September 2022
PENANG, MALAYSIA (2nd VISIT 2022)
Tanjung Bungah, Entopia & George Town
Bahagian 4: Penang 3
ENTOPIA (2)
HARI KEDUA (2)
Part 14: Pandora Forest @ Cocoon Entopia
Dah puas melihat serangga dan rama-rama dalam suasana semula jadi, kita masuk pula ke muzium serangga dan rama-rama. Muzium ini dinamakan sebagai Cocoon.
Potret-potret serangga yang menghiasi dinding sepanjang escalator. |
Ruang pertama di dalam Cocoon yang kita lawati adalah Pandora Forest yang dihias dengan lampu-lampu fuorescent biru yang terang. Di sini ada dihimpun kisah-kisah dongeng dari seluruh dunia yang berkait dengan rama-rama.
Pandora Forest |
Pemandangan di dalam Pandora Forest |
Kisah dongeng rama-rama dari negara Jepun |
Kisah dongeng dari Jepun ini menceritakan tentang cinta sepasang kekasih yang terhalang. |
Perhiasan di Pandora Forest |
Skrin yang dipasang pada dinding menceritakan berbagai kisah dongeng tentang serangga dan rama-rama. |
Lagi suasana di Pandora Forest |
Part 15: Metamorphosis @ Cocoon Entopia
Part 16: Breeding Ground @ Cocoon Entopia
Ruang Metamorphosis di Cocoon menempatkan pameran interaktif yang memberi keterangan tentang perubahan ulat beluncas menjadi rama-rama.
Metamorphosis |
Ruang pameran di Metamorphosis |
Ada banyak skrin interaktif di sini |
Sentuh saja touch screen yang disediakan, macam-macam maklumat akan keluar. |
Telur rama-rama |
Pameran tentang telur rama-rama |
Rama-rama betina mengeluarkan 100-1000 butir telur sepanjang hayatnya. Namun yang pasti, tak banyak di antaranya yang akan bertukar menjadi rama-rama. |
Evolusi rama-rama dari telur sehingga menjadi rama-rama dewasa |
Pameran tentang rama-rama |
Model Ulat Beluncas |
Lagi pameran interaktif |
Lagi pameran interaktif |
Pupa |
Keterangan yang diberi di Metamorphosis ringkas dan ringan. Mungkin kerana ia menyasarkan kepada pengunjung kanak-kanak. Orang tua macam kita pun enjoy juga membaca keterangan yang diberi.
Pameran tentang rama-rama |
Tornado rama-rama |
Tahu tak yang rama-rama bukan cuma suka hinggap kat bunga? Ada juga beberapa benda lain yang suka dihinggapi oleh rama-rama. Perkara ini juga boleh kita pelajari di Metamorphosis ini.
Pameran Butterfly Behaviour |
Benda-benda yang gemar dihinggapi oleh rama-rama |
Madu bunga |
Rama-rama sukakan garam dan mineral. Kerana itulah ia pernah dilihat hinggap menghisap air mata buaya yang sedang berjemur di Costa Rica |
Buah-buahan yang mereput menghasilkan alkohol yang menjadi sumber karbohidrat dan mineral untuk rama-rama |
Rama-rama jantan gemar hinggap pada tahi dan kencing untuk mendapatkan garam dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan dan reproduktif. |
Peluh manusia juga adalah sumber mineral bagi rama-rama |
Rama-rama yang sedang menghisap getah pokok |
Bangkai haiwan |
Di Metamorphosis juga ada bilik tayangan video tentang rama-rama yang dinamakan Cinerama. Kami walau bagaimanapun tak duduk menyaksikan tayangan video ini.
Cinerama |
Penerangan tentang rama-rama dari petugas di Entopia |
Part 16: Breeding Ground @ Cocoon Entopia
Pameran di Breeding Ground dikhususkan kepada peringkat awal kehidupan rama-rama yang meliputi ulat beluncas dan kepompong (pupa). Di sini ada model ulat beluncas yang bersaiz gergasi.
Breeding Ground |
Kiosk makanan ringan di Breeding Ground. Bau popcorn yang dijual cukup semerbak. |
Melihat model ulat beluncas gergasi |
Di belakang model ulat beluncas ini ada pameran pupa dan rama-rama yang disimpan dalam bekas kaca.
