Friday, 22 September 2017

2017 MELBOURNE BHG. 11 (Great Ocean Road 1)

Ogos 2017

VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road

Bahagian 11: Great Ocean Road 1
ANGLESEA, URQUHART BLUFF & MEMORIAL ARCH

HARI KETUJUH (1)

Part 38: Menuju ke Great Ocean Road

Salah sebuah tarikan utama pengunjung ke Melbourne adalah Great Ocean Road dan kami juga tidak melepaskan peluang untuk melawat ke sana. Seperti juga semalam, kami breakfast awal di hotel untuk menunggu Grayline Pick-up yang dijadualkan pada pukul 7.25 pagi ini.

Grayline Pick-up
Pemandangan awal pagi di kota Melbourne
Bas awam di Melbourne
Tak seperti pagi semalam di mana Solat Hari Raya Aidiladha diadakan di sini, Flagstaff Gardens juga kelihatan sunyi di awal pagi ini.
Hellenic Museum
Pemandangan di dalam Bas Grayline Pick-up
Dah ramai orang beratur nak naik bas sewaktu kami tiba di Federation Square. Tour Bus kami dua tingkat dan kebanyakan penumpang berebut-rebut nak duduk di tingkat atas. Bagi kami berdua, lebih selesa duduk di kerusi paling depan di tingkat bawah seperti lawatan ke Dandenong dan Phillip Island semalam kerana pemandangan lebih luas begitu.

Perhentian Tour Bus ke Great Ocean Road di Federation Square
Beratur nak naik bas di Federation Square
Pemandu dan Tour Guide kami pada pagi ini bernama John.
Terlalu ramai yang nak berkunjung ke Great Ocean Road hari ini. Mereka ini terpaksa naik bas kedua kerana bas kami telahpun penuh.
Memulakan perjalanan menuju ke Great Ocean Road
Masih ada beberapa landmark menarik di Melbourne yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Great Ocean Road. Pemandu bas merangkap Tour Guide kami yang bernama John akan memberi penerangan setiap kali kami melalui tempat-tempat ini.

Tugu Peringatan Perang, Shrine of Remembrance
Southbank Theatre
Kalau tak salah ini adalah Docklands Studio di mana beberapa penggambaran filem dilaksanakan
Arca yang menarik ini juga terletak di kawasan Docklands
Perjalanan menuju ke Great Ocean Road adalah perjalanan menuju ke arah barat Melbourne. Dalam perjalanan keluar ke sana, kami melintasi sebuah jambatan yang dinamakan West Gate Bridge.

Lebuhraya menuju keluar dari Melbourne
Hujan rintik-rintik mula turun sewaktu kami meninggalkan Melbourne. Mudah-mudahan cuaca tak mengganggu perjalanan dan aktiviti kami di Great Ocean Road hari ini.
West Gate Bridge adalah jambatan yang ketiga terpanjang di Australia dan yang kedua tertinggi selepas Sydney Harbour Bridge. Pada tahun 1970, jambatan ini telah runtuh sewaktu dalam pembinaan dan membunuh 35 orang pekerja. Pembinaannya disambung semula pada tahun 1972 dan akhirnya siap pada tahun 1978.

Bendera Australia berkibar megah di kemuncak West Gate Bridge
Pemandangan Pelabuhan Melbourne dari West Gate Bridge
Newport Power Station
Tangki-tangki minyak
Masuk ke Lebuhraya
Geelong adalah pintu masuk ke Great Ocean Road
Werribee Park Precinct terkenal dengan sebuah rumah agam yang bernama Werribee Mansion. Sejarah Werribee Mansion penuh dengan dendam dan permusuhan dalam keluarga pengasasnya, Andrew Chirnside.
Werribee juga terkenal dengan sebuah zoo terbuka yang dinamakan Werribee Open Range Zoo. Hutan di sebelah kiri jalan ini adalah sebahagian dari zoo tersebut.
Avalon Airport adalah lapangan terbang kedua bagi Melbourne. Airport ini digunakan terutamanya oleh penerbangan tambang murah Jetstar (macam Air Asia menggunakan KLIA2 di Kuala Lumpur).
Hari ini, 2 September 2017 adalah secara rasminya hari kedua Musim Bunga di Australia. Memang banyak bunga dah mula berkembang sekarang, termasuklah bunga Canola yang minyaknya diproses untuk dijadikan minyak masak. Ladang Canola yang menguning dapat dilihat di tepi lebuhraya dalam perjalanan menuju ke Great Ocean Road.

