Jun 2025
CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue
Bahagian 10: Danang
HAN MARKET & SON-TRA MARINA
HARI KETIGA (4)
Part 29: Han Market
Perjalanan Hari Ketiga kami diteruskan dengan kembali ke kota Danang.
![]() |
Perjalanan kembali ke kota Danang |
![]() |
Kasino Crown International Club |
Kami turut melalui sebahagian Danang Beach yang panjang dan berpasir halus itu. Namun disebabkan cuaca hujan ketika itu, pantai ini kelihatan sepi.
![]() |
Danang Beach |
![]() |
Danang Beach yang kelihatan sepi kerana hari hujan |
![]() |
Pemandangan Laut China Selatan |
![]() |
Tiba kembali ke kota Danang |
Disebabkan petang itu hari Minggu juga, jalanraya di kota Danang agak lengang. Namun seperti juga di hari-hari yang lain, kenderaan yang banyak terdapat di jalan raya adalah motorsikal.
![]() |
![]() |
![]() |
Destinasi kami sebaik tiba di kota Danang pada petang itu adalah Han Market. Ia adalah sebuah pusat membeli-belah tradisional yang terletak berhampiran Sungai Han.
![]() |
Sungai Han yang membelah kota Danang |
![]() |
Bas menurunkan kami di sini |
![]() |
Pemandangan Dragon Bridge dari tempat bas menurunkan kami |
![]() |
Pemandangan Han Market di seberang jalan |
![]() |
Menunggu untuk menyeberang jalan menuju ke Han Market |
![]() |
Bangunan kuning ini adalah restoran bertaraf Michelin di sebelah Han Market |
![]() |
Pintu masuk ke Han Market |
![]() |
Keterangan di pintu masuk ke Han Market |
Han Market yang sebenar terletak jauh sedikit ke dalam bangunan ini. Untuk sampai ke Han Market yang sebenar, kita perlu melalui sebuah lorong yang dipenuhi dengan kedai-kedai makan.
![]() |
Gerai makanan di sini dijaga dengan begitu bersih |
![]() |
Menu Makanan |
![]() |
Makanan yang dijual memang Tidak Halal |
![]() |
Pemandangan di kedai makan |
![]() |
Pemandangan sewaktu tiba di Han Market yang sebenar |
Han Market yang sebenar terdiri dari bangunan dua tingkat. Tingkat bawahnya dikhususkan untuk menjual barang-barang berbentuk makanan kering.
![]() |
Pelbagai makanan tradisional untuk jualan |
![]() |
Makanan yang berbungkus ini adalah beef patties dan pig patties |
![]() |
Pelbagai Kopi Vietnam untuk jualan |
Urusniaga di pasar ini dibuat menggunakan matawang Vietnam Dong. Adalah juga beberapa kedai yang sedia menerima matawang US Dollar. Pekedai di sini juga cukup biasa menerima kedatangan pelanggan Muslim. Bila melihat perempuan seperti Myself yang memakai tudung kepala, terus saja mereka menawarkan barang-barang makanan yang mempunyai label Halal kepada kita.
![]() |
Membeli-belah pelbagai makanan ringan |
![]() |
Beriya Makcik Vietnam ini melayan kami |
![]() |
Membeli Teh Buah-buahan |
Selepas dah mendapat barang-barang yang dicari, kami terus berjalan di Aras Bawah ini untuk melihat-lihat pelbagai barangan yang dijual.
![]() |
Meninjau barangan-barangan lain yang dijual |
![]() |
Buah Durian |
![]() |
Daging kisar lembu dan babi yang dijual bersama sambal perencah |
![]() |
Banyak barangan yang kita tidak kenal dijual di sini |
![]() |
Pemandangan Han Market yang terdiri dari dua aras |
Lepas dah melihat-lihat di bawah, kita naik ke atas pula. Tingkat Atas Han Market dipenuhi dengan jualan pakaian. Kata beberapa ahli kumpulan kami, ada khidmat menjahit pakaian yang siap dalam tempoh 45 minit juga di sini.
![]() |
Tangga naik ke Tingkat Atas Han Market |
![]() |
Pemandangan menghala ke bawah dari Tingkat Atas Han Market |
![]() |
Suasana di Tingkat Atas Han Market |
![]() |
Pakaian yang dijual |
![]() |
Kasut juga banyak dijual di sini |
Part 30: Son-Tra Marina
Jalan di hadapan Han Market ditutup kepada semua kenderaan bermula pukul 4.30 petang pada setiap hari Ahad seperti hari ini. Oleh yang demikian, dekat-dekat pukul 4.30 petang, kami meninggalkan Han Market menuju ke sebuah kafe di Son-Tra Marina yang terkenal sebagai Santorini of Danang. Hujan renyai-renyai sedang turun ketika itu.
![]() |
Suasana di Pantai Danang |
![]() |
Kelihatan macam ada suatu acara akan diadakan di sini sebentar lagi |
Kami menyusuri sebahagian lagi Pantai Danang yang sangat panjang itu dalam perjalanan menuju ke Son-Tra Marina.
