Monday, 24 August 2020

2020 ALOR SETAR BHG. 06 (Kota Kuala Kedah 1)

Ogos 2020

KEDAH, MALAYSIA
Alor Setar

Bahagian 6: Kuala Kedah 1
KOTA KUALA KEDAH 1

HARI KETIGA (1)

Part 12: Breakfast Di Royale Signature Hotel

Hari ini Myself bercuti, jadi bolehlah kita explore tempat-tempat menarik di sekitar Alor Setar. Untuk memulakan hari, kita breakfast dulu di Royale Signature Hotel.

Selamat Pagi, Alor Setar! Rindu kat New Zealand bila tengok pemandangan ini.
Restoran di Royale Signature Hotel
Di musim Covid begini, hotel turut mengamalkan Norma Baru sewaktu breakfast. Tiada lagi buffet breakfast macam biasa. Di Hotel Royale Signature, pengunjung diminta memilih dari set-set breakfast yang disediakan dan makanan akan dihantar terus ke meja.

Breakfast

Part 13: Kuala Kedah

Pagi ini kami menempah khidmat seorang pemandu teksi yang bernama Najib untuk membawa kami melawat ke beberapa tempat menarik di luar kota Alor Setar. Khidmat beliau kami tempah menerusi seorang staff di Royale Signature Hotel. Tepat pukul 9 pagi seperti yang dijanjikan, Najib datang menjemput kami di hotel.

Memulakan perjalanan ke Kuala Kedah
Najib bersama Husband
Najib masih muda belia. Dia sebenarnya mempunyai kelulusan dalam bidang kulinari tetapi telah 4 tahun menukar karier menjadi pemandu teksi sepenuh masa.

Perjalanan menuju ke Kuala Kedah
Majlis Bandaraya Alor Setar
Destinasi pertama kami pada pagi ini adalah Kuala Kedah. Dalam perjalanan ke sana, kami berbual dengan Najib tentang pengalaman beliau menjadi pemandu teksi. Seperti juga semua bidang pekerjaan lain di Malaysia, pemandu teksi seperti Najib turut terkesan disebabkan Covid-19.

Kata Najib, sebelum ini beliau paling banyak membawa penumpang dari Airport Alor Setar ke sempadan Thailand di Bukit Kayu Hitam. Malangnya, sumber pendapatan ini tak boleh lagi diharapkan setelah kedua-dua negara Malaysia dan Thailand menutup pintu sempadan masing-masing bagi mengekang penularan wabak Covid.

Arah ke sempadan Thailand
Wabak Covid juga menyebabkan bilangan penerbangan yang mendarat di Alor Setar berkurangan. Pengunjung luar juga takut datang ke Kedah dengan wujudnya Kluster Sivagangga seperti yang dihadapi sekarang. Najib turut bercerita yang Kedai Nasi Kandar di Napoh yang menjadi Ground Zero kepada Kluster Sivagangga sering menjadi port persinggahan wajib kepada penumpang teksi yang berulang-alik ke sempadan Thailand dari Airport, terutama di waktu makan. Bila keadaan pulih nanti kelak, terpaksalah mereka mencari port persinggahan baru sebab kedai ini tidak lagi dibenarkan beroperasi.

Kuala Kedah terletak kira-kira 13 km dari Alor Setar. Perjalanan ke sana memakan masa kira-kira 30 minit. Selain menjadi pusat perikanan, ia adalah juga sebuah terminal bagi perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi.

Tiba di Kuala Kedah
Pasar Nelayan Kubang Rotan
Pemandangan di Pasar Nelayan
Kegiatan seharian penduduk di Kuala Kedah berkisar di sekitar Pasar Nelayan yang menjual hasil tangkapan dari laut. 

Sebuah mercu tanda yang terkenal di Kuala Kedah adalah Jambatan Tok Pasai yang dibina merentangi Sungai Kedah. Ia dinamakan sempena seorang ulama dari Pasai, Sumatera yang berhijrah ke Kuala Kedah dalam tahun 1844 setelah menjadi buruan tentera Belanda.

Jambatan Tok Pasai
Laluan masuk ke Jambatan Tok Pasai
Kesibukan di Kuala Kedah
Pasar Nelayan Seberang Kota

Part 14: Kota Kuala Kedah (1)

Sebuah tarikan utama pengunjung ke Kuala Kedah adalah Kota Kuala Kedah. Ke situlah Najib membawa kami selepas tiba di sini.

Pintu masuk ke Kota Kuala Kedah
Meriam yang menyambut kami di Kota Kuala Kedah
Di kota ini juga SOP Protokol Kesihatan diterapkan. Pemeriksaan suhu dan pendaftaran pengunjung adalah diwajibkan.

Kaunter Saringan Suhu dan Pendaftaran Pelawat
Selepas membuat saringan suhu dan pendaftaran, barulah kita masuk melawat ke dalam kota.

Kita baca dulu keterangan tentang sejarah kota ini... Nama asalnya ialah Kota Kuala Bahang. Ia adalah benteng pertahanan Melayu yang tertua di utara Malaysia yang dibina pada tahun 1602.

