Saturday, 29 August 2020

2020 ALOR SETAR BHG. 11 (Alor Setar 2)

Ogos 2020

KEDAH, MALAYSIA
Alor Setar

Bahagian 11: Alor Setar 7
AMAN CENTRAL & MEDAN BANDAR ALOR SETAR

HARI KETIGA (6)

Part 23: Kembali Ke Alor Setar

Muzium Padi adalah destinasi lawatan kami yang terakhir bersama Najib. Selepas melawat ke sana, kami kembali ke Bandar Alor Setar.

Meninggalkan Gunung Keriang
Pemandangan sawah padi di kaki Gunung Keriang
Padi di sawah kelihatan macam dah mula nak masak
Memandangkan ketika itu hari dah pun tengahari, kami meminta Najib membawa kami ke Aman Central untuk membolehkan kami lunch di sana saja.

Perjalanan pulang ke bandar Alor Setar
Hospital Alor Setar
Kuil Hindu Sri Maha Mariamman Devasthanam
Stadium Darul Aman
Tugu
Wat Nikrodharam (Wat Siam)
Teluk Wan Jah Business Centre
Tiba kembali ke bandar Alor Setar

Part 24: Lunch @ Aman Central

Najib menamatkan khidmat membawa kami Touring Kota Alor Setar di Aman Central. Walau cuma separuh hari, banyak tempat yang dilawati. Kami juga meminta Najib membawa kami ke Stesen Keretapi Alor Setar pada petang esok untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Aman Central
Pemeriksaan suhu untuk masuk ke Aman Central
Pemandangan di dalam Aman Central
Pemandangan menghala ke pintu depan yang bertentangan dengan Menara Alor Setar
Central Atrium
Food Court di Aman Central terletak di Tingkat 3 kalau tak salah. Macam di tempat lain juga, ada saringan suhu dan pendaftaran di pintu masuknya.

Food Court di Aman Central dipanggil Next Food Emporium
Pintu masuk ke Food Court. Ada saringan kesihatan di sini.
Pemandangan di dalam Food Court
Walaupun hari itu adalah hari bekerja, Food Court di Aman Central kelihatan agak sendu. Banyak gerai yang ditutup. Belum betul-betul pulih dari kesan PKP gayanya.

Satu lagi pemandangan di dalam Food Court
Pemandangan Menara Alor Setar dari Food Court
Menara Alor Setar
Taman Bunga Raya di kaki Menara Alor Setar
Pemandangan menghala ke sebelah sana pulak
Kami makan Mee Goreng dan Nasi Goreng Paprik dari sebuah gerai di sini. Makanannya enak dan tidak mengecewakan.

Lunch
Selepas makan kami bercadang nak mengambil teksi balik ke hotel. Kata staff di Aman Central, kita cuma perlu tekan button kat tiang di depan sana kalau nak panggil teksi.

Tiang untuk panggil teksi di depan Aman Central
Penat tekan butang kat tiang tu, tak ada pun teksi yang datang. Rupa-rupanya butang tu rosak. Perhentian teksi pulak jauh kat sebelah sana kalau nak jalan. Jadi terpaksalah gunakan khidmat Grab balik ke hotel.

Rosak rupanya butang nak panggil teksi ni!
Grab Pick-Up Point di Aman Central
Naik Grab balik ke hotel

Part 25: Medan Bandar Alor Setar

Selepas berehat di hotel, kami keluar lagi pada lewat petang itu menuju ke Medan Bandar Alor Setar. Selain terletak di tengah bandar, Medan Bandar adalah pusat lokasi berbagai tarikan bersejarah yang secara kolektif dinamakan sebagai Jejak Diraja.

Medan Bandar yang terkenal dengan tulisan "Alor Setar"
Gerai Cenderamata di Medan Bandar tapi dah ditutup sewaktu kami datang lewat petang itu.
Ada sebuah monumen di tengah-tengah Medan Bandar Alor Setar. Entah mengapa, suasana di sini benar-benar mengingatkan kami kepada suasana di Heroes' Square yang pernah kami lawati di Budapest, Hungary dulu.

