Ogos 2014
TURKEY
Istanbul & Sanliurfa
Bahagian 5: Full Istanbul Tour (2)
BLUE MOSQUE, LITTLE HAGIA SOPHIA & TOPKAPI PALACE
Part 15: Semazen Restaurant
Tiba masa yang ditetapkan, kami bergerak kembali ke Gordes Carpets, tempat yang ditetapkan untuk berkumpul semula untuk makan tengahari.
|
Berjalan kembali ke Gordes Carpets |
|
Pemandangan berhampiran kawasan Gordes Carpets. |
Ketika itu telah masuk waktu solat Zohor. Dan disebabkan masjid-masjid di Istanbul terletak sangat hampir antara satu sama lain, bunyi azan seakan-akan bersahut-sahutan.
|
Masjid di depan Gordes Carpets. Kalau tak disebabkan menaranya, kita tak sangka bangunan ini adalah sebuah masjid. |
|
Ramai umat Islam di Turki yang datang bersolat di masjid. |
|
Tanah perkuburan lama di tepi masjid. |
Kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran yang bernama Semazen. Restoran ini menghidangkan makanan tradisional Turkish.
|
Restoran Semazen |
|
Kumpulan kami sedang menunggu makanan tengahari dihidangkan di Restoran Semazen. |
|
Roti paling besar yang pernah dihidangkan kepada kami di Turki ~ sampai tak muat pinggan. |
|
Makanan macam sambal yang di tengah tu bernama Ezme dan rasanya sangat sedap. Diperbuat dari tomato, capsicum dan beberapa rempah tempatan, ia mengingatkan kami kepada Sambal Belacan di Malaysia. |
|
Main Course pilihan kami - Spicy Grilled Chicken yang sangat sedap. |
|
Kucing liar yang datang menjenguk sewaktu kami sedang makan tengahari. |
Part 16: Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru)
Selepas makan tengahari, kami meneruskan program lawatan ke Masjid Sultan Ahmet yang lebih dikenali sebagai Masjid Biru.
|
Dataran Hippodrome di hadapan Masjid Biru |
|
Memberi makan burung merpati di Hippodrome, di hadapan Masjid Biru. |
Masjid Biru mempunyai 6 buah menara dan sewaktu pembinaannya, ia tidak disenangi oleh penduduk Istanbul kerana ia dianggap cuba menyaingi Masjidil Haram di Makkah yang juga mempunyai 6 buah menara ketika itu. Untuk mengatasi perasaan tidak puas hati rakyat terhadap perkara ini, Sultan Ahmet kemudiannya mengarahkan arkitek yang membina Masjid Biru ini, Mehmet Aga pergi ke Makkah untuk menambah menara yang ketujuh bagi Masjidil Haram.
|
Masjid Biru yang mempunyai 6 buah menara. |
Pada masa dahulu, hanya Sultan sahaja yang dibenarkan menaiki kuda masuk ke perkarangan Masjid. Namun demikian, pintu ini dipasang dengan rantai yang rendah supaya Sultan tetap menundukkan kepala Baginda sebagai tanda merendah diri sewaktu masuk ke kawasan Masjid.
|
Pintu masuk utama ke Masjid Biru. |
|
Pemandangan dekat rantai yang dipasang di pintu Masjid supaya Sultan tetap menunduk tanda merendah diri sewaktu masuk ke perkarangan Masjid. |
|
Pintu masuk ke Courtyard Masjid dihiasi dengan Kalimah Syahadah |
|
Perkarangan Masjid Biru |
|
Barisan pengunjung yang ingin melawat Masjid Biru. Hanya satu pintu dikhaskan untuk pelawat masuk ke Masjid ini. |
|
Barisan pengunjung masuk ke Masjid Biru akan melewati Tempat Wuduk Lelaki. |
|
Barisan masuk pengunjung ke Masjid Biru sangat panjang, tapi pergerakannya sangat cepat. |
|
Peraturan berpakaian untuk masuk ke dalam Masjid. |
|
Pengunjung perlu membuka kasut untuk masuk ke dalam Masjid. Plastik kasut disediakan untuk kemudahan pengunjung. |
|
Jubah turut disediakan oleh pihak Masjid untuk pengunjung yang tidak berpakaian sopan. |
|
Pemandangan barisan pengunjung yang sedang beratur di luar masjid - dilihat dari dalam Masjid. |
Masjid ini dipanggil Masjid Biru bukan kerana ia dicat dengan warna biru. Sebaliknya, ia dipanggil demikian kerana bahagian dalamnya dihiasi dengan jubin-jubin berwarna biru yang cantik. Penggunaan Stained Glass turut menambahkan keindahan bahagian dalam Masjid.