Keterangan tentang kota Kuala Kedah
Pada mulanya, kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh. Pembinaannya mendapat bantuan dari Portugis yang memang telah ada di sini sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman Shah. Kota ini kemudiannya dimusnahkan oleh Armada Aceh yang turut mengusir pihak Portugis pada tahun 1619. Ia kemudiannya diserang pula oleh Armada Bugis pada tahun 1770.

Kota ini telah dibina semula oleh Sultan Mukarram Shah yang merupakan Sultan Kedah yang ke-20 pada tahun 1780. Arkitek pembinaannya adalah Hafiz Sab yang memegang jawatan sebagai Maharaja Kadhi dengan menggunakan buruh-buruh dari India.

Pada pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah (Sultan Kedah ke-22), ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran di samping menjadi kota pertahanan. Semasa pemerintahan baginda juga, kota ini telah diserang dan dimusnahkan oleh Armada Siam pada tahun 1821. Ia juga telah digunakan oleh tentera Jepun sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu dalam Perang Dunia Kedua.


Replika Meriam Belanda

TEMBOK KONKRIT

Kota Kuala Kedah dikelilingi tembok konkrit yang dibina menggunakan batu dan batu-bata merah. Ia telah dibina semula oleh Syahbandar Kuala Kedah dalam tahun 1910 selepas runtuh akibat hakisan ombak laut. Batu-batan yang digunakan dibawa dari Pulau Payar yang terletak tidak jauh dari muara Sungai Kedah.

Pemandangan di Kota Kuala Kedah
Keterangan tentang Tembok Konkrit
Kota Kuala Kedah cantik dan terjaga. Tak keterlaluan kalau Myself katakan kota ini lebih menarik untuk dilawati berbanding Fort Cornwallis yang pernah kami lawat di Pulau Pinang. 

Kota Kuala Kedah cantik dan terjaga rapi

MERIAM BADAK BERENDAM

Meriam British dan Belanda mengelilingi kota ini. Hampir kesemuanya memiliki nama masing-masing.


Meriam yang ditempatkan menghadap ke laut
Meriam Badak Berendam
Meriam Badak Berendam yang dianggap berpuaka
Salah sebuah meriam yang terkenal ialah Meriam Badak Berendam. Pada masa dahulu, ia dianggap berpuaka di mana kadangkala ia kelihatan seperti jelmaan manusia dan ada kalanya ia kembali ke bentuk asal. Meriam ini dinamakan sebagai Badak Berendam kerana ia tidak tenggelam dan kelihatan seperti sedang berendam di dalam air seperti seekor badak walaupun setelah jatuh ke dalam laut akibat hakisan tembok kota.

 Pemandangan Meriam Badak Berendam dari sebelah sini
Pemandangan laut di sebalik tembok
Bot-bot nelayan
Jambatan Tok Pasai
Meriam yang ditempatkan menghadap ke laut
Menghala sasaran
Pemandangan menghala ke dalam kota
Bangunan Muzium dan Rumah Api
Pintu Kota

MERIAM INGGERIS

Ada empat buah meriam buatan British yang masih dapat dilihat di Kota Kuala Kedah. Ini sajalah yang masih tinggal. Mengikut rekod, pernah di satu ketika dulu terdapat berpuluh-puluh meriam buatan British di sini. Dua daripadanya yang diberi nama Melayu, Lela dan Rentaka diletakkan di bahagian hadapan kubu.


Meriam Inggeris
Kisah Meriam Inggeris
Meriam Inggeris dan Jambatan Tok Pasai
Bot nelayan
Pemandangan ke dalam kota

MERIAM KATAK PURU

Ada sebuah meriam lagi yang dinamakan Meriam Katak Puru. Agak-agak kenapa ia dinamakan Meriam Katak Puru? ... Betul, sebab kulit meriam ini menggerutu macam katak puru.

Meriam Katak Puru ini adalah meriam buatan Melayu. Jangan cakap Orang Melayu tak pandai buat meriam macam Orang Putih! Siap ada seni lagi tau bila Orang Melayu membuat meriam. Kulit meriam ini yang menggerutu dibuat dengan cara menempa dan memicit besi meriam ini dengan jari sewaktu besi masih panas.

Meriam Katak Puru
Feri ke Pulau Langkawi yang dilihat dari kedudukan Meriam Katak Puru
Bot Nelayan dan Feri Ke Langkawi
Pelabuhan nelayan di seberang sana
Pemandangan tembok di bahagian belakang kota

PINTU GERBANG BRITISH

Kota Kuala Kedah turut mempunyai beberapa buah pintu gerbang yang masih utuh. Salah sebuah di antaranya ialah Pintu Gerbang British.

Tembok di depan sana adalah sebahagian dari Pintu Gerbang British
Pemandangan ke arah luar dari tepi Pintu Gerbang British
Pemandangan ke dalam dari tepi Pintu Gerbang British
Tangga di tepi Pintu Gerbang British
Pintu Gerbang British


  Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN ALOR SETAR (2020):