Wednesday, 30 July 2025

2025 CENTRAL VIETNAM BHG. 13 (Hue 3)

Jun 2025

CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue

Bahagian 12: Hue
THIEN MU PAGODA & PERFUME RIVER CRUISE

HARI KEEMPAT (3)

Part 39: Thien Mu Pagoda

Bila tiba tengahari, kami dibawa ke Thien Mu Pagoda untuk lunch di sana. Oleh kerana tiada restoran Halal yang sesuai di Hue, lunch kami telah siap-siap dibawa bungkus dari Danang.

Tiba di Thien Mu Pagoda
Kami menumpang makan di sebuah gerai minuman di Thien Mu Pagoda. Makcik di kedai minuman ini memang baik, tak kisah pun kami menumpang makan di kedainya. Untuk mengambil hati, kami beramai-ramai membeli minuman dari Makcik ini.
 
Menumpang makan di kedai minuman di Thien Mu Pagoda
Suasana di tempat kedai minuman
Menu lunch hari ini adalah Nasi Goreng Kampung dengan Telur Goreng dan Ayam Goreng. Ia disediakan khas untuk kami dari Restoran Kampung Melayu di Danang.

Duduk posing di meja rendah kedai minuman sebelum makan tengahari
Set Nasi Goreng Kampung yang disediakan khas dari Restoran Kampung Melayu di Danang
Selepas makan barulah kami dibawa untuk melawat ke Thien Mu Pagoda yang sebenar. Pagoda ini terletak di atas sebuah bukit, tidak jauh dari tempat kami makan tengahari tadi.

Berjalan menuju ke Thien Mu Pagoda
Kedai-kedai cenderamata dalam perjalanan ke Thien Mu Pagoda
Pakaian tradisional Vietnam yang dinamakan Ao Dai
Thien Mu Pagoda
Bangunan yang paling menarik di Thien Mu Pagoda adalah menaranya yang dinamakan Phuoc Duyen Tower. Ia didirikan oleh King Thieu Tri pada tahun 1884 dan dianggap sebagai simbol tidak rasmi bagi Hue. Menara berbentuk oktagon setinggi 7 tingkat ini didedikasikan kepada Buddha. Ia adalah juga bangunan stupa yang tertinggi di negara Vietnam.

Disebabkan kita perlu mendaki tangga yang curam dan tinggi, Husband memutuskan untuk tidak melawat ke perkarangan Pagoda ini. Maklum sajalah sebab lututnya dah tak kuat lagi. Jadi Myself berjalan bersendirian sahajalah masuk ke perkarangan pagoda ini.

Tangga yang agak tinggi dan curam yang perlu didaki untuk masuk ke perkarangan Thien Mu Pagoda
Menara pagoda yang dinamakan Phuoc Duyen Tower
Thiên M dalam Bahasa Vietnam bermaksud Heaven Fairy Lady. Menurut kisahnya pada masa dahulu, seorang wanita tua muncul di puncak bukit tempat pagoda ini berdiri sekarang. Dia memberitahu penduduk tempatan yang seorang raja yang sebenar akan membina sebuah kuil di sini. Bila Raja Nguyen Hoang mendengar cerita ini dan merasakan dialah raja yang dimaksudkan, baginda terus membina kuil tersebut dan menamakannya Thiên M sempena wanita tersebut.

Di belakang Phuoc Duyen Tower, ada sebuah gerbang yang dinamakan sebagai Tam Quan Gate. Gerbang ini mempunyai 3 buah pintu yang melambangkan manusia, dewa dan demon. Patung-patung Dharma Protector diletakkan di sebelah setiap pintu di gerbang ini.

Tam Quan Gate
Pemandangan di sebalik Tam Quan Gate
Dharma Protector
Patung-patung Dharma Protector diletakkan di sebelah setiap pintu masuk di Tam Quan Gate
Pandangan lebih dekat Dharma Protector
Di belakang Tam Quan Gate ini adalah sebuah bangunan yang dinamakan Dai Hung Shrine yang merupakan ruang penyembahan utama di kompleks Thien Mu Pagoda.

Dai Hung Shrine
Taman di hadapan Dai Hung Shrine
Di dalam Dai Hung Shrine, terdapat 3 buah patung Buddha yang melambangkan 3 fasa kehidupan manusia: past, present dan future. Bangunan ini juga menjadi tempat kediaman sami-sami Buddha yang tinggal di sini.

Dai Hung Shrine
Tempat pembakaran colok di depan Dai Hung Shrine
Di depan Dai Hung Shrine ada sebuah patung Maitreya Buddha. Menurut kepercayaan penganut Buddha, Maitreya Buddha adalah future Buddha yang akan turun ke bumi setelah ajaran Gautama Buddha yang dipegang oleh penganut Buddha sekarang dilupakan. Patung Maitreya Buddha ini diukir bertelinga panjang dan berperut buncit untuk melambangkan kebaikan hati dan kebajikan yang berpanjangan.

