Ogos 2017
VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road
Bahagian 7: Dandenong 1
PERJALANAN KE DANDENONG & GRANTS PICNIC GROUND
HARI KEENAM (1)
Bahagian 22: Raya Haji Di Perantauan
Hari ini, Jumaat 1 September 2017 adalah Hari Raya Haji. Sedang keluarga dan rakan-rakan di Malaysia menikmati juadah enak di Hari Raya, Myself dan Husband hanya mampu menikmati sarapan pagi ala kadar sebagai juadah raya kami di Restoran Ibis Kitchen, Hotel Ibis Melbourne Therry Street.
|
Ibis Kitchen. Beg yang bersusun di depan sana adalah milik krew pesawat China Southern Airlines yang turut menginap di sini. |
|
Pemandangan di Ibis Kitchen |
|
Lagi suasana di Ibis Kitchen |
|
Juadah Raya di perantauan |
Pada pagi ini, kami telah mendaftar untuk mengikut dua lagi Tour bersama Grayline: Puffing Billy di sebelah pagi dan Penguin Parade di sebelah petang. Pick-up dari hotel ke Federation Square di mana tour bermula dijadualkan pada pukul 7.25 pagi hari ini. Seperti juga semalam, bas Grayline Pick-up tiba di hotel kami lebih awal dari jadual.
|
Grayline Pick-up ke Federation Square |
Sewaktu bas membuat persinggahan pick-up di Hotel Radisson, kami dapat melihat umat Islam di Melbourne membuat persiapan Solat Raya Aidil Adha di Flagstaff Gardens yang berhampiran. Majlis Solat Raya ini dianjurkan oleh Islamic Council of Victoria.
|
Flagstaff Gardens |
|
Persiapan Solat Hari Raya Aidil Adha di Flagstaff Gardens |
|
Umat Islam berkumpul untuk bersolat Hari Raya Aidil Adha |
Part 23: Puffing Billy Tour
Ada 3 jenis Puffing Billy Tour yang ditawarkan oleh pihak Grayline pada hari ini: Morning Puffing Billy, Puffing Billy With Yarra Valley Wineries dan Puffing Billy With Australian Wildlife. Semua Puffing Billy Tour ini bermula dari Federation Square pada pukul 8.10 pagi.
|
Berkumpul di Federation Square untuk memulakan Tour |
|
Petugas Grayline Tour akan memeriksa nama setiap peserta untuk memastikan kita tak tersilap naik bas. |
|
Kami mengikut Puffing Billy Morning Half Day Tour. Di sebelah petang, kami akan menyambung pula mengikut Phillip Island Penguin Parade Tour. |
|
Tentera Laut Australia berhampiran Federation Square |
|
Bersedia untuk memulakan Tour |
Part 24: Perjalanan Ke Dandenong
Perjalanan Puffing Billy Tour adalah menuju ke pergunungan Dandenong yang terletak kira-kira 60 km dari Melbourne. Pemandu bas merangkap Tour Guide kami pada pagi ini adalah Don.
|
Memulakan perjalanan ke Dandenong |
Bas yang digunakan dalam Tour pagi ini adalah bas dua tingkat. Namun kami lebih selesa memilih duduk di kerusi paling depan di tingkat bawah.
|
Mari kita ke Dandenong... |
|
Lebuhraya ke Dandenong |
Perjalanan menuju ke Dandenong yang terletak di sebelah timur bandaraya Melbourne mengambil masa kira-kira sejam.
|
Peta lokasi tarikan pelancong di Dandenong |
|
Keluar dari lebuhraya menuju ke arah Dandenong. |
|
Ferntree Gully ~ sebuah bandar kecil di Pergunungan Dandenong |
Hari ini, 1 September 2017 juga diisytiharkan sebagai hari permulaan Musim Bunga di Australia. Bila Musim Bunga menjelma, memang banyaklah bunga-bunga liar yang berkembang di tepi jalan.
|
Bunga-bunga liar di tepi jalan menandakan Musim Bunga telah bermula. |
|
Pelajar sekolah di Australia. |
|
Mural yang menarik mengenai keadaan lampau di Dandenong |
|
Yang ini pula menggambarkan keadaan hutan di Dandenong |
|
Keretapi terkenal di Dandenong ~ Puffing Billy |
|
Bunga lagi! |
|
Kawasan hutan di Dandenong ini dinamakan Sherbrook Forest |
Part 25: Grants Picnic Ground
Sebelum ke Puffing Billy, kami singgah sebentar di Grants Picnic Ground yang terletak di Sherbrook Forest untuk menikmati minuman tradisional Australia, Bush Billy Tea.
