Saturday, 16 August 2014

2014 TURKEY BHG. 14 (Circle Istanbul 1)

Ogos 2014

TURKEY
Istanbul & Sanliurfa

Bahagian 14: Circle Istanbul Tour (1)
ÜSKÜDAR, BOMONTI FLEA MARKET & BEŞIKTAŞ


Part 42: Circle Istanbul Tour 

Pada hari terakhir kami berada di Istanbul, Myself dan Husband telah mengikuti satu program Walking Tour yang dinamakan Circle Istanbul Tour. Tour Program ini agak unik kerana ia tidak membawa pelancong seperti kami ke tempat-tempat tarikan pelancong seperti Hagia Sophia dan sebagainya, ia sebaliknya membawa kami meninjau kehidupan sebenar penduduk di Istanbul. Sebahagian besar Tour Program ini juga dibuat dengan berjalan kaki, namun dengan walking pace yang sangat relax sehingga ia boleh diikuti oleh sesiapa juga dari pelbagai peringkat umur - dari orang tua sehinggalah kepada kanak-kanak.

Circle Istanbul Tour juga diadakan cuma pada hari-hari tertentu. Bilangan ahli kumpulan juga ditetapkan tidak lebih dari 10 orang pada setiap masa.

Circle Istanbul Tour yang kami ikuti terdiri dari 10 orang ahli dari 3 keluarga: Myself dan Husband dari Malaysia, keluarga Chown dari England yang terdiri dari 4 orang sekeluarga dan keluarga Puan Juliana dari Singapura yang juga terdiri dari 4 orang sekeluarga. Seperti kami, keluarga Chown juga menginap di Hilton Istanbul Bosphorus manakala keluarga Puan Juliana pula menginap di Hotel Grand Hyatt. Tour Guide kami dalam Circle Istanbul Tour ini adalah Özcan (disebut Oz-jahn).

Tour Guide kami dalam Circle Istanbul Tour, Özcan.

Part 43: Eyüp 

Circle Istanbul Tour tidak mempunyai itinerari perjalanan yang tetap. Tour ini dibuat mengikut kesesuaian masa dan tempat, namun konsepnya adalah membawa pelancong yang mengikut program ini mengelilingi Istanbul untuk memahami cara hidup penduduk tempatan.

Pada hari ini, Özcan sebenarnya bercadang untuk membawa kami menikmati pemandangan bandaraya Istanbul dari Pierre Lotti Hill. Tapi dia tak bercadang membawa kami mengikut laluan yang biasa digunakan oleh pelancong. Sebaliknya, dia membawa kami ke sana menerusi sebuah kawasan kediaman yang dinamakan Eyüp. 

Eyüp dinamakan sempena seorang sahabat Nabi Muhammad saw bernama Abu Ayyub Al-Ansari. Abu Ayyub adalah orang yang menumpangkan Nabi Muhammad sewaktu beliau mula berhijrah ke Madinah dari Makkah. Nabi telah tinggal bersama Abu Ayyub selama 7 bulan ketika itu.

Abu Ayyub datang ke Istanbul sewaktu cubaan pertama tentera Muslim untuk menakluk Constantinople di bawah pemerintahan Khalifah Umayyah yang pertama, Khalifah Muawiyah I. Cubaan ini gagal kerana berjaya dipatahkan oleh pemerintah Kristian Byzantine ketika itu, Emperor Constantine IV. Abu Ayyub meninggal dunia di Istanbul (tak pasti sama ada terkorban ketika perang atau kerana sebab lain). Dia dikebumikan di Istanbul atas wasiatnya sendiri dan kawasan di mana beliau dimakamkan kini dinamakan Eyüp, sempena nama beliau.


Pemandangan di Eyüp
Satu lagi pemandangan di Eyüp
Hasrat Özcan untuk membawa kami ke Pierre Lotti Hill menerusi Eyüp walau bagaimanapun tidak kesampaian. Oleh kerana hari itu adalah hari Ahad yang merupakan hari kelepasan am di Turki, jalan-jalan sempit di kawasan kediaman di Eyüp dipenuhi dengan kenderaan penduduk yang diletakkan di tepi-tepi jalan sehingga menyebabkan van yang kami naiki tidak dapat melepasi kawasan tersebut.

Kawasan perumahan Eyüp yang kami lalui untuk menuju ke Pierre Lotti Hill
Van kami tersekat di sini kerana terdapat banyak kereta yang diletakkan di tepi jalan.
Pemandangan sewaktu van berpatah balik.

