Ogos 2014
TURKEY
Istanbul & Sanliurfa
Bahagian 8: Istanbul (4)
SUASANA MALAM DI ISTANBUL (TAKSIM SQUARE & ISTANBUL TURKISH NIGHT)
Part 25: Dinner di Dragon Restaurant
Beberapa petang di Istanbul kami tak dapat keluar dari hotel kerana hujan turun dengan lebat. Fenomena ini agak luar biasa kerana hujan jarang sekali turun dalam Musim Panas di Istanbul. Facilitator kursus kami, seorang wanita Turki yang bernama Zeynap memberitahu cuaca di Istanbul agak haru-biru pada tahun ini disebabkan Climate Change.
Istanbul selalunya mendapat hujan dalam Musim Dingin. Namun tiada hujan turun dalam Musim Dingin pada awal tahun lalu. Salji juga tidak lebat pada Musim Dingin yang lalu berbanding tahun-tahun sebelumnya dan dua hari sebelum kami tiba di Istanbul, sebatang jalan komersil di Istanbul yang bernama Istiklal Caddesi dilanda banjir yang belum pernah berlaku di situ sebelum ini.
Pada satu hari, kami tak dapat keluar dari hotel kerana hujan lebat sehingga masuk ke waktu Maghrib. Hujan lebat luar biasa ini juga menyebabkan cuaca yang selama ini panas, tiba-tiba menjadi sejuk pada malam itu.
|
Hujan lebat pada satu petang di Istanbul |
Disebabkan kami malas nak berjalan keluar mencari Dinner, kami membuat keputusan untuk makan malam di sebuah restoran Cina di Hilton Istanbul Bosphorus ini yang bernama Dragon Restaurant. Lagipun macam dah lama sangat kita tak makan makanan Asia, jadi bolehlah juga mengubah selera.
|
Hilton Istanbul Bosphorus pada waktu malam. |
|
Restoran Dragon yang menghidangkan masakan Cina dan Restoran Al Bushra yang menghidangkan masakan Lebanese terletak di taman Hilton Istanbul Bosphorus. |
|
Pemandangan di dalam Dragon Restaurant |
Pada
malam itu kami memesan Nasi Goreng dan Mee Goreng, tapi lupalah pulak
yang kami sedang berada di Turki. Bila makanan tiba, terperanjat tengok
betapa banyak makanan yang sampai..
|
Dua makanan ni sebenarnya boleh dimakan 3-4 orang. Memang rasa membazir sangat sebab kami tak larat nak habiskan semuanya. |
Kami sebenarnya pernah mencuba makanan Cina di dua buah restoran di Istanbul. Walaupun rupa masakannya sama dengan yang terdapat di Malaysia, rasanya tak Asian langsung. Kesemuanya telah diubahsuai mengikut citarasa orang Turki.
Part 26: Dinner di Damak Restaurant
Disebabkan siang yang panjang dalam Musim Panas di Istanbul, kami sebenarnya tidak pernah keluar malam sewaktu berada di sana. Pengalaman ini berlaku dengan secara yang tidak disangka.
Pada malam itu, kami sepatutnya makan malam sambil menonton sebuah persembahan kebudayaan yang dinamakan Istanbul Turkish Night. Wakil Travel Agent sepatutnya menjemput kami pada pukul 7.15 malam yang mana maklumat tersebut telah kami confirm dengan menghubungi Travel Agent tersebut di sebelah petangnya.
