Saturday, 23 September 2017

2017 MELBOURNE BHG. 12 (Great Ocean Road 2)

Ogos 2017

VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road

Bahagian 12: Great Ocean Road 2
LORNE, CUMBERLAND RIVER & APOLLO BAY

HARI KETUJUH (2)

Part 44: Lorne

Dari Memorial Arch, kami dibawa menuju ke Lorne. Selain dari Apollo Bay, Lorne adalah juga sebuah bandar persinggahan utama bagi pengunjung ke Great Ocean Road.

Perjalanan ke Lorne
Pantai
Kawasan hutan
Big Hill
Pemandangan di kawasan Big Hill
Pantai berhampiran Big Hill
Meneruskan perjalanan
Ada kalanya perjalanan melalui pinggir-pinggir gunung
Kawasan perkhemahan
Rumah persinggahan
Melalui hutan lagi
Kembali ke tepi pantai
Tebing gunung di pinggir pantai
Southern Ocean
Bandar Lorne dah kelihatan di depan sana
Semakin hampir ke Lorne
Bandar Lorne, seperti juga bandar-bandar lain di sekitar Great Ocean Road dikelilingi hutan pokok Eucalypt. Dari kejauhan, hutan pokok Eucalypt sentiasa kelihatan kebiruan kerana daun dari pokok ini menghasilkan sejenis gas yang mudah terbakar.

Sehari sebelum Krismas pada tahun 2015, suhu musim panas di sekitar Great Ocean Road meningkat sehingga hampir 40'C. Dengan tak semena-mena kilat menyambar sehingga menyebabkan pokok Eucalypt berhampiran bandar Wye River terbakar. Api merebak dengan pantas sehingga menyebabkan kebakaran hutan yang besar. Penduduk-penduduk di bandar sekitar Great Ocean Road, termasuklah Wye River dan Lorne diarahkan untuk berpindah. Api merebak dari Wye River menghampiri bandar Lorne, tapi berlaku satu keajaiban apabila ketika api hanya beberapa meter dari bandar itu, arah angin bertiup berubah berlawan arah dan memadamkan api yang sedang marak. Maka terselamatlah bandar Lorne dari tragedi Kebakaran Hutan pada tahun 2015.

Lorne
Kata Pemandu merangkap Tour Guide kami John, dia paling suka datang ke Lorne kerana kedatangannya sentiasa disambut mesra oleh dua orang gadis di bandar ini.

Inilah dua gadis yang sentiasa menyambut mesra kedatangan John ke bandar Lorne.
Menuju ke Pusat Bandar
Pusat bandar Lorne
Taman Awam di tepi pantai
Grand Pacific Hotel
Pertandingan renang Lorne Pier To Pub diadakan setiap tahun di Lorne. Ia bermula dalam tahun 1970-an apabila beberapa anggota Lorne Surf Life Saving Club mencabar satu sama lain untuk terjun dari Lorne Pier dan berenang merentas laut sehingga berakhir di Lorne Pub. Pertandingan ini masih berlangsung mengikut format tersebut dan menarik hampir 4,000 peserta setiap tahun sehingga dicatatkan di dalam Guinness Book of Records sebagai pertandingan renang terbuka yang terbesar di dunia.

Lorne Pier yang menjadi tempat permulaan pertandingan renang Lorne Pier To Pub.
Kami tak membuat persinggahan di Lorne, hanya sekadar melintasi bandar ini kerana destinasi sebenar kami adalah Apollo Bay yang terletak kira-kira 44 km dari situ.

Menuju ke Apollo Bay
St George River
Pemandangan indah di St George River
Batuan volkanik di tepi pantai
Perjalanan ke Apollo Bay
Kalau tak salah ini kawasan Jamieson Creek
Pantai ini merbahaya untuk mandi-manda kerana ombak sangat kuat di sini.
Walaupun merbahaya kerana ombak besar, kami diberitahu pantai ini sebenarnya sangat popular dengan pemancing ikan.
Jalan yang bengkang-bengkok dan beralun di tepi pantai
Memang ngeri bila bas terhuyung-hayang lalu di sini.
Kengerian walau bagaimanapun dapat dilupakan seketika bila disajikan dengan pemandangan laut yang indah.
Keindahan gunung dan laut.
Hampir tiba di persinggahan seterusnya dalam perjalanan ke Apollo Bay, Cumberland River

Part 45: Cumberland River

John membawa kami membuat persinggahan di Cumberland River dalam perjalanan menuju ke Apollo Bay. Di sini juga, kita disajikan dengan pemandangan laut yang cantik, cuma pantai di sini lebih berbatu berbanding pantai yang sebelumnya.

Cumberland River
Pemandangan di Cumberland River
Bas parking di tepi jalan
Beramai-ramai menikmati keindahan pemandangan di Cumberland River
Pemandangan ke arah sana
Banyak batu di tepi pantai
Pemandangan Southern Ocean. Hutan Eucalypt di seberang sana kelihatan kebiruan kerana gas yang dikeluarkan oleh daun-daun pokok Eucalypt. Gas ini juga menyebabkan hutan Eucalypt sangat mudah terbakar.
Pemandangan ke sebelah sini.
Husband menikmati pemandangan indah di Cumberland River
John
Cumberland River Holiday Park

Part 46: Perjalanan Ke Apollo Bay

Perjalanan diteruskan lagi ke Apollo Bay. Tidak jauh dari Cumberland River, kami bertemu dengan Mount Defiance Lookout. Walau bagaimanapun, kami tak berhenti di sini.

