Thursday, 20 August 2020

2020 ALOR SETAR BHG. 02 (KL - Alor Setar)

Ogos 2020

KEDAH, MALAYSIA
Alor Setar


Bahagian 2: ETS Gold
KUALA LUMPUR - ALOR SETAR


HARI PERTAMA (1)


Part 3: Perjalanan ke Alor Setar

Selalunya Myself memang macam liat nak pergi meeting jauh-jauh, tapi disebabkan kita dah lama sangat terkurung kat KL masa PKP, seronok juga dapat peluang pergi outstation. Memang suka bila mendapat peluang pergi ke Alor Setar. Dah terbayang nak naik keretapi Business Class dari KL ke Alor Setar pergi-balik. Dah awal-awal bagitahu budak-budak kat ofis yang Myself tak mahu fly ke Alor Setar, tapi nak pergi naik keretapi. Bagus juga rasanya bila memilih naik keretapi sebab jadual flight pun memang limited sekarang. Masih belum pulih dari penangan Covid-19. Kalau tak berniat nak sambung bercuti dan memilih naik flight ke Alor Setar sekali pun, memang Myself terpaksa pergi awal sehari dan pulang lewat sehari selepas habis meeting disebabkan jadual flight yang terhad itu.

Walaupun suka, tenggelam juga rasa hati bila kita check tiket online kat internet. Keretapi Business Class ini tak berkhidmat setiap hari rupanya, cuma pada hari-hari tertentu. Pada hari yang Myself kena pergi ke Alor Setar, tak ada perkhidmatan Business Class. Tapi mujurlah ada keretapi Business Class pada hari yang kami nak balik dari Alor Setar selepas bercuti. Tercapai juga cita-cita nak cuba naik keretapi Business Class, yeayyy!!

Tren kami dijadualkan berlepas ke Alor Setar pada pukul 10.28 pagi. Seawal pukul 8.30 pagi, kami menaiki Grab menuju ke KL Sentral. Syukurlah tak susah nak mendapatkan Grab pada waktu orang sibuk-sibuk nak keluar bekerja begini.


Naik Grab ke KL Sentral
Construction
Berita hari ini
Arah ke KL Sentral
Protokol kesihatan memang diterapkan di KL Sentral. Ada saringan suhu dibuat di pintu masuk. Pendaftaran melalui MySejahtera juga diwajibkan.

Saringan suhu dan pendaftaran kehadiran di pintu masuk KL Sentral
Face Mask jangan dilupakan kerana wajah kita bernilai RM1000 di musim Covid begini. Denda RM1000 akan dikenakan kepada sesiapa yang tidak memakai Face Mask di tempat awam yang sesak.
Pemandangan di Pintu Perlepasan ETS. Masih terlalu awal nak masuk ke sana.
Pemandangan awal pagi di KL Sentral
Memandangkan hari masih awal lagi, kami breakfast dulu di Food Court KL Sentral. Nak masuk ke sini pun ada saringan suhu dibuat.

Food Court di KL Sentral
Daftar dulu dengan MySejahtera
Food Court
Banyak gerai ada di sini
Pelbagai makanan yang dijual
Jangan lupa buka Face Mask masa nak makan
Thank You
Lepas breakfast barulah kami bergerak menuju ke Pintu Perlepasan. Dah ramai orang beratur pada masa itu tapi masing-masing sedar tanggungjawab untuk menjaga penjarakan fizikal.

Beratur sambil menjaga penjarakan fizikal
Tiket ETS ke Alor Setar
Iklan Skypark Link ke Subang Airport
Saringan Suhu
Pemandangan di Pintu Perlepasan
Menunggu dengan sabar
Dekat-dekat waktu perlepasan, penumpang dipanggil untuk turun ke platform tren.

Panggilan untuk tren kami
Maklumat tren kami
Tren kami terlewat 5 minit dari jadual
Pemeriksaan tiket masuk
Turun ke platform
Arah ke tren
Penunjuk arah
Tren masih belum tiba
Tren yang kami naiki EG9420 berkhidmat di antara Gemas (Negeri Sembilan) dan Padang Besar (Perlis). Sesuatu yang mencabar kalau naik tren begini ialah memilih tempat duduk. Memang susah nak mengagak kerusi yang dipilih menghadap ke depan atau ke belakang sebab koc yang digunakan sentiasa bertukar. Kami tak cukup bijak membuat pemilihan tempat duduk kali ini ~ terkena pulak tempat duduk yang menghadap ke belakang di koc yang paling belakang juga. Tipah Tertipu sewaktu pilih tempat duduk beli tiket... Hahaha!!

ETS Gold dah tiba
Jom masuk ke dalam...
Banyak orang bawak beg besar hari ini 
Pemandangan di dalam ETS Gold
Memulakan perjalanan
Tren kami berlepas dari KL Sentral pada pukul 10.34 pagi. Disebabkan Tren ini adalah ETS Gold, banyaklah juga perhentian yang dibuat dalam perjalanan dari KL ke Alor Setar, berbanding ETS Platinum yang pernah kami naik menuju ke Butterworth dulu. Tapi perjalanannya tetap selesa, memakan masa kira-kira 5 jam.

