Ogos 2014
TURKEY
Istanbul & Sanliurfa
Bahagian 16: ISTANBUL, AKU PULANG...
Part 53: Farewell, Türkiye! Kuala Lumpur, Aku Datang..
Selepas 16 hari berada di bumi Turki, tak sabar rasanya nak balik ke Malaysia, lebih-lebih lagi bila teringatkan makanan Malaysia yang dah lebih dua minggu tidak kami temui.
Penerbangan pulang kami adalah menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines yang dijadualkan berlepas dari Istanbul pada pukul 3.10 petang. Oleh kerana kami merancang nak makan tengahari di Ataturk Airport, kami bertolak awal, pada pukul 11.00 pagi dari Hilton Istanbul Bosphorus.
|
Perjalanan ke Ataturk Airport melalui Valens Aqueduct. |
|
Kapal-kapal yang berlabuh berhampiran Ataturk Airport. |
Perjalanan ke Ataturk Airport dari Hilton Istanbul Bosphorus memakan masa kira-kira sejam. Kami menggunakan khidmat Private Transfer yang ditempah menerusi internet pada harga 29 Euro.
|
Ataturk Airport International Terminal |
|
Kaunter Check-in Malaysia Airlines |
Seperti yang dirancang, kami makan tengahari di Ataturk Airport. Di Airport ini, terdapat sebuah Food Court yang menjual pelbagai pilihan makanan. Disebabkan rindu dengan makanan Malaysia dan dah tak lalu lagi makan makanan Turki, kami memilih hidangan Mee Goreng dari sebuah gerai yang menjual makanan Asia di sini.
|
Food Court di Ataturk Airport. |
|
Gerai Makanan Turki |
|
Sajian tengahari pilihan kami ~ Mee Goreng. Walaupun rasanya tak macam yang biasa kita temui di Malaysia, ia masih menyelerakan. |
|
Dessert ~ Natural Fresh Yogurt. |
Seperti yang dijadualkan, penerbangan Malaysia Airlines kami berlepas dari Ataturk Airport ke KLIA pada pukul 3.10 petang. Disebabkan pesawat kami parking jauh di tengah Airport, penumpang diangkut ke pesawat menggunakan bas.
|
Panggilan untuk pesawat kami, Malaysia Airlines MH31 dari Istanbul ke Kuala Lumpur. |
|
Bas dari Bangunan Terminal ke Pesawat. |
|
Pemandangan dari dalam bas. |
|
Pesawat Malaysia Airlines yang parking di tengah Airport. |
|
Masih sempat bergambar sewaktu nak naik ke atas pesawat. Cuaca panas terik membuatkan kita susah nak buka mata. |
Pada awal pagi tadi, cuaca agak mendung dengan sedikit hujan di Istanbul. Namun demikian, syukurlah cuaca berubah menjadi baik sewaktu kami berlepas pulang.
Disebabkan kesesakan trafik udara di Ataturk Airport, pesawat kami lewat berlepas 30 minit dari jadual.
|
Ingatkan kat Malaysia saja awan tebal begini, rupa-rupanya kat Turki pun sama. |
Penerbangan pulang dengan pesawat Boeing 777-200 ini yang memakan masa 10 jam 20 minit amat menyeksakan. Perasaan ini timbul mungkin disebabkan kami dah terlalu penat tinggal di Istanbul selama 16 hari. Waktu datang ke Istanbul dulu, penerbangannya juga panjang - 10 jam 28 minit. Tempat duduk kelas Ekonomi Turkish Airlines yang kami naiki untuk datang ke Istanbul dulu juga sempit seperti Malaysia Airlines. Namun mungkin disebabkan kami excited nak datang ke Istanbul dan ketika itu kami tak penat seperti sekarang, perjalanan yang sama panjang itu terasa sangat selesa.
Memang sakit badan duduk dalam Kelas Ekonomi untuk penerbangan jarak jauh begini. Kalaulah ditakdirkan kami akan travel jauh pada masa hadapan, memang Myself akan cuba pastikan kami transit di mana-mana untuk merehatkan badan selepas terbang mungkin 7-8 jam.
|
Sajian penerbangan sebaik pesawat terbang dari Istanbul ~ pilihan makanan Turki. |
|
Pilihan makanan Malaysia dalam sajian penerbangan. |
Sewaktu di Turki, kami telah mengira untuk mengagak masuk waktu Maghrib dalam penerbangan pulang ini. Maklumlah, penerbangan ini sangat panjang dan kami perlu Solat Maghrib dan Isyak di dalam pesawat. Mengikut kiraan kami, waktu Maghrib akan masuk sewaktu kami berada di Tehran, Iran.
Dalam penerbangan, kami telah bertanya kepada peramugari bila masuk waktu Maghrib, dan setelah beliau merujuk kepada kapten pesawat, nyata kiraan kami agak tepat. Waktu Maghrib masuk selepas 20 minit kami terbang melintasi Tehran di Iran. Waktu Isyak masuk sewaktu kami terbang melintasi India dan waktu Subuh pula masuk sewaktu kami terbang di Laut Andaman, sewaktu menghampiri Thailand. Wahh, hebat sekali! Dalam tempoh satu malam ini sahaja, kami solat di tiga buah negara, walaupun semuanya dibuat secara hormat waktu.
|
Waktu Maghrib masuk selepas 20 minit kami terbang melintasi Tehran. |
Sajian penerbangan kedua diberi kepada penumpang kira-kira 2 jam sebelum mendarat di KLIA. Hidangan yang diberi adalah Nasi Lemak. Kata peramugari, Nasi Lemak ini dimasak oleh perkhidmatan katering penerbangan di Turki. Amboi, pandai rupanya orang Turki masak Nasi Lemak!
|
Kata peramugari, Nasi Lemak ini dimasak di Turki. |
Penerbangan pulang secara keseluruhannya agak lancar. Namun begitu, sewaktu kami menghampiri Phuket di Thailand, juruterbang membuat pengumuman yang kami akan berdepan dengan turbulence memandangkan cuaca di luar sana "very, very cloudy", kata kapten pesawat.
Dua minggu sebelum kami terbang ke Istanbul, sebuah pesawat Malaysia Airlines MH17 telah jatuh terhempas di Ukraine kerana ditembak peluru berpandu. Ukraine sebenarnya terletak bersebelahan dengan Turki. Jadi bila kapten pesawat membuat pengumuman begitu, memang kecut perut dibuatnya.
Namun syukurlah, pilot Malaysia Airlines ni memang hebat. Walaupun kami berdepan dengan turbulence di Phuket, pesawat ini tidaklah bergoncang teruk seperti yang dijangka.
|
Pesawat kami mengalami sedikit turbulence sewaktu melintasi Phuket untuk kembali ke Kuala Lumpur. |
Akhirnya, kami selamat mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada pukul 6.40 pagi, lewat 30 minit dari jadual kerana penerbangan kami lewat belepas 30 minit dari Istanbul disebabkan kesesakan trafik udara. Sekali lagi, Alhamdulillah ~ Home Sweet Home!
|
Seronok melihat pemandangan negara tercinta di keheningan subuh.
"To All Malaysians, Welcome Home". |
CATATAN PERJALANAN TURKEY (2014):