Wednesday, 1 March 2023

2022 PHUKET BHG. 01 (KL - Phuket)

Disember 2022

SOUTHERN THAILAND
Phuket

Bahagian 1: Arrival
KUALA LUMPUR KE PHUKET

Part 1: Penangan Dari MATTA Fair

Pada bulan September 2022, Myself dan Husband telah berkunjung ke MATTA Fair yang julung-julung kali diadakan semula setelah tertangguh selama 2 tahun kerana Covid-19. Bukan ada plan nak bercuti ke mana-mana pun sebenarnya ketika itu, cuma kononnya nak berseronok menikmati suasana sibuk-sibuk planning nak travel selepas Covid. Lagi pun waktu itu kami tengah sibuk membuat persiapan akhir nak pergi melancong mengikut Group Tour ke Balkans pada bulan Oktober 2022 (the very next month).

MATTA Fair September 2022 (Gambar dari internet)
MATTA Fair kali ini tak semacam dulu. Maklumlah banyak negara baru saja membuka sempadan mereka untuk tujuan pelancongan dan banyak juga yang masih ditutup kepada pelancong. Maka pakej-pakej ke destinasi popular macam China, Jepun dan Korea tidak ada ketika itu kerana sempadan negara mereka masih belum dibuka kepada warga asing. Banyak pakej yang ditawarkan adalah ke Eropah terutama Switzerland yang dah membuka penuh sempadan mereka untuk pelancong. Syukurlah kami dah pernah sampai ke Switzerland, jadi tak adalah teruja sangat menengok iklan percutian ke Switzerland yang ditawarkan.
 
Tapi biasalah kalau kaki travel macam kita ni pergi ke MATTA Fair, last-last mesti terpengaruh juga dengan iklan-iklan yang ditawarkan. Rasa rugilah juga kalau tak manfaatkan pakej-pakej menarik yang ditawarkan yang selalunya cuma valid melalui tawaran MATTA Fair. Akhirnya tersangkut juga kita dengan tawaran pakej percutian ke Phuket. Okey jugalah rasanya kalau pergi ke Phuket masa akhir tahun nanti, tambahan pula sebab kami belum pernah sampai ke sana.

Peta Pelancongan Phuket
Untuk percutian ke Phuket ini, Myself dan Husband mengambil pakej private tour. Satu kelebihan menggunakan pakej private tour ialah kita boleh memilih dan mengatur sendiri perjalanan dengan bantuan travel agent. Tapi yang Myself agak rimas setiap kali membuat private tour begini ialah kena banyak membuat research tentang tempat yang kita nak pergi. Kalau memakai cadangan standard package yang ditawarkan, itinerarinya sangat basic. Banyak masa terluang kerana standard package begini sebenarnya sesuai untuk mereka yang suka shopping. Bagi orang yang tak suka shopping macam kami, kenalah tukar free slot shopping itu dengan aktiviti lain.

Bila menggunakan private package begini ke negara-negara bukan Islam macam Thailand atau Europe pula, standard package bagi pelancong Muslim juga tak akan menawarkan lawatan ke temple atau gereja walaupun ia adalah ikon bagi destinasi tersebut. Kalau ada pun, cuma dipandang dari luar, mungkin sebab sensitiviti kalau umat Islam masuk melawat ke rumah ibadat agama lain. Myself dan Husband suka saja melawat ke tempat-tempat begitu kerana kami sukakan culture. Kami suka melihat bagaimana penduduk tempatan menjalani ritual seharian mereka. Lagi pun tak salah kalau kita sekadar pergi melihat, bukan nak pergi beribadat bersama mereka. Jadi kenalah modify pakej yang ditawarkan dengan semestinya dikenakan kos tambahan!

Ada 2 jenis pakej percutian Phuket yang ditawarkan: 3 Hari 2 Malam dan 4 Hari 3 Malam. Memandangkan aktiviti yang ditawarkan kebanyakannya berkait dengan laut (island hopping) dan kami bukan peminat aktiviti laut yang tegar, kami memilih pakej 3 Hari 2 Malam saja. Tak adalah nak membuat island hopping sampai 2 hari berturut kat sana!

Atas cadangan dari travel agent juga, kami memilih naik flight yang berlepas paling pagi ke Phuket dan pulang ke Kuala Lumpur dengan flight yang paling lewat pada hari ketiga. Kita maximisekan tempoh kita berada di Phuket begitu!

Pilihan flight untuk ke Phuket pun ada 2 pada masa itu: Air Asia dan Malaysia Airlines. Congak punya congak, didapati total harga tiket Air Asia yang termasuk baggage cuma kurang RM100 dari Malaysia Airlines yang dah termasuk segala-galanya. Maka kami memilih untuk naik Malaysia Airlines.

Disebabkan kami juga cuma stay 2 malam di Phuket, kami memilih untuk bermalam di hotel 4 bintang tepi laut di Patong. Mudah untuk bergerak-gerak sendiri juga kalau di lokasi yang happening seperti ini. Setelah semuanya diatur, kita tunggu saja masa untuk keberangkatan ke Phuket...

HARI PERTAMA (1)

Part 2: Dari KL Terbang Ke Phuket

Hari kejadian tiba pada 22 Disember 2022. Disebabkan flight kami ke Phuket dijadualkan berlepas pada pukul 9.10 pagi dan kami perlu check-in pada pukul 6 pagi, seawal jam 5 pagi kami dah bergerak ke KLIA menggunakan khidmat Grab yang dah ditempah lebih awal.

Suasana awal pagi di KLIA
Ada ramai Jemaah Umrah di KLIA pagi ini
KL International Airport
Disebabkan masih awal pagi dan hari ini adalah weekday, suasana di KLIA masih okey lagi walaupun sedikit sibuk sebab ramai yang dah mula bercuti akhir tahun. Bila masuk ke dalam barisan, terus saja kami ke depan. Tak lama selepas itu bila berpaling ke belakang, Masyaallah... panjang sungguh!

Suasana masih tenang sebab masih awal pagi
Check-in di KLIA
Lepas dah check-in kita pergi pula menunaikan Solat Subuh. Kita berdoa semoga perjalanan kita ke Phuket dirahmati dan dilindungi Allah SWT.

Pergi ke Surau untuk Solat Subuh
Kita Solat Subuh dulu...
Setelah selesai Solat Subuh barulah kami kembali membuat urusan duniawi yang sangat penting ~ breakfast. Kami memilih untuk breakfast di Food Garden. Enam bulan dulu sewaktu Myself pergi ke Turkiye, Food Garden ini masih sepi penangan Covid-19, dua bulan lepas sewaktu kami pergi ke Balkans pulak Food Garden ini dah kembali meriah dan hari ini sewaktu nak pergi ke Phuket, Food Garden ini memang sangat meriah. Syukur Alhamdulillah, itu petanda ekonomi kita kini dah semakin pulih.

Food Garden di KLIA
Pokok Krismas di pintu masuk ke Food Garden
Suasana di Food Garden
Kita breakfast dulu...
Lepas dah breakfast kami terus masuk ke ruang perlepasan. Bimbang juga kalau masuk lewat-lewat takut tersekat pulak di pemeriksaan passport nanti.

Perlepasan antarabangsa
Pemeriksaan passport
Penerbangan kami Malaysia Airlines MH 786 dari Kuala Lumpur ke Phuket yang dijadualkan berlepas pada pukul 9.10 pagi delay pulak selama setengah jam. Jadual perlepasan baru adalah pada pukul 9.45 pagi dari Pintu H10. Disebabkan Pintu G dan H di KLIA terletak di atas pintu-pintu perlepasan domestik (A dan B), kita tak perlu naik Aerotrain untuk mendapatkan pesawat.

Boarding Pass ke Phuket
Model pesawat syarikat-syarikat penerbangan yang terbang ke KLIA. Boleh juga kot kita pertimbangkan percutian ke Ethiopia satu hari nanti naik Ethiopian Airlines.
Merry Christmas!
Mengambil gambar Pokok Krismas
Posing dengan Pokok Krismas
Flight kami ke Phuket Malaysia Airlines MH 786 delay 35 minit
Disebabkan flight dah delay, kami berjalan pelan-pelan menuju ke gate. Tak perlulah nak rushing ke sana. Sambil berjalan ke gate, kita nikmati suasana di sekitar.

Suasana pagi di KLIA
Kita jalan relax-relax saja menuju ke gate
Travelator
Barisan penumpang yang nak menuju ke Manila
Mesti ramai di antara penumpang ini yang nak balik ke Manila untuk meraikan Krismas bersama keluarga
Pintu perlepasan kami H10 adalah pintu yang paling hujung. Di sini jugalah tempat pekerja asing yang baru tiba di Malaysia diambil oleh majikan masing-masing. Terharu melihat bagaimana pekerja asing ini diproses sewaktu ketibaan. Memang bersyukur kerana Allah tak takdirkan kita perlu melalui apa yang mereka lalui. Mudah-mudahan mereka diberi kemudahan untuk memulakan hidup baru sebagai pekerja di Malaysia, lebih-lebih lagi kerana mereka datang menggunakan saluran yang sah.

Pekerja asing yang baru tiba sedang berkumpul menunggu untuk dijemput oleh majikan masing-masing.
Mengikut majikan untuk memulakan penghidupan baru
Walaupun jam dah pun menunjukkan pukul 8.45 pagi, penumpang-penumpang ke Phuket masih tidak dibenarkan masuk ke gate untuk memberi laluan kepada penumpang ke Hanoi di gate sebelah yang masih ramai belum melepasi sekuriti. Selepas penumpang-penumpang ke Hanoi ini selesai masuk ke Gate H8 di sebelah, barulah kami yang nak ke Phuket ini dibenarkan masuk ke gate pelepasan.

Beratur masuk ke pintu perlepasan
Pintu H10
Menunggu panggilan masuk ke dalam pesawat
Pesawat Malaysia Airlines yang dah bersedia untuk membawa kami ke Phuket
Maklumat pesawat kami
Airbridge
Berjalan masuk ke pesawat
Phuket, here we come!
Penerbangan kami Malaysia Airlines MH 786 berlepas dari KLIA menuju ke Phuket pada pukul 9.45 pagi. Penerbangan adalah menggunakan pesawat Boeing 787-800 model lama yang tak ada personal monitor kat depan tempat duduk.

Bersedia untuk berlepas
Pemandangan dari tingkap pesawat. Hujan renyai-renyai sedang turun ketika ini.
Pemandangan sewaktu berlepas ke udara
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Phuket memakan masa 1 jam 20 minit. Disebabkan penerbangannya singkat, sajian penerbangan yang diberi cuma kacang masin dan air oren.
 
Sajian penerbangan dalam perjalanan ke Phuket
Syukur Alhamdulillah penerbangan dari Kuala Lumpur sangat lancar tanpa sebarang turbulence yang teruk. Tapi disebabkan pesawat cuma terbang di atas awan dalam sebahagian besar penerbangan, tak nampak sangatlah pemandangan yang menarik di bawah sana sehingga pesawat sampai ke Phuket.

Semenanjung Malaysia
Pulau Langkawi
Pemandangan di dalam pesawat
Terbang di atas awan
Memang excited sewaktu Pulau Phuket muncul dalam pemandangan. Tak seperti cuaca di Kuala Lumpur yang suram dan muram setiap hari kerana musim tengkujuh sekarang, mentari bersinar terang di Phuket. 

Phuket dah muncul dalam pandangan
Pemandangan Phuket dari udara
Menuju ke Phuket International Airport
Big Buddha
Pemandangan pantai di Phuket
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Phuket International Airport pada pukul 9.35 pagi waktu tempatan (10.35 pagi waktu Malaysia). Cuaca di Phuket baik sekali dengan mentari yang bersinar terang benderang.

Membuat penerbangan turun menghampiri Phuket International Airport
Bersedia untuk mendarat
Alhamdulillah, selamat mendarat di Phuket
Menuju ke pintu ketibaan
Phuket International Airport
International Arrivals di Phuket International Airport
Walaupun airport di Phuket bersaiz sederhana, ia adalah sebuah destinasi percutian yang terkenal di seluruh dunia, lebih-lebih lagi di hujung tahun begini. Ada banyak pesawat antarabangsa yang tiba bersama kami ketika itu. Oleh yang demikian, kami terpaksa mengambil masa yang sedikit lama untuk melepasi pemeriksaan passport. Seronok melihat ada pegawai imigresen wanita Muslim Thai yang memakai tudung kepala sedang bertugas.

Kedai Duty Free di Phuket International Airport
Berjalan menuju ke tempat pemeriksaan passport
Kenangan di Phuket International Airport
Mengambil bagasi
Berjalan menuju ke pintu keluar
Dekat luar pintu masuk, pening pulak kepala kita mencari pick-up kami. Kalau dulu kami pening melihat poster-poster nama yang ditampal bertindih-tindih di sepanjang laluan keluar dari Ngurah Rai Airport di Bali, seriously kami lebih pening melihat poster nama yang ditampal di laluan keluar di Phuket International Airport ini. Dua kali kami round mencari satu persatu poster nama yang ditampal, barulah berjumpa dengan nama kami dan greeter yang menunggu kami di airport yang bernama Kassim. Dia adalah seorang lelaki Melayu Thai yang berasal dari Pattani.

