Ogos 2020
KEDAH, MALAYSIA
Alor Setar
Bahagian 4: Alor Setar 2
MENARA ALOR SETAR 2
HARI PERTAMA (3)
Part 6: Star View @ Menara Alor Setar
Pemandangan di Deck Pemerhatian di Aras 5 Menara Alor Star yang dinamakan Star View memang mengkagumkan. Jujur Myself katakan, Myself tak pernah menyangka yang kota Alor Setar adalah sebuah kota yang indah.
|
Deck Pemerhatian Terbuka di Aras 5, Menara Alor Setar |
|
Pemandangan indah menghala ke Gunung Keriang |
|
Sungai Kedah |
|
Tanjung Chali |
|
Royale Signature Hotel |
|
Keindahan Gunung Keriang |
|
Amansuri Residences |
|
Kawasan pergunungan |
|
Gunung Jerai kot? |
|
Peralatan telekomunikasi |
Di penjuru-penjuru yang tertentu ada disediakan kotak-kotak berlantai kaca untuk menikmati pemandangan yang tiada tandingan.
|
Kotak-kotak pemerhatian yang berlantai kaca |
|
Kenangan bersama Petugas Menara |
|
Jom kita tengok bagaimana suasana di dalam kotak kaca ini... |
|
Beginilah suasana di dalamnya. Kena buka kasut kalau nak berdiri di atas lantai kaca ini. |
Sekarang mari kita cuba identify beberapa bangunan menarik yang dapat dilihat dari Menara ini...
|
Bangunan yang berwarna-warni itu adalah Jabatan Kerja Raya |
|
Istana Kuning |
|
Masjid Zahir dan Medan Bandar Alor Setar |
|
Masjid Al-Ghufran |
|
Rumah Api Tanjung Chali |
|
Stadium Darul Aman |
|
Wat Nikrodharam |
Angin yang bertiup di atas menara ini juga cukup kuat. Macam kita pun boleh terbang dibuatnya.
|
Angin bertiup cukup kuat di sini |
|
Kapalterbang |
|
Terbang di atas menara |
Kami terus menunggu sehingga matahari terbenam. Walau cuaca sedikit mendung ketika itu, pemandangan mentari terbenam yang dilihat benar-benar mengkagumkan. Betapa indahnya ciptaan Tuhan untuk dinikmati oleh manusia.
Pemandangan ketika lampu kota mula dinyalakan juga mengkagumkan.
Selepas dah puas menyaksikan keindahan matahari terbenam, kami turun ke Aras 4 untuk makan malam. Seperti tadi, kita kena turun kembali ke Aras 3 sebelum boleh naik lif lain ke Aras 4. Staff yang bertugas cukup excited memberitahu kami yang ada krew drama nak naik ke atas untuk membuat penggambaran. Kami cuma mendengar sepi sebab kita bukan kenal pun pelakon-pelakon drama yang baru ni. Not our taste, man! Tak mainlah tengok-tengok drama ni. Level kami sekarang cuma menonton Broadway dan Opera. Hahaha!!!
|
Lif turun ke Aras 3 |
|
Pintu keluar dari Aras 3 |
|
Lif ke Aras 4 |
Part 7: Starsky Restaurant @ Menara Alor Setar
Sewaktu mencari maklumat tentang Menara Alor Setar petang tadi, kami terbaca tentang Restoran Berputar di menara ini. Canggih wey, ada restoran berputar di Alor Setar! Lalu timbullah idea untuk makan malam di restoran ini.
|
Restoran Berputar Starsky di Menara Alor Setar |
|
Pemandangan di dalam restoran |
|
Suasana di dalam restoran |
Walaupun namanya revolving restaurant, bukan seluruh restoran yang berputar. Cuma ruang makan di tengahnya saja.
|
Yang berputar cuma ruang yang dipasang lantai berwarna merah ini saja. Tadi couple itu duduk dekat kami, sekarang dah jauh mereka bergerak ke sana. |
Disebabkan kami nak dinner sambil melihat pemandangan matahari terbenam, kami memilih tempat duduk di tepi tingkap. Kerusi dan meja di sini statik saja, tak bergerak.
|
Memilih tempat duduk yang statik kat tepi tingkap |
Sewaktu membuat inquiry tentang dinner di sini petang tadi, staff yang melayan panggilan telefon kami mencadangkan supaya kami membuat tempahan awal. Jadi bila kami datang, makanan telah pun tersedia, tak perlu menunggu lama. Menu dihantar melalui Whatsapp, order pun pakai Whatsapp.
Kami memilih Pasta dan Hainan Chicken Rice. Disebabkan ketinggian Menara Alor Setar cuma separuh ketinggian Menara Kuala Lumpur, harga makanannya pun separuh harga makanan yang sama di Menara KL tu. Tapi seriously makanannya sedap. Kalau rasa tak mampu nak dinner di revolving restaurant di Menara KL tu, cubalah datang dinner di sini. Pasti tak menyesal.
|
Hainan Chicken Rice |
|
Pasta |
|
Kenangan selepas dinner di Starsky Restaurant |
Part 8: Observation Deck @ Aras 3
CATATAN PERJALANAN ALOR SETAR (2020):