Ladang Canola
Bunga Canola baru nak mekar. Kalau betul-betul dan mekar, seluruh padang ini akan bertukar menjadi macam lautan yang berwarna kuning.
Suasana hutan dah mula kelihatan.
Walaupun Geelong adalah pintu masuk ke Great Ocean Road, lebuhraya ke sana hanya melalui kawasan pinggir bandar.
Banyak bunga liar dilihat di tepi lebuhraya.
Padang ternak.
Bandar kecil yang dilalui dalam perjalanan ke Great Ocean Road
Kawasan pertanian
Perlu keluar dari lebuhraya di sini untuk menuju ke Great Ocean Road

Part 39: Great Ocean Road

Great Ocean Road sepanjang 243 km di persisiran pantai Southern Ocean adalah sebuah jalan yang bersejarah di Australia. Ia bermula dari bandar Torquay dan berakhir di Allansford. Jalan ini dianggap sebagai memorial perang yang terbesar di dunia kerana ia dibina oleh bekas tentera Australia yang berkhidmat dalam Perang Dunia Pertama untuk memperingati rakan-rakan mereka yang terkorban.

Peta Great Ocean Road
Walaupun Great Ocean Road bermula di bandar Torquay, John tidak membawa kami memulakan lawatan dari sana. Kami sebaliknya memulakan pengembaraan Great Ocean Road kami dari bandar Anglesea.

Kami memulakan pengembaraan Great Ocean Road kami dari Anglesea.
Selepas meninggalkan lebuhraya, perjalanan kami melalui jalan luar bandar. Kualiti jalan ini sangat berbeza dengan di lebuhraya, lebih kurang macam jalan luar bandar di Malaysia juga. Jalan yang dilalui beralun-alun menyebabkan bas dua tingkat kami macam terhuyung-hayang. Macam merbahaya je rasanya. John walau bagaimanapun meyakinkan kami yang ini adalah perkara biasa ketika melalui jalan di Great Ocean Road. "Turbulence", kata John berseloroh dengan kami.

Jalan luar bandar menuju ke Great Ocean Road.
Arah ke mana nak dituju?
Padang ragut
Kolam di padang ragut. Lembu dan biri-biri masih tak kelihatan sebab mungkin masih tidur lagi.
Kami diberitahu hutan-hutan di sini ada banyak kanggaru. Tapi mereka hanya keluar bila malam menjelang.
Laut dah mula muncul di depan sana.

Part 40: Anglesea

Bas kami membuat persinggahan di sebuah taman di pekan Anglesea di mana seperti semalam, semua penumpang bas dijamu dengan Bush Billy Tea.

Berhenti rehat di Anglesea.
Pada masa dulu, Anglesea dikenali sebagai Swampy Creek. Ia terkenal sebagai tempat persinggahan bagi pengunjung ke Great Ocean Road. Sebelum kereta dicipta, pengangkutan utama ke sini adalah dengan menggunakan kereta kuda. Bagi mengabadi sejarah ini, sebuah tugu kereta kuda didirikan di taman ini untuk tatapan pengunjung ke sini.

Kereta kuda yang digunakan untuk membawa pengunjung ke Anglesea pada masa dahulu.
Pemandangan pekan Anglesea dari belakang tugu Kereta Kuda.
Ramai yang menyeberang jalan ke seberang sana kerana terdapat tandas awam di situ.
Pemandangan pekan Anglesea
Bush Billy Tea adalah minuman teh tradisional Australia. Tak ada yang istimewa dengan teh yang dibancuh, cuma yang istimewa adalah cara teh ini dihidangkan. Air untuk membancuh teh dimasak dengan menggunakan bekas logam yang dinamakan Billy.

Mengikut ceritanya, Bush Billy Tea diperkenalkan oleh pelombong-pelombong yang bekerja di outback Australia (yang dipanggil Bush di kalangan orang tempatan). Disebabkan mereka bekerja di dalam terowong, sukar bagi mereka untuk memakan dan memasak makanan segar. Jadi mereka akan membawa bekalan makanan tin bersama mereka. Makanan tin yang paling terkenal adalah sup daging dari jenama "Bouilli" yang diimport dari Perancis. Disebabkan sukar nak menyebut perkataan "Bouilli" ini, pelombong-pelombong cuma memanggil makanan ini sebagai "Billy".

Bekas tin "Bouilli" ini juga sangat sesuai digunakan untuk menjerang air bagi membancuh teh. Maka di sinilah bermula "Bush Billy Tea" yang sangat terkenal di Australia.

Minum Bush Billy Tea yang dihidangkan bersama Biskut dan Lamington.
Air untuk membancuh Bush Billy Tea dimasak dengan menggunakan haba dari enjin bas sepanjang perjalanan dari Melbourne ke sini.
Kat sini aman nak makan Lamington kerana tak ada "serangan" Burung Cockatoo macam di Dandenong semalam.
Meninggalkan pekan Anglesea
Laut dekat Anglesea
Tempat parking kereta
Tempat bersantai di tepi laut
Menuju ke destinasi yang seterusnya

Part 41: Urquhart Bluff

Sesuai dengan namanya, pemandangan di sepanjang Great Ocean Road memang hebat. Pantai di sepanjang Great Ocean Road juga adalah lokasi yang popular untuk bermain Surfing. Walau bagaimanapun, tak ramai orang kami perhatikan berbuat begitu sewaktu kami di sana kerana laut agak tenang sepanjang hari.

