Friday, 28 August 2020

2020 ALOR SETAR BHG. 10 (Muzium Padi 2)

Ogos 2020

KEDAH, MALAYSIA
Alor Setar

Bahagian 10: Alor Setar 6
MUZIUM PADI 2

HARI KETIGA (5)

Part 22: Aras 1 @ Muzium Padi

GALERI ALATAN PERTANIAN PADI KEMBOJA

Ada sebuah Galeri Alatan Pertanian Padi di Kemboja di Aras 1. Pelbagai alatan pertanian yang digunakan di negara itu dipamerkan. Secara umumnya peralatan yang digunakan tak banyak berbeza dengan yang digunakan di Malaysia.

Peta Cambodia
Galeri Alatan Pertanian Padi Kemboja
Bubu Menangkap Ikan
Pisau dan sabit
Peralatan membanting padi
Pemandangan dekat peralatan membanting padi
Tak banyak berbeza dengan peralatan di Malaysia
Yang ini pun selalu dilihat di Malaysia
Kisah tentang penanaman padi di Kemboja
Kincir Angin Putaran Tangan ini digunakan untuk memindahkan air keluar masuk ke dalam sawah. Untuk menggunakannya, bahagian bawah kincir diletakkan di dalam anak-anak sungai atau saluran air lain.
Kereta Lembu Hartawan ini digunakan oleh orang-orang hartawan di Cambodia untuk pergi melihat pekerja-pekerja mereka di sawah. Ia dihias cantik dan terdapat satu set bekas sirih di atasnya.
Peralatan untuk menghalau burung di sawah

KEDAI CENDERAMATA

Lepas itu kita masuk pula melawat ke Kedai Cenderamata. Ada berbagai cenderamata menarik yang dijual di dalam kedai ini. Kata Pakcik yang menjaga kedai ini, semua barangan yang dijual adalah hasil seni para artisan tempatan di Kedah.

Kedai Cenderamata
Teh Beras
Mencuba minum Teh Beras
Pakcik ini adalah pengusaha Teh Beras Lares yang dijual di sini.
Kebanyakan cenderamata yang dijual di kedai ini adalah hasil tangan penduduk tempatan Kedah.

PROSES PENANAMAN PADI TRADISIONAL

Keluar dari Kedai Cenderamata, kita melihat kembali proses penanaman padi tradisional di negara kita sendiri.

Produk penghasilan padi
Senarai peribahasa Melayu yang berkait dengan padi
Kagum memikirkan bagaimana peribahasa ini dihasilkan hanya melalui pengamatan dalam kehidupan seharian
Lirik Lagu Gurindam Jiwa yang menceritakan suasana di sawah padi
Mula-mula kita lihat peralatan-peralatan yang digunakan dalam proses penyediaan sawah.

Pameran Musim Bersawah
Peralatan untuk bersawah
Pengandar dan Tudung Kepala
Peralatan untuk penyediaan sawah
Jebak Ruak-Ruak untuk menangkap burung
Tenggiling
Kuku Kambing, Pengandar Semai dan Tong Tabur Baja
Palong
Kemudian kita tengok pula peralatan-peralatan tradisional yang digunakan sewaktu padi telah masak.

Pesawah selalunya akan tinggal di pondok-pondok di sawah untuk menjaga padi yang telah masak dari dimakan oleh burung
Tin-tin kosong yang diikat dan digantung seperti ini akan ditarik untuk mengeluarkan bunyi bagi menakutkan burung dari memakan padi
Orang-orang
Ini peralatan yang digunakan untuk menangkap tikus di sawah
Kucing Bodoh yang pandai menangkap tikus
Peralatan menuai padi

PERALATAN MENGANGKUT PADI

Kerbau adalah haiwan bebanan yang digunakan untuk mengangkut padi pada masa dahulu. Di sini kita boleh belajar perkataan-perkataan yang digunakan untuk memberi arahan kepada kerbau.

Bahasa Kerbau yang kami nak cuba pakai kat kucing kami Tam Tam. Agak-agak Tam Tam boleh faham tak?
Peralatan yang sering dipasang kepada kerbau
Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut padi
Anok
Gerek Tua. Gerek ialah perkataan loghat Kedah yang bermaksud Basikal.
Kereta Kerbau

PERALATAN MEMPROSES PADI

Selepas dituai, padi diproses menjadi beras. Dan tibalah juga masa untuk petani berekreasi setelah berpenat-lelah di sawah. Di muzium ini juga, kita ditunjukkan peralatan-peralatan yang digunakan untuk memproses padi dan berekreasi secara tradisional.

Peralatan Cakar Bara ini digunakan dalam proses pembakaran jerami padi rasanya.
Peralatan untuk menangkap ikan di sawah
Lesung untuk menumbuk tepung beras
Ilmu baru untuk kami.
Ada juga beberapa props disediakan untuk pengunjung mengabadikan gambar-gambar kenangan.

Ini juga satu pengetahuan baru untuk kami.
Kemudian tibalah masa untuk kami menamatkan lawatan ke Muzium Padi yang sangat menarik ini. Myself memang recommend anda jadikan lawatan ke Muzium Padi ini sebagai satu aktiviti wajib jika berkunjung ke Alor Setar.

Pemandangan sewaktu berjalan menuju ke Pintu Keluar
Bekas-bekas padi tradisional
Mesin untuk membuat Semaian Karpet. Semaian Karpet adalah sejenis teknik semaian padi, bukan semaian permaidani, tau!
Pondok inilah yang sebenarnya dipanggil Jelapang
Produk-produk penghasilan beras
Bukti kepada kenyataan ini ialah beras merupakan makanan ruji di dua buah negara yang paling ramai penduduk di dunia: China dan India.
Meninggalkan Muzium Padi


 Bersambung ke Bahagian 11...


CATATAN PERJALANAN ALOR SETAR (2020):