![]() |
Perjalanan menuju ke Son-Tra Marina adalah menyusuri sebahagian lagi Pantai Danang |
Kita lihat pemandangan Pantai Danang yang dilalui sepanjang perjalanan menuju ke Son-Tra Marina.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Son-Tra Marina mempunyai sebuah kafe yang terkenal sebagai tempat untuk menikmati pemandangan laut yang cantik di Danang. Dulu sesiapa sahaja bebas datang menikmati pemandangan indah dari kafe ini, tetapi sekarang dah ada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung untuk berbuat begitu sekiranya mereka tidak membeli apa-apa minuman dari kafe tersebut.
![]() |
Son-Tra Marina Cafe |
![]() |
Bayaran masuk akan dikenakan sekiranya kita tidak menjadi pelanggan di kafe ini. |
![]() |
Suasana di sebalik pintu masuk ke Son-Tra Marina Cafe |
Disebabkan popularitinya, kita perlu membuat tempahan awal untuk minum di kafe ini. Minuman terkenal yang disarankan untuk dicuba di sini adalah Coconut Coffee. Kata Yuni, Coconut Coffee di sini adalah yang paling sedap di Danang. Tetapi ada juga pilihan minuman lain bagi bukan peminum kopi seperti Myself dan Husband.
![]() |
Suasana di dalam Son-Tra Marina Cafe |
![]() |
Menu pilihan minuman di Son-Tra Marina Cafe |
![]() |
Iced Coconut Coffee |
![]() |
Lagi suasana di Son-Tra Marina Cafe |
Selepas dah minum-minum, barulah kita keluar menikmati pemandangan indah sebahagian Laut China Selatan di Son-Tra Marina. Laut ini dinamakan sebagai East Vietnam Sea.
![]() |
Pemandangan di belakang cafe |
![]() |
Bot-bot yang berlabuh |
Bangunan cafe di Son-Tra Marina ini dibina mengikut gaya bangunan yang terkenal di Santorini, Greece. Kita pun belum sampai ke sana lagi, jadi anggap sajalah yang kita sedang berada di Santorini yang sebenar di sini.
![]() |
Bangunan kafe Son-Tra Marina yang dibina seperti sebuah kafe di Santorini |
![]() |
Tangga naik ke bumbung restoran |
![]() |
Suasana di bumbung restoran |
![]() |
Pemandangan dari bumbung kafe. Ada orang bermain paragliding di sana. |
![]() |
Bergambar di bumbung kafe |
![]() |
Pemandangan ke arah ruang outdoor seating |
![]() |
Lagi suasana di bumbung kafe |
![]() |
Posing-posing di bumbung kafe |
![]() |
Kenangan di bumbung kafe |
![]() |
Santorini of Danang |
![]() |
Pemandangan menghala jalan masuk ke kafe |
![]() |
Dengan pemandangan begini, boleh tipu orang dengan berkata yang kita berada di Santorini |
![]() |
Sunset |
![]() |
Posing lagi... |
![]() |
Pemandangan yang mengingatkan kami kepada Chinese Fishing Net di Kerala, India |
![]() |
Posing lagi untuk kenangan |
![]() |
Awan masih mendung bagai nak hujan lagi |
![]() |
Bagai lorong di Santorini |
Selepas dah puas bergambar di bumbung kafe, kita turun bergambar di bawah pulak.
![]() |
Posing kat sini pulak... |
![]() |
Outdoor seating |
![]() |
Konon-konon di Santorini... |
![]() |
Anggap sajalah pokok yang di sebelah itu sebagai Pokok Zaitun |
![]() |
Lagi suasana di Outdoor Seating |
![]() |
Suasana yang indah dan damai |
![]() |
Bot-bot nelayan |
![]() |
Pemandangan mentari yang semakin terbenam |
![]() |
Bendera Vietnam yang mengingatkan kita akan realiti yang kita bukan berada di Santorini |
![]() |
One last look... |
![]() |
Meninggalkan Son-Tra Marina |
Part 31: Dinner Di Restoran Kampung Melayu
Sekembali dari Son-Tra Marina, kami dibawa dinner sekali lagi di Restoran Kampung Melayu. Walau berkali-kali makan di sini, sajiannya tidak pernah mengecewakan.
![]() |
Dinner di Restoran Kampung Melayu |
![]() |
Dinner yang menyelerakan |
Bersambung ke Bahagian 11...
CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):
- Bahagian 01 - Hari 1 : Arrival (Kuala Lumpur - Danang)
- Bahagian 02 - Hari 1 : Danang (Danang City)
- Bahagian 03 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 1 - Cable Car)
- Bahagian 04 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 2 - French Village)
- Bahagian 05 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 3 - Golden Bridge & Jardin d'Amour)
- Bahagian 06 - Hari 2 : Danang (Dragon Carp Statue & Dragon Bridge)
- Bahagian 07 - Hari 3 : Hoi An (Coconut Basket Boat)
- Bahagian 08 - Hari 3 : Hoi An (Hoi An Ancient City 1)
- Bahagian 09 - Hari 3 : Hoi An (Hoi An Ancient City 2)
- Bahagian 10 - Hari 3 : Danang (Han Market & Son-Tra Marina)
- Bahagian 11 - Hari 4 : Hue (Perjalanan ke Hue)
- Bahagian 12 - Hari 4 : Hue (Hue City & Imperial City of Hue)
- Bahagian 13 - Hari 4 : Hue (Thien Mu Pagoda & Perfume River Cruise)
- Bahagian 14 - Hari 4 : Hue-Danang (Lagoon Cafe & Danang Beach)
- Bahagian 15 - Hari 5 : Departure (Danang - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.