Sunday, 3 August 2025

2025 CENTRAL VIETNAM BHG. 15 (Danang - KL)

Jun 2025

CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue

Bahagian 15: Departure
DANANG - KUALA LUMPUR

HARI KELIMA

Part 45: Sarapan Terakhir Di Restoran Kampung Melayu

Hari Terakhir tiba dan telah sampai masa untuk kami meninggalkan Vietnam untuk kembali ke Malaysia. Penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur dengan Malaysia Airlines dijadualkan berlepas dari Danang pada pukul 11.20 pagi. Maka seawal pukul 6.30 pagi ini, kami diminta untuk check-out dari hotel. Tetapi seperti di Sabah di Malaysia, matahari dah memancar terang pada pukul 6.30 pagi di sini.
 
Pemandangan terakhir dari bilik hotel kami
Proses check-out dari hotel
Memasukkan bagasi ke dalam bas
Jom naik bas...
Meninggalkan Alyssa Hotel di Danang
Buat kali terakhir kami dibawa bersarapan di Restoran Kampung Melayu sebelum dibawa ke airport. Myself memilih makan Nasi Lemak pada pagi terakhir ini manakala Husband pula memilih breakfast dengan Roti Vietnam dan Kari Ayam.

Restoran Kampung Melayu
Tidak seperti semalam, cuma Group kami sahaja yang breakfast di Restoran Kampung Melayu pagi ini. Ini adalah kerana pakej kami sahaja yang membuat perjalanan 5 Hari 4 Malam di Danang sedangkan kebanyakan Group lain cuma membuat perjalanan 4 Hari 3 Malam sahaja kerana mereka tidak melawat ke Hue seperti kami. Oleh itu, walaupun kami sampai di Danang bersama-sama, ramai yang dah berlepas pulang ke Kuala Lumpur semalam.
 
Suasana di Restoran Kampung Melayu yang sepi pagi ini.
Pilihan breakfast kami
Roti Vietnam dengan Kari Ayam
Nasi Lemak
Pemandangan di depan Restoran Kampung Melayu selepas breakfast
Last minute shopping sebelum bergerak ke airport

Part 46: Danang International Airport

Perjalanan dari kota Danang menuju ke Danang International Airport cuma memakan masa kira-kira 20 minit. Kita nikmati pemandangan Danang dengan sepuas hati dari dalam bas sepanjang perjalanan menuju ke sana.

Ucapan perpisahan dan terima kasih dari Yuni
Sungai Han yang membelah Danang
Pemandangan awal pagi di tebing Sungai Han
Jambatan di Sungai Han
Goodbye, Dragon. Semoga kita dapat bertemu lagi.
Perjalanan menuju ke Airport sangat lancar kerana mungkin kerana kami sedang melawan arus, menuju keluar dari pusat kota Danang.
 
Pintu masuk kenderaan ke Danang International Airport
Welcome To The New Danang Airport
Ucapan terima kasih dalam pelbagai bahasa dunia di depan bangunan airport
Bangunan terminal Danang International Airport
Pemandangan bangunan terminal dari tepi
Mengeluarkan bagasi dari perut bas
Berjalan masuk ke bangunan terminal
Entrance
Suasana di check-in area di Danang International Airport
Kaunter Malaysia Airlines masih belum dibuka sewaktu kami tiba. Terpaksalah menunggu sebentar untuk check-in.

Menunggu kaunter Malaysia Airlines dibuka
Kaunter Malaysia Airlines
Menunggu giliran untuk check-in
Cảm ơn (Thank you), Yuni!
Kata Yuni dia akan menerima 42 orang pelancong dari Indonesia minggu depan.
Check-in
Selepas check-in, kita terus masuk menunggu pesawat di passenger area. Sambil-sambil itu Myself dan Husband berjalan dari hujung ke hujung terminal untuk melihat segala kemudahan yang disediakan.

Passenger area di Danang International Airport
Tempat duduk yang disediakan
Peramugari Vietnam Airlines
Bangunan terminal lama yang terletak bersebelahan dengan bangunan terminal baru
Kenangan di Danang Airport
Viet Nam's Delights
Berjalan dari hujung ke hujung
 Pesawat kita Malaysia Airlines MH 747 akan berlepas dari pintu 5 mengikut jadual pada pukul 11.25 pagi.
Hiasan pada siling
Prayer Room
Mengintai suasana di dalam Prayer Room
Tempat Wuduk
Ruang Solat
Restoran Burger King
Selepas dah habis bangunan terminal kami ronda, barulah kita masuk menunggu di Gate 5. Ketika itu dah nampak sebuah pesawat Malaysia Airlines sedang mendarat di runway. Pesawat itu baru tiba dari KL dan mungkin itulah juga pesawat yang akan membawa kami pulang ke KL. Namun begitu ada sebuah pesawat Hong Kong Express yang macam tak bergerak-gerak keluar dari Gate 5, tempat di mana sepatutnya kami berlepas nanti.
 