Rama-rama Attacus Atlas |
Tak tahu apa nama spesis rama-rama ini |
Mengambil gambar rama-rama |
Taburan spesis rama-rama di seluruh dunia |
Allah Maha Adil kepada semua makhluk-Nya termasuk serangga. Dia menetapkan supaya serangga keluar bergilliran sepanjang hari untuk berkongsi rezeki. |
Kumbang |
Penyamaran Sang Serangga |
Rupa sebenar kumbang. Nasib baiklah kumbang ni kecik. Bayangkan kalau dia sebesar manusia dengan muka macam ini... Mesti kita menyangka yang dia adalah Alien dari planet lain. |
Sejenis spesis kumbang |
Part 17: Downtown @ Cocoon Entopia
Serangga terkenal dengan sifatnya yang rajin berusaha. Oleh yang demikian, Downtown Entopia memberi gambaran bagaimana sekiranya serangga berusaha seperti manusia di muka bumi. Untuk ke sana kita lalu dulu menerusi Cave of Evoution.
Suasana di dalam Cave of Evolution |
Kisah evolusi serangga |
Lagi kisah evolusi serangga |
Di dalam Downtown Entopia, ada pelbagai kedai yang kononnya diusahakan oleh pelbagai jenis serangga.
Downtown Entopia |
Lebah rajin membina sarang. Oleh yang demikian Lebah digambarkan sebagai Penjual Hartanah di Downtown Entopia |
Permaisuri Lebah yang digambarkan sebagai seorang ibu |
Lebah Pekerja yang menjaga kedai hartanah |
Property yang dijual oleh Lebah |
Unit terakhir Apartment Anai-anai yang hendak dijual |
Kedai Mainan |
Suasana di dalam Kedai Mainan |
Permainan Komputer berasaskan Serangga yang kononnya sedang dijual |
Hopper's Library |
Inilah mentadak Katydid itu |
Pakaian pengantin yang kononnya akan dipakai oleh serangga mengikut musim. Ia dibuat berasaskan barang-barang yang sangat digemari oleh serangga mengikut musim. |
Ootique yang kononnya menjual barangan antik |
Minuman keras Jack Daniels yang dinamakan sebagai Bug Daniels di Downtown Entopia |
Lipas digambarkan sebagai penjual barang antik kerana di dalam dunia manusia barang-barang lama yang disimpan pasti akan mengundang kehadiran lipas. |
Alat Tenunan Sutera |
Part 18: Understory Tales @ Cocoon Entopia
Seksyen yang berikutnya dinamakan Understory Tales ~ mengenai serangga-serangga creepy crawlies yang hidup di dalam tanah.
Pameran tentang serangga-serangga yang hidup di bawah tanah |
Dah tak ingat apa nama serangga ini. |
Ruang kaca di sebelah kiri menempatkan lipas kalau tak silap |
Keterangan tentang semut |
Kebanyakan serangga yang dipamerkan di sini tinggal di bawah tanah. Ruang pameran ini dibina untuk memberi gambaran suasana di bawah tanah tempat tinggal mereka. |
Larva |
Gambaran akar-akar pokok di bawah tanah |
Gambaran sarang serangga di bawah tanah |
Dah puas melihat pameran tentang serangga di bawah tanah, kita tengok pula pameran serangga-serangga unik yang tinggal di atas tanah.
Serangga yang tinggal di dalam air di dalam hutan |
Suasana hutan hujan di Malaysia |
Bunga Orkid Hutan |
Pelawat-pelawat di Understory Tales |
Model-model cendawan |
Malayan Giant Weevil |
Tengok apa yang ada di depan sana... |
Pameran tentang pelbagai serangga yang menghuni dalam hutan |
Tempat rehat |
Akhirnya kita sampai ke penghujung Entopia. Biasalah kalau tempat-tempat tumpuan pelacong begini, penghujung jalan mesti merupakan kedai cenderamata.
Pintu keluar dari Entopia |
Kedai cenderamata |
Pelbagai cenderamata yang dijual |
Bersambung ke Bahagian 5...
CATATAN PERJALANAN PENANG (2nd Visit 2022):
No comments:
New comments are not allowed.