Monday, 4 August 2014

2014 TURKEY BHG. 02 (Big Bus Tour)

Ogos 2014

TURKEY
Istanbul & Sanliurfa

Bahagian 2: Istanbul (2)
TAKSIM & BIG BUS TOUR (RED LINE)

Part 2: Istanbul Sepintas Lalu

Tidak dinafikan Istanbul adalah sebuah bandaraya yang menarik untuk dilawati. Namun disebabkan kehadiran Myself ke sini adalah untuk berkursus, kesempatan untuk melawat ke tempat-tempat yang menarik sangat terhad walaupun kami berpeluang tinggal di sini selama 2 minggu.

Bandaraya Istanbul unik kerana ia adalah satu-satunya bandaraya yang terletak di 2 benua: Eropah dan Asia. Istanbul Eropah secara umumnya lebih sibuk berbanding Istanbul Asia kerana di sinilah letaknya pusat komersil bandaraya ini. Kawasan-kawasan bersejarah Istanbul juga bertumpu di Istanbul Eropah. Istanbul Asia pula lebih tenang berbanding Istanbul Eropah kerana dipenuhi kawasan-kawasan kediaman.

Istanbul Eropah secara umumnya terbahagi kepada 4 kawasan utama: New City, Old City, Bazzar dan Golden Horn. Hotel kami, Hilton Istanbul Bosphorus terletak di New City, pusat komersil Istanbul yang terletak di antara 2 buah selat: Bosphorus dan Golden Horn. Selat Bosphorus membahagikan Istanbul kepada 2 benua: Eropah dan Asia manakala Selat Golden Horn pula membahagi Istanbul Eropah kepada Istanbul Baru dan Istanbul Lama.

Peta Istanbul secara umum

Part 3: Taksim

Tempat pertama yang kami kunjungi di Istanbul ialah Dataran Taksim (Taksim Square) yang terletak 10 minit berjalan kaki dari hotel. Dataran Taksim ini bolehlah diibaratkan seperti Dataran Merdeka di Kuala Lumpur. Cuma bezanya Dataran ini adalah sebuah lapangan konkrit yang besar berbanding Dataran Merdeka yang dipenuhi rumput hijau.

Berkunjung ke sini juga mengingatkan Myself kepada Dataran Tahrir di Cairo, Egypt. Seperti juga Dataran Tahrir, Dataran Taksim juga adalah sebuah roundabout yang sangat besar dan banyak jalan utama di Istanbul yang bertumpu di sini.

Pemandangan Taksim Square dengan mercu tanda utamanya, Republic Monument.
Perhentian Teksi berhampiran Taksim Square.
Tram merah yang bersejarah ini membawa penumpang dari Taksim Square ke Istiklal Avenue yang berhampiran.
Terdapat banyak restoran makanan segera dan makanan tradisional Turki di sekitar Dataran Taksim.
Di tengah-tengah Dataran Taksim, ada sebuah tugu yang dinamakan Republic Memorial yang diabadikan untuk memperingati Bapa Kemerdekaan Turki, Mustafa Kemal Ataturk. Pada satu arah, Ataturk diabadikan pada tugu ini sebagai seorang jeneral tentera yang mengetuai Perang Kemerdekaan Turki pada tahun 1920.

Pada arah ini, patung Mustafa Kemal Ataturk pada Republic Monument digambarkan sebagai seorang pemimpin perang.
Pada arah yang lain pula, Ataturk digambarkan sebagai seorang pemimpin rakyat kepada penduduk-penduduk Turki yang terdiri dari petani, pekerja dan orang kebanyakan.

Ataturk digambarkan sebagai seorang pemimpin rakyat pada arah ini.
Berdekatan dengan Taksim Square, terdapat sebuah taman awam yang bernama Gezi Park. Taman ini sentiasa penuh dengan pengunjung dan pelancong yang datang untuk berehat-rehat di sini. Pada tahun 2013, di sini jugalah berlangsung sebuah demonstrasi besar-besaran oleh penduduk Istanbul yang menentang cadangan kerajaan untuk membangunkan taman tersebut menjadi sebuah shopping mall.

Gezi Park berhampiran Taksim Square. Pada tahun 2013, berlaku sebuah demonstrasi besar-besaran di sini untuk menentang cadangan Kerajaan membangunkan sebuah pusat membeli-belah di sini.
Jika berkunjung ke kawasan Taksim ini, kami sering makan di sebuah restoran bernama Bambi Cafe.

Restoran Bambi Cafe berhampiran Dataran Taksim.
Restoran-restoran di Istanbul juga selalunya turut mempunyai menu versi Bahasa Inggeris untuk kemudahan pelancong.

Part 4: Big Bus Tour  

Pada hari pertama di Istanbul, kami mengikut lawatan Big Bus Tour mengelilingi Istanbul. Konsep Big Bus Tour adalah Hop-On Hop-Off. Dengan menggunakan tiket yang sama untuk tempoh 24 ataupun 48 jam, kita boleh mengelilingi kota Istanbul dan berhenti di mana-mana persinggahan dalam laluan Big Bus ini. Dataran Taksim adalah salah sebuah persinggahan Big Bus Tour.