Tangga turun ke Gate 5 dari Passenger Area
Pemandangan di Gate 5
Pesawat Hong Kong Express yang macam tak bergerak-gerak keluar dari Gate 5
Sedang kami berdua dan penumpang-penumpang lain menunggu di Gate 5, staff Malaysia Airlines datang memberitahu yang gate pesawat kami telah ditukarkan ke Gate 3. Oleh itu, kami diminta pergi ke Gate 3.
 
Masa berjalan menuju ke Gate 3, ada demonstrasi pembuatan topi tradisional Vietnam yang berbentuk macam tudung saji itu. Semua penumpang yang lalu diberi sebuah topi percuma kecil percuma sebagai cenderamata dari Danang International Airport.

Demonstrasi pembuatan topi tradisional Vietnam
Demonstrasi ini lebih merupakan mewarna topi yang telah disediakan
Husband bergambar dengan topi tradisional Vietnam yang diberi sebagai cenderamata
Pesawat Malaysia Airlines kami telah ditukar ke Gate 3 tetapi masih On Time.
Turun ke Gate 3 pulak...
Escalator turun ke Gate 3
Suasana di Gate 3
I Love Danang
Banyak juga kedai yang ada di sekeliling Gate 3 ini
Menunggu panggilan masuk ke dalam pesawat
Boarding Pass untuk pulang ke Kuala Lumpur
Bas menunggu untuk membawa penumpang ke pesawat

Part 47: Malaysia Airlines (Danang - Kuala Lumpur)

Tidak lama kemudian semua penumpang Malaysia Airlines MH 747 menuju ke Kuala Lumpur dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Panggilan masuk penumpang ke dalam pesawat
Now Boarding
Maklumat pesawat kami
Disebabkan pesawat parking jauh di tengah airport, semua penumpang diangkut ke pesawat menggunakan bas.

Pemandangan dari dalam bas
Pesawat yang akan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur
Malaysia Airlines MH 747
Tangga naik ke dalam pesawat
Tiba di pintu pesawat
Pemandangan dari pintu pesawat
Mencari tempat duduk
Penumpang yang masih beratur di luar nak masuk ke dalam pesawat
Seperti yang dijadualkan, pesawat Malaysia Airlines MH747 bergerak meninggalkan Danang International Airport menuju ke KLIA pada pukul 11.25 pagi. Disebabkan pesawat ini tidak mempunyai Flight Information Display, kita guna sajalah Info Penerbangan yang kita dapati dari Flightradar24.

Peta penerbangan keseluruhan dari Danang menuju ke Kuala Lumpur
[Flightradar24]
Safety Demonstration
Bergerak meninggalkan Danang International Airport
Pesawat Air Asia yang juga nak pulang ke Kuala Lumpur
Danang International Terminal
Menuju ke runway
Pesawat-pesawat Vietjet dan juga Bamboo Airways
Pesawat Vietjet
Sewaktu Perang Vietnam, Danang International Airport digunakan sebagai lapangan terbang tentera. Oleh itu, bunker-bunker tentera dan helikopter-helikopter perang lama dapat dilihat sewaktu pesawat bergerak menuju ke runway.

Bunker-bunker perang lama
Masih pemandangan bunker-bunker perang lama di kawasan Danang International Airport
Helikopter-helikopter perang yang juga masih disimpan di Danang International Airport
Bergerak meninggalkan Danang [Flightradar24]
Up, up and away!
Pemandangan Danang dari udara
Masih pemandangan kota Danang
Danang Beach
Kapal-kapal yang berlayar di perairan Danang
Berpusing menghala ke Kuala Lumpur
Muara Sungai Han
Terbang di East Vietnam Sea yang merupakan sebahagian dari Laut China Selatan
[Flightradar24]
Pemandangan sewaktu pesawat berpusing menuju ke Kuala Lumpur
Son Tra Peninsula
Pulau kecil berhampiran Danang
Terbang di langit biru
Terbang di Central Vietnam
Banyak tasik yang dilihat dalam perjalanan sewaktu terbang ke arah Vietnam Selatan [Flightradar24]
Antara tasik yang dapat dilihat dalam perjalanan menuju ke Vietnam Selatan
Tiba di Ho Chi Minh [Flightradar24]
Vietnam Selatan
Tiba di Ho Chi Minh tetapi awan tebal ketika ini
Mengintai kota Ho Chi Minh di balik awan
Pemandangan di sebalik awan
Terbang di celah awan
Sajian penerbangan diberi kepada penumpang sewaktu kami berada di sekitar kawasan Ho Chi Minh. Makanan yang menjadi pilihan Myself adalah Nasi dan Ayam manakala Husband memilih makan Nasi dan Ikan.
 