Namun demikian, sehingga ke pukul 8.00 malam, wakil Travel Agent yang ditunggu tidak tiba-tiba. Dengan bantuan concierge di Hilton Istanbul Bosphorus, kami menghubungi Travel Agent. Selepas semakan dibuat, didapati wakil yang sepatutnya menjemput kami telah tersilap hotel. Beliau telah pergi ke Hotel Hilton Istanbul Bomonti dan bila dia tidak menemui kami di sana, dia terus pergi menjemput peserta-peserta dari hotel lain untuk ke show tersebut. Kami kemudiannya menerima tawaran dari Travel Agent tersebut untuk menonton persembahan tersebut pada satu hari yang lain mengikut kesesuaian kami.
|
Miss Senim - petugas concierge Hotel Hilton Istanbul Bosphorus yang banyak membantu kami sehingga Husband menulis pujian terhadap beliau dalam borang feedback sebelum kami meninggalkan hotel. |
Oleh kerana perancangan telah berubah, terpaksalah kami mencari makan malam sendiri pada malam itu.
|
Cumhuriyet Caddesi pada waktu malam
|
Kami
bertemu dengan seorang penyambut tetamu lelaki di sebuah restoran mewah
di Cumruhiyet Caddesi berhampiran Hilton Istanbul Bosphorus yang
bernama Efendi. Disebabkan dia banyak berinteraksi dengan pelancong dari
Indonesia, Efendi boleh bertutur dengan kami dalam Bahasa Indonesia
yang agak baik. Dia juga begitu baik hati menunjukkan kepada kami sebuah
restoran yang sedap dan murah berdekatan untuk kami makan malam.
|
Di sinilah kami bertemu Efendi, lelaki Turki yang pandai bercakap dalam Bahasa Indonesia yang membantu kami pada malam itu. |
Restoran yang dicadangkan oleh Efendi bernama Damak yang terletak agak bertentangan dengan Hotel Hilton Istanbul Bosphorus. Makanan yang dihidangkan adalah menu masakan tipikal Turki tetapi pelayannya cukup baik hati.
|
Restoran Damak |
|
Menu
di Restoran Damak ditulis dalam Bahasa Turki tetapi pelayan yang
melayan kami bersungguh-sungguh membantu menterjemahkan menu kepada kami
dalam Bahasa Inggeris walaupun Bahasa Inggeris beliau kurang fasih. |
Di sini, kami mencuba makanan tradisional Turki yang dinamakan Lahmacun. Bila dia mendapati kami sangat gusar dengan saiz portion makanan yang dihidangkan, dia mencadangkan supaya kami order satu meal sahaja dan bila dia menghidangkan Lahmacun tersebut kepada kami, dia telah siap-siap membahagikannya kepada dua bahagian.
|
Lahmacun |
|
Lahmacun yang dihidangkan kepada kami telah siap-siap dipotong dua. |
|
Lahmacun diisi dengan daging, rempah dan cili. |
|
Kami tak jumpa Diet Coke di Istanbul. Yang ada cuma Coca-Cola Zero. |
|
Menikmati Lamahcun di Restoran Damak. Walaupun dah dibahagi dua, masih jenuh nak menghabiskannya. |
|
Pelbagai Döner dan Kebab di Restoran Damak |
Lahmacun yang dihidangkan memang sedap. Harganya juga jauh lebih murah dari restoran-restoran lain yang pernah kami kunjungi di Taksim dan Cumhuriyet Caddesi.
Part 27: Suasana Malam Di Taksim
Selepas makan malam di Damak, kami membuat keputusan untuk berjalan ke Taksim Square yang terletak berdekatan untuk menikmati suasana malam di sana. Seperti juga pemandangan di sebelah siang, Taksim Square tetap ramai pengunjung di waktu malam.
|
Pemandangan malam di Republic Monument, Taksim Square |
|
Gezi Park di tepi Taksim |
|
Restoran-restoran di Taksim Square |
|
Pemandangan Cumhuriyet Caddesi dari Taksim. |
Di sebelah malam, ada pemandangan baru bagi kami di sini. Jika di sebelah siang, hanya ada penjaja-penjaja berlesen di Taksim, di sebelah malam pula ada ramai penjaja haram yang kebanyakannya adalah pelarian dari Syria.