Berbasikal di Great Ocean Road
Kita masuk ke inland sikit di sini.
Aireys Point Lighthouse
Laluannya agak bengkang-bengkok di sini.
Laut lagi.
Kata Pemandu merangkap Tour Guide kami John, Southern Ocean tak ganas hari ini.
Berbasikal di hutan yang cantik
Persinggahan selepas meninggalkan Anglesea adalah Urquhart Bluff. Tak ada apa yang istimewa di sini selain dari pemandangan laut yang cantik.

Urquhart Bluff
Bas membuat persinggahan di sini.
Pemandangan ke arah sana.
Pemandangan ke arah sini pulak.
Kenangan di Urquhart Bluff. Cuaca masih sejuk walau suhu dah naik 3'C berbanding semalam.
Menyaksikan beramai-ramai pemandangan indah di Urquhart Bluff.
Keterangan mengenai Urquhart Bluff. Tak ada info yang menarik sangat di sini.
Mengambil gambar bunga liar yang sedang berkembang.
Meninggalkan Urquhart Bluff

Part 42: Menuju Ke Memorial Arch

Dari Urquhart Bluff, kita bergerak menuju ke Memorial Arch yang terkenal di Great Ocean Road. Dalam perjalanan ke sana, John bercerita tentang sejarah kawasan yang kami lalui. Sebelum kedatangan Orang Putih, kawasan ini didiami oleh Orang Aborigines. Banyak pertempuran sengit berlaku di antara kedua-dua pihak pada masa dahulu.

Kawasan ini adalah tanah tradisi kaum Wathaurong.
Hutan pun nampak cantik dalam Musim Bunga begini.
Boleh nampak kan permukaan jalan yang beralun dan tak rata di sini?
Cuaca mendung macam nak hujan di depan sana.
Pemandangan dari dalam bas
Selfie di dalam bas. Undang-undang di Australia mewajibkan semua penumpang bas memakai talipinggang keledar pada sepanjang masa.
Split Rock Lighthouse
Laut Selatan
Ombak menghempas pantai
Perjalanan kini adalah menuju ke bandar Lorne.
Pengunjung di tepi pantai.
Sungai yang mengalir masuk ke laut
Menuju ke Eastern View
Tengok Mat Salleh menyalin pakaian kat sini teringat kisah Bathing Boxes yang kami lawati di Brighton Beach hari tu. Kalau mereka ni hidup di zaman itu, mesti dah mencari Bathing Box untuk menukar pakaian.
Kawasan Eastern View di mana letaknya Memorial Arch dah mula muncul dalam pandangan.
Hebat sungguh rumah yang dibina menghadap laut di lereng bukit ni.
Hampir tiba di Memorial Arch

Part 43: Memorial Arch

Memorial Arch dibina sebagai penghargaan kepada anggota Tentera Australia dalam Perang Dunia Pertama yang berjasa membina Great Ocean Road. Arca yang dilihat pada hari ini adalah arca ketiga yang pernah didirikan di sini selepas arca kedua yang berdiri sebelumnya musnah dijilat api dalam satu kebakaran hutan pada tahun 1983.

Memorial Arch
Arca ini didirikan pada tahun 1939.
Sejarah Memorial Arch di Eastern View.
Beginilah gambaran bekas tentera membina Great Ocean Road pada masa dahulu. Pembinaannya dibuat menggunakan tenaga manusia kerana peralatan pembinaan moden belum ada pada masa itu.
Pelancong-pelancong di Memorial Arch
Bas dan van pelancong sedang parking di Memorial Arch. Bas kami adalah yang paling besar antara semua kenderaan yang ada di sini.
Satu tarikan lain yang terdapat di Memorial Arch adalah sebuah pantai yang terdapat betul-betul di sebelahnya. Selain melawat memorial yang bersejarah ini pengunjung juga akan ke sana untuk menikmati dengan dekat keindahan Southern Ocean.

Lorong menuju ke pantai
Penghujung lorong masuk ke pantai.
Ramai orang sedang memancing di sini.
Antara pengunjung yang datang ke sini.
Ombak di sini memang kuat kerana Southern Ocean yang terletak di antara Australia dengan Antarctica tak terhalang dengan mana-mana daratan.
Cuaca mendung bagai nak hujan.
Berjalan balik menuju ke bas.
Alhamdulillah, sampai juga Myself ke sini.
Pasti pemandangan dari rumah ini sangat menarik kerana menghadap ke laut dan Memorial Arch
Meninggalkan Memorial Arch


Bersambung ke Bahagian 12...


CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)