Sajian penerbangan sedang diberi kepada penumpang
Sajian penerbangan yang diberi
Chicken Kapitan Steamed Rice untuk Myself
Fish Moilee Steamed Rice untuk Husband
Minuman
Kek dan Kacang Masin
Satu lagi pemandangan menarik diperhatikan setelah kita melepasi bandaraya Ho Chi Minh. Kawasan ini dinamakan sebagai Delta Sungai Mekong. Ada 3 sungai besar yang dapat diperhatikan di sini: Sungai Mekong, Sungai Ham Luong dan Sungai Co Chien. Sungai Mekong adalah salah sebuah sungai yang terbesar di dunia. Sungai Ham Luong dan Sungai Co Chien adalah juga sebenarnya pecahan dari Sungai Mekong. Kami belum berkesempatan melawat ke Ho Chin Minh City. Kalau berkesempatan di suatu hari nanti, mungkin boleh kita melawat ke Delta Sungai Mekong ini.

Terbang di Delta Sungai Mekong [Flightradar24]
Sungai Mekong dari kejauhan
Terbang di Delta Sungai Mekong
Pemandangan Delta Sungai Mekong
Bandar Can Tho yang merupakan bandaraya keempat terbesar di Vietnam
Bandar Can Tho terletak di tengah-tengah Delta Sungai Mekong
Kita lihat pemandangan dari udara sungai yang berselirat di kawasan Delta Sungai Mekong. Disebabkan kawasan ini sangat subur, di sana-sini kelihatan penempatan-penempatan manusia.

Ada free wifi di dalam penerbangan ini
Suasana penerbangan yang tenang tiba-tiba bertukar menjadi turbulence sewaktu kami masuk ke kawasan Laut China Selatan. Teruk juga turbulence yang dialami sehingga perkhidmatan sajian terpaksa diberhentikan. Memang lega dan syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT selepas turbulence ini kembali tenang.

Terbang di Laut China Selatan [Flightradar24]
Sedang mengalami turbulence
Suasana di dalam pesawat
Lupa nak cerita... Pesawat yang kami naiki ini adalah pesawat narrow body Boeing 737-800. Pesawat ini full house dan sebahagian besar penumpang terdiri dari warga India yang mungkin nak transit di KLIA dalam perjalanan pulang ke negara mereka. Syukurlah mereka semua tenang dan berdisiplin, tidak seperti penumpang-penumpang dari negara India tipikal yang biasa kita temui sebelum ini. Tiadalah insiden-insiden yang memeningkan kepala kita.

Masih terbang di Laut China Selatan menuju ke Semenanjung Malaysia
[Flightradar24]
Pemandangan sewaktu terbang di Laut China Selatan
Lega bila pesawat kita tiba di Semenanjung Malaysia. Kita terbang masuk kembali ke tanah air yang tercinta menerusi Negeri Terengganu.

Tiba di Terengganu
Tiba di Semenanjung Malaysia
Pantai Terengganu yang panjang macam pantai di Danang
Pulau Kapas rasanya tu
Terengganu dari udara
Satu lagi pemandangan menarik yang dapat kita lihat dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur adalah ketika terbang di Tasik Kenyir.

Terbang di Tasik Kenyir
Tasik Kenyir
Lagi pemandangan di Tasik Kenyir. Cuaca sangat cerah ketika ini.
Sungai-sungai berhampiran kawasan Tasik Kenyir
Semburan aerosol sebagai persediaan untuk mendarat
Terbang di negeri Pahang
Suasana di dalam pesawat
Selepas terbang kira-kira 2 jam 20 minit, pesawat Malaysia Airlines MH 747 tiba di kawasan Kuala Lumpur. Seperti biasa, disebabkan KLIA adalah sebuah airport yang sibuk, kita terpaksa berlegar-legar dulu sambil menunggu giliran untuk mendarat.

Hampir tiba di KLIA
Membuat penerbangan turun
Selangor
Empangan Semenyih
Tiba di Lembah Klang
Pesawat kita berlegar-legar di sekitar daerah Puchong dan Shah Alam sebelum mendarat.

Alhamdulillah, Malaysia Airlines MH 747 selamat mendarat di KLIA pada kira-kira pukul 3.30 petang. Perjalanan dari Danang ke Kuala Lumpur cuma mengambil masa 2 jam 30 minit tetapi kalau berpandu cuma kepada masa ketibaan, macam dah terbang 3 jam 30 minit. Maklum sajalah, waktu di Malaysia adalah lebih awal sejam berbanding waktu di Vietnam.
 
Secara keseluruhannya, Danang memang sebuah destinasi percutian yang menyeronokkan. Yang paling tidak dilupakan adalah makanan-makanannya yang enak. Mungkin kita akan pertimbangkan untuk bercuti lagi ke destinasi-destinasi lain di Vietnam lagi selepas ini. Insyaallah, kalau Allah izinkan kita berbuat begitu.
 
Selamat tiba di KLIA
Menuju ke pintu ketibaan.
Tiba di pintu ketibaan. Terima kasih, Malaysia Airlines
Peta penerbangan keseluruhan dari Danang ke Kuala Lumpur


CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):

No comments: