Thursday, 9 April 2020

2020 CAMERON HIGHLANDS BHG. 08 (Cameron - KL)

Mac 2020

PAHANG, MALAYSIA
Cameron Highlands

Bahagian 8: Hari Terakhir
PULANG KE KUALA LUMPUR

HARI KETIGA

Part 22: Meninggalkan Cameron Highlands

Awal pagi ini hujan turun dengan lebat di Cameron Highlands menyebabkan suasana yang selama ini nyaman menjadi sejuk. Kabus juga meliputi pemandangan di luar bilik.

Pagi yang dingin di Cameron Highlands
Pemandangan bak di oversea
Menikmati suasana pagi
Keindahan alam
Pada pagi ini Myself cuma menghadiri event yang diaturkan oleh ofis. Seperti yang Myself jangka, walaupun ia dijadualkan hanya separuh hari, ia tetap terlajak sehingga ke awal petang.

Disebabkan kena bekerja pada keesokan harinya, kami terpaksa pulang ke Kuala Lumpur pada petang ini juga. Kalau kami naik bas, lewat malamlah baru tiba di rumah. Jadi sejak awal lagi kami merancang untuk pulang dengan menggunakan khidmat teksi dari Cameron Highlands. Memanglah kos perjalanannya berganda-ganda mahal bila dibanding dengan harga tiket bas, anggap sajalah macam kita bayar tiket kapalterbang pergi-balik ke Cameron Highlands untuk dua orang. Lagipun perjalanannya point-to-point: dari hotel terus sampai ke rumah.

Pemandu kami adalah Parthi, yang ditemui masa kami mula-mula tiba di Cameron Highlands dulu. Kami dah deal dengan dia tentang perjalanan pulang ini sejak dari awal tiba lagi.

Pulang ke Kuala Lumpur
Kami sebenarnya membuat pilihan tepat tak memandu kereta ke Cameron Highlands kerana petang itu hujan turun dengan sangat lebat. Walaupun kita cuma jadi passenger duduk di belakang teksi, memang seram melihat air yang mencurah-curah turun dengan laju dari atas gunung di jalan yang bengkang-bengkok turun ke bawah. Ada ketikanya pemandangan juga menjadi terhad dengan titisan-titisan besar hujan yang mengena pada cermin kereta. Tapi bagi seorang pemandu teksi di Cameron Highlands seperti Parthi, suasana begini perkara biasa bagi mereka.

Hujan lebat dalam perjalanan turun
Brinchang
Menuju ke Tanah Rata
Hujan yang sangat-sangat lebat
Tiba di Tanah Rata
Pekan Tanah Rata
Jalan bengkang-bengkok menuruni gunung
Perjalanan ke Kuala Lumpur dijangka memakan masa lebih 3 jam
Melintasi sebatang sungai
Hujan masih sangat lebat

Part 23: Lata Iskandar

Walaupun cuma 3 Hari 2 Malam, kami cukup puas dengan percutian ke Cameron Highlands kali ini. Macam dah habis rata semua tarikan di Cameron Highlands kami lawat. Kalau sebelum ini, kami menjejakkan kaki ke Cameron Highlands 10 tahun dulu, 10 tahun lagilah baru kita repeat datang lagi ke Cameron Highlands. Hahaha!!

Dalam perjalanan pulang, kita singgah sebentar di Air Terjun Lata Iskandar. Parthi yang menawarkan kepada kami untuk membuat persinggahan di sini.

Masa kami sampai dulu, ada ramai orang singgah di sini sebab weekend. Disebabkan hari ini adalah hari bekerja, Lata Iskandar nampak sunyi dan sepi.

Sebelum meninggalkan Lata Iskandar, kami singgah sebentar kat sebuah gerai di sini nak mencari kudapan. Maklumlah tengahari tadi sempat lunch makan roti canai saja. Itu yang dah kelaparan pulak bila tiba di sini.


Part 24: Kisah Seorang Tea Taster

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Parthi bercerita kepada kami tentang pengalaman beliau bekerja sebagai seorang Tea Taster di sebuah ladang teh di Cameron Highlands pada satu masa dulu. Apa pulak Tea Taster ni? Selama ini kita tahu ada Wine Taster, tapi tak pernah tahu pun tentang Tea Taster.