|
Penjaja haram yang berniaga di Taksim Square hanya pada waktu malam. |
|
Semua
penjaja berlesen di Istanbul berniaga menggunakan gerai berwarna merah
yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Istanbul seperti penjaja di sebelah
kanan. |
Ramai
juga pengemis yang mendekati kami untuk meminta sedekah, yang jelas
sekali terdiri dari pelarian-pelarian Syria. Keperitan hidup sangat
jelas di wajah mereka sehingga menyebabkan kami terfikir betapa
syukurnya kita hidup di negara yang aman damai seperti Malaysia. Myself
juga terfikir, kalau Malaysia ditakdirkan mengalami peperangan seperti
negara mereka, adakah kita juga akan hidup seperti mereka?
Polis Istanbul juga cukup kerap membuat rondaan di Taksim. Bila polis datang, berterabur mereka lari bersama jualan mereka. Namun sebaik polis berlalu, mereka muncul semula. Bagi Myself, ini dah cukup menunjukkan betapa terdesaknya mereka mencari rezeki untuk meneruskan hidup.
Kami juga bertemu dengan seorang wanita Syria yang duduk di tepi Gezi Park menjual tisu dengan sabar. Harga tisu yang dijual cuma 10 Kuruş (duit siling di Turki dipanggil Kuruş. 10 Kuruş bersamaan dengan 20 sen di Malaysia). Dengan niat untuk bersedekah, kami memberikan beliau duit siling 2 Lira (RM4). Mungkin disebabkan tak pernah orang memberikan duit sebanyak itu kepadanya, dia memandang kami dengan wajah yang terharu. Takut kami pun menangis bersama dengannya, cepat-cepat kami beredar dari situ.
Part 28: Shoe Shine Scam
Myself dan Husband terkena satu scam sewaktu kami berjalan pulang ke hotel dari Taksim Square pada malam yang sama. Di Istanbul, pengilat kasut adalah satu profesion yang terdapat di mana-mana saja.
Sewaktu kami berjalan balik, kami dilanggar oleh seorang pengilat kasut yang berjalan dengan tergesa-gesa sehingga berus kasutnya terjatuh. Kami lalu mengutip berus tersebut dan mengejar pengilat kasut tadi untuk memulangkan berusnya.
Lelaki tadi mengucapkan terima kasih kepada kami dan menawarkan untuk mengilat kasut kami dengan gaya seolah-olah hendak membalas budi. Terpedaya dengan caranya, kami pun bersetuju. Sambil mengilat kasut, dia bercerita dengan sedih yang dia berasal dari Ankara dan kononnya anaknya sedang dirawat di hospital. Selepas mengilat kasut, dia memaksa kami membayar khidmatnya. Bukan sedikit duit yang diminta, jumlahnya cukup mengejutkan kami.
|
Berhati-hati dengan Shoe Shine Scam seperti yang kami terkena di Istanbul. |
Dengan niat nak bersedekah kerana mungkin dia terdesak nak mendapatkan wang, Husband pun memberi sejumlah wang kepadanya, tapi jauh dari nilai yang diminta. Dia terus mendesak-desak meminta baki wang dari Husband, tapi kami tak melayannya dan terus bergegas pergi. Nasib baiklah hotel tak jauh dari situ dan mungkin disebabkan ada sekuriti di pintu masuk ke halaman hotel, dia tak berani mengikut kami.
|
Mujurlah pintu masuk ke hotel tak jauh dari tempat kami terkena Shoe Shine Scam ini. Satu pengalaman yang sangat berharga bagi kami. |
Bila kami kembali ke hotel dan check di internet, memang kami dapati ada shoe shine scam seperti ini yang mensasarkan pelancong di Istanbul. Walau sakit hati terkena scam ini, redha sajalah duit yang diberi tadi. Mungkin dah rezeki pengilat kasut itu pada malam itu.