|
Grants Picnic Ground |
|
Pemandangan keseluruhan Grants Picnic Ground |
|
Grants Picnic Ground dikelilingi hutan pokok Eucalypt (yang juga dipanggil Pokok Gum). Pokok Eucalypt di sini tinggi-tinggi, macam menjulang ke langit. |
|
Perhentian bas kami. |
|
Turun dari bas untuk menikmati keindahan hutan pokok Eucalypt di Grants Picnic Ground. |
|
Picnic Table |
|
Hutan belantara. |
Satu keistimewaan Grants Picnic Ground di kalangan pengunjung ke sini ialah adanya tempat Bird Feeding. Di Australia, terdapat larangan untuk memberi makan kepada binatang-binatang liar untuk mengelakkan mereka jatuh sakit kerana memakan makanan yang kurang sesuai, termasuklah juga kepada burung-burung. Satu-satunya tempat kita boleh berbuat begitu adalah di Birds Feeding Area di sini.
|
Birds Feeding Area di Grants Picnic Ground |
|
Pintu masuk ke Birds Feeding Area |
|
Dengan bayaran AUD10 (RM35), kita boleh memberi burung makanan yang disediakan dan bergambar dengan mereka... |
|
Disebabkan kedekut, kami cuma melihat orang membuat Bird Feeding dari luar sahaja. |
|
Husband mengambil gambar burung liar. |
|
Burung Crimson Rosella |
Dah puas melihat burung, kita berjalan-jalan di sekitar Grants Picnic Ground. Antara kemudahan yang terdapat di sini termasuklah tandas awam dan juga sebuah kedai cenderamata.
|
Kedai cenderamata di Grants Picnic Ground |
|
Pelbagai cenderamata dijual di sini. |
|
Antara cenderamata yang menarik adalah patung-patung burung Cockatoo dan Kookaburra. |
|
Bergambar kenangan di Grants Picnic Ground |
|
Burung Kakaktua banyak terdapat di kawasan ini. |
|
Burung Kookaburra (disebut: Kooka-barra)? ... Bukan, ini Burung Cockatoo. |
Di Grants Picnic Ground ini, kami dijamu oleh Don dengan minuman tradisional Australia yang dinamakan Bush Billy Tea. Bush Billy Tea adalah air teh (Australian Black Tea) yang dimasak dalam bekas-bekas logam yang dipanggil "Billy".
|
Don menyediakan Bush Billy Tea untuk kami semua. |
|
Bekas-bekas logam inilah yang dinamakan "Billy". |
|
Daun Eucalypt (makanan kegemaran Beruang Koala) turut dimasukkan ke dalam teh untuk menambahkan perisa. |
Bush Billy Tea ini turut dihidangkan kepada kami dengan biskut dan kuih tradisional Australia yang dinamakan Lamington. Lamington adalah sejenis sponge cake yang disalut coklat dan dilumur dengan kelapa. Sekali imbas, rupanya sebiji macam kuih kaswi yang terkenal di Malaysia. Cuma ia lebih pejal kalau dipegang, berbanding kuih kaswi.
|
Lamington yang dihidangkan bersama Bush Billy Tea kepada kami. |
|
Lamington ni dari luar memang sebiji macam kuih kaswi. |
|
Lamington sebenarnya adalah kek span yang disalut coklat dan dilumur dengan kelapa. |
Sedang Husband menikmati keenakan Lamington, dia "diserang" oleh seekor Burung Cockatoo yang memagut Lamington yang hendak disuap Husband ke dalam mulutnya. Kesian Husband, sempat makan segigit je Lamington yang sedap tu!
|
Attack of the Cockatoo! Terpegun bila Lamington di tangan dipagut oleh Cockatoo yang hinggap di lengan dengan tiba-tiba! |
|
Buruk betul perangai Cockatoo ni, merampas makanan dari tangan orang! |
|
Cockatoo yang "menyerang" Husband. |
Don terus membantu Husband menghalau Si Cockatoo. Maklumlah, kan kita tak dibenarkan memberi makan kepada burung di sini. Mungkin itulah juga sebabnya Si Cockatoo datang menyerang, dah jemu makan buah-buahan di hutan dan teringin pulak nak makan Lamington!