Meninggalkan Kuala Lumpur
Pemeriksaan tiket
Disebabkan ketika itu juga weekday dan bukan musim cuti sekolah, tren juga macam tak penuh.

Tren tak begitu penuh sebab bukan hujung minggu dan bukan cuti sekolah
Peta persinggahan tren
Tekan butang untuk membuka pintu kalau nak pergi ke gerabak lain
Ruang antara gerabak
Toilet di dalam tren besar dan bersih. Paling best, ada paip air disediakan.
Memang banyak kerusi kosong dalam tren.
Kafetaria di dalam tren
Petugas di kafetaria
Suasana di gerabak kafetaria
Pilihan makanan di kafetaria
Makanan yang dibeli boleh dipanaskan oleh petugas kafetaria atas permintaan
Menu di kafetaria
Minum Teh Tarik panas
Sepanjang perjalanan, mesej-mesej mengenai ancaman Covid-19 ditayangkan di skrin TV. Maklumlah, virus ini masih merebak dan vaksin pula masih belum ditemui.

Pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penyakit Novel Coronavirus Covid-19
Simptom-simptom jangkitan Covid-19
Keretapi Tanah Melayu (KTM) memang mengambil berat tentang jangkitan Covid-19. Dari semasa ke semasa, penumpang diberi maklumat mengenai proses sanitasi dan pembersihan yang dilaksanakan ke atas semua tren KTM bagi mencegah jangkitan ini. Bagus begitu kerana maklumat seperti ini akan membuatkan penumpang merasa lebih selamat dan confident untuk menggunakan perkhidmatan tren.

Petugas sanitasi
Makluman mengenai status sanitasi tren
Pembersihan lantai tren
Pembersihan tandas
Pembersihan rel pemegang
Bukan sekadar tren, pembersihan peralatan di stesen seperti escalator juga dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Sekarang kita bercerita pulak tentang pemandangan yang dilihat sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. Dari Kuala Lumpur sehingga sampai ke Ipoh, pemandangan yang banyak dilihat adalah hutan dan kawasan penanaman kelapa sawit.

Pemandangan tipikal di sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur sehingga ke Ipoh.
Kelajuan maksima tren ini adalah 140 km/jam. Lebih laju dari had pemanduan di lebuhraya.
Padang ragut
Ada banyak pemandangan tasik begini diperhatikan di negeri Perak sepanjang perjalanan menuju ke Ipoh. Tasik-tasik ini adalah sebenarnya bekas lombong bijih timah yang ditinggalkan.
Pemandangan berhampiran Tapah
Stesen Kampar
Perjalanan menuju ke bandar Ipoh
Stesen Keretapi Ipoh yang dibina oleh penjajah British
Selepas meninggalkan Ipoh, pemandangan yang banyak diperhatikan adalah gunung-gunung batu kapur. Malah perjalanan tren turut melalui 2 buah terowong di dalam gunung sewaktu menuju ke bandar Taiping.

Pemandangan gunung batu kapur selepas meninggalkan Ipoh
Kilang simen
Disebabkan hari dah tengahari dan perut pun dah lapar, kita lunch dulu dengan makanan yang dibeli dari kafetaria tren. Tak banyak pilihan makanan yang tinggal, jadi terpaksalah berpuas hati dengan Nasi Lemak Sambal Ayam dan Lasagna saja. Okey juga rasanya.

Lasagna
Nasi Lemak Sambal Ayam
Tiba di Taiping
Pemandangan istimewa selepas meninggalkan Taiping ialah sewaktu tren merentas Tasik Bukit Merah. Sewaktu kami ke Pulau Pinang dulu, tasik ini kelihatan sangat besar. Musykil pulak kenapa tasik ini nampak tak besar macam dulu pada hari ini? Adakah disebabkan sekarang musim panas dan airnya tak sebanyak dulu? 

Meninggalkan Tasik Bukit Merah, pemandangan yang disajikan seterusnya adalah sawah padi yang seluas mata memandang. Maklumlah kita dah sampai ke kawasan yang digelar Jelapang Padi Malaysia.

Pemandangan sawah padi
Jelapang padi
Sungai untuk pengairan sawah padi
Stesen Sungai Petani
The heartland of Kedah
Padi yang semakin menguning
Semakin menghampiri Alor Setar
Akhirnya selepas melalui perjalanan dengan ETS Gold selama 5 jam dari Kuala Lumpur, kami tiba di Stesen Alor Setar. Jam ketika itu menunjukkan pukul 3.40 petang.

Tiba di Alor Setar
ETS Gold yang membawa kami ke Alor Setar
Wajah ETS Gold yang moden dan seiras macam Shinkansen kat Jepun.
Negeri Kedah adalah negeri pengeluar padi utama di Malaysia. Alor Setar adalah ibu negeri Kedah tapi jarang orang fikir pasal Alor Setar bila nak bercuti ke Kedah. Balik-balik mesti orang akan fikir pasal Langkawi bila nak bercuti ke Kedah, kan?! So, mari kita explore apa yang ada di Alor Setar...


 Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN ALOR SETAR (2020):