Part 29: Istanbul Turkish Night
Lupakan cerita sedih kenangan malam di Istanbul, kita cerita tentang satu kenangan manis satu malam di Istanbul pula. Ia berlaku bila kami akhirnya dapat makan malam sambil menonton persembahan kebudayaan Istanbul Turkish Night yang kami miss sebelum itu disebabkan wakil Travel Agent tersilap hotel untuk menjemput kami.
Persembahan ini diadakan di sebuah dewan di Old Istanbul yang bernama Gar Muzikhol.
|
Gar Muzikhol di mana persembahan Istanbul Turkish Night diadakan. |
|
Menuju ke dewan persembahan Gar Muzikhol. |
|
Pemandangan di dalam Gar Muzikhol |
|
Kami dapat tempat duduk betul-betul di tepi stage. |
Tarikan utama persembahan ini mestilah Belly Dancing. Sebelum persembahan dimulakan seorang penari gelek berjalan dari meja ke meja untuk bergambar dengan semua pengunjung.
|
Belly Dancer berjalan dari meja ke meja untuk bergambar dengan pengunjung. |
|
Kenangan dengan Belly Dancer. |
Sambil makan malam dihidangkan, penonton dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan Turki dari Wilayah Anatolia. Turki berada beribu-ribu kilometer dari Asia Tenggara, jadi memanglah tarian kebudayaan mereka berbeza sangat-sangat dengan tarian kebudayaan negara-negara dari Asia Tenggara. Jika tarian kebudayaan negara-negara Asia Tenggara sangat lemah gemalai, tarian kebudayaan Turki sangat agresif.
|
Persembahan kebudayaan dari Anatolia |
|
Rata-ratanya, pergerakan tarian tradisional Turki sangat agresif. |
|
Belly Dancing sebenarnya ditarikan oleh pelbagai peringkat umur di Turki. Ini tarian Belly Dancing oleh seorang penari yang telah agak berusia. |
|
Gaya Harem pada zaman dulu-dulu. |
|
Satu lagi tarian dari Anatolia. |
|
Pandangan dari sudut lain |
|
Penyertaan penonton |
|
Belly Dancer yang bergambar dengan penonton tadi sedang membuat persembahan. |
|
Lembutnya tulang dia, boleh melentok sampai begini |
|
Satu lagi aksi dari Belly Dancer. |
|
Pemuzik yang mengiringi persembahan. |
|
Tarian ini ditarikan dengan menjengket dari mula sampai ke akhir tarian. |
|
Letih kita tengok dia menjengket dari mula sampai ke akhir tarian. |
|
Tarian Pisau |
|
Pisau yang digunakan adalah pisau sebenar. |
Di akhir persembahan, seorang penyanyi solo wanita keluar membuat persembahan. Dia sangat hebat dan boleh menyanyi lagu dalam pelbagai bahasa. Showmanship beliau mengingatkan kami kepada superstar Anita Sarawak.
|
Penyanyi solo di akhir persembahan. |
Kami tak tahu nama penyanyi ini. Pada malam itu dia menyanyi lagu dalam Bahasa Inggeris, Turki, Mandarin, Jepun, Greek, Ukraine dan Arab bagi menghiburkan pengunjung dari pelbagai negara yang berada di sana. Walaupun cuma kami berdua sahaja yang datang dari Malaysia, dia tetap menyanyikan lagu Rasa Sayang Eh dan Suriram untuk kami. Memang mengkagumkan sebab sebutan Bahasa Melayunya memang bagus sekali, macamlah dia seorang penyanyi yang berasal dari Malaysia.
|
Menyanyikan lagu Rasa Sayang Eh dan Suriram untuk kami. |
|
Walaupun langkah mereka berterabur, kumpulan pelancong dari Greece ini bersungguh-sungguh nak menarikan tarian tradisional mereka sewaktu penyanyi ini menyanyikan sebuah lagu dari negara mereka. |
Bersambung ke Bahagian 9...
CATATAN PERJALANAN TURKEY (2014):