Pemandangan di depan Dai Hung Shrine
Patung Maitreya Buddha
Pemandangan ke dalam Dai Hung Shrine
Suasana di sekitar Dai Hung Shrine
Ada sebuah kereta Austin lama yang diletakkan di satu penjuru Dai Hung Shrine. Kereta ini mempunyai perkaitan dengan sejarah penyatuan Vietnam. Ia berkait dengan tindakan seorang sami Buddha bernama Thich Quang Duc yang membakar dirinya untuk membela kebajikan penganut Buddha di Vietnam pada masa itu.

Kereta Austin lama yang diletakkan di satu penjuru Dai Hung Shrine
Pada tahun 1960-an, Kerajaan Vietnam Selatan dipimpin oleh Presiden Ngo Dinh Diem yang merupakan seorang penganut Kristian Katholik. Pentadbiran Presiden Ngo dikatakan hanya memihak kepada penganut Katholik dan tidak memberi perhatian kepada penganut Buddha di dalam segala hal berkait dengan kehidupan rakyat yang termasuk pemberian jawatan di dalam kerajaan dan pembahagian peruntukan kewangan. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penganut Buddhist. Banyak bantahan dan tunjuk perasaan timbul ketika itu yang menyeru kepada kesaksamaan beragama, lebih-lebih lagi kerana 70% penduduk Vietnam ketika itu terdiri dari penganut Buddhist.

Pada satu perayaan Wesak yang berlangsung di Hue pada 8 Mei 1963, 9 orang penganut Buddha termasuk 2 kanak-kanak terbunuh bila tentera di bawah arahan Presiden Ngo yang beragama Katholik bertindak untuk menyuraikan perayaan itu. Sebagai tindakbalas pada 11 Jun 1963, seorang sami bernama Thich Quang Duc duduk bersila dan membakar dirinya di tengah sebuah persimpangan jalan yang sibuk berhampiran Presidential Palace di Saigon. Pengorbanan dengan membakar diri seperti ini dianggap sebagai tahap pengabdian diri yang tertinggi di dalam ajaran Buddha.

Peristiwa ini yang mendapat perhatian media dari seluruh dunia mendorong Amerika Syarikat untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan Vietnam Selatan ketika itu. Dalam keadaan kucar-kacir inilah, tentera Viet Cong dari Vietnam Utara di bawah pimpinan Ho Chi Minh menyerang dan menawan bandar Saigon dari tentera Amerika Syarikat. Peristiwa inilah yang seterusnya membawa penyatuan seluruh Vietnam di bawah Ho Chi Minh pada 30 April 1975.

Gambar tindakan Thich Quang Duc yang mendapat liputan di seluruh dunia. Gambar ini diambil oleh seorang wartawan dari Amerika.
Thich Quang Duc datang ke tempat di mana dia membakar diri dengan menaiki kereta Austin berwarna biru yang dipandu oleh seorang penyokongnya. Sami-sami Buddha lain yang menyokong pengorbanan Thich Quang Duc berkumpul di sekeliling beliau untuk menghalang sebarang percubaan untuk menyelamatkannya. Kereta Austin biru itu ini kini disimpan di Thien Mu Pagoda sebagai bahan sejarah.
 
Selepas melawat Dai Hung Shrine, kita mula melangkah untuk keluar dari Thien Mu Pagoda. Sebelum itu, kita singgah sebentar melihat loceng besar yang diletakkan di sebelah Tam Quan Gate tadi.

Berjalan kembali ke Tam Quan Gate
Loceng Dai Hong Chung yang diletakkan di sebelah Tam Quan Gate
Loceng besar ini yang dinamakan Dai Hong Chung ditempa oleh Lord Nguyen Phuc Chu pada tahun 1710. Ia mempunyai ketinggian 2.5 meter dan seberat 3,285 kg. Menurut ceritanya bila loceng ini diketuk, ia akan bergetar jauh sehingga menyentuh hati semua orang serta meringankan kesedihan orang yang berduka. Oleh yang demikian, ia dikatakan sebagai “the bell that awakens the soul of Hue”.

The bell that awakens the soul of Hue
Tangga naik ke loceng besar
Patung Ten Kings of Hell berdekatan loceng besar
Pemandangan menghala ke Phuoc Duyen Tower dari belakang Tam Quan Gate
Phuoc Duyen Tower
Menurut keterangan yang diberi, ada patung Buddha yang ditempatkan di setiap tingkat di dalam Phuoc Duyen Tower ini.
Di sekeliling Phuoc Duyen Tower ada beberapa bangunan kecil yang dinamakan stele. Ia menyimpan patung dan arca-arca berkait dengan pagoda ini. Salah sebuah stele ini menyimpan patung kura-kura.

Stele
Patung kura-kura di dalam stele
Kura-kura dianggap sebagai haiwan suci di Vietnam. Ia menjadi simbol kepada umur yang panjang dan kebijaksanaan. Oleh yang demikian, ramai pelajar di Vietnam akan datang mengusap kepala kura-kura ini untuk mendapatkan tuah (good luck) sebelum menduduki peperiksaan di sekolah. Myself dan Husband pernah melihat amalan ini sewaktu kami melawat ke Temple of Literature di Hanoi dulu.