Suasana poster-poster nama yang ditampal di sepanjang laluan keluar dari airport.
Bertindih-tindih poster nama yang ditampal
Dua round kami pusing mencari nama kami
Jumpa juga akhirnya...
Menunggu Tour Guide datang pulak
Membawa bagasi masuk ke kereta

Part 3: Phuket

Program pertama kami sebaik tiba di Phuket adalah membuat Phuket City Tour. Tour Guide kami adalah seorang lelaki Melayu Thai yang berasal dari Pattani yang bernama Anwar. Anwar pernah tinggal di Bangi, Malaysia selama 3 tahun dan boleh bertutur Bahasa Malaysia dengan sangat baik.

Anwar juga fasih berbahasa Thai dan Inggeris dan sedikit Bahasa Arab. Kata Anwar dia sebenarnya selalu menjadi Tour Guide kepada warga Indonesia yang datang melawat Phuket. Tak seperti pelancong Malaysia yang boleh memahami Bahasa Inggeris, pelancong Indonesia selalunya tidak begitu. Kerana itulah kata Anwar pelancong Indonesia akan meminta Tourist Guide seperti beliau untuk mengikut bersama sepanjang masa.

Pemandangan pertama di Phuket
Phuket adalah antara destinasi pelancongan utama di Thailand. Ia adalah sebuah pulau dan province tersendiri yang terletak di selatan Thailand dan mempunyai keluasan hampir sebesar negara Singapura. Secara keseluruhan Thailand mempunyai 77 buah province berbanding Malaysia yang mempunyai 14 buah negeri. Pulau ini sangat bergantung kepada pelancongan kerana ia tidak mempunyai industri ataupun kegiatan pertanian yang besar. Kerana itulah ekonomi Phuket hampir hancur sewaktu pandemik Covid-19 dulu.

Kata Anwar, sebelum Covid-19 Phuket paling ramai dikunjungi pelancong dari China dan Eropah. Namun kini disebabkan China masih belum membuka pintu sempadan mereka, bilangan pelancong yang paling besar datang dari India. Ini memang kami akui kerana mereka berada di mana-mana di Phuket ketika itu. Kami juga ada beberapa pengalaman memeningkan kepala dengan pelancong India ini sepanjang percutian singkat kami di Phuket yang akan Myself ceritakan nanti.

Selain pelancong dari India, Phuket juga kini menjadi tumpuan pelancong dari Russia. Kata Anwar, pelancong Russia ini tinggal berbulan-bulan di Phuket kerana mereka ingin melarikan diri dari kerahan tentera di negara mereka yang sedang berperang dengan Ukraine. Memang benar seperti kata Anwar kerana ramai Mat Salleh yang kami temui sewaktu bercuti di Phuket adalah Orang Russia.

Shopping centre Robinson Lifestyle
Dalam perjalanan juga kami melalui Phuket Heroines Monument. Di tengah monumen ini dibina patung 2 orang wanita adik-beradik bernama Lady Chan dan Lady Mook. Kedua wanita ini sangat berjasa menentang penjajahan Burma pada masa dahulu.

Phuket Heroines Monument
Phuket Heroines Monument dibina untuk memperingati dua orang pejuang wanita adik-beradik yang berjasa menentang penjajahan Burma.
Sebelum memulakan City Tour, Anwar membawa kami makan tengah hari di sebuah restoran Pattani di bandar Thalang.

Traffic jam di bandar Thalang
Kata Anwar, kami akan makan tengah hari di restoran Marina Kitchen di seberang sana.
Restoran Marina Kitchen
Masuk ke restoran
Seperti yang Myself ceritakan tadi, Restoran Marina Kitchen adalah sebuah restoran Pattani. Pekerja-pekerja di dalamnya adalah Muslim Thai yang gaya dan cara mereka memang seperti Orang Melayu macam kita. Cuma culture shock sikit bila kita terpaksa berkomunikasi cakap English dengan mereka.

Pemandangan di dalam Restoran Marina Kitchen
Makanan yang dihidangkan kepada kami adalah makanan tipikal Thai. Memang sedap! Walau kami selalu makan makanan Thai di Malaysia, rasanya memang tak sesedap di tempat asal mereka, terutama masakan Tomyam.

Menikmati lunch di Restoran Marina Kitchen
Tomyam Seafood, Ayam Berempah dan Ikan Tiga Rasa yang sangat sedap.
Air oren yang juga sangat sedap. Air oren ini walau bagaimanapun terpaksa dibayar sendiri kerana tak termasuk dalam pakej. Harganya THB 80 (RM 10)


Bersambung ke Bahagian 2...