Ogos 2020
KEDAH, MALAYSIA
Alor Setar
Bahagian 9: Alor Setar 5
GUNUNG KERIANG & MUZIUM PADI 1
HARI KETIGA (4)
Part 20: Gunung Keriang
Alor Setar yang merupakan ibu negeri Kedah adalah sebuah bandar yang cantik. Ia juga sebenarnya terkenal dengan bunga-bunga sakura seperti yang banyak terdapat di Jepun. Tapi malangnya, kami tak nampak pun bunga sakura ini ketika di sana. Kami datang silap musim agaknya.
|
Pemandangan yang indah di Alor Setar |
|
Bunga-bunga cantik |
|
Pemandangan Bunga Sakura yang kami tak jumpa di Alor Setar (Gambar hiasan dari internet) |
Perjalanan kami yang seterusnya adalah menuju ke Muzium Padi yang terletak berhampiran Gunung Keriang.
|
Arah ke Gunung Keriang |
Memang excited dapat melihat Gunung Keriang dari dekat. Teringat betapa cantiknya gunung ini dilihat dari Menara Alor Setar kelmarin.
|
Pusat Akuatik di mana Sukan Malaysia pernah berlangsung satu ketika dulu |
Part 21: Muzium Padi
Tak keterlaluan kalau dikatakan salah sebuah tempat menarik yang wajib dikunjungi jika melawat ke Alor Setar adalah Muzium Padi. Mungkin namanya tak menarik, tapi anda pasti menyesal jika tak mengambil peluang melawat ke sini disebabkan keistimewaannya.
|
Pintu masuk ke Muzium Padi |
|
Plak perasmian Muzium Padi |
|
Pemandangan keseluruhan bangunan Muzium Padi |
Senibina bangunan Muzium Padi sendiri memang menarik. Ia direkabentuk dengan berilhamkan dari Gemai Padi. Tahu tak apa maksud Gemai Padi? Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Gemai bermaksud padi yg diketam, diikat-ikat dan diirik. Huh, siap cari makna dalam Kamus DBP. Maklumlah, kita dibesarkan dalam kawasan lombong bijih timah, jadi memang tak biasa dengan istilah-istilah yang digunakan berkait dengan padi.
Di perkarangan muzium pula, terdapat patung perhiasan beberapa ekor binatang yang sering dikaitkan dengan pokok padi.
|
Kuda |
|
Kerbau membajak sawah |
|
Pemandangan kerbau dari depan |
|
Helang |
|
Burung |
|
Selamat Datang ke Muzium Padi |
Pintu masuk ke Muzium Padi di terletak di Aras 2. Ada tiket masuk dikenakan untuk melawat ke muzium ini. Tapi harga tiketnya tak mahal, cuma RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
|
Jom masuk ke dalam... |
|
Tiket masuk ke Muzium Padi |
|
Pemandangan di dalam Muzium Padi |
|
Laluan sehala untuk melawat di dalam Muzium Padi |
Seperti di tempat lain juga, ada protokol kesihatan seperti saringan suhu dikenakan kepada semua pelawat ke muzium. Pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan (memang tak nampak muka kita posing tersenyum dalam gambar di musim Covid-19 disebabkan pakai face mask!) Laluan-laluan untuk lawatan juga ditetapkan untuk memastikan penjarakan fizikal dapat dipatuhi dan pelawat-pelawat tidak mingle-mingle dan berlaga-laga bersentuhan sewaktu melawat, terutama di waktu sesak.
Sebaik masuk ke dalam muzium, kami diarahkan untuk naik ke Aras 3 terlebih dahulu. Di sini terdapat replika Puncak Gunung Keriang yang menjadi kemegahan warga Alor Setar.
|
Dari pintu masuk, kita diarahkan masuk terlebih dahulu ke Galeri Puncak Gunung Keriang yang terletak di Aras 3 |
Dengan menaiki 59 anak tangga, pengunjung boleh sampai ke puncak Gunung Keriang. Pemandangan sewaktu menaiki tangga ini seolah-olah kita sedang melawat ke dalam Gua Gunung Keriang.
|
Tangga naik ke Galeri Puncak Gunung Keriang |
|
Ada 59 anak tangga yang perlu didaki untuk sampai ke "Puncak Gunung Keriang". |
|
Pemandangan menghala ke bawah tangga |
Sampai di atas, kita boleh melihat lukisan panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang, seolah-olah dipandang dari Puncak Gunung Keriang. Memang terpegun melihat panorama tanaman pada satu musim dalam mural ini.
Mural yang mempunyai ketinggian 8 meter serta 103 meter panjang ini adalah salah sebuah mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Ia dilukis oleh sekumpulan 60 orang pelukis dari Korea Utara. Memang pandai anak-anak buah Kim Jong-un ni melukis ... ke lukisan ini dibuat pada zaman bapaknya dulu Kim Jong-il?
