Monday, 31 August 2020

2020 ALOR SETAR BHG. 13 (Masjid Zahir)

Ogos 2020

KEDAH, MALAYSIA
Alor Setar

Bahagian 13: Cuti-Cuti Alor Setar 2
HARI TERAKHIR DI ALOR SETAR

HARI KEEMPAT (1)

Part 29: Hari Terakhir Di Alor Setar

Pada pagi terakhir di Kota Setar, kami merancang nak breakfast di kedai Nasi Lemak Pak Ali yang selalu diviralkan kepada kami. Jadi awal-awal lagi kami dah menempah Grab untuk membawa kami ke sana.

Hari terakhir di Alor Setar
Naik Grab ke Kedai Nasi Lemak Pak Ali
Pemandangan di Alor Setar yang sangat sunyi di pagi Jumaat
Bendera Negeri Kedah
Masjid Zahir
Medan Bandar
Malangnya Kedai Nasi Lemak Pak Ali tak dibuka pada pagi itu, jadi pemandu Grab kami yang baik hati membawa kami ke Pekan Rabu atas permintaan kami.

Pekan Cina
Pintu Gerbang Muhibah
Pekan Rabu adalah pusat penjaja tradisional di Alor Setar. Antara belian yang terkenal di sini ialah Kuih Bahulu. Walau bagaimanapun disebabkan kami tiba di begitu awal pagi, kedai-kedainya belum dibuka. Jadi kita setakat breakfast saja di sini.

Pekan Rabu
Satu lagi pemandangan bangunan Pekan Rabu
Food Court di Pekan Rabu. Banyak gerai yang masih belum dibuka
Protokol Kesihatan Covid tetap diterapkan di sini
Banyak juga pilihan makanan yang ada
Breakfast secara tradisi
Selepas breakfast, memandangkan kedai-kedai di Pekan Rabu masih belum beroperasi, kami berjalan kaki menuju ke Medan Bandar yang terletak berhampiran untuk menikmati lagi pemandangan di sana.

Alor Setar
Alor Setar menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-250 pada tahun 1985. Pada tahun 2020 seperti sekarang, ia berusia 285 tahun.
Medan Bandar
Berjalan di Medan Bandar
Pemandangan menghala ke Aman Central
Pemandangan menghala ke Menara Alor Setar
Balai Nobat
Selepas belajar teknik fotografi menggunakan lopak air bertakung dengan Abang Photographer semalam, Husband pantang berjumpa dengan lopak air. Mesti nak singgah untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari.

Mengambil gambar di lopak air
Hasil ilmu yang dipelajari...


MASJID ZAHIR

Sambil Husband sibuk-sibuk mengambil gambar dengan lopak air, Myself berjalan menuju ke Masjid Zahir. Senang sungguh nak melintas jalan kerana hari ini yang merupakan Hari Jumaat adalah hari kelepasan hujung minggu di Kedah. Jalan yang selalunya sibuk ini amat lengang sekali.

Masjid Zahir yang sangat cantik ini adalah Masjid Negeri Kedah. Bila senibinanya dari luar dah cantik begini, Myself pasti interior masjid ini juga mesti cantik. Malangnya tak boleh nak masuk melawat ke dalam disebabkan SOP Covid. Pada zaman Covid begini, masjid hanya dibuka pada waktu solat dengan kemasukan yang dikawal bagi mencegah jangkitan.


JAM BESAR

Jam Besar Alor Setar dibina sezaman dengan Masjid Zahir dengan struktur dan senibina yang bercirikan Islam. Kedudukannya juga betul-betul di sebelah Masjid Zahir.

Jam Besar
Struktur dan senibina Jam Besar dibina dengan mengikut ciri-ciri Islam
Jam Besar, Balai Nobat dan Masjid Zahir mempunyai satu perkaitan sejarah yang menarik. Pada masa dahulu apabila masuk waktu solat, loceng Jam Besar akan berdenting, Nobat akan dimainkan dari Balai Nobat dan selepas itu barulah panggilan azan dilaungkan dari Masjid Zahir.

Bila masuk waktu solat pada masa dulu, loceng Jam Besar akan berdenting. Nobat akan dimainkan dari Balai Nobat dan selepas itu barulah azan dilaungkan dari Masjid Zahir.

Part 30: Lunch Di Royale Signature Hotel

Kami pulang ke hotel untuk berehat dan berkemas. Pada pukul 12 tengahari, kami turun ke restoran hotel untuk makan tengahari. Bila dah siap lunch nanti senanglah nak mengatur perjalanan untuk pulang ke KL. Kami juga memilih untuk lunch di hotel saja untuk kemudahan walaupun dah pasti harganya mahal. Di samping itu, agak risau juga kalau nak makan di kedai makan yang ramai pengunjung di luar sana dengan ancaman Kluster Sivagangga ketika itu.

Restoran di Royale Signature Hotel
Nasi Goreng
Mee Goreng
Selepas Solat Zohor, kami check-out keluar dari hotel dan menunggu Najib untuk membawa kami ke Stesen Keretapi.

Check-out dari bilik
Menunggu di lobi hotel
Tiket ETS Business Class dari Alor Setar ke Kuala Lumpur

Part 31: Stesen Alor Setar

Seperti yang dijanjikan, Najib datang menjemput kami untuk ke Stesen Keretapi Alor Setar pada pukul 2.30 petang. 

Najib datang menjemput di hotel
Perjalanan ke Stesen Keretapi Alor Setar
Perjalanan ke Stesen Alor Setar sepi sekali kerana kedai-kedai perniagaan banyak yang ditutup disebabkan hari ini adalah hari Jumaat. Tapi kata Najib, banyak juga kedai-kedai yang dah memang ditutup terus kerana tak dapat bertahan dengan penangan Covid sewaktu PKP. Mudah-mudahan ekonomi negara kita akan kembali segera pulih dan kedai-kedai ini dapat beroperasi semula.

Suasana hari Jumaat di kota Alor Setar
Banyak kedai ditutup disebabkan hari ini adalah Hari Jumaat
Balai Nobat
Pekan Rabu
Tiba di Stesen Keretapi kami berpisah dengan Najib. Memang bagus dan puas hati sekali dengan service Najib. Walaupun masih muda, dia sangat efficient dan sangat berilmu. Tapi kami bagi dia 4½ bintang saja sebab dia memanggil kami Uncle dan Auntie. Kalau dia panggil kami Abang dan Kakak, dah sah-sah kami bagi dia 5 bintang. Hahaha!! 

Stesen Keretapi Lama Alor Setar
Stesen Keretapi Alor Setar yang baru
Ruang menunggu terbuka di Stesen Alor Setar
Pejabat Tiket
Gerai jualan makanan ringan
Di samping ruang menunggu yang terbuka, ada juga ruang menunggu yang tertutup dan berhawa dingin yang disediakan di Stesen Alor Setar. Di sanalah kami duduk menunggu ketibaan keretapi kami.

Ruang menunggu yang bertutup dan berhawa dingin
Jadual perlepasan keretapi dari Stesen Alor Setar
10 minit sebelum ketibaan tren, semua penumpang dipanggil masuk ke platform. Keretapi kami tiba di stesen tepat mengikut jadual.

Pemandangan di platform di Stesen Keretapi Alor Setar
Menunggu ketibaan tren di platform
ETS Platinum dari Padang Besar ke KL Sentral


 Bersambung ke Bahagian 14...


CATATAN PERJALANAN ALOR SETAR (2020):