Januari 2009
SUMATERA UTARA, INDONESIA
Medan & Danau Toba (2nd Visit)
Husband cukup seronok bercuti ke Bali lalu terus mengatur satu lagi percutian ke Indonesia hanya sebulan selepas kami kembali ke KL. Destinasi pilihannya adalah ke Medan.
Bagi Husband, ini adalah kali pertama beliau berkunjung ke sana, tapi bagi Myself ini adalah kali kedua. Bezanya, kali pertama datang ke Medan bersama ibu manakala kali kedua pula datang bersama Husband.
HARI PERTAMA
Part 1 : Parapat
Kami bertolak dari Kuala Lumpur dengan Malaysia Airlines menggunakan penerbangan pada pukul 8.30 pagi dan sampai di Medan juga pada pukul 8.30 pagi (sebenarnya 9.30 pagi waktu Malaysia - Malaysia dan Sumatera Utara mempunyai perbezaan waktu selama 1 jam).
|
Lapangan Terbang Polonia, Medan. |
|
Tiada airbridge di Airport Polonia. Semua penumpang yang turun dari pesawat dibawa dengan bas ke bangunan terminal. |
Di Airport, guide kami yang juga bertindak sebagai pemandu bernama Pak Tono telah sedia menunggu. Terus saja kami dibawa ke Danau Toba. Bersama kami dalam percutian ini ialah sepasang suami isteri yang telah agak berusia.
Pasangan ini berasal dari India tetapi bekerja di Jakarta. Kalau tak salah, si suami bekerja dengan sebuah syarikat di Jakarta, manakala si isteri bekerja sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah antarabangsa di sana. Namun demikian, disebabkan kedua-dua mereka dah lama tinggal di Jakarta, mereka boleh bertutur dengan fasih dalam Bahasa Indonesia.
|
Pemandangan bahagian luar Airport Polonia, Medan. Gambar diambil sewaktu menunggu ketibaan pasangan India yang datang dari Jakarta. |
|
Meninggalkan Airport Polonia untuk memulakan lawatan. |
Dalam perjalanan ke Danau Toba, kami singgah di sebuah restoran yang bernama Simpang Tiga.
|
Restoran Simpang Tiga |
Pasangan India tersebut Vegetarian dan membawa makanan bungkus (seperti pakej makanan segera Brahim) sendiri. Setiap kali kami berhenti makan, si isteri akan memberikan makanan bungkus mereka kepada pelayan restoran untuk dipanas dan dihidangkan. Semua makanan yang dihidangkan atas meja akan diberi kepada kami berdua.
|
Peta lokasi tempat-tempat yang kami kunjungi dalam percutian ini. |
|
Dalam perjalanan menuju ke Parapat |
Part 2: Hotel Niagara
Kami tiba di Parapat yang terletak di tebing Danau Toba pada sebelah petang. Seperti lawatan pertama dulu, kami juga menginap di Hotel Niagara.
|
Pemandangan Hotel Niagara |
|
Kolam renang di Hotel Niagara |
|
Pemandangan Danau Toba dari Hotel Niagara |
|
Landskap di Hotel Niagara |
|
Pemandangan kawasan pergunungan dari Hotel Niagara |
|
Bermain buaian di Hotel Niagara. |
Tidak banyak aktiviti dilakukan pada hari pertama selain menikmati pemandangan indah Danau Toba yang dapat dilihat dari hotel. Walaupun kedinginannya masih terasa, Danau Toba pada tahun 2009 tidak lagi sesejuk Danau Toba pada tahun 1995, mungkin disebabkan pembangunan yang pesat di sekeliling tasik ini.
HARI KEDUA
Part 3: Danau Toba dan Pulau Samosir
|
Pemandangan dari bilik hotel |
|
Bersantai di balkoni bilik hotel. |
|
Sarapan pagi di Niagara Hotel |
Aktiviti hari kedua adalah menaiki feri ke Pulau Samosir yang terletak di tengah-tengah Danau Toba. Feri kami berlabuh di sebuah kampung yang benama Tomok.
|
Naik feri ke Samosir |
|
Pemandangan di dalam feri. |
|
Kedamaian di Danau Toba. |
|
Feri yang kami naiki berlabuh di Pulau Samosir. |
|
Kedai-kedai berhampiran jeti di Pulau Samosir. |
|
Tomok, Pulau Samosir |
Kami berjalan melintasi kedai-kedai di pekan Tomok berhampiran jeti menuju ke sebuah perkampungan Batak.
|
Perkampungan Batak di Pulau Samosir |
|
Rumah tradisional Batak di Pulau Samosir |
|
Patung Sigale-gale yang boleh menari ini dikatakan dicipta untuk menghiburkan seorang Raja Batak yang kematian anak lelaki. |
MAKAM SIDABUTAR
Selepas diberi penerangan ringkas tentang adat tradisi masyarakat Batak, kami terus dibawa melawat perkuburan Raja Batak Purba yang bernama Raja Sidabutar.