Pejabat Tiket Big Bus Tour di Dataran Taksim
Terdapat dua laluan Big Bus: Red Line dan Blue Line. Hanya Red Line sahaja yang melalui Dataran Taksim. Ada beberapa persinggahan yang dilalui oleh kedua-dua Red Line dan Blue Line di mana anda boleh membuat pertukaran bas di sana. Antara persinggahan yang paling popular untuk pertukaran Red Line dan Blue Line ialah Dataran Sultanahmet di mana terletaknya mercu tanda Istanbul yang terkenal seperti Hagia Sophia, Blue Mosque dan Basilica Cistern.

Tiket Big Bus Tour bagi tempoh lawatan 24 jam berharga 30 Euro manakala tiket lawatan 48 jam pula berharga 35 Euro. Disebabkan tujuan kami hanya nak mendapatkan gambaran keseluruhan kota Istanbul, kami hanya membeli tiket 24 jam dan mengikut Red Bus Line tanpa berhenti di mana-mana persinggahan.


Bergambar kenangan dalam Big Bus Istanbul
Pemandangan sekitar kawasan komersil Taksim dari Big Bus
Gezi Park berhampiran Taksim Square.
Terowong kenderaan di bawah Dataran Taksim
Pemandangan di dalam terowong di bawah Dataran Taksim.
Sebuah masjid kecil di daerah Beyoğlu, selepas melepasi terowong di Dataran Taksim
Daerah Beyoğlu (disebut BAY-oh-loo) di Istanbul.
Pemandangan Selat Golden Horn dari daerah Beyoğlu
Golden Horn ialah sebuah selat kecil di Istanbul Eropah. Ia membahagikan Istanbul Eropah kepada 2 bahagian: Old City dan New City. Dataran Taksim terletak di New City.

Salah sebuah dari jambatan yang merentangi Golden Horn yang memisahkan Istanbul Baru dan Istanbul Lama. Istanbul Lama yang bersejarah terletak di seberang sana jambatan di dalam gambar ini.
Jambatan yang mempunyai rekabentuk yang moden ini adalah jambatan ketiga dan yang terbaru dibina merentasi Golden Horn.
Memancing adalah antara hobi yang paling popular di Istanbul. Anda dapat melihat penduduk-penduduk Istanbul memancing ikan di mana-mana sahaja di kota ini.
Selepas menyeberang Golden Horn, bas kami tiba di Old Istanbul yang merupakan pusat sejarah kota ini. Bas kami menyusuri sepanjang persisiran pantai menuju ke Dataran Sultanahmet.

Pemandangan kota lama Istanbul.
Menuju ke Dataran Sultanahmet di Old Istanbul.
New Mosque dan Spice Market di Eminönü.
Jambatan Galata di Eminönü.
Tembok kota lama Istanbul yang masih berdiri utuh di Old Istanbul
Satu lagi pemandangan tembok kota lama Istanbul.
Kawasan tumpuan utama pelancong di Old Istanbul ialah Dataran Sultanahmet. Di sinilah letaknya mercu utama kota lama Istanbul: Hagia Sophia dan Blue Mosque. Kawasan ini sangat sibuk dengan pelancong. Namun begitu disebabkan kami telah membuat aturan untuk mengikut satu Group Tour ke sini pada penghujung minggu akan datang, kami hanya memerhatikan Hagia Sophia dan Blue Mosque dari luar sahaja.

Dataran Sultanahmet di Old Istanbul
Pemandangan Masjid Biru dari Dataran Sultanahmet
Perhentian Big Bus di Dataran Sultanahmet
Pemandangan Haghia Sophia dari Dataran Sultanahmet
Perhentian Tram di Dataran Sultanahmet
Pemandangan sebahagian kota lama berhampiran Dataran Sultanahmet
Perjalanan Big Bus diteruskan lagi menuju ke Istanbul Asia. Untuk ke sana, Big Bus kembali semula ke Istanbul New City untuk mendapatkan Jambatan Bosphorus yang menghubungkan Istanbul Asia dan Istanbul Eropah.

Poster kempen pilihanraya Presiden Turki terdapat di mana-mana sahaja ketika itu.
Pemandangan Jambatan Bosphorus dari Istanbul Eropah.
Melintasi Jambatan Bosphorus dari Eropah ke Asia.
Pemandangan di atas Jambatan Bosphorus.
Plaza Tol di penghujung Jambatan Bosphorus di sebelah Asia.
Pemandangan di Istanbul Asia.
Big Bus hanya membuat persinggahan di Beylerbeyi Palace di sebelah Asia
Selepas membuat persinggahan di Beylerbeyi Palace di sebelah Asia, Big Bus bergerak kembali ke Istanbul Eropah.

Pemandangan Selat Bosphorus dari Jambatan Bosphorus.
Pulang ke Istanbul Eropah.
Welcome To Europe.
Kami mengikut Big Bus Tour ini sehinggalah ia kembali ke Taksim.

Pulang ke Taksim.
Pemandangan berhampiran Hotel Hilton Istanbul Bosphorus


Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2014):