Ogos 2017
VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road
Bahagian 2: Business Trip
QUEEN VICTORIA MARKET & CITY CIRCLE TRAM
HARI KETIGA (2)
Part 5: Queen Victoria Market Di Awal Pagi
Walaupun jarak Queen Victoria Market hanya sekangkang kera dari hotel kami Mercure Therry Street, sukar bagi Myself dan rakan-rakan berkunjung ke sana sewaktu Business Trip kami. Ini adalah kerana jadual Business Trip kami yang berlangsung pada hari Isnin dan Selasa sangat padat dan Queen Victoria Market pula ditutup setiap hari Isnin dan Rabu. Satu-satunya kesempatan yang ada dalam Business Trip ini untuk berkunjung ke Queen Victoria Market adalah pada awal pagi hari Selasa sebelum memulakan aktiviti Business Trip kami.
|
Pemandangan Queen Victoria Market dari depan hotel penginapan kami, Mercure Therry Street |
Waktu Queen Victoria Market dibuka dan ditutup pula berbeza setiap hari. Pada hari Selasa, ia dibuka pada pukul 6 pagi dan ditutup pada pukul 2 petang. Oleh kerana kami tak berkesempatan berkunjung ke sana selepas aktiviti Business Trip selesai, maka pada awal-awal pagi Selasa, Myself keluar ke sana menemani rakan-rakan yang ingin mencari souvenir serbuk kopi dan T-Shirt di situ.
Queen Victoria Market ini umumnya terbahagi kepada dua bahagian: Pasar Terbuka dan Pasar Tertutup. Kalau berjalan dari hotel kami ke sini, kita akan bertemu terlebih dahulu dengan bahagian pasar yang tertutup. Memang bertuah rakan Myself kerana sebaik melangkah masuk ke pasar tertutup ini, dia terus bertemu dengan kedai kopi yang dicari.
|
Pemandangan di bahagian bertutup Queen Victoria Market di awal pagi. |
|
Kedai kopi yang dicari |
|
Pelbagai biji kopi dijual di sini. Biji kopi yang dibeli boleh dikisar sebelum dibungkus. |
|
Biji kopi dari seluruh dunia dijual di kedai ini. |
|
Serbuk kopi yang siap dibungkus. |
Bahagian pasar terbuka pula terletak di sebelah belakang. Pasar terbuka ini menjual sayur dan buah-buahan segar. Pasar Cenderamata juga terletak di sini. Namun di awal pagi begini, tak nampak keseluruhan barangan yang dijual kerana para peniaga baru membuka gerai dan menyusun barangan masing-masing. Namun kami tetap berpuas hati kerana dapat membeli barangan yang dicari untuk dibawa pulang sebagai cenderamata dari Australia.
|
Pasar Buah-buahan |
|
Bergambar di luar Queen Victoria Market |
|
Pasar Bunga |
|
Pusat jualan cenderamata di Queen Victoria Market terletak di dalam bangunan ini. |
|
Di awal pagi begini, gerai-gerai jualan masih banyak yang belum dibuka. |
|
Parlimen bagi Negeri Victoria |
|
Ukiran di pintu masuk ke bangunan Parlimen Victoria |
|
Bangunan Old Treasury Building yang kini berfungsi sebagai sebuah muzium. |
|
Treasury Gardens di sebelah Old Treasury Building |
|
Melbourne Star Observation Wheel |
Part 7: Zam Zam Restaurant
Dah kelaparan selepas naik City Circle Tram, kami mencari tempat yang sesuai untuk dinner. Berpandukan peta restoran halal yang dicetak dari Google Map, maka tibalah kami ke Zam Zam Restaurant yang terletak di Lonsdale Street. Restoran ini menyajikan makanan Halal India dan Malaysia, tapi ownernya tak nampak macam orang Malaysia.
|
Restoran Zam Zam di Lonsdale Street, Melbourne. |
Bila kami bertanya, kata wanita owner ni, dia berasal dari India. Myself agak mungkin Emak atau Ayahnya dulu yang pernah bekerja di Malaysia dan belajar masak makanan Malaysia di sana. Lepas itu mereka berhijrah ke Australia dan membuka restoran ini di Melbourne. Disebabkan parents dah bersara, restoran ini diurus oleh wanita ini.
