Friday, 1 August 2025

2025 CENTRAL VIETNAM BHG. 14 (Hue-Danang)

Jun 2025

CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue

Bahagian 14: Hue - Danang
THE LAGOON CAFE & DANANG BEACH

HARI KEEMPAT (4)

Part 41: The Lagoon Cafe @ Lang Co Bay

Sebelum pulang ke Danang, kami dibawa singgah ke Lang Co Bay yang indah. Ia adalah juga pemandangan indah yang kita lihat selepas keluar dari Terowong Hai Van Pass yang kita lalui sewaktu tiba dari Danang pagi tadi.

Lang Co Bay
Lang Co Bay adalah sebenarnya sebuah teluk yang terlindung di kaki pergunungan Hai Van Pass. Disebabkan airnya yang tenang, pemandangannya lebih menyerupai sebuah tasik walaupun ia adalah sebahagian dari Laut China Selatan.

Pemandangan di Lang Co Bay dari atas bas
Pemandangan di sini lebih menyerupai sebuah tasik berbanding pemandangan laut
Pergunungan di belakang sana adalah Hai Van Pass yang memisahkan Hue dengan Danang
Sampan-sampan nelayan di Lang Co Bay
Menurut Tour Guide kami yang bernama Yuni, kawasan yang kami lalui ini terkenal dengan penternakan tiram (oyster).

Industri penternakan tiram
Banyak restoran sebegini yang dapat dilihat di sekitar Lang Co Bay
Sebuah lagi kafe yang menarik di Lang Co Bay
Kafe Lang Chai di Lang Co Bay
Nelayan di tengah lautan
Close-up
Kami dibawa singgah di sebuah kafe yang bernama The Lagoon di Lang Co Bay. Kata Yuni, kafe ini terkenal dengan minuman Egg Coffee. Peminat kopi tegar turut disaran untuk mencuba Salted Coffee, tetapi kami diberi amaran yang Salted Coffee ini sangat keras. Mungkin sukar nak tidur malam kalau mencubanya.

The Lagoon Cafetaria
Di depan The Lagoon Cafetaria ini ada pulak sebuah pantai kecil yang cantik. Ramai orang bercanda di situ. Jadi selepas turun bas, Myself dan Husband terus saja ke sana dulu...

Pantai kecil di depan The Lagoon Cafetaria
Kita jalan ke sana dulu...
Pemandangan indah di tepi pantai
Pengunjung-pengunjung di tepi pantai
Kulit-kulit tiram yang bertaburan di atas pantai
Kebetulan ketika itu ada pulak nelayan yang tengah membawa oyster (tiram) segar naik ke pantai.

Bot nelayan tiba di pantai
Mengangkut oyster keluar dari bot
Membawa oyster naik ke pantai
Tiram
Memeriksa jala oyster
Nelayan di Lang Co Bay
Pemandangan di sekeliling Lang Co Bay ini sangat indah. Rasa macam kalau kita duduk berlama-lama di sini pun boleh rasanya.

Kemudian baru kami bergerak ke The Lagoon untuk minum-minum di sana. Disebabkan kami bukan peminum kopi, Myself dengan Husband tidak pun mencuba Egg Coffee dan Salted Coffee yang disarankan.

Kembali ke The Lagoon Cafetaria
Suasana di The Lagoon
Menu Minuman di The Lagoon
Oyster segar

Part 42: Pulang Ke Danang

Memang syahdu perasaan sewaktu meninggalkan Lang Co Bay untuk kembali ke Danang, lebih-lebih lagi kerana kita akan meninggalkan Vietnam pulang ke Malaysia pada pagi esok. Secara jujurnya, sebelum datang ke Central Vietnam, Myself memang tak sangka pemandangannya seindah begini.

Pemandangan sewaktu kami meninggalkan The Lagoon
Lang Co Bay
Penternakan hasil laut
Perkampungan nelayan
Pemandangan yang sukar untuk dilupakan
Selepas meninggalkan Lang Co Bay, bas memasuki lebuhraya di pergunungan Hai Van Pass menuju ke Danang.

Pergunungan Hai Van Pass yang mengelilingi Lang Co Bay
Pemandangan Lang Co Bay dari Hai Van Pass
Lang Co Bay
Pemandangan pergunungan
Sekali lagi, kita melalui Hai Van Pass Tunnel yang merupakan terowong terpanjang di Asia Tenggara untuk pulang ke Danang. Memandangkan tiada tempat persinggahan yang sesuai untuk bersolat dalam perjalanan hari ini, kita tunaikan saja solat secara musafir di dalam bas.