Parthi bercerita tentang pekerjaan Tea Taster
Hujan masih turun sewaktu kami masuk ke PLUS Highway
Kata Parthi, ladang-ladang teh memang mempunyai beberapa orang Tea Taster yang bertugas di sana. Mereka bertugas di bahagian Quality Control. Tea Taster akan memilih sampel-sampel teh yang selesai diproses secara rawak untuk menguji kualiti teh tersebut. Seorang Tea Taster yang mahir boleh tahu masalah yang wujud pada batch teh yang berkenaan dengan hanya melalui rasa. 

Kalau rasa teh macam bergris, itu bermakna ada masalah dengan mesin pemprosesan. Tea Taster juga boleh tahu sekiranya daun teh yang dipetik adalah daun tua dan bukan pucuk muda seperti yang sepatutnya. Malah dengan maklumat yang diberi oleh Tea Taster, syarikat boleh mengesan kelompok pokok teh yang bermasalah dan supervisor di situ akan diberitahu supaya mengawasi cara pekerja mereka memetik daun teh.

Kawasan Rehat dan Rawat Tapah Arah Selatan
Singgah sebentar untuk mengisi minyak
Lidah adalah aset yang paling berharga kepada seorang Tea Taster. Demi menjaga deria rasa pada lidah mereka, seorang Tea Taster sebenarnya tak boleh minum arak atau makan kari. Kalau orang Malaysia tak minum arak, mungkin okey. Tapi Orang Malaysia mana boleh dipisahkan dengan kari, kata Parthi. Tapi kalau dah makan kari, macam mana pulak nak buat Tea Tasting

Kata Parthi, lidah boleh dibersihkan dengan menggunakan Roti Putih dan Mozarella Cheese. Tea Tasting akan dibuat 2 atau 3 hari sekali untuk menjamin rasa teh ini 'tidak bercampur'. Jadi sehari sebelum bertugas, Tea Taster akan 'mencuci' terlebih dulu lidah mereka dengan Roti Putih dan Mozarella Cheese. Mereka juga akan berpantang dari makan kari. Disebabkan Mozarella Cheese mahal, ia akan dibekalkan oleh syarikat teh kepada Tea Taster.

Parthi juga mengajar kami cara yang betul untuk menikmati minuman teh. Mula-mula sekali, kenalah pakai serbuk teh dan bukan teh dalam uncang. Kata Parthi, serbuk teh yang dalam uncang itu adalah sebenarnya serdak-serdak dari daun teh yang kurang berkualiti. Untuk kenikmatan teh sejati, serbuk teh hanya dibancuh dengan air panas saja tanpa gula atau susu. Teh panas ini pulak perlu disisip dalam tempoh 3 minit dari dibancuh. Cara begitu barulah kita boleh merasa nikmat teh yang sebenarnya.

Pencinta teh sejati memang anti dengan Teh Tarik, kata Parthi, sebab ia memang berlawanan dengan cara sebenar pembancuhan teh. Tapi nak buat macam mana ~ sebab Teh Tarik macam dah jadi Minuman Kebangsaan Malaysia sekarang.

Kata Parthi lagi, seorang Tea Taster perlu menjalani latihan selama 6 tahun secara purata. Tapi disebabkan dia memang dibesarkan dalam ladang teh dan hidup bergelumang dengan teh, dia hanya menjalani latihan selama 3 tahun saja sebelum mendapat pengiktirafan sebagai Tea Taster. Hebat, Parthi! Kata Parthi, dia dulu dilatih oleh seorang Master Tea Taster yang berasal dari India.

Seronok bersembang dengan Parthi sebab dia memang fasih bercakap dalam Bahasa Melayu. Sampai tak sedar lebih 3 jam dah berlalu dan kami dah selamat sampai di rumah. Terima kasih, Parthi! Setinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang memberikan rezeki kepada kami membuat percutian yang singkat dan menarik ke Cameron Highlands ini, walaupun dengan menumpang event ofis.


CATATAN PERJALANAN CAMERON HIGHLANDS (2020):