Suasana di Medan Bandar yang mengingatkan kami kepada suasana di Heroes' Square di Budapest, Hungary.
Tengkolok Diraja di puncak monumen. Yang ini juga mengingatkan Myself kepada Mahkota yang dipasang di atas menara St Martin's Cathedral di Bratislava, Slovakia dulu.
Pemandangan lebih dekat Tengkolok Diraja

BALAI BESAR

Kita mulakan lawatan Jejak Diraja kita dengan melawat ke Balai Besar. Balai Besar ini berfungsi sebagai Balai Rongseri atau Balai Penghadapan pada masa dahulu. Selain Majlis Pertabalan, Majlis-majlis Rasmi dan Persidangan Majlis Negeri pernah diadakan di dalam bangunan ini. 

Balai Besar Alor Setar
Pemandangan Balai Besar dari hadapan
Ciri-ciri istana lama pada bangunan ini sangat jelas kelihatan
Tangga masuk ke Balai Besar
Pemandangan di perkarangan Balai Besar
Ada sebuah Muzium Diraja di dalam bangunan Balai Besar ini. Disebabkan jam ketika itu menunjukkan pukul 6 petang, ia telah pun ditutup untuk lawatan.

BALAI SENI

Balai Seni adalah sebuah bangunan yang cantik di Medan Bandar Alor Setar. Ia menempatkan pameran hasil seni karyawan-karyawan tempatan. 

Balai Seni
Senibina bangunan ini memang sangat cantik
Koridor di luar bangunan Balai Seni
Balai Seni tidak mempunyai pameran tetap. Tema pameran di dalamnya sentiasa silih berganti.
Disebabkan keindahan senibinanya, Balai Seni menjadi lokasi favourite untuk pengantin-pengantin bergambar. Sewaktu kami di sana, kami dapat melihat ada tiga pasangan pengantin sedang membuat Wedding Photography.

Bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah berhampiran Balai Seni

TAPAK PERMULAAN ALOR SETAR

Di seberang jalan dari Balai Seni, terdapat sebuah tapak bersejarah di mana di situlah kota Alor Setar bermula.

Tapak permulaan bandar Alor Setar
Keterangan tentang sejarah Alor Setar
Gerbang yang dibina untuk memperingati pembukaan kota Alor Setar pada tahun 1735.
Alor Setar dibuka oleh Sultan Kedah ke-19 yang bernama Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adin Muadzam Shah pada tahun 1735. Baginda dengan rasminya berangkat dari Istana Kota Bukit Pinang dan bersemayam di Istana Kota Setar, mengambil nama sempena adanya sebuah alor (anak sungai) yang mengalir di kawasan ini dan juga sebatang Pokok Setar yang besar yang tumbuh di tepi alor. Maka dari perkara ini lahirlah nama "Alor Setar" sebagai pusat pentadbiran Negeri Kedah yang ke-8.

Pemandangan gerbang dengan lebih dekat

MASJID ZAHIR

Masjid Zahir yang juga terletak di seberang jalan dari Medan Bandar adalah Masjid Negeri Kedah. Tidak keterlaluan jika dikatakan yang masjid ini adalah di antara masjid yang tercantik di Malaysia. Ia dibina di atas tapak di mana gugurnya wira-wira Kedah yang mempertahankan negeri tersebut dari serangan Siam pada tahun 1821. Masjid yang dilihat pada hari ini dirasmikan oleh Sultan Kedah pada tahun 1915.


Masjid Zahir
Di depan Masjid Zahir inilah terdapat satu-satunya Zebra Crossing yang kami lihat di Alor Setar.
Signboard Masjid Zahir
Bangunan Jam Besar di sebelah Masjid Zahir
Kubah hitam pada bangunannya membuatkan Masjid Zahir kelihatan unik


 Bersambung ke Bahagian 12...


CATATAN PERJALANAN ALOR SETAR (2020):