Ogos 2017
VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road
Bahagian 13: Great Ocean Road 3
TWELVE APOSTLES
HARI KETUJUH (3)
Part 48: Menuju Ke Twelve Apostles
Dari Apollo Bay, kita bergerak agak jauh ke inland sebelum sampai ke Twelve Apostles.
|
Menuju ke Twelve Apostles |
|
Titik paling selatan di Great Ocean Road. |
|
Kawasan pertanian. |
|
Dengan jalan yang masih kurang baik kualitinya, bas bergerak terhuyung-hayang. "Ladies and gentlemen, please fasten your seatbelts as we are going through some turbulence", kata John. |
|
Cantiknya pemandangan di sini. |
|
Tayangan video mengenai Twelve Apostles dalam perjalanan ke sana. |
|
Padang ragut yang menghijau. |
|
Biri-biri di kejauhan sana. |
|
Lembu meragut dekat sini. |
|
Cantik lembu-lembunya. |
|
Biri-biri lagi |
|
Masih melalui ladang biri-biri |
|
Sekali-sekala, laut turut menjengah diri. |
|
Belok ke kiri. |
|
Belok ke kanan pulak. |
|
Kawasan pertanian lagi. |
|
Simpang ke Princetown |
|
Kawasan Princetown. |
|
Banyak betul biri-biri diternak di kawasan ini. |
|
Hutan |
|
Hujan renyai dah mula turun |
|
Walaupun jalan di sini kurang elok, kita dibenarkan memandu 100 km/j. |
|
Sunyi je jalan ni. |
|
Helikopter |
Part 49: Twelve Apostles
Tarikan utama pengunjung dari seluruh dunia ke Great Ocean Road adalah Twelve Apostles. Ia adalah formasi batuan di tengah laut yang kini membentuk sebahagian dari Port Campbell National Park.
|
Port Campbell National Park |
|
Arah ke Twelve Apostles |
|
"Apostle" yang menjengah dari laut. |
|
Tempat parking kenderaan di Twelve Apostles |
|
Twelve Apostles Visitor Centre |
|
Peta kawasan Twelve Apostles di Visitor Centre |
|
Arah track laluan pejalan kaki di Twelve Apostles |
|
Kami hanya menuju ke Twelve Apostles Lookout sahaja |
Visitor Centre terletak di sebelah sini Great Ocean Road. Untuk menyaksikan formasi batuan Twelve Apostles dari sini, kita perlu menyeberang jalan ke sebelah sana. Tapi tak perlu bimbang sebab ada terowong pejalan kaki disediakan untuk melintas jalan yang sibuk ini.
|
Ayuh kita ke Twelve Apostles Lookout |
|
Nak ke Twelve Apostles dari Visitor Centre, kita perlu berjalan melalui terowong yang dibina di bawah Great Ocean Road ini. |
|
Pemandangan terowong di bawah jalan raya. |
|
Ramai pelancong berebut nak bergambar di sini. |
|
Terowong |
|
Bunga-bunga liar di tepi laluan pejalan kaki. |
|
Jauh juga kita kena berjalan untuk mendapatkan Twelve Apostles ini dari Visitor Centre ~ kira-kira 1 km. |
|
Amaran keselamatan |
|
Kata papan tanda ni, ada berbagai haiwan bersembunyi di dalam semak ni. |
|
Akhirnya, tibalah kita ke tepi laut... |
Pemandangan pertama Twelve Apostles memang memukau walaupun cuaca tak menyebelahi kami ketika itu kerana hujan. Mujurlah hujan yang turun tak berapa lebat. Walau hujan dan sejuk ditiup angin, kami tetap gagahkan diri untuk menikmati pemandangan alam yang hebat ini.
|
Pemandangan pertama Twelve Apostles |
Satu ketika dulu, formasi batuan ini dinamakan Sow and Piglets. Namun bila Kerajaan British yang memerintah Australia ketika itu membuat keputusan untuk menjadikan tempat ini sebagai tarikan pelancongan, nama ini ditukar kepada Twelve Apostles yang lebih berciri fahaman Kristian. Nama ini kekal digunakan sehingga ke hari ini.
