Monday, 11 August 2014

2014 TURKEY BHG. 09 (Istiklal)

Ogos 2014

TURKEY
Istanbul & Sanliurfa

Bahagian 9: Istanbul (5)
ISTIKLAL CADDESI

Part 30: İstiklal Caddesi

İstiklal Caddesi yang bermaksud Independence Street adalah sebuah pedestrian street yang sangat popular dengan pelancong. Ia bermula dari Taksim Square (yang disebut Taksim Meydani dalam Bahasa Turki) sehinggalah ke Selat Golden Horn yang memisahkan Istanbul Baru dan Istanbul Lama.

Taksim Square - İstiklal Street bermula dari sini.
İstiklal Street yang sepanjang 3 km dibarisi dengan bangunan-bangunan yang didirikan sejak dari zaman Ottoman. Segala-galanya ada di sini - kedai-kedai mewah, restoran, kedai buku, kelab malam, bangunan-bangunan konsulat, sekolah dan rumah-rumah ibadat. Kawasan ini sentiasa sesak dengan pengunjung ~ baik penduduk tempatan mahupun pelancong.

Permulaan İstiklal Street
Beginilah sesaknya İstiklal Street. Memang kami tak jumpa jalan-jalan lain di Istanbul yang sentiasa sesak begini.
Kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke İstiklal Street. Satu-satunya kenderaan yang terdapat di sini ialah tram merah yang bergerak sangat perlahan turun-naik sepanjang İstiklal Street. Bila berjalan di sini, kita tak sedar pun tram ni lalu di belakang kita sehinggalah pemandunya membunyikan loceng amaran.

Tram ini hanya satu gerabak dan sentiasa penuh dengan penumpang yang bergayut-gayut macam naik bas mini di Kuala Lumpur pada satu masa dulu.
Tram ini sebenarnya popular kerana İstiklal Street dibina di atas sebuah bukit. Ada ketikanya memang kita terpaksa mendaki sewaktu berjalan di sini.
Banyak bangunan di İstiklal Street dibina mengikut gaya Eropah. Ini adalah kerana kawasan ini menjadi tempat tinggal orang-orang kaya dari Eropah sewaktu pemerintahan Ottoman.

Banyak bangunan di İstiklal Street dibina mengikut gaya Eropah.
Terdapat juga banyak masjid di İstiklal Street. Kami berkunjung ke sini pada satu petang ketika azan Asar berkumandang di udara. Kami dapat melihat begitu ramai sekali orang-orang tempatan bersolat di Masjid.

Masjid Huseyn Aga adalah salah sebuah masjid yang terdapat di İstiklal Street
Saf Solat Asar sehingga ke perkarangan masjid.
Di İstiklal Street, banyak terdapat kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan dan restoran.

Salah sebuah shopping mall di İstiklal Street.
Kedai makanan Turki banyak terdapat di sini.
Kebanyakan  kedai menjual makanan Turkish mempunyai ruang memasak di bahagian depan yang dilindungi dengan dinding kaca seperti ini.
Sebuah bar di İstiklal Street.
Kedai ais kerim tradisional Turki. Rasanya macam Gelato.
Kedai menjual Turkish Delight yang merupakan manisan tradisional Turki.
Di tengah-tengah İstiklal Street, terdapat sebuah sekolah menengah yang dinamakan Galatasaray High School. Pagar sekolah ini sangat besar dan cantik. Oleh itu, ramai pelancong yang mengambil kesempatan bergambar di sini untuk kenangan.

Pintu pagar Galatasaray High School
Laluan tram berhampiran Galatasaray High School
Hard Rock Cafe Istanbul juga terletak di kawasan İstiklal Street. Namun ia taklah terletak betul-betul di atas jalan ini, sebaliknya di sebuah side alley.

Hard Rock Cafe
Semakin petang menjelang, pengunjung semakin ramai.
Pengunjung dari seluruh dunia dapat dilihat di İstiklal Street.
Kedai Menjual Kebap
Penjual jagung bakar.
Ada banyak side alley di İstiklal Street. Banyak surprise yang menanti kalau kita meninjau ke sana.

Salah sebuah side alley di İstiklal Street.
Banyaknya kucing liar. Kira ada berapa ekor dalam gambar ini..

ÇIÇEK PASAJI

Salah sebuah bangunan yang menarik di İstiklal Street ialah Çiçek Pasaji yang bermaksud Flower Passage. Satu masa dahulu, bangunan ini merupakan Pasar Bunga. Ia kini menempatkan beberapa restoran dan kafe mewah di dalamnya.

