur nak beli Nasi Kandar |
Lauk Nasi Kandar |
Kuah Nasi Kandar yang mengancam |
Mula-mula horror juga tengok orang-orang yang beratur depan kami minta campur 3-4 jenis kuah ke dalam nasi. Rupa-rupanya begitulah cara makan Nasi Kandar. Bila sampai turn kita, kita tiru sajalah apa yang orang kat depan kita buat. Masyallah, memang sedap rupanya Nasi Kandar ini! Patutlah ia menjadi makanan popular kat Penang!
Suasana di Restoran Nasi Kandar Jaffar |
Pengunjung yang tak putus-putus beratur di Restoran Nasi Kandar Jaffar |
Hidangan Nasi Kandar |
Jemput makan... |
Bergambar dengan pemilik Restoran Nasi Kandar Jaffar |
Lepas makan kami berjalan balik ke hotel sambil berbincang ke mana kami nak pergi melawat petang ini.
Berjalan balik ke Hotel Flamingo |
Sungai Kelian |
Bot berlabuh di tepi sungai |
Lepas itu singgah sebentar pulak membeli air kelapa segar.
Part 21: Meowseum
Petang itu kami membuat keputusan untuk melawat ke Meowseum yang terletak di sekitar kawasan UNESCO World Heritage Site di George Town.
Naik Grab ke Meowseum |
Meowseum |
Meowseum adalah sebuah muzium persendirian yang mempamerkan berbagai kesenian dan kraf yang bertemakan kucing. Bila masuk ke dalam, memang jelas pemilik muzium ini memang peminat kucing kerana memiliki pelbagai koleksi barangan dan lukisan yang berasaskan kucing.
Pintu masuk ke Meowseum. Ada tiket RM17 dikenakan untuk masuk melawat ke dalam. |
Peti Surat di luar pintu masuk |
Suasana di dalam Meowseum |
Pelbagai koleksi gambar kucing dari seluruh dunia |
Keterangan tentang kucing-kucing residen di Meowseum |
Koleksi lukisan-lukisan klasik yang ada kucing menyelit di dalamnya |
Model Rumah Kucing |
Kucing besar |
Hiasan ruang tamu yang bermotifkan kucing |
Potret Raja Kucing |
Lagi potret Raja Kucing |
Wayang Golek Kucing dari Indonesia |
Chubby |
Koleksi dari India |
Menikmati koleksi di dalam Meowseum |
Ruang menghala ke dapur |
Bangunan Meowseum ini adalah sebenarnya sebuah rumah kedai yang dibina sebelum zaman Perang Dunia Kedua. Jadi sambil-sambil kita melihat koleksi kesenian kucing yang dipamerkan, kita nikmati juga senibina rumah kedai klasik ini.
Koleksi tumbuhan hidup |
Potret Mona Lisa memeluk kucing |
Koleksi lukisan dari Jepun |
Dah puas melihat koleksi Meowseum di tingkat bawah, kita naik tangga ke tingkat atas pulak.
Tangga antik zaman dulu-dulu |
Chairman Meow |
Pemandangan di balkoni tingkat atas |
Antara koleksi yang dipamerkan di tingkat atas |
Comel je ada Meow yang menjenguk begitu! |
Kucing yang paling popular di dunia ~ Doraemon & Hello Kitty |
Pelbagai figurine kucing |
Pandangan lebih dekat patung Emak Rimau dan Anak-anak |
Harimau pernah menjadi pilihan sebagai haiwan kesayangan Maharaja India di zaman dulu-dulu. |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN PENANG (2nd Visit 2022):
No comments:
New comments are not allowed.