Plaza Tol di Lebuhraya
Pemandangan di lebuhraya
Sleeper Bus di lebuhraya
Tiba di Hai Van Pass Tunnel
Masuk ke Hai Van Pass Tunnel
Pemandangan di dalam terowong
Pemandangan kota Danang yang terbentang indah selepas keluar dari Han Van Pass Tunnel
Disebabkan masih awal lagi ketika kami sampai ke Danang, kami terus dibawa untuk menikmati suasana di Danang Beach pula.

Pemandangan di pinggir kota Danang
Jambatan di Danang
Menuju ke pusat kota Danang
Patung Ho Chi Minh di Danang
Kita lihat lagi pemandangan di sekitar Danang sebelum sampai ke Danang Beach...


Part 43: Danang Beach
 
Persinggahan di Danang Beach hanyalah persinggahan singkat bagi tujuan photo stop sebelum makan malam. 
 
Bas berhenti di depan restoran ini
Sebuah lagi restoran yang bertaraf Michelin di Danang
Lorong menuju ke Danang Beach
Kita nikmati bersama pemandangan di Danang Beach pada petang ini...

Panjang keseluruhan pantai di Danang adalah 60 km. Disebabkan ketika itu dah lewat petang, memang ramai orang local Vietnam yang beraktiviti di sini. Seperti cerita Yuni kepada kami pagi semalam, memang tak nampak Sotong Kering dan Ikan Kering di pantai pada petang-petang begini. Hahaha!!

Ada banyak hotel, restoran  dan kelab-kelab hiburan mewah di sepanjang Pantai Danang. Kata Yuni lagi kepada kami, semua pembangunan ini didirikan sekitar 10 tahun yang lalu atas usaha dan galakan dari Kerajaan Vietnam. Kalau kita datang ke sini sekitar lebih 10 tahun dulu, kawasan ini adalah kawasan yang terbiar, lebih-lebih lagi kerana kawasan ini sangat terdedah kepada kejadian banjir besar.
 
Selepas menghabiskan masa kira-kira 15 minit di sini, kami meninggalkan Pantai Danang untuk menuju ke restoran bagi makan malam.

Kuil kecil di tepi Pantai Danang
Salah sebuah hotel mewah di tepi pantai Danang
Berjalan kembali menuju ke bas
Restoran mewah di pinggir Pantai Danang
Bas kami parking di depan restoran ini
Michelin Guide selected restaurant
Tempat parking di tepi Pantai Danang juga agak sesak pada petang itu dengan motorsikal. Sambil bas menyusur-nyusur keluar dari parking yang sesak dengan mororsikal itu, sempat jugalah kita mengintai ke dalam sebuah Sleeper Bus yang berada di situ...
 
Motorsikal yang sedang parking di Danang Beach
Lagi suasana motorsikal yang banyak sedang parking di Danang Beach
Taman awam di tepi Danang Beach
Sleeper Bus
Mengintai ke dalam Sleeper Bus
Contoh suasana di dalam Sleeper Bus
[Gambar dari internet]

Part 44: Dinner Di Restoran Indrapura

Dinner terakhir kami di Danang hari ini adalah juga di Restoran Indrapura. Maka kami terus dibawa ke sana selepas melawat ke Danang Beach.

Perjalanan menuju ke Restoran Indrapura
Restoran Indrapura
Suasana di dalam Restoran Indrapura
Dinner pada malam ini adalah hidangan seafood yang seperti malam-malam sebelumnya sangat sedap. Seafood yang sering dihidangkan kepada kami memang segar kerana Danang terletak di tepi laut. Memang dah pasti kami akan merindui makanan-makanan enak yang dihidangkan kepada kami di Danang selepas pulang ke Malaysia nanti.

Hidangan makan malam yang enak
Menunggu bas tiba untuk membawa kami pulang ke hotel selepas makan malam.
Restoran lain di sebelah Restoran Indrapura
Bas dah tiba untuk membawa kami pulang ke hotel
Pemandangan dari dalam bas
Meninggalkan Restoran Indrapura


Bersambung ke Bahagian 15...


CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):

No comments: