Tuesday, 5 August 2014

2014 TURKEY BHG. 03 (Military Museum)

Ogos 2014

TURKEY
Istanbul & Sanliurfa

Bahagian 3: Istanbul (3)
ISTANBUL NEW CITY (CUMHURIYET CADDESI & MILITARY MUSEUM)

Part 5: Cumhuriyet Caddesi 

Cumhuriyet Caddesi yang bermaksud Republic Street adalah sebatang jalan utama di Istanbul New City. Ia terletak di hadapan hotel kami dan merupakan salah sebuah jalan utama yang menuju ke Taksim Square.

Laluan pejalan kaki yang luas di Cumhuriyet Caddesi
Pemandangan di Cumhuriyet Caddesi.
Satu lagi pemandangan di Cumhuriyet Caddesi
Penghujung jalan Cumhuriyet Caddesi yang menuju ke Şişli (disebut Sish-ler) dan Nişantaşı (disebut Nishan-tasher).
Convenience Store seperti 7-Eleven tidak wujud di Istanbul. Yang ada hanya kedai-kedai grocery seperti ini yang menjual pelbagai barangan keperluan harian.
Perumahan tentera di Cumhuriyet Caddesi, dekat pintu masuk ke Hotel Hilton Bosphorus.
Restoran Daba ini sering kami kunjungi sewaktu berada di Istanbul. Ia menghidangkan pilihan makanan Turkish dan Pasta.
Pemandangan Hotel Hilton Bosphorus dari Cumhuriyet Caddesi.
Persimpangan masuk ke Hilton Istanbul Bosphorus dari Cumhuriyet Caddesi
Oleh kerana lebih 90% rakyat Turki menganut agama Islam, makanan Halal sangat mudah didapati di sini. Cuma kita terpaksalah sesuaikan tekak kita dengan makanan tempatan yang sebahagian besarnya adalah daging. Hidangan ikan juga boleh didapati dalam masakan tempatan tetapi harganya jauh lebih mahal dari daging.

Dari pengamatan kami juga sepanjang berada selama 15 hari di Istanbul, bilangan penduduknya yang sekular dan yang beramal dengan ajaran Islam agak seimbang. Kesimpulannya, bilangan penduduk Turki yang bertatoo dan minum arak dengan penduduk yang keluar bersolat di masjid setiap waktu memang sama ramai. 

Pemandangan di dalam salah sebuah restoran tempatan yang kami kunjungi.
Arak sentiasa dijual di restoran-restoran di Istanbul. Malah Turki juga mempunyai arak tradisional mereka yang dinamakan Raki.
Pemilik-pemilik restoran selalunya menghidangkan teh Turki yang dinamakan Chay secara percuma sementara menunggu makanan disediakan.
Portion makanan standard yang dihidangkan di restoran-restoran di Istanbul sangat besar dan tak terhabis kalau makan bersendirian. Jadi, untuk mengelakkan pembaziran, kami selalu membeli satu hidangan sahaja secara take-away (istilah yang difahami oleh orang Turki ialah take-out) untuk dibawa balik ke hotel. Makanan ini akan dikongsi berdua dan memang boleh makan sampai kenyang dua orang dengan sebungkus hidangan sahaja.

Contoh hidangan makanan take-away kami. Yang ini adalah Grilled Sea Bass (dipanggil Levrek dalam Bahasa Turki). Walaupun nampak simple, ia sangat sedap.

Part 6: Hilton Istanbul Bosphorus

Hotel penginapan kami, Hilton Istanbul Bosphorus adalah hotel Hilton pertama yang dibina di luar Amerika Syarikat. Ia pernah diduduki oleh pelbagai orang kenamaan dan selebriti seperti Queen Elizabeth, Muhammad Ali, Marilyn Monroe dan ramai lagi. Potret-potret selebriti ini diabadikan oleh pengurusan hotel di kaunter pendaftaran masuk dan seluruh lobi hotel.


Pemandangan dari depan Hilton Istanbul Bosphorus.
Pintu masuk ke lobi hotel
Pintu berpusing automatik untuk masuk ke dalam hotel.
Pemandangan di lobi Hilton Istanbul Bosphorus.
Kaunter pendaftaran Hilton Istanbul Bosphorus
Gambar-gambar orang kenamaan dan selebriti yang pernah menginap di hotel ini diabadikan di belakang kaunter pendaftaran dan seluruh lobi hotel.
Hilton Bosphorus bukanlah satu-satunya hotel Hilton di Istanbul. Terdapat beberapa buah hotel Hilton lain di Istanbul seperti Hilton Bomonti dan Hilton ParkSA. Jadi kalau anda menempah bilik di Hilton Istanbul, pastikan lokasi sebenar hotel anda.