|
Pemandangan di dalam Masjid Biru. |
|
Jubin-jubin biru yang cantik di Masjid Biru |
|
Stained Glass di Masjid Biru |
|
Pengunjung hanya dibenarkan melawat dari bahagian belakang masjid sahaja supaya tidak mengganggu mereka yang ingin beribadah. |
|
Ruang solat wanita di belakang Masjid. |
|
Usaha Masjid untuk memperkenalkan Islam kepada pengunjung yang sangat baik. |
|
Pintu keluar dari Masjid |
|
Satu lagi pemandangan di perkarangan Masjid. Dalam Bahasa Turki, Camii (disebut Jami) bermaksud Masjid manakala Mescid (disebut Mesjid) pula sebenarnya bermaksud surau. |
Tidak jauh dari Masjid Biru, terdapat sebuah bazaar yang dinamakan Arasta Bazaar. Bazaar ini didirikan oleh pengasas Masjid Biru, Sultan Ahmet untuk disewa kepada peniaga-peniaga. Hasil kutipan sewa ini digunakan untuk penyelenggaraan Masjid Biru.
|
Kutipan sewa dari peniaga-peniaga di Arasta Bazaar ini digunakan untuk membiayai penyelenggaraan Masjid Biru. |
Part 17: Little Hagia Sophia
Lawatan seterusnya ialah ke sebuah masjid yang bernama Little Hagia Sophia (dalam Bahasa Turki dipanggil Küçük Ayasofya Camii).
|
Sebahagian runtuhan Hippodrome yang dilalui dalam perjalanan ke Little Hagia Sophia. |
Dari luar, bangunan Little Hagia Sophia benar-benar kelihatan seperti bangunan Hagia Sophia yang sebenarnya, kecuali saiznya yang jauh lebih kecil. Seperti juga Hagia Sophia, ia dibina oleh Emperor Justinian dan isterinya Theodora.
Nama asal Little Hagia Sophia ialah Church of Saints Sergius and Bacchus. Ia kemudiannya telah ditukarkan menjadi sebuah masjid dan fungsinya sebagai masjid masih kekal sehingga ke hari ini.
|
Little Hagia Sophia |
|
Pintu masuk ke Little Hagia Sophia |
|
Pemandangan di dalam Little Haghia Sophia |
|
Tempat letak kasut di Little Hagia Sophia. |
|
Dewan Solat Little Hagia Sophia |
|
Seperti juga di Hagia Sophia, Mihrab di Little Hagia Sophia senget 6 darjah kerana kedudukan Jerusalem dengan Makkah berbeza 6 darjah |
|
Bekas Baptismal Font, sewaktu Little Hagia Sophia berfungsi sebagai Gereja Saints Sergius and Bacchus |
|
Tulisan Latin ini juga adalah peninggalan sewaktu Little Hagia Sophia berfungsi sebagai Gereja. |
|
Hiasan di kubah Little Hagia Sophia |
|
Perkuburan lama di Little Hagia Sophia |
|
Berehat di perkarangan Little Hagia Sophia
|
Part 18: Topkapi Palace
Lawatan terakhir dalam Full Istanbul Tour ini adalah ke Topkapi Palace. Istana ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan Kerajaan Ottoman selama lebih 400 tahun. Ia bukanlah sebuah bangunan tunggal, sebaliknya terdiri dari berpuluh-puluh bangunan di dalam 4 buah Courtyard. Pada zaman kegemilangannya, istana ini mempunyai hampir 5,000 penghuni dan pekerja di dalamnya.
|
Pintu masuk ke Topkapi Palace |
|
Fountain di luar pintu masuk ke Topkapi. |
Courtyard pertama Topkapi pada masa dahulu bebas dimasuki oleh sesiapa sahaja rakyat jelata yang mempunyai urusan di dalamnya. Pada hari ini, Courtyard Pertama ini juga boleh dilawati oleh sesiapa sahaja secara percuma. Tiada tiket dikenakan jika anda sekadar ingin melawat ke Courtyard Pertama.
|
Laluan masuk ke Courtyard pertama |
|
Walaupun ia kini tidak lagi digunakan, Hagia Irene di dalam Courtyard Pertama Istana Topkapi ini adalah satu-satunya bangunan gereja di zaman Ottoman yang tidak pernah ditukarkan fungsinya untuk menjadi sebuah masjid. |
|
Taman Courtyard Pertama |
Kami diberitahu, bermula dari Courtyard Kedua, rakyat tidak lagi bebas keluar masuk ke istana. Malah pada hari ini juga, pelawat perlu mempunyai tiket dan melalui pemeriksaan sekuriti untuk masuk ke Courtyard Kedua ini.