Çiçek Pasaji
Pintu masuk ke Çiçek Pasaji yang merupakan sebuah Pasar Bunga pada masa dahulu.
Çiçek Pasaji kini dipenuhi dengan restoran dan kafe mewah.

BALIK PAZARI

Balik Pazari pula adalah pada asalnya sebuah Pasar Ikan. Ikan masih dijual di sini di samping barangan-barangan lain. Namun perkara yang menarik perhatian pengunjung adalah pintu gerbangnya yang dibuat dari besi.


Balik Pazari

AZNAVUR PASAJI 

Arked-arked kecil yang dipanggil Pasaji banyak terdapat di sepanjang İstiklal Street. Disebabkan teruja melihat banyaknya pasaji-pasaji ini, kami membuat keputusan untuk masuk ke dalam salah sebuahnya yang bernama Aznavur Pasaji.

Pemandangan Aznavur Pasaji dari luar
Pemandangan di dalam Aznavur Pasaji
Pelbagai cenderamata dijual di Aznavur Pasaji.

ST. ANTOINE CHURCH 

Gereja St. Antoine adalah gereja Roman Katholik yang terbesar di Istanbul. Terletak di kawasan sibuk İstiklal Street, ia dinamakan sempena St. Anthony of Padua, seorang pendeta Roman Katholik yang dikatakan seorang miracle worker.

Pintu masuk ke Gereja St. Antoine di İstiklal Street
Nama gereja dalam pelbagai bahasa
Bangunan Gereja St. Antoine.
Pintu masuk ke gereja. Gereja ini bebas dikunjungi oleh pelawat.
Patung Pope John XXIII di perkarangan gereja. Dia berceramah di gereja ini selama 10 tahun sewaktu menjadi Vatican Ambassador ke Turki sebelum dilantik menjadi Pope Roman Katholik yang ke-261.
Pope John XXIII fasih berbahasa Turki dan dihormati oleh warga Roman Katholik di Turki sebagai Friend Of The Turkish People.
Pemandangan di dalam gereja
Pengunjung yang tidak bersembahyang di sini hanya dibenarkan masuk sehingga ke sini sahaja.
Votive Altar di mana penganut-penganut Katholik menyalakan lilin untuk bersembahyang.
St. Anthony of Padua.
Stained Glass
Bangunan gereja ini dibina mengikut bentuk salib.
Altar kecil di tepi gereja.
Jesus Christ dan Virgin Mary
Jesus Christ juga dipanggil Isa di Turki
Kotak Pipe Organ di belakang gereja, betul-betul di atas pintu.

PERSEMBAHAN JALANAN

Di sepanjang İstiklal Street juga ada banyak artis-artis jalanan. Sewaktu menonton salah sebuah persembahan jalanan di sini, Myself disapa oleh sekumpulan pelajar wanita Malaysia yang sedang menuntut di Turki. Lupa pulak nak tanya apa course yang mereka ikuti di Turki ni.


Bermain gitar sambil menari
Pemain seruling
Adik kecil bermain accordion untuk mencari rezeki
Tak tahu nama alat muzik ni. Banjo?!
Bermain muzik dengan ditemani seekor kucing.
Persembahan akrobatik
Hercules sedang minum air.
Alat muzik tradisional Switzerland yang dipanggil Alphorn.

BANGUNAN KEDUTAAN

Di İstiklal Street juga terdapat beberapa buah kedutaan negara Eropah. Antaranya adalah kedutaan Belanda, Sweden, Greece dan Russia.


Kedutaan Belanda
Pintu pagar Kedutaan Russia
Pemandangan bangunan Kedutaan Russia dari pintu pagar.
Kedutaan Sweden

DERVISH MUSEUM

Dervish adalah satu fahaman tarikat yang terdapat di Turki. Mereka terkenal dengan tarian berpusing-pusing sebagai cara berzikir untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Tarian ini dinamakan Sema ataupun Whirling Dervish.

Kami tak berkesempatan menonton Tarian Sema ini sewaktu berada di Turki. Jadi kami cukup excited bila bertemu dengan Muzium Dervish ini di İstiklal Street.

Dervish Museum di İstiklal Street
Pintu masuk ke Dervish Museum.
Myself sebenarnya tak berkesempatan masuk ke muzium ini kerana ketika itu telah hampir pukul  6 petang dan Dervish Museum tidak lagi boleh dimasuki pada ketika itu. Disebabkan ingin melihat kehidupan Dervish ini dengan lebih dekat, Husband telah datang lagi ke sini pada keesokan paginya sewaktu Myself pergi berkursus.