Hilton Bosphorus terletak di atas sebuah bukit yang menghadap ke Selat Bosphorus. Namun bilangan bilik yang menghadap ke Selat Bosphorus agak terhad dan mahal harganya. Bagi kami, cukup sekadar tinggal di Bilik Garden View.


Pemandangan dari balkoni bilik kami .
Satu lagi pemandangan dari bilik kami. Jangan mimpi nak tengok Selat Bosphorus dari sini.
Walaupun bilik kami tak menghadap ke Selat Bosphorus, kami dapat menikmati pemandangan Selat Bosphorus setiap hari sewaktu bersarapan di Restoran Bosphorus Terrace di hotel ini.

Restoran Bosphorus Terrace di Hilton Istanbul Bosphorus.
Pemandangan di Restoran Bosphorus Terrace.
Contoh sarapan pagi kami di Hilton Istanbul Bosphorus. Sosej yang berwarna merah tu adalah Veal Sausage (Sosej Daging Rusa).
Bangga melihat kapal dagang Malaysia lalu di Selat Bosphorus sewaktu bersarapan di sini.
Sesuatu yang tidak kami duga sewaktu menginap di Hilton Istanbul Bosphorus ialah betapa Islamiknya hotel ini. Kita sedia maklum bahawa Turki adalah sebuah negara sekular di mana agama diasingkan dari pemerintahan. Oleh yang demikian, kami agak terperanjat bila mendapati ada sejadah dan petunjuk arah kiblat yang disediakan di bilik penginapan kami. Malah, terdapat sebuah Quran terjemahan yang juga disediakan di setiap bilik. Kalau hotel sebegini di Malaysia, pasti tak ada Quran yang disediakan, sebaliknya hanya Bible yang disimpan dalam laci.

Lif panoramik berdinding kaca untuk ke bilik kami.
Pemandangan satu majlis perkahwinan yang diadakan di Hilton Istanbul Bosphorus dari dalam lif panoramik menuju ke tingkat bilik penginapan kami.
Kami akan melalui pejabat Malaysia Airlines Istanbul yang juga terletak di Hotel Hilton Bosphorus setiap kali keluar-masuk ke bilik kami.
Korridoor di depan bilik penginapan kami.
Quran Terjemahan yang diletakkan dalam laci di tepi katil.
Penunjuk arah kiblat di tepi meja di dalam bilik.
Hilton Istanbul Bosphorus juga mempunyai landskap yang menarik. Hotel ini mempunyai taman dengan jogging track sepanjang 1.5 km dan beberapa kemudahan rekreasi. Di tepi lobi hotel juga terdapat sebuah taman berkonsep Jepun.

Taman Jepun berhampiran lobi Hilton Istanbul Bosphorus.
Taman di belakang hotel yang menghadap ke Selat Bosphorus.
Kawasan kolam renang Hilton Bosphorus
Satu lagi pemandangan kolam renang
Kafetaria di tepi kolam renang
Jogging track di Hilton Bosphorus
Pemandangan bilik kami (tingkat 3) dari Jogging Track Hilton Bosphorus
Oleh kerana Istanbul secara umumnya berbukit-bukau, sebahagian Jogging Track di Hilton Istanbul Bosphorus juga turut mendaki bukit.

Part 7: Nişantaşı

Sewaktu di Istanbul juga kami berpeluang berkunjung ke Nişantaşı (disebut Nishan-tasher) yang merupakan sebuah kawasan membeli-belah yang mewah di Istanbul. Kawasan Nişantaşı ini terletak tidak jauh dari hotel, hanya sekitar 15 minit berjalan kaki ke sana. Di sini terdapat pelbagai jenama butik mewah, seperti di Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

Pemandangan di Nişantaşı
Satu lagi pemandangan di Nişantaşı
Seperti juga di tempat-tempat lain di Istanbul, banyak terdapat kafe-kafe di tepi jalan di Nişantaşı
Di Nişantaşı juga, kami berpeluang berkunjung ke sebuah pusat membeli-belah yang dinamakan City's. Shopping mall City's kecil sahaja, tapi ternyata ia sangat popular dengan penduduk di Istanbul.

City's Mall di Nişantaşı
Pemandangan di dalam City's Mall
Mencuba makanan Cina di Fan Fang Restaurant di City's Mall.

SYURGA KUCING LIAR

Kalau anda pernah berkunjung ke Istanbul, anda pasti perasan yang bandar Istanbul penuh dengan kucing-kucing liar. Mereka terdapat di mana-mana sahaja, termasuklah di perkarangan Hotel Hilton Istanbul Bosphorus.

Kucing liar yang manja di Cumhuriyet Caddesi
Kucing-kucing liar di Istanbul tak pernah kelaparan kerana penduduk Istanbul sentiasa memberikan makanan kepada mereka
Tidak seperti kucing-kucing liar di Malaysia, kucing-kucing liar di Istanbul kelihatan cantik dan sihat. Ini adalah kerana ramai penduduk Istanbul yang bermurah hati memberi makanan kepada kucing-kucing ini.

Taman di Nişantaşı yang penuh dengan kucing liar.
Terpegun melihat berpuluh-puluh ekor kucing liar yang hidup aman damai di taman ini.
Bekas-bekas makanan kucing yang diletakkan di tepi jalan oleh penduduk-penduduk yang perihatin adalah pemandangan biasa di Istanbul.
Pelbagai generasi kucing di Nişantaşı

Part 8: Military Museum

Military Museum terletak berhampiran Hotel Hilton Istanbul Bosphorus. Disebabkan kedudukannya yang begitu hampir dengan hotel, kami tidak melepaskan peluang berkunjung ke sana pada suatu petang Rabu.

Pintu masuk ke Military Museum
Bergambar kenangan di hadapan bangunan Military Museum
Pintu masuk sebenar ke Military Museum
Tujuan kami ke sini adalah sebenarnya untuk menonton Mehter Concert yang merupakan pertunjukan band tentera Ottoman yang diadakan di muzium ini pada pukul 3 petang setiap hari, kecuali hari Isnin dan Selasa.

Arah ke Mehter Concert

MEHTER CONCERT

Pertunjukan Mehter Concert diadakan di sebuah auditorium di muzium ini. Ia sangat menarik dan memang Myself recommend anda melihat pertunjukan ini kalau berkesempatan berkunjung ke Istanbul.


Auditorium tempat persembahan Mehter Concert
Bersedia untuk menyaksikan Mehter Concert.
Mehter Concert dimulakan dengan persembahan video ringkas mengenai Mehter Band, pancaragam tentera yang pertama di dunia. Konsep Mehter ini kemudiannya telah diadaptasi oleh pemerintah-pemerintah Eropah seperti Napoleon Bonaparte.
Pertunjukan Mehter Concert dimulakan dengan sebuah video ringkas mengenai Mehter Band yang merupakan pancaragam tentera yang pertama di dunia. Ia ditubuhkan oleh Kerajaan Ottoman pada masa dahulu bertujuan untuk menaikkan semangat tentera-tentera yang bertempur untuk menawan bandar Constantinople (nama lama Istanbul) dari tentera Kristian Byzantine.

Persembahan Mehter Concert dimulakan bila dinding di belakang skrin video dibuka.
Pasukan Mehter sedang berjalan masuk ke dalam auditorium dari luar bangunan dengan begitu segak sekali.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari video penerangan tadi, pasukan Mehter ini akan berarak ke seluruh kota dengan memainkan muzik kemenangan perang selepas tentera Ottoman berjaya menawan sesuatu kawasan.
Perarakan masuk Pasukan Mehter ke dalam Auditorium.
Muzik yang dimainkan dalam Mehter Concert ini  benar-benar membakar semangat.
Kostum Ottoman yang dipakai Pasukan Mehter juga sangat menarik.
Terbayang suasana sewaktu penaklukan kota Constantinople oleh Tentera Islam dari Tentera Kristian Byzantine pada masa dahulu sewaktu menonton Mehter Concert.
Muzik yang dimainkan dengan peralatan gendang, oboe dan cymbal disertai dengan laungan-laungan yang membesarkan Allah swt benar-benar meremangkan bulu roma. Anda dapat merasakan sedikit suasana perang pada zaman pengembangan Islam dahulu dengan menyaksikan pertunjukan ini.