Patung kura-kura ini sering diusap oleh pelajar yang akan menduduki peperiksaan untuk mendapatkan tuah.
Taman di Thien Mu Pagoda
Sebuah lagi stele di Thien Mu Pagoda
Stele ini menyimpan keterangan mengenai pembinaan Phuoc Duyen Tower pada tahun 1846.
Bersiar-siar di taman Thien Mu Pagoda
Pemandangan Perfume River dari Thien Mu Pagoda
Meninggalkan Thien Mu Pagoda
Tangga turun ke bawah
Tangga untuk naik ke Thien Mu Pagoda

Part 40: Perfume River Cruise

Agenda seterusnya bagi kami di Hue adalah membuat Perfume River Cruise. Agenda ini ditunggu-tunggu disebabkan cuaca yang sangat panas terik di Hue ketika itu.

Cruise di Perfume River
Kami memulakan cruise dari depan Thien Mu Pagoda.
 
Bot cruise kami
Pandangan dari sisi
Mengikut Yuni mendapatkan bot
Dua Sang Naga garang yang menjaga bot kami
Posing dulu dengan Naga Garang sebelum masuk ke dalam bot
Suasana di dalam bot cruise
Pilih tempat duduk kat tepi tingkap
Suasana di bahagian depan bot
Bot kami berlayar menyusuri Sungai Perfume menuju ke bandar Hue. Kata Yuni, bas kami akan menunggu di pekan Hue.
 
Meninggalkan jeti di Thien Mu Pagoda
Bot cruise yang lain di Perfume River
Pemandangan di tebing Sungai Perfume
Jala ikan
Sang Naga berlayar menuju ke Hue
Sungai ini dinamakan Perfume River kerana pada masa dahulu dikatakan banyak bunga yang berguguran ke dalam sungai ini dari pokok-pokok yang tumbuh di pinggirnya. Bunga-bunga ini berbau wangi, lalu dari situlah Perfume River mendapat namanya. Tetapi tiadalah pokok-pokok bunga wangi ini yang kelihatan sewaktu kami membuat cruise.

Taman di tebing Sungai Perfume
Posing dengan Sang Naga di depan bot
Kita posing berdua pulak
Pemandu bot
Manja rupa Sang Naga dari belakang. Hahaha!!
Cruise ini sebenarnya tidaklah menarik sangat sebab tiadalah pemandangan yang menakjubkan di kiri-kanan sungai. Angin pun cuma bertiup sepoi-sepoi bahasa sahaja ketika itu. Masih terasa bahang kepanasan matahari sewaktu kita duduk di dalam bot.

Mengambil gambar dari dalam bot
Buoy
Perfume River Bridge
Sang Naga mengintai bot lain yang lalu
Memancing ikan di tepi sungai
Lalu di bawah Perfume River Bridge
Bot Naga lain yang menghala ke Thien Mu Pagoda
Menara air rasanya tu...
Menghampiri bandar Hue
Macam ada satu pembinaan sedang dibuat di sini
Lalu di bawah jambatan
Bangunan tinggi di sana adalah Melia Vinpearl Hotel
Dalam bot cruise ini ada juga gerai menjual cenderamata. Walau dah banyak shopping sebelum ini, masih ada lagi yang ingin dibeli oleh ahli-ahli Grup kami. Maklumlah, ahli Grup kami terdiri dari senior citizen dan anak-anak muda yang rasanya jarang mendapat kesempatan travel ke oversea. Oleh itu, sentiasa ada cenderamata yang ingin dibeli untuk rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga di Malaysia. Lagi pula ini adalah kesempatan terakhir untuk membeli cenderamata begini kerana kami akan pulang ke Malaysia pada esok hari.

Gerai menjual cenderamata dalam bot cruise
Last minute shopping
Sebahagian bandar Hue
Semakin mendekati bandar Hue, semakin banyak jambatan yang kita lalui.
 
Truong Tien Bridge
Lalu di bawah Truong Tien Bridge
Song Huong Floating Restaurant
Truong Tien Bridge dan Song Huong Floating Restaurant
 Taman di tebing sungai
Bot Heritage Cruise yang juga boleh disewa untuk cruise di Perfume River
Bangunan Nghinh Luong Dinh dan Heritage Cruise
Nghinh Luong Dinh ~ a royal architectural work of the Nguyen Dynasty
Tak tahu apa yang dibuat oleh mereka
Dã Viên Bridge
Kenderaan yang lalu di atas Dã Viên Bridge
Pelancong di Hue
Sebuah lagi binaan klasik di Hue
Perjalanan dengan cruise memakan masa cuma kira-kira 30 minit untuk sampai ke pekan Hue. Setibanya di sana, kami terus bergerak mendapatkan bas yang menunggu.

Cruise dah sampai ke penghujung
Keluar dari bot cruise
Goodbye, Dragons! Semoga kita berjumpa lagi.
Berjalan mendapatkan bas di tempat parking
Bas Hop-On Hop-Off di Hue


 Bersambung ke Bahagian 14...


CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):

No comments: