Tuesday, 25 August 2020

2020 ALOR SETAR BHG. 07 (Kota Kuala Kedah 2)

Ogos 2020

KEDAH, MALAYSIA
Alor Setar

Bahagian 7: Kuala Kedah 2
KOTA KUALA KEDAH 2

HARI KETIGA (2)

Part 15: Kota Kuala Kedah (2)

RUMAH API

Ada sebuah Rumah Api yang pada masa dahulu dikenali sebagai Rumah Pelita di dalam Kota Kuala Kedah. Ia dibina pada tahun 1891 dengan kos pembinaannya dibiayai oleh Kerajaan Thailand di zaman pemerintahan King Chulalongkorn.

Rumah Api
Pembinaan rumah api ini dibiayai oleh King Chulalongkorn dari Thailand
Panduan untuk kapal yang berlayar di Kuala Kedah
Batu peninggalan yang dijadikan perhiasan dekat Rumah Api

PINTU GERBANG KACAPURI

Pintu Gerbang Kacapuri adalah pintu masuk utama ke Kota Kuala Kedah pada masa dahulu dan dipercayai dibina bersambungan dengan istana yang terdapat di dalamnya. Rekabentuk senibinanya mempunyai pengaruh dari India. 

Pintu Gerbang Kacapuri
Bendera Negeri Kedah
Kisah Pintu Gerbang Kacapuri
Pemandangan dari Pintu Gerbang Kacapuri
Tapak istana lama dekat Pintu Gerbang Kacapuri

MUZIUM KOTA KUALA KEDAH

Sewaktu di sini, kami juga mengambil kesempatan melawat ke dalam Muzium Kota Kuala Kedah. Muzium ini terletak di dalam sebuah rumah kayu tradisional yang dibina di tengah-tengah kota.

Muzium Kota Kuala Kedah
Berjalan menuju ke muzium
Lantai rumah dibina agak rendah sampai terpaksa menunduk bila lalu di bawahnya.
Kena buka kasut dulu sebelum masuk ke dalam muzium
Pintu masuk ke muzium
Ada Penyambut Tetamu pulak di dalam muzium ini.
Sang Penyambut Tetamu
Selamat datang ke Muzium Kota Kuala Kedah
Pengenalan sejarah Kuala Kedah
Peta lokasi Kota Kuala Kedah
Kisah pembinaan kubu terawal
Pameran dalam muzium ini sangat menarik. Ringkas dan padat. Cara persembahan pamerannya patut ditiru oleh muzium-muzium lain di Malaysia.

Pameran di muzium ini ringkas, padat dan menarik
Sejarah Kota Kuala Kedah sebagai benteng pertahanan
Serangan dari Aceh dan bantuan pertahanan dari Portugis
Peperangan Kedah-Siam
Kisah penaklukan Jepun dalam Perang Dunia Kedua
Pedang Jepun
Bahan-bahan pameran
Batu-bata asal yang digunakan dalam pembinaan kota
Tingkap tradisional
Pemandangan ke luar jendela
Meriam kecil yang sering dijadikan hadiah oleh kerajaan-kerajaan di zaman dulu
Peluru meriam
Melihat pemandangan di luar jendela
Pemandangan Rumah Api
Pintu Gerbang British
Tembok kota
Terima Kasih
Laluan keluar-masuk ke muzium

TAPAK BANGUNAN

Kota Kuala Kedah telah berusia beratus-ratus tahun. Sepanjang sejarahnya, selain dari menjadi benteng pertahanan, ia juga pernah berfungsi menjadi pusat pentadbiran dan pendidikan. Beberapa bangunan pejabat kerajaan, sekolah, mahkamah serta kuarters Syahbandar pernah dibina di dalam kota ini. Akibat perubahan dan peredaran masa, bangunan-bangunan ini runtuh dan musnah. Hanya tinggal sebahagian sahaja tapak bangunan yang kelihatan sehingga kini.

Runtuhan bangunan
Hanya ini sajalah kesan yang tinggal bangunan-bangunan yang pernah berdiri kawasan ini.
Berjalan menyelusuri masa
Penunggu kota yang comel
Pengiktirafan sebagai Warisan Kebangsaan Malaysia
Di penghujung lawatan ke Kota Kuala Kedah, kita menyelusuri lagi sebahagian tembok kota yang menghadap ke kawasan darat pula. Pada tembok ini, kelihatan lubang-lubang kecil yang pada satu masa dahulu turut menyumbang kepada pertahanan kota. Oleh kerana bahagian tembok ini menghadap ke darat, tembok di sebelah sini lebih terdedah kepada serangan musuh. Maka menerusi lubang-lubang inilah peralatan senjata seperti laras senapang dan busur-busur panah dibidik untuk mengena musuh.

Tembok kota yang menghadap ke sebelah daratan
Lubang-lubang pertahanan
Pemandangan dari celah lubang
Keterangan tentang tembok kota
Mengintai di sebalik tembok
Meninggalkan Kota Kuala Kedah

Part 16: Meninggalkan Kuala Kedah

Selepas meninggalkan Kota Kuala Kedah, Najib membawa kami ke sebuah kawasan yang bernama Kota Marina. Tarikan istimewa di sini ialah bangunan milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia yang kelihatan seperti sebuah kota kecil di tepi laut.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia
Kawasan ini dikenali sebagai Kota Marina
Bot nelayan di tengah laut
Perkampungan nelayan
Najib juga membawa kami menyeberang Jambatan Tok Pasai yang terkenal di Kuala Kedah. Tinggi sungguh jambatan ini sampai kita sukar nak menikmati pemandangan pengkalan bot nelayan di bawahnya. 

Menuju ke Jambatan Tok Pasai
Jambatan Tok Pasai
Sukar nak menikmati pemandangan di bawah sana kerana jambatan ini dibina sangat tinggi.
Masjid India Kuala Kedah


  Bersambung ke Bahagian 8...


CATATAN PERJALANAN ALOR SETAR (2020):