Mount Defiance Lookout
Ramai bikers berhenti di sini.
Hutan Eucalypt yang musnah dalam Kebakaran Besar pada tahun 2015 dulu jelas kelihatan dari sini.
Menyelusuri hutan yang masih hijau.
Pantai lagi.
Masih pantai yang sama
Jalan lagi ke depan
Inilah kawasan hutan yang musnah terbakar pada tahun 2015 dulu.
Hutan di sini masih belum pulih sepenuhnya dari kesan kebakaran walau dah dua tahun berlalu.
Pantai di sekitar Great Ocean Road juga dikenali sebagai The Shipwreck Coast kerana banyak kapal karam di sini. Mengikut rekod rasmi, ada 800 kejadian kapal karam yang berlaku di sini, walaupun ramai yang percaya jumlah sebenarnya lebih banyak lagi.

Di sini juga kami ditunjukkan sebuah binaan seperti kubur yang dinamakan Lone Sailors Grave. Walaupun kelihatan macam kubur, ia bukanlah sebuah kubur kerana tak ada mayat ditanam di dalamnya. Ia sebaliknya dibina untuk memperingati jasa tiga orang pemuda tempatan yang mati lemas sewaktu cuba menyelamatkan mangsa dari sebuah kapal karam di sini. Ironinya, hanya mereka bertiga sahaja yang kehilangan nyawa, sedangkan semua penumpang kapal karam tersebut terselamat.

Historic Site
Lone Sailors Grave
Kubur ini hanya simbolik bagi memperingati keberanian tiga orang pemuda tempatan yang terkorban sewaktu menyelamatkan mangsa kapal karam di kawasan ini.
Cuaca memang mendung dan hujan sekejap-sekejap sewaktu kami melawat ke Great Ocean Road.
Pantai yang indah
Kerja pembaikan jalan
Sekali-sekala, kita memang akan memandu masuk ke kawasan inland begini.
Dah hampir ke Apollo Bay
Bandar Apollo Bay dah kelihatan di seberang sana.
Belum sampai lagi...
Berbasikal di Great Ocean Road
Sini pun ada kesan hutan terbakar
Belayar di Southern Ocean
Padang ragut
Skenes Creek
Pantai dah mula ramai pengunjung sekarang sebab musim dingin dah berakhir.
Ada beberapa orang bermain body surfing di sini.
Memotong rumput di laman.
Pemandangan indah di Musim Bunga
Semakin hampir ke Apollo Bay. Jalan di sini juga beralun teruk seperti di tempat lain di Great Ocean Road.

Part 47: Apollo Bay

Menjelang tengahari, kami tiba di Apollo Bay. Seperti Lorne, ia juga adalah bandar persinggahan utama di Great Ocean Road kerana kedudukannya yang hampir dengan Twelve Apostles yang merupakan tarikan utama pengunjung di laluan ini.

Pinggir bandar Apollo Bay
Apollo Bay
Menuju ke pusat bandar Apollo Bay
Jalan utama di Apollo Bay
Bandar Apollo Bay tak besar, tapi disebabkan tak ada tempat parking yang sesuai untuk kenderaan bersaiz besar seperti bas kami, terpaksalah bas berhenti sedikit jauh dari jalan utama. Di sini kami diberikan masa sejam untuk makan tengahari.

Menapak ke jalan besar Apollo Bay
Apollo Bay Hotel
Bagi yang mengambil Lunch Package bersama Grayline, sajian makan tengahari disediakan di Apollo Bay Hotel. Bagi yang tak mengambil Lunch Package, kami mencari makan sendiri di kedai-kedai makan yang terdapat di sini.

Kedai-kedai di jalan utama Apollo Bay
Di sini, Myself dan Husband makan tengahari di sebuah restoran bernama Iluka yang ada menyajikan makanan Halal. Fish & Chip di sini memang sedap tapi Nasi Gorengnya biasa saja. Tapi tak apalah, asalkan Halal.

Restoran Iluka
Sijil Perakuan Halal dan menu di Restoran Iluka
Pemandangan di dalam Restoran Iluka
Satu lagi suasana di dalam restoran Iluka
Kaunter makanan
Fish & Chips yang sedap, tapi nasi gorengnya kureng sikit.
Sebelum turun dari bas, beriya-iya John menyuruh kami mencuba ais kerim di sebuah kedai di sini yang bernama The Icecream Tub. Katanya, rugi kalau tak cuba. Jadi selepas makan, kami pun masuklah ke dalam kedai ais kerim yang kebetulan boleh dikatakan bersebelahan dengan Restoran Iluka ni.

Kedai Ais Kerim yang sedap yang dicadangkan oleh John.
Ais kerim yang dijual di sini pernah memenangi pelbagai award.
Award-award yang dimenangi oleh The Icecream Tub
Ais kerim raspberry ni memang sedap.
Berehat sambil minum air selepas lunch dan makan ais kerim.
Bila tiba masanya, kami kembali ke bas. Tapi ramai yang terlewat sikit tiba. Yang mengambil Lunch Package memberitahu service di Hotel Apollo Bay agak slow. Yang terakhir naik bas pula memberitahu mereka terpaksa beratur lama sikit nak beli ais kerim. "Kalau lambat sebab makan ais kerim, anda dimaafkan", kata John. Begitulah beriyanya dia promote ice-cream di sini kepada kami.

Bas kami menunggu di sini
Cantik pokok ni.
Bunga-bunga di Apollo Bay
Bergerak meninggalkan Apollo Bay.

Destinasi seterusnya.... Twelve Apostles.


 Bersambung ke Bahagian 13...


CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)