Part 44: Feri ke Üsküdar 

Disebabkan kami tak dapat meneruskan perjalanan ke Pierre Lotti Hill seperti yang dirancangkan, Özcan membawa kami ke Üsküdar yang terletak di Istanbul Asia. Kami dibawa ke sana dari jeti di Eminönü, menggunakan feri yang digunakan oleh orang tempatan untuk berulang-alik.

Pemandangan berhampiran Jeti Eminönü
Feri kenderaan yang digunakan oleh orang tempatan untuk berulang-alik di antara Istanbul Eropah dan Istanbul Asia di Jeti Eminönü
Berjalan di Jeti Eminönü untuk mendapatkan feri ke Üsküdar yang terletak di Istanbul Asia.
Pemandangan jeti feri ke Üsküdar di Eminönü
Pemandangan dekat feri ke Üsküdar
Pemandangan di dalam feri.
Özcan membawa kami duduk di bahagian feri yang terbuka sepanjang perjalanan ke Üsküdar bagi membolehkan kami menikmati pemandangan yang menarik.

Ruang terbuka feri
Pemandangan di Jeti Eminönü sewaktu feri berlepas ke Üsküdar
Pemandangan Selat Bosphorus dalam perjalanan ke Üsküdar
Özcan memberi penerangan tentang tempat-tempat yang kami lalui.
Dalam perjalanan ke Üsküdar, kami melalui Terminal Kontena Kedua bagi Pelabuhan Istanbul. Terminal Kontena Pertama terletak berhampiran Ataturk Airport.

Kami juga dapat melihat silo-silo simpanan gandum di sini. Menurut Özcan, silo-silo ini kosong kerana satu masa dahulu, Turki mengeksport gandum ke luar negara. Namun kini, penghasilan gandum Turki hanya cukup untuk kegunaan dalam negara. Oleh yang demikian, silo-silo ini tidak lagi berfungsi sepertimana sepatutnya.


Pelabuhan Kontena Kedua bagi Istanbul
Silo-silo simpanan gandum yang kini tidak lagi digunakan.
Sewaktu feri hampir tiba di Üsküdar, kami dapat melihat sebuah stesen keretapi yang cantik yang dinamakan Haydarpaşa Terminal. Stesen ini sedang diubahsuai untuk menjadi stesen akhir bagi perkhidmatan keretapi laju di antara Istanbul dan Ankara.

Haydarpaşa Terminal di Istanbul Asia.
Haydarpaşa Terminal sedang diubahsuai untuk menjadi perhentian akhir bagi perkhidmatan keretapi laju antara Istanbul dan Ankara yang sedang dalam pembinaan.
Feri ke Princes Islands yang sarat dengan penumpang. Princes Islands adalah gugusan pulau peranginan yang terletak berhampiran dengan Istanbul. Ia sangat popular dengan pelancong tempatan dan pelancong asing.
Menuruni feri sewaktu tiba di Üsküdar.
Terminal Feri di Üsküdar.
Pemandangan terminal feri dari luar.

Part 45: Üsküdar

Tiba di Üsküdar, Özcan membawa kami melawat ke sebuah pasar tempatan. Pasar ini menjual pelbagai bahan makanan basah. Özcan juga memperkenalkan kami dengan snek-snek tempatan yang Myself dah lupa namanya.

Berjalan menuju ke Pasar Üsküdar
Pemandangan di Pasar Üsküdar.
Banyak ikan segar dijual di Pasar Üsküdar. Ikan-ikan ini dijual dengan insangnya sengaja dibuka untuk tatapan umum. Insang yang merah menunjukkan ikan ini masih segar.

Penjual ikan di Pasar Üsküdar. Insang-insang ikan dibuka untuk menunjukkan kesegaran ikan kepada pembeli.
Pelbagai jenis buah zaitun yang dijual di Pasar Üsküdar.
Özcan membawa kami singgah di Arzum Şarküteri, sebuah kedai yang menjual snek tempatan. Di sini, kami berpeluang membuat food sampling keju dan daging salai.

Arzum Şarküteri.
Pemandangan di dalam Arzum Şarküteri
Kulit kambing yang digunakan untuk menapai keju.
Minyak zaitun
Food Sampling - daging salai dan buah zaitun
Food Sampling - keju
Daun anggur yang dibuat jeruk
Lagi pemandangan di Pasar Üsküdar
Kedai menjual ikan.
Pekerja-pekerja sedang mengangkut ikan.
Menurut Özcan, penjual-penjual ikan yang asal di sini adalah berketurunan Greek dan menganut agama Kristian. Namun begitu, kawasan ini kini tidak hanya diduduki oleh orang-orang berketurunan Greek. Selain penduduk berketurunan Turki, kawasan ini juga didiami penduduk berketurunan Armenia.

Gereja Armenia di Üsküdar.
Dinding Gereja Armenian di sini kelihatan seperti baru dicat. Kami diberitahu kawasan Üsküdar juga menjadi tumpuan golongan gay dan lesbian di Istanbul dan dinding Gereja Armenian di sini sering dilukis dengan graffiti yang mencerca golongan tersebut. Namun begitu, pihak gereja begitu sabar mengecat kembali tembok mereka setiap kali graffiti dilukis di sini.

Burung camar berterbangan dekat Gereja Armenian di Üsküdar.
Pengalaman seterusnya ialah minum Turkish Coffee. Walaupun Turkish Coffee adalah minuman yang terkenal di negara ini, biji kopi tidak ditanam di Turki. Ia diimport dari negara luar. Namun demikian, orang Turki telah mencipta cara mereka sendiri untuk membancuh kopi dan inilah yang dinamakan Turkish Coffee.

Turkish Coffee sangat pekat.  Gula boleh ditambah ke dalam kopi, tetapi ia tidak diminum bersama susu. Sisa kopi yang tinggal di dalam cawan juga dikatakan boleh digunakan untuk menilik nasib seseorang.


Kedai kopi tradisional Turki
Özcan memberi penerangan tentang Turkish Coffee
Melihat cara Turkish Coffee disediakan.
Turkish Coffee yang sangat pekat.
Kopi dimasak di atas bara api. Serbuk kopi juga dituang ke atas bara yang digunakan untuk memasak kopi.
Kopi sedang dituang ke dalam cawan.
Cawan Turkish Coffee sangat kecil.
Menikmati Turkish Coffee di Üsküdar
Börek yang dihidang bersama Turkish Coffee.
Serbuk kopi yang tinggal selepas air kopi habis diminum.
Mengikut kepercayaan Orang Turki, masa depan seseorang boleh diramal dari bentuk serbuk kopi yang tinggal.
Selepas minum kopi, kami meneruskan pengembaraan kami di Üsküdar dengan berjalan kaki.

Meneruskan pengembaraan di Üsküdar
Lukisan graffiti banyak ditemui di kawasan-kawasan perumahan di Istanbul.
Seperti juga di tempat-tempat lain di Istanbul, ada banyak kucing dan anjing liar di Üsküdar. Özcan memberitahu kami yang penduduk Istanbul memang sayangkan kucing. Beliau sendiri memelihara 10 ekor kucing di rumah, namun seperti penduduk Istanbul tipikal yang lain, setiap tahun beliau akan membawa 3 ekor kucing liar berjumpa doktor haiwan untuk dikasi.

Kucing liar yang gemuk dan sihat di Üsküdar.
Menurut Özcan, Dewan Bandaraya Istanbul memang menggalakkan penduduknya berbakti kepada kucing dan anjing liar. Penduduk-penduduk Istanbul yang mengambil kucing ataupun anjing liar untuk dibela diberi insentif seperti kos rawatan percuma dan makanan haiwan pada harga diskaun untuk binatang tersebut.

Özcan bercerita tentang insentif yang diberikan oleh Kerajaan untuk penduduk yang berbakti kepada kucing liar.
Pokok Basil banyak ditanam penduduk Istanbul dalam pasu berhampiran rumah kediaman mereka.
Banyak sungguh graffiti di Istanbul.
Sebelum meninggalkan Üsküdar, Özcan membawa kami ke sebuah bazaar buku yang bernama Akmar Pasaji. Banyak buku second-hand dijual di sini, yang sebahagian besarnya ditulis dalam Bahasa Turki.

Akmar Pasaji
Pemandangan di dalam Akmar Pasaji
Buku-buku ilmiah yang ditulis dalam Bahasa Turki.

Part 46: Kembali Ke Eropah

Selepas dah puas menjelajah Üsküdar, Özcan membawa kami menaiki feri kembali ke Istanbul Eropah. Kami pulang ke Eropah dari Terminal Feri di
Kadıköy.

