Ogos 2020
KEDAH, MALAYSIA
Alor Setar
Bahagian 1: Cuti-Cuti Alor Setar 1
PKP, HOME QUARANTINE & SIVAGANGGA
Part 1: Cerita Masa PKP
Tempoh bermula 18 Mac 2020 sehingga 10 Jun 2020 adalah saat yang sangat menyeksakan bagi kaki-kaki travel di Malaysia. Ini adalah kerana seluruh negara Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Sepanjang tempoh ini, kita semua diarahkan berkurung saja di rumah dan cuma dibenarkan keluar atas sebab-sebab tertentu seperti membeli barang makanan dan keperluan dan juga bagi mendapatkan rawatan. Itu pun hanya bagi ketua keluarga dan di dalam radius 10 km dari rumah kediaman. Semua rakyat diarahkan untuk Bekerja Dari Rumah (Work From Home), kecuali bagi mereka yang bertugas dalam Perkhidmatan Perlu (Essential Service).
Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 oleh Perdana Menteri Malaysia. |
Ofis Myself tergolong dalam Essential Service walaupun bukan sebagai Frontliners. Kalau Frontliners merawat pesakit, kami pula merawat hospital dan segala benda yang ada di dalam hospital untuk selamat digunakan oleh Frontliners. Spesies kami ini walau bagaimanapun sangat jarang dikenali. Kalau kami memakai PPE lengkap di hospital pasti akan dianggap Doktor, tak pun Cleaners. Tak siapa tahu yang kami ni Tech Support. Kesian, kan?!
Myself tergolong dalam group yang terpaksa standby di ofis setiap hari. Jadi taklah kemurungan sangat macam mereka yang terpaksa Work From Home (WFH) sepanjang PKP. Kebanyakan urusan dengan pihak luar dibuat melalui Video Conference atau telefon. Teringat ada yang mencadang menyuruh dipanggil datang meeting kat ofis. Bolehlah keluar sekejap dari rumah, kata mereka. Antara saat yang paling seronok juga adalah time mengisi minyak kereta bila nak pergi ke ofis sebab harga minyak cukup murah masa itu. Cuma agak murung sikit time balik ke rumah bila tempat parking kereta semua penuh sebab jiran-jiran tak keluar bekerja.
Dengan pass kenderaan yang dikeluarkan oleh ofis, mudah saja kita nak melepasi sekatan polis di jalan raya. Maklumlah, boleh lalu kat special lane! Senang-senang saja kita boleh memotong 50 buah kereta yang tengah beratur nak melepasi road block! Tapi disebabkan design pass yang diberi agak simple ketika itu, ramai rakyat Malaysia yang kreatif mencetak rompak pass kami untuk menumpang kesenangan melepasi road block. Namun tak perlu risau sebab Polis memang cekap mengesan orang yang memakai pass kenderaan palsu. Tapi kesan dan akibatnya, kami yang memakai pass yang genuine ini pun ada masanya terkena soal siasat juga kerana disangka keluar berpoya-poya melanggar PKP.

Sewaktu PKP, Myself perlu melalui 2 sekatan polis dalam setiap perjalanan dari rumah ke ofis dan sewaktu pulang. Selepas mendapat banyak keluhan dari petugas (terutama yang terpaksa melalui banyak road block polis nak pergi bekerja setiap hari), ofis menukar design pass kenderaan baru yang memiliki lebih banyak ciri keselamatan. Kami juga dinasihatkan tidak meninggalkan pass kenderaan baru ini terdedah dalam kereta bila parking di mana-mana ~ takut ada yang mengambil gambar dan meniru pass kenderaan ini lagi!
Disebabkan rakyat Malaysia yang kreatif dan menyusahkan kehidupan ini jugalah, kami terpaksa menunjukkan pas kerja pula kepada Polis yang bertugas di road block sekalipun menggunakan pass kenderaan yang baru. Tapi tak mengapa, sebab proses nak melepasi road block memang tak sukar dengan pas kerja sakti kami. Tayang dari jauh pun, Polis dah suruh jalan! Masih boleh bergaya memotong 50 biji kereta menggunakan special lane setiap hari sewaktu pergi dan balik dari kerja!
"Hati-hati bertugas, Kak". Itulah yang sering diucapkan oleh Polis di road block kepada Myself walaupun kita bukan Frontliner. |
HOME QUARANTINE
Takdir Allah SWT, dalam tempoh di awal PKP ada seorang staff di ofis kami yang disahkan positif Covid. Maka kami yang bekerja rapat dengannya dikategorikan sebagai Close Contact. Memang gempar kerana jangkitan Covid tengah menggila di saat itu.
