Sunday, 23 August 2020

2020 ALOR SETAR BHG. 05 (Rumah Merdeka)

Ogos 2020

KEDAH, MALAYSIA
Alor Setar

Bahagian 5: Alor Setar 3
RUMAH MERDEKA & PEKAN CINA

HARI KEDUA

Hari Kedua di Alor Setar, Myself tak berkesempatan nak berjalan-jalan kerana terpaksa hadir meeting. Sewaktu Myself meeting, Husband berjalan seorang diri exploring Alor Setar. Jadi di dalam entry ini, Myself ceritakan tempat-tempat yang Husband lawat. Jealous juga sebab kita tak berkesempatan nak melawat ke semua tempat ini. 

Tapi tak apa, sebab kita pun ada juga lalu kat tempat-tempat yang Husband pergi ini, cuma tak explore dekat-dekat macam yang dia buat. Lagipun perut Myself kurang sihat sikit sepanjang Hari Kedua ini. Banyak sangat makan pedas kot semalam.

Part 9: Rumah Merdeka

Tempat pertama yang Husband kunjungi pada pagi ini ialah Rumah Merdeka. Rumah Merdeka ini tak berapa jauh sangat sebenarnya dari Royale Signature Hotel. Jadi Husband cuma berjalan kaki ke sana.

Husband berjalan ke Rumah Merdeka. Bangunan yang macam design British ini adalah Hotel Royale.
Arah ke Rumah Merdeka
Pintu masuk ke Rumah Merdeka
Rumah Merdeka
Rumah Merdeka adalah sebenarnya bekas kediaman Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman yang juga dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Beliau adalah orang yang berjasa membebaskan negara kita dari penjajahan British pada tahun 1957.

Pondok Pengawal di Pintu Masuk
Keterangan tentang Rumah Merdeka
Rumah ini pada asalnya adalah milik ibu Tunku yang bernama Che Manjalara yang telah menghadiahkannya kepada beliau pada tahun 1942. Ia menjadi rumah persinggahan Tunku setiap kali pulang bercuti ke Kedah dan menjadi kediamannya selepas bersara dari menjadi Perdana Menteri.

Papan Tanda
Rumah bersejarah ini pernah menjadi kediaman peribadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman
Rumah ini juga menjadi saksi perundingan awal untuk menamatkan Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1966.
Rumah ini juga bersejarah kerana di sinilah rundingan Misi Muhibbah di antara Tunku Abdul Rahman dengan Laksamana Laut O.B. Sjaff mengenai penamatan isu Konfrontasi Malaysia-Indonesia diadakan pada 27 Mei 1966. Usaha ini kemudiannya diteruskan di Bangkok pada 7 Jun 1966 di antara wakil Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Razak dengan wakil presiden Indonesia Adam Malik. Penamatan Konfrontasi secara rasmi ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 di mana Malaysia diwakili oleh Tun Razak Hussein dan Indonesia oleh Adam Malik.

Pemandangan Sungai Kedah di tepi rumah
Pemandangan di sebalik pagar
Rumah Merdeka boleh dimasuki pengunjung untuk dilawati tetapi fotografi di dalam rumah tidak dibenarkan. Ada staff petugas yang akan mengiringi pengunjung masuk melawat bagi memastikan mereka tidak mencuri mengambil gambar.

Tunku juga mempunyai minat yang mendalam terhadap sungai dan alam semulajadi. Jadi tak hairanlah kalau dia memiliki beberapa buah bot semasa hayatnya. Salah sebuah bot tersebut disimpan di perkarangan rumah ini.

Bot milik Tunku Abdul Rahman
Pemandangan bot dari depan
Pemandangan bot dari sisi
Landskap di perkarangan rumah ini juga dijaga rapi. Kata Husband, tenang dan damai berkunjung ke sini.


Part 10: Pekan Cina

Selepas berkunjung ke Rumah Merdeka, Husband berjalan lagi sehingga sampai ke Pekan Cina. Pekan Cina ini kecil saja, hanya terdiri dari sebaris dua kedai di tepi jalan.

Pekan Cina
Kata Husband, banyak kedai di Pekan Cina ditutup. Mungkin masih belum pulih dari kesan PKP dulu.
Sewaktu di Pekan Cina, Husband singgah mengambil gambar di sebuah tokong Cina yang terletak di tepi sungai.

Pemandangan Masjid Zahir yang terletak di seberang sungai sangat mengkagumkan dari sini.

Pemandangan Masjid Zahir di seberang sungai
Kemudian Husband berjalan lagi menyusuri tebing Sungai Kedah di sepanjang Pekan Cina.

Sebuah landmark terkenal di Pekan Cina ini ialah replika sebuah rumah api yang dinamakan Menara Tanjung Chali. Menara ini sebenarnya boleh didaki untuk meninjau pemandangan di sekitar. Malangnya, sewaktu Husband tiba di sana ia sedang ditutup untuk kerja-kerja pembinaan.

Menara Tanjung Chali
Menara Tanjung Chali sedang ditutup untuk kerja-kerja pembinaan
Jadi Husband terus berjalan menuju ke sebuah lagi landmark yang terkenal di Pekan Cina Alor Setar ini yang dinamakan Pintu Gerbang Muhibah.

Dari sini kita dapat melihat Menara Tanjung Chali yang cantik itu dari sudut yang lain. Tempat menara ini dibina adalah pelabuhan sungai yang sibuk pada masa dahulu. Banyak kapal dagang yang datang berlabuh di tempat ini ketika itu.

Pemandangan Menara Tanjung Chali
Pokok yang dihiasi dengan tanglung berwarna merah di tepi sungai
Pintu Gerbang Muhibah sebenarnya terletak di sempadan Kampung Cina dan Kampung Melayu di Alor Setar. Dirasmikan oleh Sultan Kedah pada tahun 2009, ia menjadi simbol perpaduan dan jalinan muhibah di antara pelbagai kaum yang mendiami kawasan ini.

Pintu Gerbang Muhibah
Plak perasmian Pintu Gerbang Muhibah
Simbol perdamaian dan jalinan muhibah
Jambatan di belakang Pintu Gerbang Muhibah
Pemandangan dari jambatan
Pemandangan menghala ke pusat bandar
Menara Alor Setar
Penat berjalan, dia duduk berehat sebentar di Taman Pesisiran Tanjung Chali yang berhampiran.


Part 11: Jalan-jalan Di Pekan Alor Setar

Dari Pekan Cina, Husband berjalan balik ke hotel. Kita tengok pulak beberapa landmark menarik yang lain yang sempat Husband capture dengan kamera dalam perjalanan pulang.

Kompleks Pelancongan Negeri Kedah Darul Aman
Balai Polis Alor Setar
Pejabat Pos Alor Setar
Tugu 0 Kilometer di depan Pejabat Pos Alor Setar
Dari sinilah jarak ke seluruh Negeri Kedah diukur
Masjid Nagore Alor Setar
Pintu masuk ke Masjid Nagore
Pemandangan ke dalam Masjid Nagore
Tempat Wuduk di Masjid Nagore
Panggung Wayang Rex
Memang jauh Husband berjalan hari ini sehingga dia mengadu kakinya sakit tak boleh menjejak tanah bila sampai kembali ke hotel. Eloklah tu, kita sama-sama sakit ~ Myself sakit perut dan Husband pulak sakit kaki. Hahahahh!


  Bersambung ke Bahagian 6...


CATATAN PERJALANAN ALOR SETAR (2020):