Friday, 21 August 2020

2020 ALOR SETAR BHG. 03 (Menara Alor Setar 1)

Ogos 2020

KEDAH, MALAYSIA
Alor Setar

Bahagian 3: Alor Setar 1
MENARA ALOR SETAR 1

HARI PERTAMA (2)

Part 4: Tiba di Alor Setar

Setibanya di Stesen Alor Setar, kami mencari teksi menuju ke hotel penginapan kami, Royale Signature Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar. Tak sukar nak mencari teksi kerana perhentiannya terletak betul-betul di luar pintu masuk ke stesen keretapi.

Pintu keluar dari platform di Stesen Alor Setar
"Tu ada teksi kat sana!"
Dalam perjalanan ke hotel, pemandu teksi menunjukkan beberapa landmark yang menarik di tengah bandar. Secara umumnya semua tarikan bersejarah di Alor Setar terletak sekumpul di sebuah kawasan di tengah-tengah bandar. Tak sabar rasanya nak mula exploring, tapi Myself kena attend meeting dulu esok, lepas itu barulah boleh nak enjoy sakan.

Dalam teksi menuju ke hotel
Bandar Alor Setar
Medan Bandar Alor Setar
Masjid Zahir
Balai Nobat
Hotel Royale Signature
Penginapan kami selama 4 Hari 3 Malam di Alor Setar adalah di Royale Signature Hotel yang terletak di kawasan bandar Alor Setar. Location hotel ini agak berdekatan dengan tarikan-tarikan pelancongan utama, tapi ada beberapa buah hotel lain yang nampak lebih menarik dan lebih dekat dengan tarikan-tarikan tersebut.

Pemeriksaan suhu sebelum masuk ke dalam hotel
Lobi hotel
Registration counter
Menunggu proses check-in ke bilik
Korridoor ke bilik penginapan
Bilik hotel ini besar dan selesa. Tapi ada pulak tiang seri kat tengah-tengah bilik. Kata rakan yang tinggal di Alor Setar, bangunan hotel ini adalah sebenarnya sebuah bangunan terbengkalai yang diubahsuai menjadi hotel. Kerana itulah ada tiang seri begini kat dalam bilik. Tapi tak kisahlah, sebab tak mengganggu kita pun. Ia juga menjadikan bilik hotel ini tampak unik.

Bilik penginapan kami di Royale Signature Hotel
Mengapalah hotel-hotel sekarang suka buat bilik air yang see-through macam ini?
Bila dipandang ke luar tingkap pulak, terbentang pemandangan Menara Alor Setar di tengah kota. Waaaa... sebiji pulak macam pemandangan bilik hotel kami di Auckland, New Zealand dulu. Dahlah rupa Menara Alor Setar dengan Sky Tower di Auckland tu ada iras-iras nak sama!

Pemandangan di luar jendela
Menara Alor Setar yang ada iras-iras macam rupa Sky Tower di Auckland, New Zealand
Selepas Solat Jamak Zohor dan Asar di hotel, kami berjalan menuju ke Menara Alor Setar. Nampak macam dekat je nak berjalan kaki, tapi jenuh juga nak menapak sebenarnya.

Pemandangan Royale Signature Hotel dari depan
Menapak menuju ke Menara Alor Setar
Selepas berjalan kira-kira 15 minit dari hotel, kami tiba di pintu belakang Aman Central yang merupakan shopping mall yang terbesar di Alor Setar. Menara Alor Setar terletak bertentangan dengan pintu depan Mall ini. Jadi kita masuk saja ke dalam, buat litar pintas menuju ke Menara!
  
Pintu belakang Aman Central
Pemeriksaan suhu untuk masuk ke Aman Central
Pemandangan di dalam Aman Central
Tak beli apa-apa pun di sini... Sekadar buat lintas hormat menuju ke Menara Alor Setar
Pintu depan Aman Central
Pemandangan Menara Alor Setar dari dalam Aman Central
Pintu depan Aman Central yang bertentangan dengan Menara Alor Setar
Untuk pergi ke Menara Alor Setar dari depan Aman Central, terpaksalah pulak kita melintas sebuah jalan utama yang sibuk. Dahlah tak ada Zebra Crossing disediakan. Dulu bukan main kita mengutuk kota Cairo tak ada Zebra Crossing untuk pelintas jalan. Rupa-rupanya Alor Setar pun sama! Tapi syukurlah jalan di Alor Setar tak sesibuk jalan di Cairo.

Jalan sibuk yang perlu dilintas di depan Aman Central
Selamat melintas jalan yang sibuk itu.

Part 5: Menara Alor Setar

Menara Alor Setar adalah sebuah menara telekomunikasi dan sebuah tarikan pelancongan di kota ini. Dengan ketinggian 165.5 meter, ia adalah menara yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur.

Replika menara di depan pintu masuk ke Menara Alor Setar
Dengan ketinggian 165.5 meter, Menara Alor Setar adalah menara yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur.
Pemandangan di depan pintu masuk ke menara
Berjalan menuju ke pintu masuk
Pintu masuk ke menara
Menara  Alor Setar dibuka setiap hari bermula dari pukul 10 pagi - 10 malam. Ada pelbagai kategori tiket masuk dikenakan untuk melawat ke dalamnya. Sempena pembukaan semula menara ini selepas ditutup selama PKP, ada juga diskaun 50% harga tiket yang diberi ketika kami melawat ke sana. Tiket untuk melawat ke kedua-dua Deck Pemerhatian di Aras 3 dan Aras 5 yang dikenakan adalah RM24 berbanding RM48 pada hari-hari biasa.

Iklan Restoran Berputar di Menara Alor Setar
Tapi macam biasa dalam Norma Baru, ada pemeriksaan suhu badan kepada semua pengunjung. Sesiapa yang suhu badannya tinggi melebihi 37.5'C tidak dibenarkan masuk kerana dikhuatiri terkena jangkitan Covid. Disebabkan negeri Kedah sedang berdepan dengan Kluster Sivagangga pada masa sekarang, Myself dapat merasakan pemeriksaan suhu ini sangat diambil berat di beberapa tempat yang dikunjungi.

Thermal Scanning sebelum masuk ke Menara Alor Setar
Suasana di lobi Menara Alor Setar
Mendengar penerangan tentang pakej-pakej lawatan
Pemandangan Aman Central dari dalam lif kaca
Ini pulak pemandangan Taman Bunga Raya yang terletak di sebelah Menara Alor Setar
Tiba di Aras 3 yang terletak pada ketinggian 100 meter dari daratan
Kawasan rehat di Aras 3
Pemandangan keluar dari kawasan rehat di Aras 3
Ada sebuah Deck Pemerhatian di Aras 3 ini. Tapi disebabkan ketika itu dah hampir waktu matahari terbenam, kami membuat keputusan untuk naik ke Deck Pemerhatian di Aras 5 dulu. Untuk sampai ke sana, kita perlu menaiki sebuah lagi lif dari Aras 3 ini.

Lif untuk naik ke Aras 5 dari Aras 3
Deck Pemerhatian di Aras 5 ini dinamakan sebagai Star View. Terletak pada ketinggian 105 meter dari daratan, ia adalah sebuah deck pemerhatian yang terbuka.

Tiba di Aras 5
Pintu keluar ke Deck Pemerhatian
Pemandangan Deck Pemerhatian Terbuka di Aras 5, Menara Alor Setar
Ketika ini, matahari sedang hampir nak terbenam


  Bersambung ke Bahagian 4...



CATATAN PERJALANAN ALOR SETAR (2020):