Mengikut takrif dari KKM, Close Contact yang paling berisiko adalah mereka yang pernah berurusan lebih dari 15 minit dalam jarak 1 meter atau kurang dengan pesakit dalam tempoh 14 hari terakhir dari tarikh pesakit disahkan positif Covid. Contohnya, pernah duduk kat kerusi betul-betul sebelah pesakit dalam meeting atau duduk rapat-rapat dalam discussion. Kalau meja kat bilik meeting itu besar dan kita duduk di seberang meja, tak termasuklah dalam kategori ini. Kalau pernah bersalaman atau bersentuhan secara langsung dengan pesakit (contoh: bersalam-salaman selepas solat jemaah) dalam tempoh 14 hari terakhir itu juga, dah sah-sah memang Close Contact yang sangat berisiko. Kerana itulah Social Distancing sangat penting dalam kawalan penyakit Covid-19.
Kesemua kami yang bekerja satu floor dipanggil oleh Pejabat Kesihatan untuk menjalani Saringan Covid dalam beberapa batch. Myself tergolong dalam batch pertama kerana dianggap sangat berisiko. Kami dipanggil datang membuat saringan pada keesokan harinya juga selepas staff berkenaan disahkan positif Covid. Merasa jugalah pengalaman dijolok jauh ke dalam tekak dengan cotton bud yang sangat panjang untuk diambil sample oleh Petugas Kesihatan di sana. Mujurlah kita tak kena jolok dalam hidung seperti sesetengah saringan yang lain itu.
Saringan ini dibuat percuma kerana kami memang dah disahkan sebagai Close Contact. Berdebar-debar sewaktu drive balik ke rumah kerana kita diberi surat Perintah Kuarantin yang tertulis dengan jelas pemegangnya boleh didenda atau dipenjara jika melanggar perintah ini. Fobia betul masa itu, takut ditahan Polis sewaktu tengah drive pulang dengan surat Perintah Kuarantin di tangan. Hikmah di sebaliknya, dapat jugalah Myself bercuti panjang selama 14 hari sewaktu menjalani kuarantin di rumah.
Sedang menjalani kuarantin, ofis kami gempar sekali lagi kerana seorang staff lain yang menjalani Saringan Covid sebagai Close Contact kepada staff pertama pula disahkan positif. Tapi yang peliknya, staff ini bukanlah Close Contact sangat dengan staff yang pertama sebenarnya, hanya sekadar bekerja dalam wing dan tingkat yang sama. Mungkin dia mendapat jangkitan dari punca lain tapi secara kebetulan dikesan sewaktu melalui saringan ini. Maka terpaksalah ofis bertindak melakukan pengesanan Close Contact bagi staff kedua ini pula. Akibatnya hampir separuh ofis kami dipanggil menjalani Saringan Covid dan dikenakan kuarantin. Memang pening Boss kat ofis terpaksa mengatur staff-staff lain untuk mengambilalih tugas staff yang terpaksa dikuarantin. Satu pengalaman yang memang sangat sukar untuk dilupakan!
Dalam tempoh kuarantin, pernah sekali mendapat panggilan telefon dari Pejabat Kesihatan. Berderau darah sebab ingatkan dia orang nak memberitahu yang kita disahkan positif Covid dan nak hantar ambulan bawa kita ke hospital.
Rupa-rupanya mereka sekadar nak check sama ada Myself masih batuk lagi. Maklumlah, kita memang tengah batuk dan asthma sewaktu dipanggil menjalani Saringan Covid. Batuk dan asthma adalah juga di antara simptom Covid. Memang berjela maklumat yang kena diisi dalam borang yang diberi sewaktu membuat saringan. Masa itu applikasi seperti Selangkah dan MySejahtera masih belum ada lagi. Jadi, semua tempat yang dikunjungi dalam 14 hari terakhir kena ditulis dalam borang yang diberi. Tabik sungguh, sampai level begitu sekali sebenarnya Kementerian Kesihatan membuat pengesanan Covid di Malaysia.
Kalau sesiapa disahkan positif Covid, KKM akan menghantar ambulan untuk menjemput mereka ke hospital dari rumah. Paling kesian adalah budak-budak kecil yang terpaksa pergi bersendirian naik ambulan ke hospital dengan hanya ditemani petugas kesihatan. Protokol Covid KKM tidak membenarkan ahli keluarga mengiringi sebagai langkah kawalan jangkitan. Jenazah pesakit Covid pun akan diuruskan oleh petugas kesihatan tanpa kehadiran ahli keluarga.