Di akhir pertunjukan, penonton-penonton diberi peluang untuk bergambar dengan sebahagian pasukan Mehter Concert untuk kenangan.

Penonton-penonton tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Pasukan Mehter selepas persembahan tamat.
Inilah pertama kali Myself melihat tentera berpakaian baju besi dengan begitu dekat. Memang gagah tentera dahulu sebab baju besi ini kelihatan sangat berat.
Husband bergambar dengan Pembawa Panji Mehter.
Memang benar kata-kata Ataturk: Nations who are unaware of their history are obliged to die out.

PAMERAN MILITARY MUSEUM 

Walaupun Military Museum sangat menarik, ia tidak ada dalam kebanyakan agenda program-program lawatan pakej pelancongan ke Istanbul. Bagi Myself, ini satu kerugian kerana banyak pengetahuan tentang kegemilangan tentera Islam menentang tentera Byzantine pada masa dahulu dapat dilihat di sini.


Diorama yang menarik tentang penaklukan Kota Constantinople oleh tentera Ottoman pada masa dahulu.
Suasana perang yang ditunjukkan dengan begitu detail di Military Museum.
Model tembok pertahanan yang didirikan di Istanbul Lama
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Kota Constantinople akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah pimpinannya adalah sebaik-baik pasukan". Pemimpin yang dimaksudkan oleh Rasullullah SAW ialah Sultan Mehmed II yang mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik & menguasai 6 bahasa sewaktu berumur 21 tahun.

Sultan Mehmed II - Penakluk Constantinople
Kota dengan benteng setebal 10m memang sukar ditembus, selain parit selebar 7m yang dibina di sisi luar benteng. Selat sempit Golden Horn pula dilindungi dengan rantai besar hingga kapal perang berukuran kecil sekalipun tak dapat melewatinya.

Rantai besar yang dipasang oleh Tentera Byzantine di Selat Golden Horn untuk menghalang kemasukan musuh ke Constantinople.
Akhirnya Sultan Mehmed II memerintahkan supaya dipindahkan kapal-kapal melalui darat untuk menghindari rantai penghalang. Kapal-kapal ini dipindahkan dengan menggelongsor mereka di atas batang-batang kayu yang disalut dengan minyak. Hanya dalam tempoh semalaman, lebih 70 buah kapal dapat memasuki wilayah selat Golden Horn dari arah belakang yang tidak dijangka oleh Tentera Byzantine.

Model rantai yang dipasang di Selat Golden Horn oleh Tentera Kristian Byzantine untuk mengelak kemasukan musuh.
Constantinople akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam. Penduduk kota berbondong-bondong berkumpul di Hagia Sophia, dan Sultan Mehmed II memberi jaminan perlindungan kepada semua penduduk, siapapun, baik Islam, Yahudi ataupun Kristian. Hagia Sophia akhirnya dijadikan masjid dan gereja-gereja lain ditetapkan sebagaimana fungsinya bagi penganutnya. 

Selain sejarah penaklukan Constantinople oleh Tentera Islam Ottoman, Military Museum juga turut mempamerkan sejarah ketenteraan moden Turki. Antara yang menarik perhatian kami ialah model Kelas Tentera yang disertai oleh Bapa Kemerdekaan Turki, Mustafa Kemal Ataturk.

Model kelas tentera yang diikuti oleh Mustafa Kemal Ataturk - pandangan dari hadapan.
Model kelas tentera yang diikuti oleh Mustafa Kemal Ataturk - pandangan dari belakang.
Kurikulum tentera yang diikuti oleh Mustafa Kemal Ataturk dalam pengajiannya.
Berbagai peralatan perang juga turut dipamerkan di Military Museum, dari peralatan dahulukala sehinggalah kepada peralatan perang yang moden.

Pameran meriam
Pameran pelana kuda perang
Senapang-senapang yang digunakan dalam Perang Dunia Pertama.
Galeri potret pemimpin-pemimpin perang Turki
Di luar bangunan muzium pula, dapat dilihat kenderaan perang yang digunakan oleh tentera moden kini seperti jet pejuang dan kereta perisai.

Pelancar roket yang digunakan dalam Perang Dunia Pertama
Model Jet Pejuang
Model Kereta Perisai.
Ottoman Coat of Arms


Bersambung ke Bahagian 4..

CATATAN PERJALANAN TURKEY (2014):