Setiap pelawat yang hendak memasuki kompleks makam ini diwajibkan
untuk mengenakan kain selepang tradisional Batak "Ulos", baik lelaki mahupun wanita.
|
Memakai Ulos untuk masuk ke Makam Sidabutar |
Makam Raja Sidabutar dan pembesar-pembesar beliau berupa sarcophagus. Makam mereka lengkap dengan ukiran yang konon katanya ukirannya ini mengikuti
wajah orang yang dikebumikan. Semakin moden makam, bentuknya
lebih sederhana dan memiliki tanda salib apabila telah memeluk agama Kristian.
|
Kompleks Makam Raja Sidabutar. |
Part 4: Berastagi
Meninggalkan Pulau Samosir, kami bergerak ke Berastagi. Sebelum meninggalkan Parapat, kami makan di Restoran Istana.
|
Restoran Istana di Parapat. |
Satu lagi persinggahan adalah untuk minum teh halia di Simarjarunjung.
|
Restoran minum teh halia di Simarjarunjung |
|
Restoran Teh Halia, Simarjarunjung. |
Part 5: Rumah Bolon
Kaum Batak yang tinggal di Sumatera Utara terdiri dari beberapa suku. Salah satu daripada mereka adalah Batak Simalungun. Untuk memperkenalkan kami kepada Batak Simalungun, Pak Tono membawa kami ke Rumah Bolon yang terletak di Permatang Purba.
|
Rumah Bolon Permatang Purba dari belakang. Pintu rumah ini hanya ada sebuah tangga di hadapan. Ada cerita di sebalik kenapa ia berlaku... |
Kata Pak Tono, rumah ini dulu didiami oleh seorang raja yang mempunyai 14 orang isteri. Pada satu hari, isteri ke-14 telah lari dari rumah mengikuti seorang lelaki lain. Disebabkan marah, raja telah membuang tangga di belakang rumah untuk mengelakkan peristiwa yang serupa kepada isteri-isteri yang lain.
|
Tekun mendengar cerita Pak Tono tentang senibina Rumah Bolon |
|
Dapur Rumah Bolon |
|
Pemandangan di sekitar Rumah Bolon |
|
Meninggalkan Rumah Bolon |
Part 6: Sipiso-Piso
Satu lagi persinggahan wajib kepada mereka yang berkunjung ke Danau Toba ialah Air Terjun Sipiso-piso.
|
Pemandangan indah Air Terjun Sipiso-piso. |
|
Mengabadi kenangan di Sipiso-piso. |
|
Pemandangan Danau Toba dari Sipiso-piso. |
|
Pemandangan indah di Sipiso-piso. |
|
Kalau
berkesempatan, anda juga boleh turun sehingga ke kaki Sipiso-piso. Namun
kami tidak berbuat begitu sebab tak larat nak memanjat naik balik
nanti. |
Part 7: Hotel Grand Mutiara, Berastagi
Hotel penginapan kami di Berastagi adalah Hotel Grand Mutiara. Oleh kerana cuaca di Berastagi dingin sekali, hotel ini tidak dilengkapi dengan penghawa dingin.
|
Hotel Grand Mutiara, Berastagi |
|
Landskap di Hotel Grand Mutiara. |
|
Makan malam di Hotel Grand Mutiara. |
|
Amalan baik di Hotel Grand Mutiara |
|
Landskap segar di Hotel Grand Mutiara. |
|
Bellboy di Hotel Grand Mutiara. |
HARI KETIGA
Part 8: Medan
Medan adalah ibukota bagi propinsi Sumatera Utara. Ia merupakan kota ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya.
Bertolak waktu pertengahan pagi dari Berastagi, kami tiba di Medan pada waktu tengahari. Terus saja ke Restoran Trans Minang untuk makan tengahari.
|
Restoran Trans Minang di Medan |
|
Pemandangan di dalam restoran. |
Selepas makan Pak Tono membawa kami pusing-pusing sekitar bandar Medan.
|
Medan. Kami berhenti sebentar di sini menunggu pasangan India menziarah sebuah kuil Hindu berhampiran. |
ISTANA MAIMUN
Istana Maimun menjadi tarikan bukan hanya karena usianya yang tua, namun juga rekabentuk hiasan dalamnya. Namun sayang keadaannya sedikit kurang terurus.
|
Pintu masuk ke Istana Maimun. |
|
Perkarangan Istana Maimun |
|
Pemandangan di dalam istana |
|
Pengunjung boleh menyewa pakaian kebesaran Sultan untuk bergambar di singgahsana |
|
Balkoni Istana Maimun |
|
Pemandangan dari Istana Maimun. |
|
Menatap potret di Istana Maimun. |
MEDAN MALL
Sebelum dihantar ke Hotel, Pak Tono memberi peluang kepada kami untuk membeli-belah di Medan Mall. Pakaian yang dijual di sini cantik dan murah. Husband memborong banyak pakaian jenama Giordano di sini.
|
Medan Mall |
Part 9: Hotel Garuda Plaza, Medan
Hotel penginapan di Medan adalah Garuda Plaza. Ia terletak di tengah bandar.
|
Hotel Garuda Plaza. |
|
Breakfast di Hotel Garuda Plaza. |
|
Reception Counter. |
|
Lobi Hotel |
Part 10: Restoran Famili
Makan malam disediakan di Rumah Makan Famili. Kami berjalan kaki saja ke sana dari hotel kerana kedudukannya yang berdekatan.
|
Rumah Makan Famili |
|
Dinner di Rumah Makan Famili. |
HARI KEEMPAT
Part 11: Pulang Ke Malaysia
Kami pulang ke Malaysia selepas 4 hari berada di Medan. Penerbangan pulang juga adalah menggunakan Malaysia Airlines yang berlepas dari Bandar Udara Polonia di Medan.
|
Dunkin' Donuts di Airport Polonia |
|
Menunggu penerbangan pulang dengan Malaysia Airlines |
CATATAN PERJALANAN LAIN (INDONESIA)