Syukur Alhamdulillah bila Myself dan rakan-rakan yang selainnya semuanya disahkan negatif Covid. Perasaan sewaktu hari pertama kembali ke ofis selepas tamat kuarantin benar-benar bagai seperti dapat keluar dari gua. Semua pengalaman ini Myself catatkan dalam entry ini sebagai kenangan masa depan bila nanti ditakdirkan Covid-19 ini tak lagi menjadi ancaman.
Kesemua kami yang bekerja satu floor dipanggil oleh Pejabat Kesihatan untuk menjalani Saringan Covid dalam beberapa batch. Myself tergolong dalam batch pertama kerana dianggap sangat berisiko. Kami dipanggil datang membuat saringan pada keesokan harinya juga selepas staff berkenaan disahkan positif Covid. Merasa jugalah pengalaman dijolok jauh ke dalam tekak dengan cotton bud yang sangat panjang untuk diambil sample oleh Petugas Kesihatan di sana. Mujurlah kita tak kena jolok dalam hidung seperti sesetengah saringan yang lain itu.
Saringan ini dibuat percuma kerana kami memang dah disahkan sebagai Close Contact. Berdebar-debar sewaktu drive balik ke rumah kerana kita diberi surat Perintah Kuarantin yang tertulis dengan jelas pemegangnya boleh didenda atau dipenjara jika melanggar perintah ini. Fobia betul masa itu, takut ditahan Polis sewaktu tengah drive pulang dengan surat Perintah Kuarantin di tangan. Hikmah di sebaliknya, dapat jugalah Myself bercuti panjang selama 14 hari sewaktu menjalani kuarantin di rumah.
Menunggu giliran membuat Covid Test secara Drive-Thru. Syarat yang diberi ialah kena datang sendiri dan tak boleh ditemani oleh sesiapa dalam kereta. Pada masa awal PKP seperti ketika itu, ujian saringan Covid hanya ada di fasiliti kesihatan Kerajaan saja. |
Dalam tempoh kuarantin, pernah sekali mendapat panggilan telefon dari Pejabat Kesihatan. Berderau darah sebab ingatkan dia orang nak memberitahu yang kita disahkan positif Covid dan nak hantar ambulan bawa kita ke hospital.
Rupa-rupanya mereka sekadar nak check sama ada Myself masih batuk lagi. Maklumlah, kita memang tengah batuk dan asthma sewaktu dipanggil menjalani Saringan Covid. Batuk dan asthma adalah juga di antara simptom Covid. Memang berjela maklumat yang kena diisi dalam borang yang diberi sewaktu membuat saringan. Masa itu applikasi seperti Selangkah dan MySejahtera masih belum ada lagi. Jadi, semua tempat yang dikunjungi dalam 14 hari terakhir kena ditulis dalam borang yang diberi. Tabik sungguh, sampai level begitu sekali sebenarnya Kementerian Kesihatan membuat pengesanan Covid di Malaysia.
Kalau sesiapa disahkan positif Covid, KKM akan menghantar ambulan untuk menjemput mereka ke hospital dari rumah. Paling kesian adalah budak-budak kecil yang terpaksa pergi bersendirian naik ambulan ke hospital dengan hanya ditemani petugas kesihatan. Protokol Covid KKM tidak membenarkan ahli keluarga mengiringi sebagai langkah kawalan jangkitan. Jenazah pesakit Covid pun akan diuruskan oleh petugas kesihatan tanpa kehadiran ahli keluarga.
Syukur Alhamdulillah bila Myself dan rakan-rakan yang selainnya semuanya disahkan negatif Covid. Perasaan sewaktu hari pertama kembali ke ofis selepas tamat kuarantin benar-benar bagai seperti dapat keluar dari gua. Semua pengalaman ini Myself catatkan dalam entry ini sebagai kenangan masa depan bila nanti ditakdirkan Covid-19 ini tak lagi menjadi ancaman.
Cara sample diambil sewaktu Saringan Covid (Sumber: Internet). Guna gambar dari Internet sebagai kenangan sebab tak bolehlah nak ambil gambar diri sendiri, kan? Dahlah kena datang sorang-sorang masa tu. |
Dan yang paling menggembirakan rakyat Malaysia bila usaha ini berjaya adalah kita dah dibenarkan membuat perjalanan merentas negeri bermula dari 10 Jun 2020. Walaupun masih dalam fasa PKP Pemulihan sehingga 31 Ogos 2020, kita dah boleh travel kembali. Tapi perjalanan di Malaysia saja dibenarkan sebab perjalanan keluar negara masih belum boleh lagi...
Masa untuk Cuti-Cuti Malaysia |
Part 2: Berdepan Kluster Sivagangga
Selepas perjalanan merentas negeri dibenarkan, Myself terpaksa menghadiri satu meeting berkaitan kerja di Alor Setar, Kedah. Dah alang-alang sampai kat situ, kita extend la sikit stay kat sana ambil peluang berjalan-jalan. Lagipun pengalaman kena kuarantin tak boleh keluar rumah langsung selama 14 hari memang meninggalkan sikit kesan psikologi kepada seorang kaki travel macam kita (cewahh!!). Kebetulan Alor Setar ini pun dah memang ada dalam radar Percutian Bak Orang Putih kami di Malaysia sebagai destinasi perkhidmatan keretapi ETS Business Class yang kami nak cuba dari KL. Bak kata orang, serampang tiga mata : pergi bertugas, bercuti sakan dan cuba naik ETS Business Class.
Kedah Darul Aman |
Kes index bagi kluster ini adalah seorang pemilik kedai makan Nasi Kandar yang terletak di pekan Napoh di daerah Kubang Pasu. Beliau yang pulang ke Malaysia selepas melawat keluarganya di Sivagangga, India telah melanggar perintah kuarantin yang dikenakan sehingga menyebabkan lebih 40 orang lain yang berurusan secara langsung dan tidak secara langsung dengannya dijangkiti Covid-19. Akibatnya, beberapa kawasan di Daerah Kubang Pasu dan Padang Terap di Negeri Kedah dan Kuala Sanglang di Negeri Perlis telah dikenakan Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) atau PKP Diperketatkan Secara Pentadbiran bagi mengekang penularan wabak ini.
Rajah jangkitan Kluster Sivagangga |
Walaupun Daerah Kota Setar di mana bandar Alor Setar berada tidak mempunyai sebarang jangkitan yang dilaporkan, kebimbangan itu tetap ada. Maklumlah, Alor Setar adalah ibu kota negeri Kedah dan pasti ramai rakyat Kedah datang berurusan ke sana dari semasa ke semasa. Walaupun Alor Setar masih selamat dikunjungi, perasaan bimbang terperangkap dalam TEMCO tetap ada. Kita pernah merasa Home Quarantine dan pengalaman itu memang tak seronok. Tak dapat dibayangkan bagaimana sekiranya kami terperangkap sebatang kara di tempat orang, jauh dari keluarga dan rakan-rakan. Beriya kita check peta negeri Kedah untuk memastikan di mana sebenarnya kedudukan Daerah Kubang Pasu yang menjadi pusat jangkitan Kluster Sivagangga itu berbanding kedudukan Alor Setar.
Status jangkitan Covid-19 di Semenanjung Malaysia pada 11 Ogos 2020 |
Peta Kedudukan Daerah Kubang Pasu di Negeri Kedah |
Bersambung ke Bahagian 2...
CATATAN PERJALANAN ALOR SETAR (2020):
- Bahagian 01 - Cuti-Cuti Alor Setar 1 (PKP, Home Quarantine & Sivagangga)
- Bahagian 02 - ETS Gold (KL-Alor Setar)
- Bahagian 03 - Alor Setar 1 (Menara Alor Setar 1)
- Bahagian 04 - Alor Setar 2 (Menara Alor Setar 2)
- Bahagian 05 - Alor Setar 3 (Rumah Merdeka & Pekan Cina)
- Bahagian 06 - Kuala Kedah 1 (Kota Kuala Kedah 1)
- Bahagian 07 - Kuala Kedah 2 (Kota Kuala Kedah 2)
- Bahagian 08 - Alor Setar 4 (Rumah Mahathir, Masjid Albukhary, Rumah Seri Banai & Rumah Tok Su)
- Bahagian 09 - Alor Setar 5 (Gunung Keriang & Muzium Padi 1)
- Bahagian 10 - Alor Setar 6 (Muzium Padi 2)
- Bahagian 11 - Alor Setar 7 (Aman Central & Medan Bandar Alor Setar)
- Bahagian 12 - Alor Setar 8 (Balai Nobat & Suasana Malam Di Alor Setar)
- Bahagian 13 - Cuti-Cuti Alor Setar 2 (Hari Terakhir Di Alor Setar)
- Bahagian 14 - ETS Business Class (Alor Setar - KL)