Menyeberang jalan untuk ke Terminal Feri Kadıköy di Istanbul Asia.
Pemandangan berhampiran Terminal Feri Kadıköy
Menaiki Feri untuk kembali ke Istanbul Eropah.
Pemandangan dari dalam feri
Pemecah ombak di Selat Bosphorus.
Pemandangan Old Istanbul dari dalam Feri.
Melintasi Maiden Tower dalam perjalanan pulang dari Asia ke Eropah.
Di Istanbul Eropah, feri kami berlabuh di Beşiktaş (disebut Bey-shik-tash).

Beşiktaş
Terminal Feri di Beşiktaş.
Feri berlabuh di Beşiktaş.
Dari Beşiktaş, kami dibawa menaiki van ke Bomonti Flea Market. Banyak barang lama yang dijual di Bomonti Flea Market ini. Kalaulah anda adalah seorang interior designer, pasti anda boleh gila melihat barang-barang yang dijual di sini. 

Bomonti Flea Market
Pemandangan di dalam Bomonti Flea Market
Kami dinasihatkan supaya berhati-hati di sini kerana di sini ada ramai penjual berketurunan Gipsi yang terkenal dengan tipu daya mereka.
Speaker lama yang dijual di Bomonti Flea Market
Barang-barang lama yang dijual di Bomonti Flea Market sangat menarik.
Banyaknya kamera dan aksesori-aksesori kamera lama yang dijual.
Di Bomonti Flea Market juga, kami berpeluang makan pancake yang sangat sedap. Pancake ini dibuat fresh oleh sekumpulan Makcik Turki yang membuka gerai di sini.

Menguli roti untuk dibuat pancake.
Memasak pancake di Bomonti Flea Market.
Pancake yang sangat sedap. Masih tak lupa kesedapannya sehingga sekarang.
Gerai-gerai di bahagian luar Bomonti Flea Market.
Bangunan-bangunan moden berhampiran Bomonti Flea Market.

Part 47: Beşiktaş 

Selepas Bomonti Flea Market, Özcan membawa kami ke sebuah kawasan perumahan yang terletak di atas sebuah bukit di Beşiktaş. Kawasan ini didiami oleh penduduk dari kelas sederhana dan miskin di Istanbul. Menurut Özcan, dia sengaja membawa kami ke sini kerana pemandangan dari kawasan ini sangat cantik.

Kawasan perumahan penduduk kelas sederhana di atas bukit di Beşiktaş.
Rumah penduduk miskin di Beşiktaş.
Pulau buatan manusia, Galatasaray Island dapat dilihat dengan jelas dari kawasan perumahan di atas bukit di Beşiktaş.
Satu lagi pemandangan indah dari kawasan perumahan di atas bukit di Beşiktaş.
Berjalan di kawasan perumahan di atas bukit di Beşiktaş.
Pokok fig di kawasan perumahan di atas bukit di Beşiktaş.
Tempat membakar roti untuk kegunaan umum penduduk di sini.
Özcan kemudiannya membawa kami turun dari kawasan perumahan di atas bukit ini menggunakan tangga. Untuk sampai ke tangga ini, kami terpaksa melalui lorong-lorong sempit di tepi rumah yang mengingatkan kami kepada kawasan setinggan di Malaysia.

Melalui lorong-lorong sempit di tepi rumah untuk mendapatkan tangga.
Tangga ini digunakan oleh penduduk tempatan untuk berulang-alik ke jeti yang terletak di tepi laut.
Lorong sempit di kawasan perumahan di Beşiktaş.
Satu lagi tangga yang perlu kami turuni. Banyak sungguh bukit di Istanbul ni. Rasa-rasanya tak ada satu pun kawasan di Istanbul yang tidak berbukit.
Holy Cross Armenian Church yang terletak di kaki tangga.
Holy Cross Armenian Church.
Pintu masuk ke Holy Cross Armenian Church.
Rancangan seterusnya ialah menaiki Bosphorus Cruise dari Terminal Feri di Ortaköy. Terminal ini terletak walking distance dari tangga yang kami turuni tadi. Sebelum itu, kami singgah dulu di sebuah tandas awam yang sangat moden dan canggih.

Tandas moden yang canggih di Ortaköy.
Untuk masuk ke tandas, perlu membayar 1 Lira (RM2) di turnstile yang diletakkan di pintu masuk.
Padang permainan di hadapan tandas moden di Ortaköy.


Bersambung ke Bahagian 15...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2014):