Jadi kita tengok gambar-gambar Dervish Museum ini yang diambil oleh Husband..

Lorong masuk ke Dervish Museum
Courtyard Dervish Museum
Satu lagi pemandangan Courtyard Dervish Museum
Sebelum dijadikan muzium, memang ada para Sufi yang tinggal di sini.
Pemandangan di dalam muzium
Satu lagi pemandangan di dalam muzium
Peralatan-peralatan seharian yang digunakan oleh para Sufi.
Serban-serban para Dervish
Tarian Sema ini juga dikenali sebagai Whirling Dervish
Peralatan dapur para Dervish
Gambaran cara Dervish bertafakur. Papan yang ditunjukkan adalah tempat para Dervish berlatih untuk melakukan Tarian Sema.
Muzik para Dervish
Pakaian Dervish
Serban Dervish ini sangat besar. Pasti sangat berat bila dipakai di kepala.
Tempat persembahan Whirling Dervish. Tarian Whirling Dervish diadakan di sini setiap hari Ahad jam 5 petang. Tapi kami tak berkesempatan nak tengok.
Tak dapat tengok Whirling Dervish, dapat tengok tempat dia orang menari pun jadilah.
Tanah perkuburan Dervish
Batu nisan para Dervish yang ditanam di sini juga mempunyai serban.
Makam ketua-ketua Dervish. Makin tinggi pangkat seseorang Dervish, semakin besar serban yang dipakai, termasuklah di makam-makam mereka.

GALATA TOWER 

Kami menyusuri İstiklal Street dari Dervish Museum sehingga sampai ke Galata Tower. Di sini, jalan raya mula menuruni bukit yang sangat curam menuju ke Selat Golden Horn.

Kedai menjual buah-buahan berhampiran Galata Tower.
Hercules mundar-mandir berhampiran Galata Tower.
Sebuah masjid berhampiran Galata Tower
Pintu masuk ke dalam masjid.
Menara Galata didirikan sebagai menara pemerhati kebakaran pada zaman dahulu. Kawasan ini juga pada asalnya didiami oleh masyarakat Eropah yang berasal dari Genoa di Itali.

Galata Tower
Nak jugak bergambar dengan Galata Tower
Pemandangan dekat Galata Tower.
Galata Tower ini dibuka untuk kunjungan orang awam. Walaupun kami tak berminat nak naik ke atasnya, memang ramai pengunjung yang berminat untuk berbuat begitu. Barisan pengunjung yang menunggu giliran untuk masuk juga sangat panjang, berlingkar-lingkar di sekitar menara.

Pengunjung yang sedang berbaris untuk masuk ke Galata Tower
Satu lagi pemandangan Galata Tower dari sudut lain.
Pintu masuk ke Galata Tower terletak di sebelah sini.
Pintu masuk ke Galata Tower
Memandangkan bukit semakin curam selepas Galata Tower, kami membuat keputusan untuk tidak terus berjalan lagi menyusuri İstiklal Street. Memanglah seronok berjalan menurun bukit ni, tapi kenalah juga memikirkan perjalanan balik yang terpaksa mendaki nanti. Bukitnya memang curam, seriously 45 darjah. Kami hanya bersiar-siar di lorong-lorong sekitar Galata Tower sebelum berpatah balik.

Tong-tong gas memasak yang cute untuk jualan dekat Galata Tower.
Kami juga bertemu dengan sebuah synagogue (gereja Yahudi) dekat Galata Tower. Teringin juga nak masuk ke dalam untuk melihat dengan lebih dekat gereja Yahudi ni. Namun begitu, hasrat ini tidak kesampaian sebab pintu synagogue ini tertutup rapat, tak seperti Gereja St. Antoine tadi.

Neve Shalom Synagogue berhampiran Galata Tower.
Pintu synagogue ini tertutup rapat, jadi tak dapatlah kami masuk ke dalam.

MCDONALD'S

Sebelum meninggalkan İstiklal Street, kami singgah di Macdonald's untuk membeli Dinner. Kami tak makan di sini, cuma take-away saja.

Restoran McDonald's di İstiklal Street
Bangunan McDonald's ini terdiri dari beberapa tingkat. Tingkat bawah dikhaskan untuk take-away manakala tingkat atas pula untuk dine-in. Di sini juga tak ada sos cili macam kat Malaysia. Yang ada cuma sos tomato (dipanggil ketchup) dan Mayonaise.

Makanan take-away disediakan di tingkat atas dan dihantar ke bawah menggunakan conveyor belt di belakang sana. Canggih betul!


 Bersambung ke Bahagian 10...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2014):