|
Twelve Apostles (12 Hawariyun pengikut Nabi Isa). |
Walaupun digelar Twelve Apostles, formasi batuan ini pada mulanya hanya 9 buah. Tapi kini ia hanya tinggal 8 buah sahaja selepas sebuah dari bongkahan batu ini runtuh dipukul ombak pada tahun 2005.
|
Hanya tinggal 8 Apostles sahaja kini. |
|
Tangga turun ke Viewing Platform |
|
Pengunjung yang datang dari seluruh dunia nak melihat Twelve Apostles |
|
Bergambar dengan Twelve Apostles. |
|
Spot favourite untuk selfie. |
|
Bongkah batu tertinggi di kalangan Twelve Apostles mempunyai ketinggian 50 meter. |
|
Tak jemu mata memandang |
Bongkah batuan Twelve Apostles ini pada asalnya adalah sebahagian dari tebing batu di sini. Ia terpisah dan menjadi batuan terasing di laut kesan dari hakisan ombak dan angin yang sangat kuat di sini.
|
Dengan hempasan ombak dan tiupan angin yang mengganas di sini, pasti hujung tebing ini juga akan menjadi "Apostle" pada satu hari nanti. |
|
Mengambil gambar Apostle. |
|
Menikmati pemandangan Twelve Apostles |
|
Inilah Apostle yang paling dekat dapat dilihat dari laluan pejalan kaki. |
Selain dari Twelve Apostle Lookout, ada sebuah lagi platform pemandangan yang disediakan di sini. Platform ini dinamakan Castle Rock.
|
Laluan menuju ke Castle Rock |
Ada perkhidmatan helikopter disediakan untuk pengunjung yang nak melihat Twelve Apostles dari udara. Peserta bas Grayline kami juga dibenarkan untuk berbuat demikian. Tapi kami diingatkan bahawa bas hanya boleh menunggu sampai satu jangka masa tertentu sahaja. Jika naik helikopter dan tak sampai balik pada waktu yang ditetapkan, kita harus membuat aturan sendiri berasingan untuk kembali ke Melbourne.
|
Helikopter untuk meninjau Twelve Apostles dari udara. |
|
Pemandangan dari laluan menuju ke Castle Rock Lookout. |
Menurut keterangan yang diberi, setiap bongkahan batu Twelve Apostles ini sedang terdedah kepada hakisan. Hakisan sedang berlaku di dasar batuan setiap 2 cm setahun. Tak mustahil kalau tak lama lagi, Twelve Apostles yang sedia ada ini lenyap terhakis. Tapi hakisan pada tebing juga boleh membentuk Apostle yang baru.
|
Selamatkan laut kita! |
|
Castle Rock terletak di hujung tebing sana. |
|
Twelve Apostles yang semakin jauh ditinggalkan ketika menuju ke Castle Rock. |
|
Pemandangan indah di Musim Bunga |
|
Bunga-bunga di tebing batu. |
|
Castle Rock |
Menghadap ke laut di Castle Rock, Twelve Apostles akan berada di sebelah kanan. Di sebelah kiri pula, terdapat dua buah formasi batuan yang dinamakan Gog & Magog (Yakjud & Makjud). Gog & Magog ini tidak membentuk sebahagian dari Twelve Apostles.
|
Gog & Magog |
|
Pemandangan Gog & Magog dari Castle Rock |
|
Pemandangan di sini memang cantik dan menyegarkan. |
|
Pemandangan ke arah laluan pejalan kaki dari Castle Rock |
|
Pemandangan Twelve Apostles dari Castle Rock. Tak nampak pun ada 8 batuan dari mana-mana arah di laluan pejalan kaki. Kena naik helikopter kot kalau nak tengok kesemuanya... |
|
Pengunjung dilarang berjalan di luar dari laluan yang disediakan kerana tebing di sini tak stabil dan boleh runtuh dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran. |
|
Kita pun sama macam mereka ni... tak jemu-jemu nak ambil gambar. |
|
Pemandangan ke arah daratan |
|
Ranger Parks Victoria yang bertugas untuk memastikan keselamatan pengunjung. |
|
Banyak burung hinggap di batu Gog & Magog ni sebenarnya. |
|
Bergambar dengan Gog & Magog. Tengah hujan renyai sebenarnya masa ni... |
|
Bunga liar yang cantik |
|
Pokok di sini tumbuh senget-senget kerana angin terlalu kuat di sini. |
|
Mula berjalan pulang. |
|
Pemandangan dalam perjalanan pulang |
|
Platform laluan pejalan kaki |
|
Platform laluan pejalan kaki di sini dibina sepenuhnya dari kayu. |
|
Menjengah ke dalam semak, kalau-kalau boleh ternampak binatang liar di sana. |
|
Penghujung platform pemandangan |
Walau cuaca tak menyebelahi kami pada petang itu kerana hujan, keindahan Twelve Apostles tetap menyerlah. Kami juga hanya menghabiskan masa kira-kira sejam di sini. Cubalah datang ke sini ketika matahari terbit dan terbenam, awesome sungguh pemandangan katanya.
|
Seram juga rasanya kalau naik helikopter di tengah laut di tengah-tengah hujan dan angin kuat begini. |
|
Laluan yang sama ketika menuju ke Twelve Apostles tadi. |
|
Going, going, gone! |
|
Pemandangan terakhir Twelve Apostles. Entah bila akan dapat berkunjung lagi ke sini. |
Kalau berhasrat nak melihat Twelve Apostles, cubalah datang dengan segera ke sini. Manalah tahu, kalau tiba-tiba Apostles ni hilang ditelan ombak dengan tiba-tiba... Hakisan sentiasa terjadi dan tak siapa tahu berapa lama lagi kesemua Sang Apostles ini boleh bertahan.
|
Pengunjung yang baru tiba |
|
Kesan tiupan angin. |
|
Kembali ke Visitor Centre |
|
Terowong di bawah jalan raya |
|
Goodbye, Twelve Apostles. |
|
Adoii... Belum sampai lagi rupanya! |
|
Tempat pendaratan helikopter di Twelve Apostles Visitor Centre |
|
Kembali ke bas. |
|
Menuju ke destinasi seterusnya... |
Bersambung ke Bahagian 14...
CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)
- Bhg. 1 [Hari 1] : The Arrival - Perjalanan ke Melbourne
- Bhg. 2 [Hari 2 & 3] : Business Trip - Queen Victoria Market & City Circle Tram
- Bhg. 3 [Hari 4] : Solo In Melbourne - Ibis Melbourne Therry Street, Federation Square & Southern Cross Station
- Bhg. 4 [Hari 5] : Husband's Arrival - Tullamarine Airport & Victoria Street
- Bhg. 5 [Hari 5] : Melbourne Highlight Tour 1 - Melbourne City Tour, Royal Botanic Gardens & Yarra River
- Bhg. 6 [Hari 5] : Melbourne Highlight Tour 2 - St Kilda, Brighton Beach & Albert Park
- Bhg. 7 [Hari 6] : Dandenong 1 - Perjalanan ke Dandenong & Grant Picnic Ground
- Bhg. 8 [Hari 6] : Dandenong 2 - Puffing Billy & Sassafras
- Bhg. 9 [Hari 6] : Phillip Island 1 - Perjalanan Ke Phillip Island & Churchill Island Heritage Farm
- Bhg. 10 [Hari 6] : Phillip Island 2 - Koala Conservation Centre, The Nobbies & Penguin Parade
- Bhg. 11 [Hari 7] : Great Ocean Road 1 - Anglesea, Urquhart Bluff & Memorial Arch
- Bhg. 12 [Hari 7] : Great Ocean Road 2 - Lorne, Cumberland River & Apollo Bay
- Bhg. 13 [Hari 7] : Great Ocean Road 3 - Twelve Apostles
- Bhg. 14 [Hari 7] : Great Ocean Road 4 - Razorback, Loch Ard Gorge & Port Campbell
- Bhg. 15 [Hari 8] : Melbourne City Walk 1 - Federation Wharf, Southbank, Swanston Street & Queen Victoria Market
- Bhg. 16 [Hari 8] : Melbourne City Walk 2 - Melbourne River Cruise, Islamic Council of Victoria & Treasury Gardens
- Bhg. 17 [Hari 8] : Melbourne City Walk 3 - Fitzroy Gardens & Penerbangan Pulang