Kagum kita melihat lukisan yang bagaikan hidup ini. Ruang pemerhatian di sini boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa. Yang paling best, berdiri atau duduk saja diam-diam kat satu spot dan kita boleh melihat keseluruhan mural 360' kerana platform pemerhatian ini berputar. Macam restoran berputar kat Menara Alor Setar yang kita dinner dulu tu! Memang sah yang orang Alor Setar memang suka kat benda yang berputar-putar begini. Hahaha!!
ARAS 2
Selepas melawat Galeri Puncak Gunung Keriang, kita turun kembali melawat ke Aras 2 yang merupakan aras pintu masuk tadi. Di galeri ini ada pameran padi bertemakan sains dan geografi. Tapi jangan risau sebab Orang Kedah memang pandai buat pameran dalam muzium. Semua fakta maklumat yang disampaikan ringan dan tidak memeningkan kepala macam sewaktu kita membaca buku teks kat sekolah dulu. Ini juga terbukti sewaktu kami melawat ke Muzium Kota Kuala Kedah pagi tadi.
|
Pameran spesies padi dari seluruh dunia |
|
Antara spesies padi yang dipamerkan |
|
Eh, kat New Zealand pun ada orang tanam padi? |
|
Cerita tentang Beras Terbakar di Langkawi |
|
Pemandangan keseluruhan di Aras 2 |
|
Myself baru tahu tentang permainan tradisional Laga Kerbau sewaktu melawat ke sini. Selama ini kita cuma tahu tentang permainan Sabung Ayam. |
|
Peta Malaysia |
|
Kolaj Pertanian Pra Merdeka |
|
Sangat menarik sebab collage ini dibuat dari cantuman perca kain. Tapi cuma boleh dipandang dari jauh. Tak boleh nak pergi dekat-dekat. |
Kemudian kita tengok pameran bahan makanan yang dihasilkan dari beras.
|
Pameran makanan dari beras |
|
Kuih yang dibuat dari tepung beras |
Makanan dan produk-produk lain yang dibuat dari beras turut dijual kepada pengunjung di sini. Kami ada membeli beberapa makanan yang dijual. Memang sedap! Selain makanan, ada juga ubat-ubat tradisional seperti minyak urut turut dijual. Kosmetik tradisional seperti Bedak Sejuk pun ada.
|
Jualan barangan makanan berasaskan beras dan produk-produk perubatan tradisional Negeri Kedah di Muzium Padi |
|
Makanan, Bedak Sejuk dan Minyak Urut untuk jualan |
|
Makanan tradisional |
Ada galeri pameran kecil juga mengenai sumber pengairan sawah padi di Negeri Kedah.
|
Lukisan Minyak Empangan Pedu. Empangan ini yang terletak di Negeri Kedah adalah salah sebuah empangan yang terbesar di Malaysia |
|
Kisah tentang Terusan Wan Mat Saman |
|
Pemandangan Kedah Dalam Sinaran Petang |
|
Keratan rentas Padi |
Di sini juga kita boleh membaca kisah Lagenda Wan Empuk dan Wan Mailini yang mempunyai perkaitan dengan padi. Pernah dengar tak cerita lagenda ini?
|
Kisah ringkas Lagenda Wan Empuk dan Wan Mailini |
Kisah Wan Empuk dan Wan Mailini adalah kisah lagenda yang tertulis dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang ditulis oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1021. Ia adalah kisah mengenai asal usul keturunan Raja-raja Melayu dulu. Seperti yang kita tahu, sebelum kedatangan Islam, orang-orang Melayu di Nusantara menganut Agama Hindu. Jadi kisah yang tertulis dalam Sejarah Melayu banyak percampuran antara kepercayaan Islam dan Hindu.
Menurut Hikayat Sejarah Melayu, dua orang gadis adik-beradik bernama Wan Empuk dan Wan Mailini tinggal di Bukit Seguntang di negeri Palembang. Mereka menanam Padi Huma. Pada satu malam mereka melihat api menyala-nyala di kawasan ladang padi mereka. Disebabkan ketakutan kerana menyangka itu adalah semburan api dari mulut naga, mereka hanya berdiam di rumah sehingga tertidur.
Bila terjaga dan berkunjung ke sawah ladang esoknya mereka mendapati biji padi mereka bertukar menjadi emas, daunnya menjadi perak dan batang padi mereka menjadi suasa. Tanah di bukit juga bertukar menjadi berwarna emas.
Rupa-rupanya kejadian itu adalah disebabkan tiga orang putera dari kayangan telah turun ke bumi di Bukit Seguntang. Dua orang dari putera kayangan itu telah berkahwin dengan Wan Empuk dan Wan Mailini. Keturunan merekalah yang dikatakan menjadi raja-raja Melayu di seluruh Nusantara.
|
Tangga turun ke Aras 1 |
Bersambung ke Bahagian 10...
CATATAN PERJALANAN ALOR SETAR (2020):