Ini juga adalah sesuatu yang Myself perhatikan bila berkunjung ke Melbourne, berbanding dengan kunjungan pertama Myself ke Australia (Perth), 15 tahun dulu. Ketika itu, ramai pemilik restoran makanan Malaysia berketurunan Cina dan merupakan generasi pertama yang memang berhijrah langsung dari Malaysia. Walaupun mereka mungkin tak beragama Islam, mereka mengusahakan restoran Halal kerana menyedari potensi pasaran restoran Halal di Australia bagi pelancong-pelancong Muslim yang berkunjung ke sini. Mereka juga sangat faham apa yang dikatakan makanan Halal kerana generasi ini dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia dan banyak bergaul dengan orang Islam di Tanah Air.
Tapi generasi itu kini telah digantikan oleh anak-anak mereka yang mungkin dilahirkan dan dibesarkan sepenuhnya di Australia. Oleh itu Myself perhatikan, walaupun ada banyak restoran makanan Malaysia yang ditulis Halal pada pintu masuknya di Melbourne, agak sangsi nak makan di situ bila melihat keadaannya. Jadi Myself rasa lebih selesa nak makan di restoran India ataupun Turki di Australia ni kini. Tapi ini cuma satu pandangan personal Myself saja...
|
Ada banyak menu kegemaran Malaysia di restoran ini, termasuklah Teh Tarik dan Roti Canai. |
|
Suasana di dalam Restoran Zam Zam |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)
- Bhg. 1 [Hari 1] : The Arrival - Perjalanan ke Melbourne
- Bhg. 2 [Hari 2 & 3] : Business Trip - Queen Victoria Market & City Circle Tram
- Bhg. 3 [Hari 4] : Solo In Melbourne - Ibis Melbourne Therry Street, Federation Square & Southern Cross Station
- Bhg. 4 [Hari 5] : Husband's Arrival - Tullamarine Airport & Victoria Street
- Bhg. 5 [Hari 6] : Melbourne Highlight Tour 1 - Melbourne City Tour, Royal Botanic Gardens & Yarra River
- Bhg. 6 [Hari 6] : Melbourne Highlight Tour 2 - St Kilda, Brighton Beach & Albert Park
- Bhg. 7 [Hari 7] : Dandenong 1 - Perjalanan ke Dandenong & Grant Picnic Ground
- Bhg. 8 [Hari 7] : Dandenong 2 - Puffing Billy & Sassafras
- Bhg. 9 [Hari 7] : Phillip Island 1 - Perjalanan Ke Phillip Island & Churchill Island Heritage Farm
- Bhg. 10 [Hari 7] : Phillip Island 2 - Koala Conservation Centre, The Nobbies & Penguin Parade
- Bhg. 11 [Hari 8] : Great Ocean Road 1 - Anglesea, Urquhart Bluff & Memorial Arch
- Bhg. 12 [Hari 8] : Great Ocean Road 2 - Lorne, Cumberland River & Apollo Bay
- Bhg. 13 [Hari 8] : Great Ocean Road 3 - Twelve Apostles
- Bhg. 14 [Hari 8] : Great Ocean Road 4 - Razorback, Loch Ard Gorge & Port Campbell
- Bhg. 15 [Hari 9] : Melbourne City Walk 1 - Federation Wharf, Southbank, Swanston Street & Queen Victoria Market
- Bhg. 16 [Hari 9] : Melbourne City Walk 2 - Melbourne River Cruise, Islamic Council of Victoria & Treasury Gardens
- Bhg. 17 [Hari 9] : Melbourne City Walk 3 - Fitzroy Gardens & Penerbangan Pulang