|
Husband bercerita dengan Don "pengalaman ngeri" diserang Cockatoo yang mencuri Lamington dari tangannya. |
Memang jahat Si Cockatoo yang seekor ni, betul-betul macam tengah kebuluran. Tak lama selepas dia mencuri Lamington dari Husband, dia mencuri pula Lamington dari seorang perempuan China yang sama dalam rombongan kami!
|
Perempuan China dalam rombongan kami sedang menepis "serangan" Cockatoo. |
Don turut menunjukkan kepada kami sepasang King Parrot yang sedang hinggap di pokok berhampiran. King Parrot ini unik kerana mereka sering terbang berpasangan jantan dan betina. King Parrot jantan selalunya lebih dominant dan berwarna lebih terang berbanding yang betina.
|
King Parrot. Burung yang jantan selalunya berwarna lebih terang berbanding yang betina. |
Dah puas minum Bush Billy Tea yang dimakan bersama Lamington dan menepis "serangan" Cockatoo, kami bergerak meninggalkan Grants Picnic Ground. Destinasi seterusnya adalah keretapi wap Puffing Billy.
|
Roundabout di Grants Picnic Ground |
|
Meninggalkan Grants Picnic Ground |
Part 26: Belgrave Station
Puffing Billy adalah keretapi wap yang menjadi tarikan kepada pengunjung ke Pergunungan Dandenong. Keretapi ini berkhidmat dari Belgrave ke Gembrook yang mana keseluruhan perjalanan memakan masa kira-kira 3 jam. Dalam Tour ini, kami hanya menaiki keretapi ini sehala dari Belgrave ke stesen berikutnya Menzies Creek sahaja.
|
Keretapi Wap Puffing Billy dari kejauhan. |
|
Laluan ke stesen Puffing Billy di Belgrave |
|
Semua tengah excited nak naik Puffing Billy. |
|
Stesen Keretapi Belgrave terletak di bawah bukit di seberang sana. |
|
Laluan pejalan kaki ke Stesen Belgrave |
|
Kena lalu lorong ini pulak |
|
Bergambar di laluan pejalan kaki menuju ke Stesen Belgrave |
|
Hampir sampai ke Stesen Belgrave |
|
Keterangan tentang stesen-stesen persinggahan Puffing Billy |
|
Kami hanya menaiki Puffing Billy dari Belgrave ke Menzies Creek sahaja. |
|
Tiba di perkarangan Stesen Belgrave |
Bersambung ke Bahagian 8 ...
CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)
- Bhg. 1 [Hari 1] : The Arrival - Perjalanan ke Melbourne
- Bhg. 2 [Hari 2 & 3] : Business Trip - Queen Victoria Market & City Circle Tram
- Bhg. 3 [Hari 4] : Solo In Melbourne - Ibis Melbourne Therry Street, Federation Square & Southern Cross Station
- Bhg. 4 [Hari 5] : Husband's Arrival - Tullamarine Airport & Victoria Street
- Bhg. 5 [Hari 5] : Melbourne Highlight Tour 1 - Melbourne City Tour, Royal Botanic Gardens & Yarra River
- Bhg. 6 [Hari 5] : Melbourne Highlight Tour 2 - St Kilda, Brighton Beach & Albert Park
- Bhg. 7 [Hari 6] : Dandenong 1 - Perjalanan ke Dandenong & Grant Picnic Ground
- Bhg. 8 [Hari 6] : Dandenong 2 - Puffing Billy & Sassafras
- Bhg. 9 [Hari 6] : Phillip Island 1 - Perjalanan Ke Phillip Island & Churchill Island Heritage Farm
- Bhg. 10 [Hari 6] : Phillip Island 2 - Koala Conservation Centre, The Nobbies & Penguin Parade
- Bhg. 11 [Hari 7] : Great Ocean Road 1 - Anglesea, Urquhart Bluff & Memorial Arch
- Bhg. 12 [Hari 7] : Great Ocean Road 2 - Lorne, Cumberland River & Apollo Bay
- Bhg. 13 [Hari 7] : Great Ocean Road 3 - Twelve Apostles
- Bhg. 14 [Hari 7] : Great Ocean Road 4 - Razorback, Loch Ard Gorge & Port Campbell
- Bhg. 15 [Hari 8] : Melbourne City Walk 1 - Federation Wharf, Southbank, Swanston Street & Queen Victoria Market
- Bhg. 16 [Hari 8] : Melbourne City Walk 2 - Melbourne River Cruise, Islamic Council of Victoria & Treasury Gardens
- Bhg. 17 [Hari 8] : Melbourne City Walk 3 - Fitzroy Gardens & Penerbangan Pulang