|
Pintu masuk ke Courtyard Kedua |
|
Kalimah Syahadah yang menghiasi pintu masuk ke Courtyard Kedua. |
|
Pemeriksaan tiket dan sekuriti untuk masuk ke Courtyard Kedua |
|
Taman di Courtyard Kedua |
|
Tower of Justice di Courtyard Kedua yang pada satu ketika dulu berfungsi sebagai sebuah mahkamah. |
Kami seterusnya masuk ke Courtyard Ketiga yang mana pada masa dahulu, hanya Sultan dan orang-orang kenamaan sahaja yang dibenarkan masuk ke sana. Bangunan-bangunan di dalam Courtyard Ketiga kini menempatkan berbagai muzium yang mempamerkan barang-barang kebesaran Sultan-sultan Ottoman.
|
Pintu masuk ke Courtyard Ketiga |
|
Pemandangan masuk ke Courtyard Ketiga. Ada satu lagi pemeriksaan sekuriti yang perlu dilalui untuk masuk ke Courtyard ini. |
|
Imperial Council Hall di Courtyard ketiga ini adalah tempat di mana perbincangan-perbincangan sulit Sultan dengan pembesar-pembesar negara dilaksanakan. |
|
Pemandangan di dalam Imperial Council Hall. Untuk mengelakkan kebocoran maklumat yang diperbincangkan, dinding dewan ini dibina dengan begitu tebal dan terdapat juga sebuah fountain di dalamnya yang akan dipasang untuk menyukarkan sesiapa juga untuk mencuri dengar butir-butir perbincangan dari luar. |
|
Dapur
Istana Topkapi ini menyediakan makanan untuk seluruh penghuni dan
pekerja istana yang pada ketika itu berjumlah hampir 5,000 orang. Di bawah
setiap chimney dapur ini terdapat sebuah periuk belanga yang dikatakan sebesar chimney ini. |
Kami tak diberikan masa yang panjang untuk melawat Topkapi yang sangat besar ini. Jadi masa yang ada kami gunakan untuk melawat Museum of Holy Relics yang menyimpan pelbagai peninggalan para Nabi pada masa dahulu.
Dalam banyak-banyak muzium di Topkapi, Museum of Holy Relics adalah yang paling popular. Oleh yang demikian, barisan pengunjung untuk masuk ke muzium ini sangat panjang.
|
Museum of the Holy Relics yang menempatkan banyak barang peninggalan Nabi-Nabi Allah yang dikumpulkan oleh pemerintah Ottoman pada masa dahulu |
|
Beratur untuk masuk ke Museum of Holy Relics |
Koleksi barang-barang peninggalan para nabi ini diperolehi oleh pemerintah Ottoman sewaktu mereka mengambilalih tampuk pemerintahan Islam dari Bani Abbasiyah. Antara koleksi barangan yang dapat dilihat di muzium ini dan diakui keasliannya ialah janggut Nabi Muhammad saw, gigi Nabi Muhammad saw yang tertanggal sewaktu Perang Uhud dan lain-lain peninggalan Nabi Muhammad saw seperti tapak kaki, surat-surat yang pernah dikrimkan kepada beberapa orang pembesar untuk mengembangkan agama Islam, busur anak panah dan pedang baginda.
Selain peninggalan Nabi Muhammad saw, ada juga barangan lain yang sangat menarik seperti mangkuk bekas makanan milik Nabi Ibrahim as, tongkat mukjizat Nabi Musa as, pedang Nabi Daud as, jubah Nabi Yusuf as dan barang-barang peribadi milik Fatimah, anakanda Nabi Muhammad saw.
Sayang sekali, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar dalam muzium ini. Jadi Myself gunakan gambar dari internet untuk mengabadikan kenangan dari muzium ini.
|
Koleksi barang-barang peninggalan Nabi-nabi yang terdahulu dari Nabi Muhammad saw. |
|
Bekas tapak kaki Nabi Muhammad saw |
Satu tarikan popular Istana Topkapi yang tidak kami lawati ialah Harem, yang merupakan tempat tinggal sebenar keluarga Sultan. Namun disebabkan kami telah keletihan dan begitu puas hati dapat masuk ke Museum of Holy Relics, ia tidak meralatkan kami. Lagipun, hari ketika itu telah lewat petang sewaktu kami meninggalkan Topkapi dan ada satu lagi Tour Program yang akan kami ikuti pada keesokan harinya.
Bersambung ke Bahagian 6..
CATATAN PERJALANAN TURKEY (2014):